analisis jurnal

11
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN (KPR 4063) ANALISIS JURNAL KAJIAN TINDAKAN KUMPULAN 12 AINI BINTI JAMIN L20111006489 BELINDA AUDREY PATRICK L20111006501 NORHIDAYAH BINTI HASBI L20111006527 SITI HABSAH BINTI JE’MAEN L20111006532

Upload: iris-hidayah

Post on 18-Jun-2015

5.856 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Ringkasan Analisis Jurnal Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Jurnal

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN (KPR 4063)

ANALISIS JURNAL KAJIAN TINDAKAN

KUMPULAN 12

AINI BINTI JAMIN L20111006489BELINDA AUDREY PATRICK L20111006501NORHIDAYAH BINTI HASBI L20111006527SITI HABSAH BINTI JE’MAEN L20111006532

PENSYARAH :PROF MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR

Page 2: Analisis Jurnal

ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN DALAM NEGARA

MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGHAFAL FAKTA DALAM PENULISAN ESEI

UNTUK MATA PELAJARAN EKONOMI ASAS

Kajian ini telah dijalankan oleh Amanda Wong iaitu seorang guru mata pelajaran

Ekonomi Asas . Kajian beliau memfokuskan kepada masalah pelajar dalam mengingat

fakta . Kajian ini dijalankan ke atas seramai 14 orang pelajar Tingkatan 4 Teknologi.

Cikgu Amanda Wong telah mengaplikasikan Model Somekh dalam kajiannya.

1. Mengenalpasti Masalah

Masalah yang dikenalpasti oleh guru ialah;

Pelajar sukar menghuraian fakta dengan menggunakan kata kunci

Pelajar sukar mengingat dan juga sukar menyatakan semula fakta dan

huraiannya dalam menjawab soalan esei.

Page 3: Analisis Jurnal

2. Mengumpul Data

Guru mengumpul data dengan kaedah berikut:

Analisis markah Ujian Terancang Bulan Mac dan Peperiksaan Pertengahan

Tahun dilakukan untuk mengetahui soalan yang gemar dijawab oleh pelajar

dan sebaliknya.

Mengadakan ujian lisan untuk menguji pengetahuan sedia ada pelajar.

Mengadakan pra ujian untuk memperkukuh andaian bahawa teknik hafalan

merupakan kaedah yang membantu pelajar mengingat fakta dan dapat

menjawab soalan dengan baik.

3. Menganalisis Data

Guru telah menjalankan beberapa peringkat analisis data yang iaitu;

Peringkat 1 : Analisis Markah peperiksaan Pertengahan Tahun 2008

Hanya 4 pelajar yang lulus

Peringkat 2 : Ujian Lisan

Soalan yang dikemukakan;

i) Berikan faktor-faktor yang mempengaruhi individu memilih sesuatu

pekerjaan?

ii) Nyatakan dua(2) perbezaan antara perubahan kuantiti diminta

dan perubahan kuantiti ditawarkan

Guru telah mendapati 4 orang pelajar dapat menjawab kedua-dua soalan

dengan tepat, 9 orang pelajar menjawab tidak lengkap atau tidak tepat.

Sementara seorang pelajar tidak hadir.

Peringkat 3 : Pra ujian untuk menilai keupayaan pelajar menjawab soalan esei.

Pelajar diminta menjawab 2 soalan esei berbentuk soalan fakta, di mana

pelajar dikehendaki memberi jawapan berdasarkan fakta yang telah diajar

dan bukan jawapan mengikut pengerahuan sedia ada.

Page 4: Analisis Jurnal

Hasilnya, 3 orang pelajar mendapat skor melebihi 60%-79%., 5 orang

melebihi 40%-59%, 5 orang antara 20%-39%, dan seorang tidak hadir.

4. Merancang Pelan Tindakan

Pelan tindakan yang dijalankan adalah menggunakan Kaedah Pembelajaran

Masteri iaitu dengan:

Menghafal kata kunci fakta

Selepas 2 minggu, pelajar mengambil ujian lisan dan bertulis untuk

menguji fakta yang telah dihafal

Pelajar diminta menggunakan `peer teaching’ di mana pelajar yang pandai

membantu pelajar yang lemah. Masalah yang dihadapi adalah pelajar

tidak hadir ke sekolah menyebabkan pemantauan sukar dilakukan.

