teori plat tektonik dan perebakan dasar laut

35
Kumpulan 8 Norfazilah bt Halim Nordalila bt Bahari Syafinaz bt Md Zain Siti Zuleha bt Md Isa

Upload: cymaniez

Post on 21-Jun-2015

1.700 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Kumpulan 8

Norfazilah bt HalimNordalila bt BahariSyafinaz bt Md ZainSiti Zuleha bt Md Isa

Page 2: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

TEORI PLAT TEKTONIK DAN

PEREBAKAN DASAR LAUT

Page 3: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Teori Plat Tektonik

• Mengikut Teori Plat Tektonik lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat.

• Plat ini terbahagi kepada 2 bahagian: a)plat benua b)plat lautan• Plat benua-plat yang membawa

benua• Plat lautan-plat yang membawa

lautan• Di permukaan bumi terdapat tujuh

plat benua yang besar dan beberapa plat benua yang kecil.

Page 4: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Plat benua yang besar

Plat Pasifik

Plat Amerika

Utara

Plat Antartika

Plat Amerika Selatan

Plat Eurasia

Plat Afrika

Plat Indo-Australia

Page 5: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut
Page 6: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Plat benua yang kecil:Plat NazcoPlat Cocos

Plat FilipinaPlat KaribiaPlat Arab

Plat Scotia

Plat lautan:Plat Pasifik

Plat Antartika

Page 7: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Plat-plat ini sentiasa bergerak.• Pergerakan plat-plat adalah

disebabkan wujud pergerakan arus pergolakan magma yang panas di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi.

• Arus perolakan dalam magma mempunyai daya yang kuat untuk menggerakkan plat yang terapung-apung di atas lautan magma itu.

Page 8: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Pergerakan ini berlaku secara perlahan-lahan iaitu hanya beberapa sentimeter setahun.

Kadar dan arah pergerakan antara plat-plat tersebut juga berbeza-beza antara satu sama lain.

Plat-plat tektonik ini bergerak secara 3 cara:

a)secara pertembungan b)secara pencapahan@pemisahan c)secara perselisihan

Page 9: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Secara pertembungan

Page 10: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Zon plat lautan yang terjunam dinamakan sebagai zon subduksi@zon benam.

• Di zon ini,terbentuk jurang lautan yang sangat dalam(Contoh:Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil melaui pertembungan Plat Pasifik dengan Plat Filipina).

• Seterusnya plat yang terbenam ke bawah akan mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang sangat tinggi dalam mantel bumi.

• Plat ini akan cair membentuk magma.• Magma ini pula akan bergerak ke luar ke

permukaan kerak bumi di dasar laut membentuk barisan-barisan gunung berapi di dasar laut.

Page 11: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Pertembungan plat terjadi apabila dua sempadan plat bertembung antara satu sama lain.

Petembungan antara plat-plat ini boleh berlaku antara :

a)plat benua dengan plat benua b)plat lautan dengan plat lautan c)plat benua dengan plat lautan.Apabila dua plat lautan bertembung antara

satu sama lain maka plat yang tumpat akan terjunam atau terbenam ke bawah.

Page 12: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Menerusi proses ataman(pengangkatan kerak bumi),lama-kelamaan barisan-barisan gunung berapi ini akan timbul dan muncul di permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung-gunung berapi.

• Contoh:a)di Kepulauan Jawa,Indonesia

b)di Kepulauan Filipina

Page 13: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Pertembungan plat lautan dengan plat benua

• Apabila plat lautan berkembang dengan plat benua maka proses yang hampir sama berlaku.

• Plat lautan yang lebih tumpat berbanding dengan plat benua akan terbenam ke bawah.

• Di zon benam,plat lautan akan mencair berbentuk magma.

• Manakala di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua tadi akan terdapat juga jurang benua.

• Ini berbeza di bahagian plat benua.• Di bahagian ini kerak bumi akan termampat.• Proses mampatan kerak bumi akan menghasilkan

gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut.

Page 14: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Jika terdapat rekahan-rekahan di banjaran gunung lipat tadi,maka magma boleh keluar melaluinya sebagai fenomena gunung berapi di bahagian daratan/benua.

