fass.um.edu.my umcedel.pdf · demokrasi dan pilihan raya jurnal pusat kajian demokrasi dan pilihan...

158
DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember January-December KANDUNGAN Muhammad Asri Mohd Ali Pendahuluan: Krisis dan Politik Gabungan Parti di Malaysia: Membina Konsensus Dalam Masyarakat Multi Etnik 3-18 Arif Aizuddin Azlan Zulkanain Abdul Rahman Teori Persaingan Parti Dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah, Malaysia 19-38 Mohd. Izani Mohd. Zain Kerjasama Politik Pas Dengan Bukan Islam: Kajian Terhadap Kelab Penyokong Pas (KPP) Dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) 39-48 Muhammad Fathi Yusof Mazlan Ali Abdul Latiff Ibrahim Mohd Al-Ikhsan Ghazali Perlaksanaan Pilihan Raya Dalam Perlembagaan: Satu Analisis Kritikal 49-60 Siti Noranizahhafizah Boyman Jayum Anak Jawan Nor Azlan Hadi Yaacob Pola Pengundian Pilihan Raya Umum Parlimen 2013 Di Sarawak 61-75 Junaidi Awang Besar Amer Saifude Ghazali Pilihan Raya Kecil Kimanis, Antara Identifikasi Parti Dengan Kelangsungan Politik Pembangunan 76-94 Tati Rukminiyati Hasanudin Daud Sufian Mansur Jeniri Amir Mohd Sabri Md Nor Mohammad Redzuan Othman Budaya Politik Indonesia Pasca Orde Baru: Kajian Kes Di Jawa Barat Pilihan Raya Kecil Balingian: Refleksi Kekuatan BN Pengalaman PAS Dalam Kerajaan Campuran/BN dan Cabarannya Terhadap Agenda Perpaduan Melayu Pasca Pilihan Raya Umum 2008 95-113 114-133 134-144 Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) 4 1 2020

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya

(UMcedel)

Jilid

Volume

Bil.

No. ISSN: 2232-1756

Januari-Disember

January-December

KANDUNGAN

Muhammad Asri Mohd Ali Pendahuluan: Krisis dan Politik Gabungan Parti di

Malaysia: Membina Konsensus Dalam Masyarakat

Multi Etnik

3-18

Arif Aizuddin Azlan

Zulkanain Abdul Rahman

Teori Persaingan Parti Dalam Pilihan Raya Kecil

Parlimen Batu Sapi, Sabah, Malaysia

19-38

Mohd. Izani Mohd. Zain Kerjasama Politik Pas Dengan Bukan Islam: Kajian

Terhadap Kelab Penyokong Pas (KPP) Dan Dewan

Himpunan Penyokong Pas (DHPP)

39-48

Muhammad Fathi Yusof

Mazlan Ali

Abdul Latiff Ibrahim

Mohd Al-Ikhsan Ghazali

Perlaksanaan Pilihan Raya Dalam Perlembagaan: Satu

Analisis Kritikal

49-60

Siti Noranizahhafizah

Boyman Jayum Anak Jawan

Nor Azlan Hadi Yaacob

Pola Pengundian Pilihan Raya Umum Parlimen 2013 Di

Sarawak

61-75

Junaidi Awang Besar

Amer Saifude Ghazali

Pilihan Raya Kecil Kimanis, Antara Identifikasi Parti

Dengan Kelangsungan Politik Pembangunan

76-94

Tati Rukminiyati

Hasanudin Daud

Sufian Mansur

Jeniri Amir

Mohd Sabri Md Nor

Mohammad Redzuan

Othman

Budaya Politik Indonesia Pasca Orde Baru: Kajian Kes

Di Jawa Barat

Pilihan Raya Kecil Balingian: Refleksi Kekuatan BN

Pengalaman PAS Dalam Kerajaan Campuran/BN dan

Cabarannya Terhadap Agenda Perpaduan Melayu

Pasca Pilihan Raya Umum 2008

95-113

114-133

134-144

Pusat Kajian Demokrasi dan

Pilihan Raya (UMcedel)

4 1 2020

Page 2: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

SIDANG PENGARANG

(EDITORIAL BOARD)

Ketua Editor (Chief Editor): Dr. Amer Saifude Ghazali

Editor: Profesor Madya Dr. Zulkanain Abdul Rahman

Profesor Madya Dr. Rosmadi Fauzi

Profesor Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain

Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi

Dr. Fatimi Hanafi

Dr. Ahmad Kamal Ariffin

Dr. Mohd. Asri Mohd. Ali

Dr. Junaidi Awang Besar

Lembaga Penasihat Editor: Profesor Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman

Presiden & Naib Canselor

Universiti Selangor (UNISEL)

Profesor Dr. Kamaruzaman Yusoff

Profesor di Academy of Islamic Civilization

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Profesor Dr. Mohd. Fuad Mat Jali

Profesor di Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan

Persekitaran

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

LANGGANAN/SUBSCRIPTIONS

Kadar langganan adalah seperti berikut:

Dalam Malaysia: RM35.00 senaskhah (termasuk bayaran pos)

Luar Malaysia: US$35.00 senaskhak (termasuk bayaran pos)

Segala urusan mengenai langganan hendaklah ditujukan kepada:

Ketua Editor

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel)

Fakulti Sastera dan Sains Sosial,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur

MALAYSIA

Page 3: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

3

KRISIS DAN POLITIK GABUNGAN PARTI DI MALAYSIA: MEMBINA KONSENSUS

DALAM MASYARAKAT MULTI ETNIK

Muhammad Asri Mohd Ali.

Abstrak: There are many layers to analyse Malaysian politics, one of them is through mobilization

of ‘strategic allience’. This article argued that due to the limited space for democracy in major

political parties, party’s deputy president normaly will involved in political crisis with the party’s

president. Given the landscape of political system which need the formation of coalition in order

to win in general election, political leader who was side line from his original political parties will

form new political party and form a new strategic alliance. This trend become parmenant feature

in Malaysian politics since 1990 onward. In this study we elaborate the institutional development

in relation to decision making prosess, which characterised by adversarial and coalescent

behaviour simultaneously. Since there was no nation state being form in this country, the

competition among strategic group was based on the struggle to have a nation or nation-of-intent.

Political institution was created, re-group, transform and reform by political personality in that

framework.

Keywords: coalition of parties, multi-ethnic parties, 14th General Election

PENGENALAN

Semenjak zaman 1970an sehingga sekarang, politik Malaysia didominasi oleh aktor yang sama

dengan aturan permainan yang juga hampir sama. Parti politik dibangunkan, kemudiannya

dimatikan, begitu juga dengan gabungan parti, dibangun dan dimatikan sekitar personaliti politik

seperti Tun Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid

Hamid, Hj. Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang

Dalam masyarakat multi etnik dan heterogen seperti di Malaysia, politik gabungan agak sukar

digugat oleh parti-parti yang mewakili multi etnik tetapi tidak bergabung atau bekerjasama dengan

parti lain (Horowitz, 1985). Semenjak PRU tahun 1955, United Malay National Organization

(UMNO), Malaysia Chinese Association (MCA) dan Malaysian Indian Congress (MIC) bekerja

sama menerusi gabungan yang dikenali sebagai Perikatan, tidak mampu digugat oleh parti-parti

pembangkang yang sentiasa bertanding bersendirian sehingga PRU tahun 1969.

Tetapi aturan permainan tersebut tidak dapat membendung parti politik daripada berkrisis yang

lazimnya bermula antara presiden melawan timbalan presiden parti dan kemudiannya krisis di

bawa ke luar apabila timbalan presiden yang kalah menubuhkan parti baharu dan menyertai

gabungan baharu dan ada kalanya seperti yang berlaku semasa PRU tahun 2018, berjaya

membentuk kerajaan baharu.

Antara parti yang banyak mengalami krisis dalaman ialah UMNO. Terdapat empat krisis besar

yang melanda UMNO pada peringkat elit dan seterusnya mengubah institusi parti di Malaysia,

iaitu:

Page 4: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

4

1) Krisis diantara Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 1960an di

mana Presiden UMNO Kedua, Tunku Abdul Rahman dipaksa berundur daripada jawatan Perdana

Menteri setelah berlaku krisis etnik pada tahun 1969 menyebabkan gabungan PERIKATAN

menjadi tidak lagi popular dan Tun Abdul Razak yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO

kemudiannya menjenamakan semula gabungan UMNO dengan beberapa parti lain dalam Barisan

Nasional (BN);

2) Krisis diantara Dr. Mahathir Mohamed dan Tunku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada penghujung

dekad 1980an menyebabkan UMNO diheret ke mahkamah dan diharamkan. Dr. Mahathir

Mohamed mengambil keputusan untuk ‘re-group’ penyokong beliau dengan menubuhkan UMNO

(Baru) dengan tujuan menyekat penyokong Ku Li sehingga menyebabkkan Ku Li menubuhkan

Parti Semangat 46 (S46). Ku li seterusnya bertindak menubuhkan Gagasan Rakyat (GR) dan

Ankatan Perpaduan Ummah (APU) untuk melawan BN pada PRU tahun 1990. Tetapi dua

gabungan tersebut dibubarkan selepas PRU tahun 1995 apabila Ku Li dan penyokong beliau

membuat keputusan kembali ke pangkuan UMNO; - transform -

3) Krisis diantara Dr. Mahathir Mohamed dan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 menyebab Parti

Keadilan Nasional (kemudian menjadi Parti Keadilan Rakyat atau PKR) ditubuhkan oleh

penyokong Anwar. PKR kemudiannya menjadi teras kepada gabungan Barisan Alternatif, Pakatan

Rakyat (PR), dan Pakatan Harapan (PH); - reform - dan

4) Krisis diantara Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin dan pada pertengahan tahun 2015

menyebabkan Parti Pribumi Bersatu (Pribumi) ditubuhkan dengan mantan Perdana Menteri

Malaysia yang ke 4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi pengerusi dan Muhyiddin Yassin

sebagai Presiden. Bersatu kemudiannya diterima menjadi sebahagian daripada PH pada tahun

2017 dan PH mencatat sejarah setelah berjaya buat pertama kali menewaskan BN menerusi PRU

tahun 2018.

Pada awal tahun 2020, sekali lagi berlaku krisis diantara elit politik tetapi kali ini tidak melibatkan

presiden dan timbalan presiden PKR, iaitu antara Anwar Ibrahim dan timbalan beliau Azmin Ali

yang dikenali sebagai pegerak utama ‘langkah Sheraton’. Azmin Ali akhirnya menyertai Bersatu

dan bersama Muhyiddin Yassin mengambil pendirian untuk meninggalkan PH. Muhyiddin dan

Azmin mendapat dengan sokongan ahli parlimen daripada UMNO, PAS dan Gabungan Parti

Sarawak (GPS), dan Gabungan Parti Sabah (PRS dan Star) menubuhkan kerajaan baharu tanpa

menerusi proses PRU seperti amalan biasa pada 1 March 2020.

Terdapat beberapa lapis analisis yang boleh digunakan untuk mengkaji dan memahami dinamika

politik dalam multi etnik pasca colonial seperti Malaysia. Artikel ini memilih untuk menggunakan

lapis kumpulan strategik (strategic group) menerusi pemerhatian terhadap bagaimana personaliti

politik (setelah berlaku krisis dalaman parti) bertindak menubuhkan parti dan mengembeling

gabungan politik atau ‘strategic alliance’ dalam menghadapi PRU. Dengan mengangkat isu

masyarakat seperti ‘reformasi’ dan ‘bangsa idaman Melayu’, institusi politik gabungan

mengalami beberapa perubahan, ada yang berjaya menubuhkan kerajaan. Persoalannya ialah

sejauhmana perubahan tersebut menjelaskan perilaku politik di Malaysia.