Pelajar diminta menghafal fakta dan huraiannya tetapi bahagian ini agak

sukar dilakukan kerana pelajar tidak membuat ulangkaji di rumah.

Guru juga mendapati 50% pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberi

malahan menyalin jawapan daripada rakan yang lain.

5. Melaksanakan Pelan Tindakan

Bagi memastikan pelajar dapat menghafal dan menghuraikan fakta , guru telah

menggunakan pendekatan berikut ;

Guru menyediakan peta minda dan jadual untuk para pelajar.

Pelajar diminta menyalin kata kunci dan menghafalnya.

Guru menjelaskan setiap kata kunci huraian fakta dengan contoh yang

sesuai.

Selepas dua minggu pelajar mempelajari beberapa fakta baru, guru

meminta pelajar mengisi tempat kosong dalam peta minda dengan kata

kunci.

Pelajar diminta menyemak jawapan rakan dan memperbaikinya. (peer

teaching)

Page 5: Analisis Jurnal

6. Mengumpul Data Untuk Mengesahkan Perubahan (Pasca Ujian)

Ujian dijalankan dengan menggunakan kertas ujian yang sama bertujuan untuk

menilai perubahan pencapaian pelajar. Melalui ujian itu, guru mendapati;

8 orang pelajar mencapai peningkatan dalam ingatan fakta.

6 orang masih lagi berada pada tahap ingatan yang tidak konsisten.

Ini membuktikan bahawa kaedah hafalan dapat membantu pelajar meningkatkan

kemahiran menjawab soalan esei.

RUMUSAN

Guru dapat merumuskan bahawa kaedah hafalan adalah sangat berkesan untuk

membantu pelajar mengingat dan menghuraikan kata kunci serta fakta semasa

menjawab soalan esei Ekonomi Asas. Justeru, pelajar dan guru perlu

bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam subjek Ekonomi

Asas.

Page 6: Analisis Jurnal

ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN DARI LUAR NEGARA

APAKAH KESAN PENGGUNAAN MUZIK KLASIK TERHADAP PRESTASI,

MOTIVASI DAN FOKUS PELAJAR DALAM SUBJEK MATEMATIK?

Jurnal kajian tindakan luar negara yang telah dipilih untuk diulas berjudul “

Apakah Kesan Penggunaan Muzik Klasik terhadap prestasi, motivasi dan fokus pelajar

dalam subjek Matematik?” yang telah dilaksanakan oleh Cynthia Cope iaitu merupakan

seorang guru matematik dari sekolah Rutledge H.Pearson Elementary School yang

terletak di Florida,Amerika Syarikat. Kajian tindakan yang dijalankan oleh beliau

melibatkan tiga kelas subjek Matematik gred 5 yang mana beliau memainkan muzik

klasik dalam dua kelas manakala satu kelas lagi sebagai kumpulan kawalan. Kajian ini

dijalankan secara bergilir-gilir mengikut sukatan pelajaran subjek Matematik.

Penyelidikan beliau bermula pada Disember 2004 dan berakhir pada Mac 2005. Kami

menganalisis kajian tindakan yang dilakukan oleh beliau dengan menggunakan Model

Stringer (2004).Model Stringer menggariskan 5 prosedur dalam menjalankan

penyelidikan kajian tindakan iaitu merekabentuk kajian, mengumpul data, menganalisis

data, menyampai hasil dan mengambil tindakan. Berikut adalah analisis yang telah

dibuat daripada jurnal berdasarkan Model Stringer (2004):

1) Merekabentuk Kajian

Kajian yang dilakukan oleh Cynthia Cope mempunyai fokus untuk mengkaji

keberkesanan penggunaan muzik klasik terhadap prestasi, motivasi dan fokus pelajar

dalam subjek Matematik. Penyelidikan ini adalah amat penting bagi beliau

memandangkan kemerosotan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik di

sekolahnya dalam ujian FCAT (Florida’s Comprehensive Assessment Test). Beliau

berpendapat bahawa salah satu faktor dalam penurunan pencapaian pelajar dalam

matematik disebabkan oleh pelajar kurang keyakinan diri, tidak fokus dan pasif ketika

dalam pembelajaran. Maka, beliau ingin mengetahui samada strategi penggunaan

Page 7: Analisis Jurnal

muzik dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan keyakinan dan fokus

pelajar dan membantu mereka berjaya dalam ujian FCAT.