• Misalnya pertembungan antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan yang menghasilkan Jurang Peru-Chile dan Banjaran Andes sebagai gunung lipatnya.

Page 15: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Pertembungan plat juga boleh berlaku antara plat benua dengan plat benua yang lain.

• Apabila dua plat benua bertembung maka pinggir kedua-dua plat tersebut akan dimampatkan dan terlipat.

• Proses lipatan ini berlangsung kerana adanya kuasa tolakan dari kedua-dua arah plat yang bertembung tadi.

• Dalam pertembungan ini tidak ada sempadan plat yang terbenam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama.

• Seterusnya,lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk banjaran gunung lipat.

• Misalnya sistem pergunungan Himalaya adalah terhasil melalui pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia.

Page 16: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Secara pencapahan

Page 17: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Dalam pergerakan ini,plat-plat akan terpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain.

• Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi,kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah.

• Ini menyebabkan wujud satu garis kelemahan pada kerak bumi yang membolehkan magma yang panas dari lapisan mantel mengalir keluar.

• Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini,maka magma tersebut akan menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak yang baru yang dikenali sebagai permatang tengah lautan.

• Contoh:Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di tengah lautan Atlantik.

• Kewujudan permatang tengah lautan akibat proses pencapahan kerak bumi menunjukkan berlakunya perebakan dasar laut.

Page 18: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Secara berselisih

Page 19: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Berlaku di sepanjang garis gelinciran(sesar).

• Garis sempadan berlakunya perselisihan ini dinamakan sebagai sempadan neutral iaitu sempadan plat-plat yang tidak bertembung atau bergerak menjauhi antara satu sama lain tetapi sekadar berselisih dan bergeseran sahaja.

• Selain itu,fenomena yang sering berlaku di semapadan neutral ialah gempa bumi.

Page 20: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

-Gempa bumi-Merujuk kepada gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila tenaga dilepaskan akibat perselisihan@geseran plat.

-Gegaran akan mengeluarkan gelombang seismik yang berbentuk bulatan bermula di pusat gempa tersebut.

-Gegaran berlaku dalam tiga peringkat: a)gegaran awal b)gegaran utama c)gegaran penghujung-Semakin kuat gegaran maka semakin besar

gelombang seismik yang dikeluarkan dan fenomena gempa bumi menjadi semakin dahsyat.

-Berdasarkan teori ini,geseran antara dua plat membolehkan tenaga berkumpul.

-Tenaga ini tidak boleh dipendamkan lagi dan terpaksa dilepaskan.Akibatnya lapisan kerak bumi akan bergegar.

Page 21: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Gempa bumi biasanya berlaku di sepanjang sempadan plat benua dan 75% daripada gempa bumi di dunia berlaku di “Lingkaran Api Pasifik”.

• Fenomena gempa bumi yang berlaku di dasar laut boleh menyebabkan gelombang ombak besar yang dikenali sebagai tsunami.

Page 22: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Struktur Benua dan Lautan Pada Masa

Kini dan Akan Datang

Page 23: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Mengikut teori plat tektonik,pergerakan kerak bumi yang berlaku kira-kira 200 juta tahun lampau telah wujudkan sepuluh plat utama dan beberapa plat kecil yang lain.

Plat Pasifik yang meliputi keseluruhan Lautan Pasifik

Plat Amerika Selatan

Plat kecil Afrika Timur

Plat Amerika Utara

Plat Afrika

Plat Malagasi

Page 24: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Plat Eurasia yang meliputi keseluruhan benua

Eropah,sebahagian besar benua Asia termasuk

Malaysia dan Kepulauan Indonesia dan Filipina

Plat Antartika yang meliputi keseluruhan benua

Antartika dan lautan selatan.

Plat Australia yang meliputi Australia,Papua

New Guinea dan New Zealand.

Plat India hingga ke Lautan Hindi.

Page 25: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Lokasi yang paling penting dikaji dalam teori plat tektonik ini ialah sempadan antara plat-plat tersebut.

• Di kawasan sempadan ini berlaku pertembungan dan pencapahan plat yang akan menghasilkan fenomena gunung berapi serta gempa bumi.