Page 5: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

5

Menjawab persoalan di atas memerlukan analisis terhadap institusi politik dan memeriksa pilihan

yang ada kepada aktor-aktor politik yang membolehkan mereka mencorakkan karakter sistem

politik dalam masyarakat heterogen. Perbincangan seterusnya akan difokuskan kepada konsep

politik gabungan dan persaingan bangsa idaman dalam masyakat multi etnik pasca kolonial.

Bahagian seterusnya akan melihat pengalaman BN, PH dan PN sebagai kerajaan dan akhir sekali

penemuan utama pembangunan institusi politik gabungan dengan interaksi aktor politik dan

prestasi polisi.

TEORI POLITIK GABUNGAN DAN KONSEP BANGSA IDAMAN

Semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kuasa politik di negara ini didominasi oleh

gabungan Perikatan (tetapi kemudiannya berubah menjadi kemudian BN). Untuk memposisikan

kedudukan kerajaan gabungan parti selama 71 tahun di Malaysia, terdapat dua kategori literatur

yang perlu ditinjau, iaitu: 1) teori permaufakatan atau ‘consociationalism’ oleh Lijphart, dan 2)

konsep persaingan bangsa idaman oleh Shamsul A.B.

Teori permaufakatan dan konsensus: Dalam 1960an, pengkaji sains politik yang membuat

kenyataan konvensional yang menekankan betapa struktur sosio-budaya yang homogen dan

kebersamaaan nilai masyarakat amat penting kepada kestabilan demokrasi (Almond and Verba,

1963). Realiti masyarakat yang agak homogen (dari segi budaya, agama, bangsa dan bahasa) di

Amerika Syarikat pada tahun-tahun 1960 berbanding dengan masyarakat plural dan heterogen

seperti di kebanyakkan negara Eropah, benua Eropah dilihat mengalami kekacauan demokrasi dan

menuju kepada autoritarian seperti pada awal abad ke 20. Ketidakstabilan institusi demokrasi di

Eropah dikatakan berakar umbi dalam masyarakat plural atau heterogen.

Arendt Lijphart menyangkal kenyataan tersebut apabila beliau berhujah menyatakan sifat plural

dan heterogen akan menyokong kestabilan regim demokrasi sekiranya struktur dan institusi politik

membenarkan kepentingan masyarakat plural diangkat dan jika konvensyen dan norma yang pro

kepada kompromi dan kerjasama antara aktor-aktor utama. Lijphart seterusnya mengemukakan

dua kategori regim demokrasi, iaitu: (1) ‘rejim majoriti’ – dicirikan oleh amalan sistem pilihan

raya berasaskan pemerintahan majoriti, bi-partism dan pemusatan kuasa kerajaan; (2) ‘rejim

konsensus’ – dicirikan amalan sistem pilihan raya berkadar (proportional), multi-parti, kerajaan

berasaskan gabungan parti, kuasa terpencar dan federalism.

Masyarakat bersifat heterogen kebiasaannya cenderung berlaku ketidakpuasan antara kumpulan

masyarakat yang berlainan yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan antara kawasan

dan wilayah. Dalam hal ini, institusi plural seperti federalism akan menghasilkan rundingan,

seterusnya melahirkan konsensus dan mencapai kompromi antara parti-parti politik. Kosnya

barangkali ialah banyak masa dihabiskan untuk berunding dan mungkin menyebabkan kerajaan

menjadi tidak begitu cekap dan mungkin polisi yang tidak stabil (terpaksa ditambah atau

diubahsuai).

Sebelum itu, kestabilan politik dalam masyarakat multi etnik menurut Lijphart (1977, 2007) boleh

dicapai menerusi konsep maufakat atau ‘consociational’ dimana peraturan secara informal dan

Page 6: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

6

adat resam menjadi alat untuk mengurangkan pertelingkahan antara etnik dan pembahagian

agama. Lijphart menyenaraikan Malaysia antara tahun 1957 hingga 1969 sebagai contoh positif

bagi maufakat politik yang dicirikan oleh empat ciri seperti: 1) gabungan parti yang disertai oleh

kesemua kumpulan etnik yang besar; 2) konsensus sebagai kaedah pembuatan keputusan, setiap

parti dalam gabungan ada kuasa veto; 3) sistem electoral berkadar; dan 4) setiap segmen parti ada

autonomi sendiri untuk membuat keputusan mewakili etnik mereka (Lijphart, 1977).

Perikatan yang disertai oleh UMNO, MCA dan MIC disifatkan oleh Lijpahart memenuhi model

maufakat politik, tetapi gabungan tersebut runtuh berikutan rusuhan kaum yang berlaku pada 13

Mei 1969. Menggantikan Perikatan ialah model gabungan yang lebih besar (grand coalition)

diteruskan oleh UMNO dengan penubuhan BN pada tahun 1972 (Mauzy, 1983).

Peralihan konsep daripada ‘maufakat’ atau rejim majoriti (consociational or majority regime)

kepada rejim consensus yang dianjurkan oleh Lijphart (1999) ada kaitan dengan peralihan peranan

yang dimainkan struktur social dan institusi politik yang berlaku di negara-negara heterogen di

Eropah seperti Belgium, Netherland, Luxemberg dan Jerman semenjak tahun-tahun 90an. Salah

satu cirinya ialah parti-parti kecil yang selama ini berlawanan sesame sendiri membentuk

gabungan tanpa penglibatan parti dominan dan akhirnya mereka dapat menbentuk kerajaan.

Negara Bangsa dan Persaingan Bangsa Idaman: Setiap negara bangsa memiliki kumpulan etnik

asal yang membina dinasti, empayar dan negara bangsa mereka. Dalam konteks geo politik dunia

pada masa kini, dua bentuk negara bangsa dapat di kenal pasti, iaitu negara tamu dan negara

bangsa settler (wimmer and Feinstein, 2010). Dalam negara bangsa tamu seperti Jerman, Perancis,

China, India, Britain, Indonesia, Filipina, Malaydsia, Thailand, Myanmar dan sebagainya, wilayah

mereka didiami oleh kumpulan etnik asal. Hegemoni politik menjadi amalan adalah anak watan

diperakui dan diterima.

Sebaliknya bagi negara bangsa settler seperti di Amerika Syarikat, Mexico, Kanada, Australia

Singapura, New Zealand, Afrika Selatan dan sebagainya, komuniti migran yang menduduki negara

itu telah meminggirkan, meletakkan di tanah-tanah rezab dan ada yang menghapuskan komuniti

anak watan asalnya. Dengan penguasaan ekonomi, pemilikan tanah dan kuasa politik oleh

kumuniti settler, kedudukan anak watan tidak diterima dan komuniti settler membina hegemoni

politik seperti Cina (Singapura) Whita Anglo Saxon and Protestant (WASP di Amerika, Afrika

Selatan dan Australia).

Malaysia termasuk dalam kategori negara tamu, di mana sistem politiknya didominasi oleh anak

pribumi tetapi sistem ekonominya didominasi oleh komuniti bukan Melayu, khas peniaga Cina

yang di naungi oleh British di era kolonial dan terus kekal dominan dalam sector ekonomi pasca

kolonial. Berikutan dasar pecah dan perintah yang dipraktikkan oleh penjajah, kumpulan etnik

bukan Melayu menguasai kependudukan di kawasan bandar, bekerja dan berniaga dalam sektor

ekonomi moden dan membangunkan pendidikan mereka sendiri dengan berkiblatkan silibus dan

matapelajaran berfokus kepada sejarah dan nilai-nilai negara asal mereka seperti China dan India.

Sementara itu, komuniti bumiputera terus dibiarkan berada di kawasan luar bandar, terlibat dengan

sektor pertanian dan rata-rata amat miskin.

Page 7: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

7

Jurang yang terdapat dalam masyarakat tidak pernah cuba di atasi oleh kuasa penjajah dan sistem

pentadbiran selepas merdeka secara konsisten meneruskan falsafah pemisahan dalam rancangan

pembangunan yang hanya focus kepada membina ‘state capacity’ dan bukannya membina

‘nasion’. Sehubungan itu, rupa negara bangsa atau nation state belum mengambil bentuk dan

direalisasikan di Malaysia sehingga kini.

Gerakan nasionalis yang berkembang pesat di Tanah Melayu semasa zaman kolonial terpecah

mengikut kumpulan etnik. Nasionalis Melayu misalnya terpecah kepada tiga kumpulan yang

masing-masing mempunyai bangsa idaman mereka sendiri, iaitu: (1) Melayu Raya yang diwakili

oleh kelompok sosialis; (2) negara Islam yang didokong oleh gerakan Islam; dan (3) masyarakat

majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society) yang diwakili oleh UMNO. Kolonial British

pada akhirnya memilih rupa kepada bangsa yang diwakili oleh UMNO.

Pada tahun 1963, melalui People’s Action Party (PAP) menganjurkan konsep ‘Malaysian

Malaysia’. Bunyinya menarik, iaitu ‘kita semua rakyat Malaysia, sekaligus kita bekerjasama untuk

membangunkan negara yang harmoni. Namun subteks kepada bangsa idaman ini adalah kita

semua migran, termasuk orang Melayu kerana majoritinya dating dari Jawa, Sumatera, Sulawesi,

dan malah ada yang lebih jauh (Timur Tengah dan India). Oleh itu, warga Malaysia sepatutnya

sama rata dalam dalam segenap hal – bahasa Bandarin dan Tamil juga sepatutnya juga menjadi

Bahasa rasmi, sebaris dengan Bahasa Melayu, polisi afirmatif mesti diganti dengan sistem

berasaskan meritokrasi supaya negara membangun pesat dan efisien (Devaraj, 2020).

Jadi sehingga 1963, ada empat jalur bangsa idaman. Bangsa idaman anjuran PAP jelas berlainan

dengan bangsa idaman Melayu, tidak boleh diterima oleh pemimpin Melayu. Akhirnya Singapura

di keluarkan daripada Malaysia pada tahun 1965, tetapi cita-cita PAP dihidupkan oleh pemimpin

bukan Melayu di Malaysia menerusi penubuhan parti democratic Action Party (DAP) yang

pertama kali menyertai PRU tahun 1969.

Kemudian pada tahun 1998, berikutan dengan krisis pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan

Perdana dan Timbalan Presiden UMNO, Anwar menggelak daripada menggunakan unsur

perkauman untuk menyerang Dr. Mahathir, UMNO dan BN. Sebaliknya beliau memobilisasi

kumpulan multi etnik menerusi gerakan reformasi dan memberi gambaran bagaimana BN tidak

melakukan secukupnya untuk membela rakyat pelbagai kaum. Gerakan yang dilakukan Anwar

menerusi jalur ‘bangsa idaman rakyat’ mendapat sokongan daripada parti pembangkang dominan

seperti DAP dan PAS sehingga beberapa gabungan dibentuk seperti BA, PR dan PH yang mana

PKR menjadi pusat tarikan (center of gravity). Dengan dokongan dan sokongan daripada pengundi

muda, masyarakat sivil dan kelas menengah bandar PH berjaya menawan Putrajaya pada tahun

2018 (Ooi, 2018).

Krisis yang berlaku dalam arena elit yang terjadi saban dekad di Malaysia mengubah parti,

gabungan politik dan kerajaan. Tetapi isu yang mendasari semua itu ialah ketiadaan negara bangsa

yang diterima dan dipersetujui bersama ‘…the struggle to have a nation’ (Shamsul A.B. 2020.

Kalaupun ada antara gabungan parti itu dilenyapkan, ‘re-group’ atau ‘transform’, idealogi bangsa

idaman mereka masih tidak lari daripada dua paksi iaitu kebajikan etnik dan ekonomi pasaran.

Page 8: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

8

KRISIS DAN KERJASAMA POLITIK DI MALAYSIA SEBELUM PRU TAHUN 2018

Kenapa Perikatan dan kemudiannya BN muncul sebagai gabungan yang kuat? Antara tahun 1959

hingga PRU tahun 2013, parti yang diberi mandat oleh pengundi ialah gabungan Perikatan/BN.