2) Menggumpul Data

Dari segi penggumpulan data, beliau membandingkan pencapaian pelajar dalam

ujian penilaian setiap sukatan pelajaran. Melalui data ini, beliau dapat menentukan

perbezaan ketara skor pelajar antara kelas yang diperdengar muzik dan kelas tanpa

menggunakan muzik. Untuk mengukur motivasi pelajar, terdapat dua kaedah digunakan

oleh Cynthia iaitu merekod peratus pelajar yang menyiapkan kerja rumah dan

menggunakan kaedah skala Likert pada permulaan kajian dan selepas pembelajaran

setiap sukatan pelajaran. Skala likert digunakan untuk untuk mengetahui samada

motivasi pelajar berubah di antara kelas yang mendengar muzik dan kelas tanpa muzik.

Dalam menilai fokus pelajar pula, beliau mencatat bilangan guru yang diperlukan untuk

mengekalkan fokus pelajar di dalam bilik darjah dan dilakukan pada setiap hari dengan

menggunakan carta tally.Setelah itu, tahap tumpuan pelajar dalam setiap kelas

dibandingkan dengan kelas yang mendengar muzik dan kelas tidak mendengar muzik.

3) Data Analisis

Cynthia Cope menggunakan kaedah statistik iaitu T-test untuk membuat analisis

mengenai keberkesanan penggunaan muzik klasik terhadap prestasi, motivasi dan

fokus pelajar dalam subjek Matematik. T-test digunakan untuk membandingkan data

yang diperolehi antara dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan

eksperimen. Ujian ini bertujuan untuk menentukan kemungkinan terdapat perbezaan di

antara kelas yang mendengar muzik dengan kelas biasa.Secara umum, jika skor T

kurang daripada 0.05 barulah perbezaan itu diambilkira dan perbezaan tersebut

bukanlah suatu kebetulan.

Page 8: Analisis Jurnal

4) Menyampai Hasil

Carta bar digunakan untuk menunjukkan hasil kajian yang telah dibuat mengikut

fokus iaitu dalam bidang prestasi, motivasi dan fokus pelajar. Untuk keputusan kajian

prestasi , perbandingan skor t dibuat antara minggu menggunakan muzik dengan

minggu tanpa menggunakan muzik. Bagi pengukuran tahap motivasi pula, ujian skor t

dibuat berdasarkan peratus pelajar menyiapkan tugasan antara minggu dengan muzik

dan minggu tanpa muzik. Selain itu juga, motivasi juga diukur dengan penilaian skor t

berasaskan skala Likert antara minggu dengan muzik dan tanpa muzik yang

melibatkan perbandingan antara pra-ujian dan ujian dengan muzik,perbandingan

pendapat pelajar mengenai matematik secara umum, perbandingan pendapat pelajar

mengenai kehadiran ke kelas matematik, perbandingan pendapat pelajar mengenai

tugasan matematik, perbandingan pendapat pelajar mengenai ujian matematik serta

perbandingan tahap keyakinan untuk lulus dengan baik dalam peperiksaan akhir bagi

subjek Matematik. Bagi menguji tahap fokus pelajar pula, ujian skor t digunakan untuk

membandingkan bilangan fokus yang diperolehi di antara minggu menggunakan muzik

dan minggu tanpa muzik.

5) Mengambil tindakan

Kesimpulan yang diperolehi berdasarkan kajian yang telah dilakukan adalah

penggunaan muzik klasik tidak memberi kesan terhadap prestasi, motivasi dan fokus

pelajar dalam subjek Matematik. Pengkaji bercadang untuk menjalankan kajian

tindakan dengan lebih lanjut mengenai hubungan muzik dan matematik dengan

mempelbagaikan genre muzik dan menggunakan populasi pelajar dan usia yang

berbeza.