• Contoh:a)sekitar Pulau Sunda b)sekitar Pulau Jawa c)sekitar Sumatera d)sekitar Teluk Benggala(sempadan

pertemuan antara Plat Asia dengan Plat India).• Selain itu,di Kepulauan Indonesia juga jadi

sempadan antara plat Asia dengan Australia.• Kawasan ini menjadi kawasan gunung berapi

aktif.

Page 26: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Plat Eurasia pula bersempadan dengan plat-plat pasifik di sepanjang siri jurang lautan yang dalam iaitu jurang Filipina,jurang Mariana,jurang Bonin,jurang Jepun dan jurang Kurile.

• Di sempadan plat ini aktiviti gunung berapi dan gempa bumi sangat aktif sehingga kawasan ini digelar sebagai “Lingkaran Api Pasifik”.

• Namun begitu,semakin jauh dari kawasan sempadan plat,keadaan plat bumi menjadi semakin stabil dan kukuh.

• Itulah sebabnya fenomena gunung berapi dan gempa bumi tidak berlaku di Semenanjung Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam dan Myammar kerana ia terletak di atas plat Eurasia yang stabil dan terletak jauh dari sempadan pertemuan antara plat-plat kerak bumi.

Page 27: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut
Page 28: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Kedudukan Zon Tektonik Asia

Tenggara

Page 29: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Di kawasan Asia Tenggara juga berlaku pergerakan tektonik.

• Terdapat beberapa plat tektonik utama yang membentuk Asia Tenggara iaitu:

a)Plat Eurasia b)Plat Indo-Sinian c)Plat Indo-Australia d)Plat Pasifik e)Plat Filipina• Malaysia terletak di atas plat Eurasia.Plat

ini adalah stabil.• Selain Malaysia,sebahagian besar negara-

negara Asia Tenggara kebenuaan seperti Thailand,Myammar,Laos,Kemboja terletak di atas plat Eurasia yang stabil ini.

Page 30: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Namun begitu,negara-negara Asia Tenggara kepulauan seperti Indonesia dan Filipina adalah terletak di zon yang tidak stabil iaitu di sempadan plat-plat berkenaan.

• Misalnya,Indonesia terletak di sempadan antara Plat Indo-Sinian dengan Plat Indo-Australia.

• Kedua-dua plat ini masih aktif dan sering kali berlaku pertembungan.

• Kesannya,Kepulauan Indonesia seringkali mengalami gempa bumi dan mempunyai rangkaian gunung berapi yang aktif.

• Misalnya gunung berapi yang terkenal ialah Krakatoa.

Page 31: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Kepulauan Filipina pula terletak di sempadan@di zon subduksi(zon benam) antara Plat Filipina dengan Plat Pasifik.

• Kedua-dua plat ini sering kali bertembung dan berselisih antara satu sama lain yang menyebabkan Filipina sering kali diancam kejadian gunung berapi dan gempa bumi kerana zon ini wujudnya pusat gempa bumi.

• Antara letusan gunung berapi yang amat dahsyat yang berlaku di Filipina ialah letusan Gunung Berapi Pinatubo.

• Oleh kerana Filipina dan Indonesia terletak di zon sempadan antara plat-plat tektonik maka kedua-dua negara tersebut telah diletakkan di dalam zon api pasifik.

Page 32: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Perebakan Dasar Laut

Teori perebakan dasar laut dikemukakan apabila ahli geologi menemui permatang

dan lurah di dasar laut.

Page 33: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

Magma yang panas dari lapisan mantel tertolak

naik ke lapisan kerak bumi yang menjadi

dasar lautan.

Di sepanjang sempadan ini,magma akan terus

tertolak keluar dan memenuhi retakan

tersebut.

Dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi

membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk.Dengan perkataan lain,dasar lautan

yang lama mengalami rebakan.

Proses yang berterusan ini ,retakan menjadi semakin besar dan magma berterusan

keluar serta membeku.

Magma ini akan membeku,seterusnya

membentuk permatang di dasar laut.

Dasar lautan tersebut mengalami

retakan.Tempat retakan ini dinamakan sebagai

sempadan pencapahan.

Page 34: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

• Kesimpulannya magma baru telah mengalir keluar dan membeku di zon permatang atau sempadan pencapahan dasar laut tersebut.

Page 35: Teori Plat Tektonik Dan Perebakan Dasar Laut

TAMAT…