Sifat heterogen masyakat di Malaysia yang terbahagi kepada beberapa kumpulan etnik utama iaitu

Melayu, Cina, India, Iban dan, Kadazan menjadikan ada pihak merasa hak mereka terlepas atau

dipinggirkan. Etnik dan agama menjadi sumber pembahagian yang terlihat menerusi konsep

bangsa idaman.

Perikatan mempamerkan kepimpinan Melayu dalam masyarakat majmuk. Model kepimpinan

Melayu pada masa awal kemerdekaan direncanakan oleh pihak British, inklusif sifatnya serta

mengambil kira segregasi kuat dalam masyakat pada ketika itu. Perikatan yang merupakan

gabungan antara UMNO, MCA dan MIC merupakan cerminan kepada komposisi demografi

Malaya. Rasional pilihan ini tentunya masyakat Melayu, sebagai penduduk asal, mempunyai

budaya tinggi lengkap dengan kerajaan, perundangan berpaksikan ajaran Islam dan adat resam.

PRU tahun 1969 menunjukkan Perikatan menerima tekanan hebat apabila pengundi bukan Melayu

dan Melayu. Pengundi bukan Melayu khususnya di Pulau Pinang, Selangor dan Perak memberi

undi kepada parrti baharu iaitu DAP dan Gerakan (parti serpihan MCA dan berpusat di Pulau

Pinang) dan ini menjadikan pengaruh MCA menjadi semakin merosot. Di sebelah utara, pengundi

memilih parti PAS. Keputusan PRU 1969 memberi gambaran bahawa komuniti Cina yang selama

ini dominan dalam sektor ekonomi kini mencabar UMNO dan dominasi politik Melayu (Chin

Huat, 2018).

Kemerosotan kuasa UMNO dan peristiwa rusuhan etnik yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei

1969 menyebabkan parlimen Malaysia digantung dan negara diletakkan di bawah pentadbiran

Majlis gerakan Negara (MAGERAN). Dalam tempoh ini, Tun Abdul Razak Hussein mengambil

alih kepimpinan UMNO daripada Tunku Abdul Rahman. Ada pengkaji berpendapat rusuhan etnik

pada tahun 1969 digerakkan oleh Tun Abdul Razak untuk menyingkirkan Tunku Abdul Rahman

yang memimpin UMNO semenjak tahun 1951 lagi (Kia Song, 2007).

Tun Abdul Razak yang menggantikan Tunku Abdul Rahman kemudiannya berintidak merangka

dasar pembangunan baharu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan tujuan

untuk membasmi kemiskinan antara kaum dan menyusun semula masyarakat. Dalam kontek

politik, Tun Abdul Razak mengambil keputusan menjenamakan semula Perikatan kepada Barisan

Nasional (BN) dengan mengajak PAS, Gerakan, dan beberapa parti bersifat regional di Sabah dan

Sarawak menyertai BN. Hanya DAP dan SNAP sahaja mahu kekal sebagai pembangkang. Tidak

lama kemudian iaitu pada tahun 1978, PAS akhirnya embuat keputusan meninggalkan BN.

Diantara PRU 1978 sehingga 1990, BN ditentang secara oleh dua parti pembangkang yang berbeza

dan mereka tidak bersatu iaitu PAS yang menentang UMNO di kawasan majoriti Melayu dan DAP

yang menentang MCA dan MIC di kawasan bukan Melayu. Pengundi bukan Melayu yang

bimbang penguasaan PAS semakin bertambah memberi sokongan kepada BN. Sementara itu,

pengundi Melayu yang bimbang dominasi politik kaum Cina semakin bertambah, juga memberi

undi mereka kepada kerana BN yang diterajui oleh kepimpinan Melayu tetapi tidak ekslusif.

Page 9: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

9

Jenama BN untuk tahun 1980 dan 1990an dicorakkan oleh gaya kepimpinan Dr. Mahathir yang

menjadi presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Kepimpinan Dr.

Mahathir sepanjang tempoh itu sinonim dengan dasar perindustrian, mengutamakan

pengkorporatan, layanan keras terhadap pembangkang, melawan nilai-nilai barat dan mempromosi

‘nilai Asia’. Beliau juga dilihat sebagai nasionalis Melayu dan sentiasa cuba mendorong komuniti

Melayu supaya menjadi lebih maju, menjadi usahawan dan rajin.

Sama seperti Tunku Abdul Rahman, keberadaannya yang agak lama dipersada kuasa mendapat

tentangan daripada timbalan beliau Musa Hitam, diikuti oleh Ku Li dan Anwar Ibrahim

kemudiannya. Musa Hitam bersekutu dengan Ku Li dan melawan Dr. Mahathir semasa pemilihan

Agung UMNO pada tahun 1987 yang berakhir dengan krisis pengharaman UMNO pada tahun

1988. Sehubungan itu, UMNO (Baru) didaftarkan oleh kumpulan Dr. Mahathir bagi menggantikan

UMNO lama dan menyekat penyokong Ku Li daripada menyertai UMNO (Baru).

Ku Li mengambil keputusan menubuhkan Parti Semangat 46 (S-46) dan berjaya mengajak DAP,

Indian Progressive Fornt (IPF), dan Parti Bersatu Sabah (PBS, yang meninggalkan gabungan BN

menjelang PRU) untuk menyertai gabungan Gagasan Rakyat (GR) bagi melawan BN semasa PRU

tahun 1990.

Di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, S-46 turut menjalinkan kerjsama dengan PAS

dan Berjasa menerusi gabungan bernama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Gabungan yang

seratus peratus Melayu Islam ini dilakukan bagi melawan UMNO di Utara dan Pantai Timur

Semenanjung. APU berjaya menamatkan pemerintahan UMNO/BN di negeri Kelantan. APU

walau bagaimanapun tidak bertahan lama apabila S-46 dibubarkan pada tahun 1996 sengan

sebahagian besar pemimpin utama mereka kembali menyertai UMNO.

Page 10: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

10

Jadual 1.0: PRU dan Dominasi Perikatan /BN (1955-2018)

Pada tahun 1998, krisis dalaman kembali berlaku dalam UMNO pada tahun 1998 apabila timbalan

presiden UMNO ketika itu iaitu Anwar Ibrahim dipecat daripada parti oleh presiden iaitu Dr.

Mahathir. Setelah dipecat daripada UMNO, ditangkap dan dibicarakan di mahkamah, Anwar

Ibrahim Bersama penyokongnya menubuhkan Parti Keadilan Nasional (PKN). Pada tahun 1999,

dua parti pembangkang utama iaitu DAP dan PAS mengambil keputusan menyertai gabungan

Barisan Alternatif (BA) yang digerakkan oleh PKN.

Sama seperti BN, gabungan BA nampak dari luar bersifat multi etnik, tetapi parti-parti komponen

BA sebenarnya mewakili kepentingan etnik dengan bangsa idaman yang berbeza. PAS misalnya

dengan cita-cita membina negara Islam dan DAP kekal dengan hasrat mewujudkan Malaysian

Malaysia. PKN mewakili bangsa idaman versi rakyat yang mana nilai-nilai seperti keadilan sosial,

meritokrasi dan pengagihan kekayaan menjadi teras utama.

Keputusan PRU tahun 1999 menunjukkan DAP ditolak oleh pengundi Cina apabila mereka hanya

menang sebanyak 10 kerusi parlimen. Sementara itu, PAS muncul sebagai pemenang utama

dengan 27 kerusi parlimen, angka paling besar dalam sejarah parti tersebut. PAS berjaya

mengekalkan penguasaan mereka di Kelantan dan berjaya menawan negeri Terengganu di

samping kemenangan agak besar di negeri Kedah. Program Islamisasi PAS di Kelantan dan

Terengganu selepas itu menyaksikan DAP menarik diri daripada gabungan BA pada tahun 2001.

BA tidak kekal lama kerana pada tahun 2002 DAP mengambil keputusan untuk meninggalkan

gabungan tersebut. Semasa PRU tahun 2008, parti-parti pembangkang memperolehi kejayaan agak

memberangsangkan dengan dapat membentuk kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan, Kedah,

Pilihan Peratus Undi Peratus Kerusi

Raya Popular Kerusi

1955 81.68 98.08

1959 51.77 71.15

1964 58.53 85.58

1969 46.29 62.50

1974 60.73 87.66

1978 57.23 84.42

1982 60.54 85.71

1986 57.28 83.62

1990 53.38 70.56

1995 65.16 84.38

1999 56.53 76.68

2004 63.85 90.87

2008 51.50 63.93

2013 47.38 59.91

2018 33.72 35.59

Page 11: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

11

Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PKR, PAS dan DAP buat kali kedua bersetuju bergabung dalam

Pakatan Rakyat (PR). PR mengekalkan status quo semasa PRU 2013.

Dua tahun selepas PRU tahun 2013, dua perkembangan besar berlaku dalam gabungan

pembangkang. Pertama, PAS disingkirkan keluar daripada PR berikutan pendidiran parti itu yang

tidak selari dengan PKR dan DAP dalam isu menteri besar selangr berikutan ‘Langkah Kajang’.

Sehubungan itu, nama gabungan baharu ini juga ditukar kepada Pakatan Harapan (PH).

Dengan ketiadaan PAS daripada PH, gabungan itu tidak lagi memiliki ini rupa bangsa idaman

Islam dan perkara ini perlu diatasi. Sejurus kemudian, PAS mengalami krisis dalaman antara

kumpulan yang menyokong presiden dan timbalan presiden. Krisis tersebut menyebabkan sebuah

parti serpihan PAS yang diberi nama Parti Amanat Nasional (PAN) ditubuhkan dan diketui oleh

mantan timbalan presiden PAS, iaitu Mohd Sabu. PAN mengambil keketapan untuk menyertai

gabungan PH dan ini mengisi kekosongan bangsa idaman Islam yang telah ditinggalkan oleh PAS

sebelum ini.

Najib Razak yang menggantikan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO turut

berhadapan dengan krisis dalaman UMNO apabila beliau memecat timbalan presiden UMNO iaitu

Muhyiddin Yassin pada tahun 2015 berikutan dengan isu 1MDB. Muhyiddin Yassin kemudiannya

bersama dengan mantan perdana menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Dr Mahathir

Mohamed menubuhkan sebuah parti baharu iaitu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan

tujuan menggantikan UMNO dan menjadi parti utama kepada pengundi Melayu. Bersatu diterima

menyertai PH pada januari 2017. Bersatu membawa jalur rupa kepada bangsa idaman pimpinan

Melayu ke dalam PH. Sebelumnya, PKR dan DAP gagal menarik sokongan masyarakat Melayu

(seperti dalam PRU tahun 2013) kerana bentuk bangsa idaman yang ditawarkan adalah berteraskan

kesetaraan warga (jalur bangsa rakyat dan Malaysian Malaysia).

PH bertanding menggunakan lambang PKR semasa PRU 14 menentang calon-calon daripada BN

dan PAS semasa PRU 14. Keputusan PRU 14 menunjukkan PH berjaya mendapat undi popular

sebanyak 47 peratus, mengatasi BN yang mendapat 34 peratus dan PAS pula mendapat 17 peratus.

PH mencatatkan sejarah apabila berjaya membentuk kerajaan pada peringkat persekutuan dan

sekaligus menamatkan dominasi BN yang telah bertapak semenjak awal merdeka lagi.

KRISIS DALAMAN DAN NARATIF KERAJAAN PH

Setelah 22 bulan berkuasa, dalam peristiwa yang dianggap ‘gempa bumi politik’ di Malaysia yang

membawa gabungan ‘pro reform’ ke tampuk kuasa, secara tiba-tiba kerajaan PH runtuh kerana

persaingan diantara Tun Dr. Mahahthir yang berusi 95 tahun dengan Anwar Ibrahim yang berusi

74 tahun. Mereka terperangkap dengan isu peralihan kuasa sepertimana dijanjikan sebelum PRU

2018 tetapi gagal dilaksanakan selepas hampir dua tahun berkuasa berikutan keengganan Tun

Mahahthir mematuhi perjanjian tersebut (Wan Saiful, 2020).

Perkara ini dilihat oleh rakyat bahawa soal governan hanyalah untuk siapa yang memiliki kuasa

dan bukannya tangunggjawab bekerja untuk rakyat yang telah bekorban dengan memberi undi

kepada PH mengalahkan BN dalam PRU 2018. PH dilihat amat sedikit sekali bertindak untuk

Page 12: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

12

melaksanakan agenda reformasi seperti yang mereka laungkan selama ini, bahkan PKR sebagai

parti yang dikaitkan dengan gerakan reformasi seperti tidak diberi ruang langsung untuk

berperanan. Anwar Ibrahim tidak berada dalam barisan kabinet Tun Dr. Mahahthir.

PH melaungkan konsep ‘Malaysia baharu’ dengan anggapan bahawa Malaysia sebagai negara

bangsa yang mengutamakan sistem nilai masyarakat multi etnik. Banyak diantara tindakan mereka

mencerminkan nilai tersebut misalnya mengeluarkan surat rasmi kerajaan dalam Bahasa Mandrin,

Bahasa Inggeris dan menolak pembelajaran penulisan jawi di sekolah. Timbalan Menteri

Pendidikan mendesak supaya lulusan UEC diiktiraf oleh kerajaan persekutuan bertentangan

dengan perlembagaan negara. Kemudian, terdapat video seorang pemimpin DAP (dirakam pada

tahun 2018) menghujahkan bagaimana Rajendra Chola I dari Tamil Nadu yang membina kota di

Kedah lebih kurang 1000 tahun yang lalu. Ucapan itu dibuat untuk memberi legitimasi yang negara

ini semua penduduknya terdiri daripada pendatang, kecuali Orang Asli (Devaraj, 2020).

PH cuba mengiktiraf International Convention on the Elimination of All Forms of Racial

Discriminations (ICERD) dan perjanjian isu meratifikasi ‘Rome Statute’, yang membolehkan

pemimpin tertinggi negara iaitu Seri Paduka Baginda YDPA dibicarakan oleh Mahkamah Jenayah

Antarabangsa (ICJ). Kepada komuniti Melayu, PH bukan sahaja menghina YDPA tetapi juga telah

berani menyentuh perkara Hak Istimewa Melayu yang ada terdapat dalam Perlembagaan Malaysia

dan perkara tersebut amat mengecewakan mereka.

Setelah menerima tentangan hebat daripada parti-parti pembangkang Melayu seperti UMNO dan

PAS, PH akhirnya membuat pusingan ‘u’ dalam isu mengiktiraf ICERD. Selain cuba menganggu

gugat soal Bahasa, raja-raja dan isu-isu agama yang sangat sensitif kepada komuniti Melayu, PH

juga dilihat gagal menguruskan masalah ekonomi yang dirasai oleh penduduk di luar bandar dan

bandar khususnya golongan B40 yang menyaksikan aspek kehidupan mereka semakin merosot.

Ini adalah berikutan langkah Menteri Kewangan, iaitu Lim Guang Eng membenarkan pemotongan

subisidi untuk nelayan dan penoreh getah semasa pembentangan bajet pertama PH pada Oktober

2018. Sebelum itu, nelayan tradisi menerima elaun bulanan sebanyak RM300 dan diberi kepada

70,000 penerima. Skim subsidi harga getah juga dihentikan seaktu harga getah sekerap jatuh

kepada RM2.2. per kg pada Jun ke Disember 2018.

Skim ini memberikan tunai langsung ke dalam akaun 180,000 pengusaha getah kecil dengan

keluasan tanah di bawah lima ekar jika harga getah jatuh di bawah RM2.20 per kg (Deveraj, 2020).

Alasan yang diberikan untuk memberhentikan kedua-dua program ini adalah kerana kerajaan tidak

mempunyai kewangan yang mencukupi sedangkan dalam masa yang sama kerajaan

menyelesaikan cukai GST serta bayaran balik lebihan cukai pendapatan melibatkan hamper RM37

billion.

Dari sudut lain, amalan kronisme dan gelagat ‘rent-seeking’ seperti zaman gabungan BN kembali

menjelma semula di bawah pentadbiran PH. Kerajaan PH melantik ahli-ahli politik dan para

penyokong mereka untuk memegang jawatan-jawatan utama di beberapa syarikat milik kerajaan

(GLC) sama ada pada peringkat pusat atau di negeri-negeri yang mereka berkuasa.

Semua isu ini menyebabkan sokongan komuniti Melayu kepada kerajaan PH menjadi semakin

merosot. Sokongan pengundi Melayu kepada PH adalah sekitar 25 peratus ketika PRU tahun 2018.

Page 13: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

13

Kajian yang dijalankan oleh Ilham Center pada September 2019 menunjukkan sokongan pengundi

Melayu kepada PH merosot kepada 17 peratus (Ilham Center, 2019). Orang Melayu bukan sahaja

mula mendapati kebajikan mereka terabai, etnik dan agama mereka dipolitikkan tetapi kedudukan

agama, Bahasa, budaya dan raja mereka sebagai pasak negara bangsa telah dicabar hingga

berpendirian masa depan bangsa untuk diwariskan ke anak cucu sudah tergugat (Mansor, 2020).

Keadaan ini dikusutkan lagi dengan tindakan Tun Dr. Mahathir yang berdolak dalik mengenai isu

peralihan kuasa PM kepada Anwar. Mengikut Wan Saiful Wan Jan (2020) yang juga salah seorang

ahli Mesyuarat Tertinggi Bersatu, Tun Dr. Mahathir dalam perbincangan tertutup tidak pernah

membayangkan untuk menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim. Sementara itu PH dan Anwar cuba

memberi gambaran seolah-olah peralihan kuasa akan berlaku selewatnya pada bulan Mei tahun

2020. Apabila Bersatu menganjurkan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019, Mahathir

seakan menghantar isyarat yang beliau mahu bekerjasama semula dengan UMNO dan PAS di

belakang PH (Wan Saiful, 2020).

Dalam PH, semua jalur bangsa idaman bertemu, setiap parti komponen membawa versi bangsa

idaman masing-masing. Ia menjadi sumber kekuatan dan dalam masa yang sama menjadi punca

krisis yang kemudiannya menjatuhkan kerajaan PH selepas 22 bulan berkuasa pada peringkat

pusat (Shamsul Amri, 2020).

Perjuangan negara bangsa idaman kerajaan PH yang dicorakkan oleh DAP dengan konsep

Malaysian Malaysia berteraskan hak asasi, kesamarataan, multikulturalisme dan ekonomi pasaran

adalah asing dari kearifan lokal yang difahami dan diterima oleh orang Melayu, Bumiputera Sabah

dan Sarawak. Kearifan lokal ini jelas membudaya dalam masyarakat Melayu dan ianya berbeza

dari asas epistimelogikal barat yang dipengaruhi oleh etika peradaban pasca enlightment

(Mansor,2020)

TAN SRI MUHYIDDIN SEBAGAI CALON KOMPROMI?

Keputusan Tun Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri secara mengejut pada 24

Februari sebagai berikutan keputusan parti Bersatu membuat pengumuman menarik diri daripada

gabungan PH menamatkan penguasaan kerajaan PN selama 22 buat di persada politik Malaysia.

Dalam peristiwa yang dikenali sebagai ‘langkah Sheraton’ tersebut, seramai 11 orang ahli parlimen

PKR yang dipimpin oleh Azmin Ali, iaitu Timbalan Presiden PKR membuat keputusan

meninggalkan PKR dan gabungan PH.

Azmin Ali yang merupakan salah seorang pengasas dan penggerak PKR semenjak zaman

reformasi telah diketepikan beberapa kali oleh Anwar Ibrahim semenjak kemenangan mereka di

Selangor menerusi PRU tahun 2008. Semasa PKR membuat keputusan untuk melantik Menteri

Besar Selangor, Azmin Ali tidak terpilih walaupun beliau adalah pengerusi bagi PKR Selangor.

Semasa ‘Langkah Kajang’ diambil oleh PR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor pada

tahun 2014, nama Azmin Ali sekali lagi tidak tersenarai, sebaliknya PAS yang mencadangkan

nama Azmin kepada Sultan Selangor. Setelah kemenangan PH dalam PRU 14, Azmin Ali dilantik

menganggotai kabinet Tun Mahathir selaku Menteri Ekonomi. Krisis antara Azmin Ali dan Anwar

Page 14: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

14

Ibrahim menjadi semakin ketara apabila Anwar Ibrahim membawa Rafizi Ramli untuk melawan

Azmin Ali selaku timbalan presiden PKR semasa pemilihan PKR diadakan pada penghujung tahun

2018.

Pada 1 Mac 2020, Muhyiddin Yassin telah diterima untuk mengangkat sumpah memegang jawatan

PM ke 8 oleh Seri Paduka YDPA di Istana Negara dan seterusnya diikuti oleh perlantikkan barisan

kabinet pada 10 Mac 2020. Pembentukan kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin Yassin dijayakan

dengan sokongan ahli-ahli parlimen dalam gabungan gabungan Maufakat Nasional (MN yang

terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, PAS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Sabah Alliance

(terdiri dari STAR, PBS).

Pemilihan Muhyiddin Yassin sebagai PM oleh kumpulan Azmin Ali bersama pemimpin UMNO

dan PAS dilakukan tanpa meminta pandangan daripada ahli-ahli parti untuk mendapat persetujuan.

Perkara itu dilakukan secara tergesa-gesa dalam krisis yang berlaku selepas ‘langkah Sheraton’.

Dari satu aspek, Muhyiddin Yassin merupakan calon kompromi untuk kerusi PM bagi menghalang

Anwar Ibrahim dan PH menguasai tampuk kepimpinan negara.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin walau bagaimanapun lahir di luar kerangka peralihan kuasa yang

difahami secara lazimnya berlaku dalam kefahaman di negara demokrasi Barat. Di bawah sistem

kerajaan demokrasi, pertukaran kerajaan kebiasaannya berlaku menerusi: 1) proses PRU, 2)

setelah undi tidak percaya kepada Perdana Menteri semasa sidang parlimen berjaya dilakukan.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tidak melalui proses di atas, ia ditubuhkan pada pertengahan

penggal parlimen berikutan keputusan institusi yang menyimpan warisan tradisi Melayu, iaitu Seri

Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (YDPA).

Perlembagaan Malaysia menerusi Perkara 43(2)(a) menyebut …the (King) shall first appoint as

…Prime Minister…who is in his judgement is likely to command the confidence of the majority

of the members of the house’. Walaupun YDPA menggunakan peruntukkan perlembagaan, krisis

politik ini masih belum berakhir kerana ada pihak yang percaya bahawa tepat atau tidak tindakan

Seri Paduka Baginda YDPA hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di parlimen

(Bridget, 2020).

Muhyiddin Yassin kemudian mengukuhkan kedudukan beliau sebagai PM menerusi poltik

naungan atau ‘patronage politics’ bagi mendapatkan sokongan dan kesetiaan. Kabinet Muhyiddin

menyaksikan lantikan Menteri dan Timbalan Menteri paling besar setakat ini, iaitu seramai 70

orang (William Case, 2020). Ahli-ahli parlimen PN yang tidak berada dalam cabinet dilantik

sebagai pengerusi Syarikat Milik Kerajaan (GLC). Politik naungan inilah yang mengikat atau

‘bonding’ ahli-ahli parlimen PN dan sebelum itu BN untuk suatu tempoh yang lama sebelum

mereka tewas semasa PRU 2018.

Kabinet Muhyiddin juga dilihat tidak mengikut konvensyen sebelum ini apabila jawatan Timbalan

Perdana Menteri ditiadaan. Beliau memperkenalkan konsep Menteri kanan dengan menamakan

empat Menteri sebagai Menteri kanan. UMNO hanya mendapat seorang Menteri kanan (Menteri

Pertahanan yang disandang oleh Ismail Sabri), Bersatu mendapat dua Menteri Kanan dan satu lagu

diberi kepada GPS (Yang Razali, 2020).

Page 15: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

15

Keputusan yang kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin lakukan dalam mengurus masalah

pendemik Covid19 dengan bilangan pesakit positif sekitar 9000 orang dan hanya mencatatkan

kematian seramai 125 orang dilihat sangat berjaya. Survei pendapat umum menunjukkan

popularriti Muhyiddin sebagai PM adalah sangat baik iaitu 80 peratus kepada pengundi Melayu,

55 peratus kepada pengundi Cina dan 50 peratus bagi pengundi India (The Star, 9 Ogos, 2020).

Tetapi

Namun begitu, Bersatu di bawah pimpinan Muhyiddin kelihatan semakin lemah apabila Tun

Mahathir bersama enam lagi ahli parlimen Bersatu membuat keputusan meninggalkan parti itu dan

menubuhkan baharu pada 8 Ogos 2020. Sehingga kini, parti yang belum lagi dinamakan oleh Tun

Dr. Mahathir telah berjaya menarik ramai pemimpin dan ahli-ahli Bersatu membuat keputusan

meninggalkan Bersatu.

Usaha PH untuk mengadakan undi tidak percaya di parlimen apabila persidangan pertama

diadakan pada 18 Mei 2020 menemui kegagalan apabila persidangan tersebut hanya meletakkan

satu agenda sahaja, iaitu ucapan Seri Paduka Baginda YDPA. Pada persidangan parlimen bermula

13 Julai, Muhyiddin berjaya menukar Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan sokongan 111

sokongan dan PH mendapat 109 undi. Sokongan yang sangat tipis yang diperolehi oleh Muhyiddin

banyak pihak percaya kerajaan ini tidak akan bertahan lama dan PRU 15 mungkin diadakan dalam

masa labih awal.

Pada 27 Julai 2020, mantan Perdana Menteri Najib Razak dijatuhkan hukuman bersalah oleh

Mahkamah dan pada keesokannya presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi membuat

pengumuman rasmi bahawa MN tidak akan menyertai PN. Langkah ini memberi isyarat bahawa

PRU lebih awal mungkin berlaku dan teka-teki mengenai persoalan siapa bakal menjadi PM

selepas PRU itu nanti semakin kerap diperkatakan. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menghadapi

47 kes di mahkamah mungkin bersedia menghadapi PRU 15 lebih awal sebelum perbicaraan beliau

tamat dan dia masih mempimpin parti. Sekiranya mendapat mandat besar menerusi PRU 15,

kebarangkalian untuk mengenakan tekanan badan kehakiman membolehkan beliau dibeaskan

amat tinggi (Hutchinson, 2020)

Kepada Muhyiddin, mengadakan PRU lebih awal mungkin menamatkan tempoh beliau

memegang jawatan PM. Bersatu pimpinan beliau mungkin kalah teruk jika tidak bersama dengan

MN. Dinamika politik dalam UMNO dan Bersatu akan menentukan sama ada PRU 15 diadakan

lebih awal atau tidak.

Dengan situasi sekarang, PAS yang buat kali kedua memerintah di peringat pusat berada dalam

keadaan amat kuat. Penguasaan PAS di tiga negeri majoriti Melayu iaitu Kedah, Kelantan dan

Terengganu semakin sukar digugat apabila lawan utama mereka sebelum ini, iaitu UMNO telah

menjadi sekutu utama pada masa ini.

Setelah lima bulan kehilangan kuasa, PH masih bergelumang dengan calon PM yang menghantui

mereka semenjak tahun 2018. Kemungkinan PH kembali berkuasa kelihatan amat tipis apabila

Anwar Ibrahim gagal mendapatkan persetujuan tentang siapa yang sepatutnya mewakili PH

sebagai PM. Tun Mahathir mencadangkan Shafie Apdal sebagai calon PM dan Anwar bersama

Page 16: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

16

Mukhriz menjadi Timbalan PM. Cadangan itu diterima oleh DAP, PAN dan Warisan tetapi ditolak

oleh PKR.

Hingga kini MN masih mengekalkan naratif dan bangsa idaman beridentitikan Melayu. Sekiranya

Bersatu membuat keputusan tidak menyertai MN, kemungkinan besar mereka akan menemui jalan

mati semasa PRU 15 kelak. Pilihan yang ada ialah mungkin menyertai MN dan membiarkan

UMNO dan PAS ‘calling the shot’ (abang besar).

Pilihan kepada Bersatu untuk kembali semula kepada PH mungkin tertutup kepada mereka setelah

apa yag berlaku semenjak ‘langkah Sheraton’, persaingan bangsa idaman menyulitkan kerjasama

antara mereka. Di samping itu, PH juga telah membayangkan untuk bekerjasama dengan parti

baharu yang dipimpin oleh Tun Mahathir. Perhatian sekarang tertumpu kepada berapa lama

kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin akan berlangsung memandangkan kekuatan yang boleh

menggugat kestabilan politik beliau masih lagi ada bersama dan dipimpin oleh orang yang sama,

iaitu Tun Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim.

KESIMPULAN

Dinamika politik di Malaysia menunjukkan parti ditubuhkan, kemudian gabungan parti

ditubuhkan, dijenamakan semula dan dikuburkan apabila kumpulan strategik berubah haluan.

Krisis berlaku apabila timbalan presiden parti merasa terlalu lama menunggu untuk peralihan

kuasa. Usaha untuk singkirkan penyandang jawatan presiden atau timbalan presiden, biasanya

akan diikuti dengan penubuhan parti oleh mantan timbalan presiden dan seterusnya menubuhkan

gabungan politik baharu. Perkara ini dapat dilihat menerusi krisis antara Dr. Mahathir melawan

Ku Li, Dr. Mahahtir melawan Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin melawan Najib Razak dan

Azmin Ali melawan Anwar Ibrahim. Semuanya menunjukkan bahawa ruang demokrasi dalam

parti-parti politik yang sepatutnya menjadi mekanisme peralihan kuasa antara presiden kepada

timbalan presiden tidak wujud. Timbalan presiden yang merasa kedudukannya semakin terancam

dengan tindak tanduk presiden parti biasanya akan memulakan langkah untuk mencabar presiden.

Kes Mahathir-Anwar, Najib-Muhyiddin berlaku apabila Presiden memecat Timbalan Presiden.

Sementara kes Mahathir-Musa, Anwar-Azmin berlaku kerana Timbalan Presiden berkelahi dan

mencabar Presiden.

Apa yang dialami oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin pada tahun 2018 dan 2020

menunjukkan bahawa seseorang itu boleh menjadi PM tanpa melalui tiket parti UMNO.

Pengalaman mereka juga menunjukkan individu, dengan aturan permainan yang betul boleh

mengubah laluan sejarah. Namun begitu, untuk mencari kestabilan dalam jangka panjang, aturan

permainan (gabungan parti) mestilah berpaksikan kepada bangsa idaman yang selari antara parti-

parti komponen. Pertentangan bangsa idaman seperti pengalaman yang dilalui semasa pentadbiran

PH akan melemahkan kerajaan, mengeruhkan hubungan etnik dan menimbulkan kebimbangan di

kalangan rakyat terhadap isu kestabilan politik.

Page 17: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

17

Rujukan

Berthelsen, John (2020). Malaysia Preps for Polls Likely to End Reformasi for Good. Asia Sentinel

– https://www.asiasentinel.com/p/malaysia-preps-for-election-that

Case, William (2020), Covid-19 Taps the Accelerator in Malaysia Politics. East Asia Forum –

https://www.eastasiaforum.org

Chin-Huat, Wong (2018), The Rise, Resilience and Demise of Malaysia’s Dominant Coalition.

The Round Table: The Commonwealth Journal of International Affairs

Devaraj, Jayakumar (2020). Kegagalan Pakatan Harapan: Pertembungan Naratif. Aliran –

https://aliran.com/aliran-csi/kegagalan-pajatan-harapan-pertembungan-naratif/

Hutchinson, Francis (2020), Najib Verdict Complicate Malaysia’s Game of Thrones. East Asia

Forum-https://www.eastasiaforum.org.

Ingatan Malaysia: Interviews (2020). Langkah Sheraton: Perspektif Shamsul Amri Baharuddin.

https://ingatanmalaysia.com/2020/07/05/langkah-sheraton-perspektif-shamsul-amri-baharuddin

Kee Beng, Ooi (2018). Catharsis: A Second Chance for Democracy in Malaysia. Penang Institute/

ISEAS – Yusof Ishak Institute/SIRDC: Petaling Jaya

Kia Song, Kua (2007). May 13: Declassified Docuents on the Malaysian Riots of 1969. Suaram:

Kuala Lumpur

Lijphart, Arend (1977). Democracies in Plural Societies: A Comparative Exploration. New

Heavan and London: Yale University Press.

Mansor Mohd Nor (2020. Naratif Bangsa Malaysia: Ilmu, Kewatanan dan Negara Bangsa Dalam

Masyarakat Kepelbagaian.

Mauzy, Diane K. (1983). Barisan Nasional: Caolition Government in Malaysia. University of

British Columbia: Merican and Sons (M).

Noriyuki, Segawa (2015), Ethnic Politics and Consociationalism in the 2013 Malaysian Election.

Japanese Journal of Political Science, 16, ms 177-194

Saravanamuttu, Johan (2012). Twin Coalition Politics in Malaysia Since 2008: A Path Dependent

Framing and Analysis. Contemporary Southeast Asia Vol. 34. No. 1.

Shamsul, A.B. (1996). Nation-of-Intent in Malaysia. Dalam Tonnesson, S & Antlov, Han (edt.).

Asian Forms of the Nation. London: Curzon.

Thompson, Mark, R. (2015), Democracy With Asian Characteristics. Journal of Asian Studies,

Vol. 74. No. 4. (Nov. 2015), ms. 875-887

Wan Saiful Wan Jan (2020), Why Did Bersatu Leave Pakatan Harapan?, ISEA- Yusof Ishak

Institute

Page 18: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

18

Welsh, Bridget (2020). Old Malaysia’ Triumphs For Now. East Asia Forum -

https://www.eastasiaforum.org

Wimmer, A and Feinstein, Y. (2010). The Rise of Nation-State across the World, 1816-2001.

American Sociological Review.

Yang Razali Kassim (2020), Malaysia’s Epic Power Struggle. East Asia Forum –

https://www.eastasiaforum.org

Page 19: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

19

TEORI PERSAINGAN PARTI DALAM PILIHANRAYA KECIL

PARLIMEN BATU SAPI 2010 DI SABAH, MALAYSIA

Arif Aizuddin Azlan, Zulkanain Abdul Rahman

ABSTRACT

General Elections (PRU) 2008 shows a very clear signal that the government Barisan Nasional

(BN) has no longer been an absolute political alternative where it failed to defend the two-third

majority in the Parliament. The decisions made by the voters marked a form of a new command,

in which the democratization process began retrace into Malaysia's political system and racism-

based vote is no longer overshadow the democratic process in Malaysia. More surprising, post-

PRU 2008 saw a series of small elections (PRK) that were held at Parliament and the state. Among

the PRK held, the momentum of the vote the political direction of the opposition was maintained.

The PRK of Batu Sapi Parliament in Sabah which held in November 2010, was a case study to see

the party's performance contest through the party competition framework. Although BN has won

in PRK the party's competition, some theories argued that BN had the election political strength

that is distinctive in several respects besides the opposition party of the Pakatan Rakyat (PR) it

faces the constraints that have indeed been expected.

Keywords: party, election, Batu Sapi election.

PENGENALAN

Pilihan raya umum (PRU) yang diadakan pada tahun 2008 secara tidak langsung telah merubah

lanskap sosio-politik di Malaysia di mana mandat penuh dua-pertiga yang dipertahankan secara

tradisi pada setiap PRU oleh parti-parti politik dari Barisan Nasional telah berjaya dipecahkan oleh

parti-parti pembangkang seperti Parti KeADILan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

dan Democratic Action Party (DAP). Pasca PRU 2008 menyaksikan fenomena yang amat menarik

apabila beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) kerap kali diadakan. PRK atau dikenali sebagai “by-

election” adalah satu proses demokrasi yang singkat dan ia diadakan kerana beberapa sebab seperti

kematian penyandang kerusi, perletakan jawatan dengan sengaja, dan juga hilang kelayakan

sebagai ahli dewan seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Menurut Muhammad A. Hakim,

di dalam sistem politik demokrasi, terutama sekali berkenaan dengan sistem berparlimen, PRK

dijadikan sebagai satu alat barometer untuk menguji darjah populariti kerajaan yang sedang

memerintah.1 Dari perspektif rejim pilihan raya ‘kuku besi’ pula, Stephan Ortmann berhujah

bahawa PRK mempunyai peranan yang sangat signifikan di mana ia berpotensi dijadikan sebagai

penanda aras untuk perubahan politik.2 Di dalam konteks Malaysia, hujah tersebut

berkemungkinan sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada rangka analisa. Ortmann juga

menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan dengan rejim ‘kuku besi’ ini dimana, pertama, rejim

berbentuk ‘hegemoni’ ini berlaku apabila kerajaan yang memerintah terpilih sekali lagi semasa

1 Muhammad A. Hakim, ‘The Mirpur Parliamentary By-Election in Bangladesh,’ Asian Survey, Vol. 34, No. 8,

1994, p. 738-747. 2 Stephan Ortmann, ‘The Significance of By-Elections for Political Change in Singapore’s Authoritarian Regime,’

Asian Survey, Vol. 54, No. 4, 2014, pp. 725-748.

Page 20: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

20

hari pilihan raya, kedua, rejim berbentuk ‘persaingan’ pula menunjukkan sekurang-kurangnya

terdapat perubahan teoretikal yang membawa kepada kemenangan pembangkang.3 Ini

memberikan satu gambaran yang jelas bahawa proses pendemokrasian itu tidak mustahil

berdasarkan pungutan undi yang diperolehi apabila gabungan parti pembangkang berjaya meraih

undi popular pada PRU 2008.

Seperti yang dihujahkan oleh Abdul Rashid Moten, kemenangan atau kekalahan di dalam

pilihan raya kecil itu ditafsirkan sebagai satu isyarat yang jelas dan mempunyai implikasi terhadap

badan perundangan (Parlimen), parti politik, proses berkempen dan sistem kepartian. Kemenangan

di dalam pilihan raya kecil juga mampu untuk meningkatkan kredibiliti kepimpinan dan populariti

sesebuah parti itu.4 Oleh itu, perjalanan sesebuah pilihan raya itu akan dinilai oleh masyarakat

awam secara objektif demi untuk mengambil satu keputusan politik sama ada bersetuju atau pun

tidak dengan prestasi kepartian yang sedia ada.

Selain itu, keputusan PRU 2008 itu juga mempamerkan satu bentuk peralihan positif di

mana rata-rata gelagat pengundi di Malaysia ini sudah berubah. Sesetengah ilmuwan berhujah

bahawa keputusan itu melambangkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat

tidak lagi terikat dengan gelagat pengundian yang berpaksikan perkauman. Dalam erti kata lain,

gelagat pengundian rakyat Malaysia pada 2008 mencerminkan bahawa politik perkauman itu

sudah tidak relevan lagi. Dan ada juga sesetengah pemerhati politik tanah air yang berhujah

bahawa isu-isu nasional seperti kenaikan harga barang dan juga ketirisan yang melibatkan

institusi-institusi awam yang berkepentingan mendorong kepada faktor-faktor yang menjadi

pemangkin terhadap perubahan gelagat pengundian yang amat ketara seperti dapat disaksikan

melalui keputusan pilihanraya umum 2008. Ini juga membuktikan bahawa ‘ruang

pendemokrasian’ di dalam konteks politik Malaysia itu adalah sesuatu yang mampu untuk dicapai

oleh segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum.

Kajian ini bersifat pensejarahan politik di mana ia bertujuan untuk memposisikan

fenomena persaingan kepartian ini secara teoretikal berkenaan dengan kajian kes di dalam PRK

parlimen Batu Sapi, Sabah yang diadakan pada bulan November 2010. Batu Sapi adalah salah satu

kawasan parlimen di Negeri Sabah dan ia terdiri daripada dua kawasan Dewan Undangan Negeri

(DUN) iaitu N43 Sekong N44 Karamunting. Kerusi Batu Sapi terhasil melalui praktis

persempadanan 2003 oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan kerusi tersebut secara

rasminya ditandingi oleh parti politik pada pilihanraya umum 2004. Secara tradisi, kerusi itu

adalah milik parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS)

semenjak dari tahun 2004. Pada pilihan raya umum (PRU) 2008, kerusi Batu Sapi tidak ditandingi

oleh parti pembangkang melainkan calon Bebas dan justeru itu, secara tidak langsung, kerusi

tersebut telah menyumbang kepada pengukuhan kekuasaan politik BN di peringkat negeri.

PERSAINGAN PARTI: SATU KERANGKA TEORITIKAL

Kerangka teoretikal adalah satu pendekatan yang bersifat pragmatik di dalam usaha untuk

memahami perjalanan sesuatu fenomena sosial yang berlaku. Di dalam bidang sains sosial,

terutama sekali disiplin sains politik, penggunaan sesuatu teori itu adalah satu kemestian dan

daripada teori itu jugalah datangnya sesuatu hujah dan juga hipotesis yang dihitung sebagai agak

mampan di dalam usaha untuk menilai fenomena sosial itu secara kritis dan lebih bersifat objektif.

3 Ibid., p. 725. 4 Abdul Rashid Moten, ‘The December 2005 Pengkalan Pasir By-Election In Kelantan, Malaysia: An Election With

a Difference,’ Contemporary Southeast Asia, Vol. 28, No. 3, 2006, pp. 407-423.

Page 21: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

21

Oleh itu, keselarian di antara kajian ini dan juga pengaplikasian kerangka teori itu mestilah dicapai.

Kebanyakan ilmuwan menggunakan pendekatan teori etnik untuk menjelaskan perjalanan pilihan

raya di Malaysia ini.

Di dalam usaha untuk menilai sisi-sisi gelagat politik dan institusi-insitusi di Malaysia ini,

ahli akademik mempunyai kecenderungan untuk mewujudkan beberapa konsep teoretikal iaitu

‘demokrasi palsu (pseudo-democracy), ‘demokrasi separa bebas’ (illiberal democracy), dan sistem

kuku-besi lunak (soft authoritarian). William Case di dalam kajiannya berkaitan dengan gelagat

sistem politik di Malaysia ini telah berhujah bahawa pemahaman ‘demokrasi palsu’ ini secara

praktiknya terwujud apabila rejim semasa menawarkan sesuatu kepada rakyatnya berbanding

dengan rejim kuku besi yang asli, di mana rejim semasa itu cenderung dan mempunyai sifat

toleransi dengan parti-parti pembangkang dan pilihan raya dijalankan dari semasa ke semasa.5

Hujah tersebut membawa kepada satu takrifan bahawa ruang demokrasi di Malaysia ini masih lagi

mempunyai nilai yang tersendiri dan mampu untuk bergerak walaupun pada keadaan tertentu ia

dikekang oleh rejim.

Margit Tavits memposisikan kedinamikan persaingan parti itu dengan andaian bahawa

pengundi membuat keputusan melalui perbandingan keutamaan mereka sendiri terhadap sesuatu

isu dan polisi dan juga posisi sesuatu parti itu ke atas isu yang sama. Oleh itu, pengundi yang

terdedah dengan maklumat dan rasional akan sentiasa menyokong parti yang mempunyai isu yang

sama dan hampir terhadap kepentingan mereka (pengundi).6 Dalam kerangka yang lebih besar,

Kaare Strom berhujah bahawa kaedah demokrasi itu adalah penyusunan institusi yang bertujuan

untuk mencapai satu keputusan politik dimana seseorang individu itu memperolehi kuasa politik

dengan cara bersaing untuk mendapatkan undi rakyat.7 Kajian ini juga berusaha untuk

menajamkan lagi teori persaingan antara parti yang dinukilkan oleh Strom dengan merujuk kepada

kes pilihan raya kecil Batu Sapi di Sabah.

Sifat semulajadi pilihan raya itu sendiri secara tidak asing telah membuktikan bahawa

persaingan antara parti itu tetap akan berlaku dan ini menguatkan lagi hujah bahawa persaingan

parti itu menggariskan sempadan demokrasi dan sistem kuku besi satu parti bermula apabila

persaingan itu berakhir.8 Ini menandakan bahawa pilihan raya dan persaingan parti itu tidak boleh

dipisahkan kerana kedua-duanya sudah termaktub secara mutlak dan memenuhi keperluan di

antara satu sama lain. Strom juga melihat bahawa pemusatan persaingan antara parti itu adalah

satu keadaan yang sangat genting untuk penstabilan demokrasi.9 Hujah berikut adalah bertepatan

dengan perbincangan yang dibawa oleh Michael J. Sodaro di mana beliau menegaskan bahawa

parti politik memainkan peranan yang sangat kritikal di dalam proses mengambil bahagian yang

membabitkan ahli politik dan juga masyarakat awam. Proses pembabitan tersebut adalah salah satu

tunjang daripada asas demokrasi moden.10 Strom (1989) juga memperkenalkan sekurang-kurang

tiga konsep persaingan parti yang berbeza iaitu (1) kebolehsaingan (contestability), (2) konflik

keberpentingan (Conflict of Interests) dan (3) kepekaan prestasi (Performance Sensitivity).11 Demi

5 William Case, ‘Malaysia’s Resilient Pseudodemocracy,’ Journal of Democracy, Vol. 12, No. 1, 2001. 6 Margit Tavits, ‘Policy Positions, Issue Importance, and Party Competition in New Democracies,’ Comparative

Political Studies, Vol. 41, No. 1, 2008, pp. 48-72. 7 Kaare Strom, ‘Inter-Party Competition In Advanced Democracies,’ Journal of Theoretical Politics, Vol. 1, No. 3,

1989, pp. 277-300. 8 Ibid., p. 278. 9 Ibid. 10 Michael J. Sodaro, Comparative Politics: A Global Introduction (New York: McGraw-Hill, 2008), p. 231. 11 Kaare Strom., p. 278.

Page 22: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

22

untuk menelusuri teori persaingan parti ini dengan lebih jauh, adalah perlu untuk diberikan

perhatian serba sedikit terhadap proses politik yang berlaku di Sabah.

KONTEKS POLITIK SABAH

Corak dan proses politik di Sabah hampir sama dengan Sarawak di mana pendekatan berteraskan

‘etnik’ kerap digunakan sebagai rangka analisis untuk melihat situasi politik dengan lebih dalam

dan jelas. Kadazandusun adalah etnik yang terbesar di Sabah dan sungguhpun ia mempunyai

kekuatan dari segi saiz tetapi dalam konteks pembangunan ia agak mundur dan seringkali

mengalami proses marginalisasi politik.12 Dalam konteks Sabah, pembangunan parti politik di

negeri itu agak lewat sehinggalah pada tahun 1960 di mana parti yang paling awal ditubuhkan

ialah Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada Ogos 1961.13 Inisiatif untuk

membentuk parti tersebut telah diambil olah Donald Stephens, seorang yang berketurunan

Kadazan. Manakala parti kedua yang ditubuhkan di Sabah ialah Pertubuhan Kebangsaan Sabah

Bersatu (USNO), dibentuk oleh Mustapha Harun pada Disember 1961.

Selain itu, parti politik yang mewakili masyarakat tempatan di pendalaman Sabah ialah

Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (UPMO) diasaskan oleh G.S. Sundang pada Januari 1962.14

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, UPMO telah bergabung dengan UNKO dan

membentuk satu pakatan yang dipanggil Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut

Bersatu (UPKO) pada Jun 1964. Diantara sebab-sebab penggabungan tersebut adalah kerana

terdapat satu perkongsian posisi berkaitan dengan status orang asal Sabah yang beragama Islam

dan bukan Islam dimana mereka perlu bersatu dibawah satu panji yang berteraskan latar belakang

pensejarahan yang sama dan penempatan tanah asal yang sama. Apabila Sabah mencapai

kemerdekaannya, terdapat dua watak politik yang penting di mana mereka ini dipercayai telah

mendominasi politik kenegerian iaitu Mustapha Harun (USNO) dan Donald Stephens (UNKO).15

Mustapha dilantik menjadi Ketua Menteri (KM) apabila Perikatan Sabah berjaya

membentuk kerajaan negeri pada tahun 1963 sementara Stephens menjadi Yang DiPertua Negeri

(YDP). Semenjak itu, kedua-dua mereka telah bersaing rapat demi untuk mendapatkan kuasa

politik didalam konteks kerajaan negeri. Secara dasarnya, kerajaan Persekutuan bertoleransi

dengan pemerintahan Mustapha yang bercorakkan ‘diktator’ untuk sekian lamanya. Krisis diantara

dua pihak tersebut memuncak apabila Mustapha memutuskan untuk mengeluarkan Sabah dari

Malaysia dan kerajaan Persekutuan secepat mungkin bertindak terhadap rancangan Mustapha itu.

Kerajaan Persekutuan berpendapat bahawa keputusan yang ingin diambil oleh Mustapha itu agak

berbahaya dan berpotensi untuk menafikan semangat federalism dan untuk menjatuhkan

kepimpinan Mustapha, mereka harus membentuk satu parti politik tempatan di Sabah dimana parti

baru itu akan menjamin satu hubungan yang rapat dengan kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata

lain, parti itu adalah ‘proksi’ kepada pimpinan kepartian di Semenanjung. Pada Julai 1975, satu

parti baru telah dibentuk iaitu Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA), iaitu parti pertama

yang berteraskan kepelbagaian etnik dalam konteks Sabah, di bawah kepimpinan Harris Salleh.16

12 Arnold Puyok and Tony Paridi Bagang, ‘Ethnicity, Culture, and Indigenous Leadership in Modern Politics: The

Case of Kadazandusun in Sabah, East Malaysia,’ Kajian Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, pp. 177-197. 13 Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism: Conflict or Consensus (Bangi: Penerbit UKM, 2006), p. 210-

211. 14 Ibid., p. 213. 15 James Chin, ‘Politics of Federal Intervention in Malaysia, With Reference to Sarawak, Sabah, and Kelantan,’

Journal of Commonwealth & Comparative Politics, Vol. 35, No. 2, 1997, p. 96-120. 16 Mohammad Agus Yusoff, p. 237.

Page 23: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

23

Kerajaan Persekutuan yakin bahawa mereka boleh bergantung dan mempercayai Harris demi

untuk menjatuhkan Mustapha dan juga untuk menyelamatkan hubungan di antara negeri dan

persekutuan. Secara politiknya, Harris telah dibantu oleh kerajaan Persekutuan dan ini akan lebih

mengukuhkan lagi kedudukan Harris selagi mana Harris mampu untuk mengekalkan hubungan

politik yang baik dengan barisan kepimpinan BN di Semenanjung. Malang sekali, keyakinan

kerajaan Persekutuan tidak kekal lama apabila Harris telah terbukti mengamalkan sifat diktator

seperti Mustapha. Isu tersebut bermula apabila Harris kerap kali mempromosikan agenda

Islamisasinya walaupun beliau tahu bahawa agenda tersebut mendapat tentangan yang kuat dari

masyarakat bukan Islam Kadazan dan juga Cina.17 Menyedari bahawa suara ketidakpuasan hati

telah meningkat, seorang ahli BERSATU yang bernama Joseph Pairin Kitingan telah bangkit

untuk melawan Harris.

Joseph telah dianggap sebagai satu ancaman politik yang tidak dapat dielakkan dan Harris

menyarankan agar Joseph berundur dari BERJAYA. Tindak balas itu mengakibatkan Joseph

menubuhkan parti baru iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS). Penubuhan parti itu tidak direstui oleh

kerajaan Persekutuan. Mengetahui bahawa penyokong-penyokong BERJAYA dengan perlahan

beralih arah ke PBS, Harris mengambil keputusan drastik untuk mengadakan pilihan raya

mengejut (snap election) pada tahun 1985 sebagai satu ujian litmus untuk mengukur sokongan

akar umbi terhadap kepimpinan politiknya. Walaubagaimanapun, peluang itu telah terlambat

untuk BERJAYA apabila PBS dengan jayanya menafikan lawannya di dalam pilihan raya

mengejut tersebut. Semenjak itu, kejayaan PBS telah dirakamkan di dalam pilihanraya umum

seperti 1985, 1986, 1990 dan 1994. PBS juga dengan jayanya meraih sokongan yang teguh dari

masyarakat Cina dan Islam.18 Kejayaan PBS dengan menguasai politik Sabah selama 9 tahun

disebabkan oleh strategi politiknya yang teratur dimana PBS telah mengamalkan ‘perkongsian

kuasa (power-sharing)’ dengan Bumiputera Islam dan masyarakat Cina.19 Kebarangkalian untuk

strategi tersebut mengurangkan risiko persaingan parti di dalam konteks Sabah adalah tinggi di

mana satu bentuk persefahaman politik itu berjaya dicapai. Sebelum pilihanraya umum 1990,

kedudukan PBS mula goyah berpunca dari hubungan Pairin dan Perdana Menteri (PM) Mahathir

Mohamad yang tidak seimbang ketika itu. Hubungan itu dikeruhkan lagi apabila Joseph mula

beralih sokongan terhadap musuh politik Mahathir iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang

mengetuai parti Semangat 46.

Mahathir, dengan itu, telah bertindak dengan menggunakan tekanan politik terhadap

Joseph dan PBS. Pada awalnya, UMNO telah melakukan percubaan untuk menembusi Sabah pada

pertengahan 1970an tetapi dengan menyedari bahawa proksi UMNO di Sabah agak tidak stabil

dan percubaan itu telah diperlahankan.20 Tindakan Joseph itu telah mengakibatkan Mahathir

mengumumkan bahawa beliau akan membawa UMNO untuk masuk ke Sabah.21

Joseph menyaksikan kejatuhannya pada pilihanraya umum 1994 apabila PBS hanya

mampu meraih lima kerusi di peringkat negeri. Semenjak itu, parti pemerintah BN melalui sayap

utamanya UMNO di Sabah telah berjaya mengukuhkan kekuasaan politiknya dengan menjalankan

17 James Chin, ‘The Sabah State Election of 1994: End of Kadazan Unity,’ Asian Survey, Vol. 34, No. 10, 1994, p.

904-915. 18 Arnold Puyok and Tony Paridi Bagang, ‘Ethnicity, Culture, and Indigenous LeadershipIn Modern Politics: The

Case of the Kadazandusun In Sabah, East Malaysia,’ Kajian Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, p. 177-197. 19 Francis Loh Kok Wah, A ‘New Sabah’ and the Spell of Development: Resolving Federal-State Relations in

Malaysia,’ South East Asia Research, Vol. 4, No. 1, 1996, pp. 63-83. 20 James Chin, ‘Going East: UMNO’s Entry into Sabah Politics,’ Asian Journal of Political Science, Vol. 7, No. 1,

1999, p. 20-40. 21 Ibid., p. 29.

Page 24: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

24

beberapa strategi politik dengan tujuan untuk melemahkan PBS. Selain daripada menjaga

kepentingan etnik, politik Sabah agak menarik untuk digambarkan sebagai ‘peralihan kesetiaan’.

Pada pilihan raya umum 2004 di Sabah, BN berjaya menguasai lebih dari dua-pertiga kerusi negeri

yang dipertandingkan. Keputusan tersebut membuktikan bahawa satu bentuk sokongan yang jelas

dan kukuh berjaya diraih oleh BN di bawah kepimpinan PM Abdullah Ahmad Badawi dan

disebabkan angin kepembangkangan di Sabah yang tidak kuat dan tidak mendatangkan ancaman,

maka Abdullah kurang memberikan perhatian politik yang di Sabah.22 Dengan beranggapan

bahawa membiarkan politik tempatan di Sabah dikawal sepenuhnya oleh parti tempatan dan tidak

menggugat kuasa politik Abdullah adalah amat membimbangkan dan di dalam usaha untuk

menangkis persepsi tersebut, Abdullah telah menghapuskan sistem pusingan untuk jawatan Ketua

Menteri yang melibatkan kumpulan etnik di Sabah.

Di antara sebab untuk memberi laluan kepada UMNO Sabah adalah untuk mengukuhkan

pangkalan kuasa politik mereka dan pada waktu yang sama untuk menghentikan segala perbalahan

yang melibatkan parti tempatan ke atas jawatan Ketua Menteri. Kedatangan pilihan raya umum

2008 telah menyebabkan Abdullah untuk menilai dengan serius berkenaan dengan pilihanraya

yang telah dijadualkan dan diantara sebab-sebab nya adalah, pertama, dengan keluarnya Anwar

Ibrahim dari penjara menyebabkan kesukaran kepada BN untuk berhubung dengan penyokong

akar umbi, kedua, peranan bekas PM Mahathir sebagai ‘pengkritik’ nombor satu terhadap polisi

Abdullah, ketiga, pilihan raya umum 2008 ditakrifkan sebagai satu ujian politik yang kedua buat

Abdullah selepas beliau mendapat mandat yang penuh pada tahun 2004.23

Sejurus lepas keputusan PRU Ke-12, 2008 diumumkan, buat pertama kalinya di dalam

sejarah politik negara, kerajaan BN di bawah kepimpinan Abdullah dinafikan majoriti dua-pertiga

undi. Ia adalah satu keputusan yang tidak dijangka dimana BN telah gagal untuk mendapatkan

mandat penuh dari rakyat. Ini juga memberikan satu gambaran umum bahawa prestasi kerajaan

BN telah merudum apabila mereka telah kehilangan ramai ahli parlimen (MP) dan yang lebih

memeranjatkan, mereka telah kehilangan lima buah negeri (Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang

dan Kelantan) kepada parti pembangkang. Kejayaan parti pembangkang ini memberikan satu

isyarat yang nyata bahawa proses pendemokrasian itu sedang berlangsung dan tesis perubahan

politik di tanah air ini tidak mustahil apabila berlakunya satu peralihan besar-besaran melibatkan

segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum.

Parti pembangkang tersebut sekali gus membentuk satu gabungan baru yang dipanggil

Pakatan Rakyat (PR), dianggotai oleh PKR, PAS dan DAP. Manakala di Sabah, situasinya agak

berlainan sedikit. Parti pembangkang tidak dapat menembusi kubu kuat BN, termasuk di Sarawak.

Di Sabah, kerajaan BN berjaya menguasai semua kerusi parlimen yang dipertandingkan melainkan

di Kota Kinabalu dimana ia dimenangi oleh parti pembangkang Democratic Action Party (DAP),

manakala di peringkat DUN, BN berjaya menguasai 59 kerusi negeri melainkan di DUN Sri

Tanjong berjaya dirampas oleh DAP. Keputusan tersebut mewujudkan satu andaian bahawa BN

mampu untuk mengekalkan kerusi ‘deposit tetap’ nya di Sabah. Selain itu, identifikasi parti juga

sangat kuat dilengkapi dengan strategi BN yang sistematik di dalam usaha untuk mengukuhkan

pengkalan sokongannya dan parti pembangkang berprestasi jauh lebih baik di Semenanjung

Malaysia. Di Sabah, 18 kerusi parlimen (72 peratus) dikategorikan sebagai kawasan pengundian

‘pedalaman’ atau ‘rural’. Terdapat beberapa faktor yang dikira sebagai pemangkin terhadap

bagaimana pengundi di Sabah memilih untuk mengundi BN, contohnya, pengundi dirangsangkan

22 Arnold Puyok, ‘Sabah’s Rise to National Prominence and Deepening UMNO Dominance,’ in Awakening: The

Abdullah Badawi Years In Malaysia, ed. Bridget Welsh and James Chin (Petaling Jaya: SIRD, 2013), p. 228. 23 Ibid, p. 232.

Page 25: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

25

dengan beberapa isu pembangunan kebendaan seperti jalan, sistem pengangkutan, jambatan,

bekalan air bersih, pertanian dan pendidikan.24 Pengundi mempercayai bahawa agenda

pembangunan setempat mampu untuk dicapai jika kerajaan BN dapat memegang tampuk

pemerintahan, terutama sekali ialah kerajaan negeri. Dari sudut pandangan tempatan, ia

dihujahkan bahawa BN Sabah mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan BN di peringkat

nasional, malah pengerusi BN di peringkat negara adalah perdana menteri sendiri. Berdasarkan

perkiraan ini, masyarakat tempatan dapat disajikan dengan kepelbagaian aspek iaitu dana yang

berterusan daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Dari sudut politik

kepembangkangan di Sabah, ia adalah satu halangan yang besar terutama sekali kepada parti

seperti Parti KeADILan Rakyat (PKR) yang berusaha untuk menjuarai isu pengundian

berbekalkan pendekatan berpaksikan masalah pembangunan seperti isu royalty, kos kehidupan,

pemilikan tanah dan pendatang asing di mana pengundi memilih untuk tidak memberikan reaksi.

Pada 2010, pilihan raya kecil (PRK) parlimen Batu Sapi telah diadakan berikutan kematian

penyandang kerusi tersebut iaitu Edmund Chong yang terlibat dalam nahas kemalangan jalan

raya.25 PRK ini dihujahkan sebagai satu PRK yang sangat signifikan baik untuk BN mahupun PR,

pertama, PRK ini melibatkan satu pemilihan nasional di peringkat parlimen. Pasca PRU 2008

memperlihatkan beberapa siri PRK yang diadakan sama ada di peringkat parlimen mahupun

negeri. Kebanyakan PRK yang diadakan berjaya dimenangi oleh parti pembangkang. Jadi ini

memberikan satu tanggapan bahawa gelagat pengundi atau ‘mood’ pasca PRU 2008 masih

mengekalkan momentumnya yang tersendiri iaitu peralihan dari rejim semasa kepada parti

pembangkang, kedua, PRK ini adalah satu ujian getir buat kepimpinan BN di peringkat negeri dan

persekutuan. Jikalau BN kalah di dalam PRK ini, ia menguatkan lagi hujah bahawa ‘mood’ pasca

PRU-2008 telah sampai ke Sabah dan pada waktu yang sama PR berpeluang untuk menambah ahli

mereka di peringkat parlimen. Walaubagaimanpun, BN dijangka untuk tidak mengambil mudah

PRK ini kerana saingan mereka adalah satu gabungan baru yang berjaya untuk melobi penyokong

di peringkat akar umbi rentas perkauman. PRK ini dijadikan sebagai satu alat kayu ukur politik

untuk BN mengekalkan status quo mereka. PRK Batu Sapi ini dijalankan serentak dengan PRK

Galas di Kelantan. Dari segi pembahagian jentera, berkemungkinan PR mempunyai masalah untuk

memberikan fokus dan keutamaan.

Keputusan PRK Batu Sapi 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa PRK akan diadakan pada 4 November

2010 dan pemilihan calon akan diadakan pada 26 Oktober 2010. PRK Batu Sapi menyaksikan

perlawanan tiga penjuru diantara BN-Parti Bersatu Sabah (PBS), PR-Parti KeADILan Rakyat

(PKR), dan Parti Progressif Sabah (SAPP).

Jadual 1.0

Keputusan PRK Batu Sapi November 2010

Parti dan

Calon

Undian Majoriti Undi Rosak Pengundi

Keluar

Jumlah

Pengundi

Linda Tsen

Thau Lin

(BN-PBS)

9, 773

6, 359 372 15, 218 (61%) 25, 582

24 Mat Zin Mat Kib, ‘Sumbangan Sabah Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: Relevansi Politik Pembangunan,’

Jurnal Melayu, Vol. 6, 2011, p. 105-120. 25 Sabah MP Edmund Chong dies in road accident, The Borneo Post, 10 October 2010.

Page 26: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

26

Ansari

Abdullah

(PR-PKR)

3, 414

Yong Teck

Lee (SAPP)

2, 031

Breakdown of total voters: Muslim bumiputera (59.02%), Chinese (38.06%), non-Muslim

bumiputera (2.69%), and Others (0.22%)

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2010.

Seperti yang tertera pada Jadual 1.0, komponen parti BN iaitu PBS telah berjaya mengharungi

pertarungan tiga penjuru tersebut dengan mengalahkan PKR dan SAPP dengan margin yang selesa

iaitu 6,359 undi. Jumlah pengundi yang keluar di dalam PRK Batu Sapi adalah sebanyak 15,218

pengundi. Daripada jumlah ini, Linda Tsen (PBS) berjaya meraih sebanyak 9,773 undi.

Parti pembangkang PKR hanya mampu meraih sejumlah 3,414 undi manakala SAPP pula

hanya mampu mencapai sebanyak 2,031 undi. Kerusi Batu Sapi mula dibentuk pada tahun 2003.

Pada PRU 2004, kerusi tersebut ditandingi oleh Edmund Chong dari PBS dan beliau berjaya

mengalahkan calon PKR Pg. Roslan. Pada PRU 2008 pula, Edmund mengekalkan kerusi tersebut

dengan menewaskan calon Bebas Chong Kwong Wing dengan margin 3,708 undi. Pada PRK

2010, status quo untuk kerusi Batu Sapi dengan mudah dapat dikekalkan oleh BN. Linda telah

terbukti diterima oleh pengundi dimana beliau berjaya meningkatkan jumlah undian dari 9,479

(keputusan PRU 2008) kepada 9,773 undi pada 2010.

Walaupun suasana pertarungan dilangsungkan dalam bentuk tiga penjuru namun Linda

masih berjaya untuk menafikan kemenangan parti pembangkang. Batu Sapi adalah PRK yang ke-

6 diadakan pasca PRU 2008. Sebelum Batu Sapi, negara menyaksikan persaingan sengit diantara

BN dan DAP dalam PRK Sibu, Sarawak dimana DAP telah berjaya menewaskan BN. Setakat ini,

dalam enam PRK yang diadakan, BN hanya mampu untuk memenangi dua PRK, iaitu Hulu

Selangor dan Batu Sapi dan selebihnya dikuasai oleh pembangkang PR (Permatang Pauh, Kuala

Terengganu, Bukit Gantang dan Sibu). Menurut pandangan seorang saintis politik tempatan Farish

A. Noor, jumlah pengundi yang keluar adalah rendah dan pencabangan serta-merta keputusan

berikut adalah jelas.26 Kenyataan berikut adalah jelas merujuk kepada tahap prestasi kerajaan BN

yang dipaparkan di dalam usaha untuk mengolah kemenangan dalam PRK Batu Sapi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PARTI YANG

BERTANDING

Keputusan PRK Batu Sapi dengan jelas mengisyaratkan bahawa parti pembangkang tidak

diterima, sekurang-kurangnya dalam konteks politik tempatan Sabah. Pakatan Rakyat, terutama

sekali PKR, dikalahkan di dalam kawasan pengundian yang diklasifikasikan sebagai kawasan yang

didominasi oleh pengundi Bumiputera-Islam oleh calon bukan-Islam daripada BN. PR juga gagal

untuk mengulangi kejayaan yang dikecapinya pada PRK Sibu dimana DAP berjaya mengekalkan

kawasan pengundian yang didominasi oleh pengundi Cina. Di Batu Sapi, situasi sosio-politik agak

berbeza. Dikategorikan sebagai kerusi pengundian ‘separa-pendalaman’, BN mempersembahkan

satu prestasi yang agak baik di dalam PRK Batu Sapi. Terdapat beberapa faktor yang dikira mampu

26 Farish A. Noor, ‘BN Regains Ground in Malaysia: Implications of Galas and Batu Sapi By-Elections,’ RSIS

Commentaries, No. 143, 2010, p. 1-2.

Page 27: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

27

untuk menjelaskan fenomena di sebalik PRK Batu Sapi ini. Dengan itu, kajian ini cuba untuk

mengaplikasikan penggunaan teori persaingan parti ini untuk mengukur sejauh mana tahap

persaingan diantara BN dan PR di dalam kerangka PRK Batu Sapi.

Persaingan Parti dan Calon

Strom (1989) berhujah bahawa parti politik bersaing untuk mendapatkan kepelbagaian benda

seperti undi, dana, kedudukan kerajaan, calon, dan aktivis.27 Di dalam proses demokrasi terbuka,

langkah yang paling utama sebelum dibolehkan sesebuah parti itu untuk membentuk kerajaan

adalah dengan mempersembahkan ‘calon’ nya di peringkat pilihan raya. Faktor calon ini adalah

satu bukti yang kukuh bahawa proses persaingan di antara parti itu dapat dijalankan mengikut

lunas undang-undang yang termaktub. Dalam PRK Batu Sapi, terdapat tiga calon berbeza yang

bertanding untuk mendapatkan kerusi tersebut. Parti PBS adalah parti yang pertama bertanding

pada tahun 2004 dan semenjak itu, kerusi Batu Sapi secara tradisinya adalah milik BN. Seperti

yang dijangka, putaran yang ditetapkan oleh BN untuk kerusi tersebut dikekalkan. Berdasarkan

kenyataan Ketua Menteri Sabah Musa Aman, beliau menyatakan bahawa kesemua parti komponen

BN di Sabah telah sebulat suara bersetuju untuk memberikan kerusi tersebut kepada PBS.28 Akhir

sekali, BN mengumumkan Linda Tsen, balu kepada Edmung Chong, sebagai calon untuk mewakili

BN di dalam PRK Batu Sapi. Linda juga adalah seorang Timbalan Ketua Wanita PBS di mana

beliau menamatkan pelajaran beliau di dalam bidang muzik dari London. Berdasarkan pengalaman

politiknya di dalam PBS, secara tidak langsung itu akan menjadi salah satu faktor yang akan

membuatkan pengundi untuk mengenali beliau di mana beliau berkemampuan untuk melakukan

tugas awam.

Seperti yang dinyatakan oleh Presiden PBS Joseph Pairin Kitingan, BN mahu mengekalkan

calon berketurunan Cina untuk PRK tersebut.29 PBS juga berharap barisan kepimpinan tertinggi

dalam BN dapat mencalonkan Linda sebagai wakil yang utama. Musa Aman ditanya sama ada

keputusan untuk mengangkat Linda sebagai calon itu adalah berdasarkan simpati atau tidak dan

Musa menjelaskan bahawa urusan itu terserah kepada rakyat untuk mengadili.30 Selain itu, terdapat

kekangan yang dihadapi oleh BN dimana para penyokong telah memboikot majlis pengumuman

calon yang diadakan oleh BN.31 Kumpulan tersebut melancarkan protes dan memaksa BN untuk

mempertimbangkan calon Bumiputera. Seperti yang diakui oleh Ahli Parlimen (MP) Semporna

Shafie Afdal, ia bukan sesuatu yang mudah bagi BN untuk memuaskan hati semua pihak dan

menegaskan bahawa perkongsian kuasa di Sabah telah dipraktikkan dengan baik dan terurus. Pada

awalnya, idea untuk mencalonkan Linda adalah sebahagian dari taktikal BN untuk mengukur

sejauh manakah pengundi Bumiputera akan mengundi calon bukan Islam dan oleh itu, BN ingin

memastikan bahawa Linda perlu mendapatkan tempat di peringkat nasional (Parlimen).

Walaupun parti komponen BN digambarkan sebagai pemerintah yang mempraktikkan idea

‘hegemoni’ di dalam urusan pentadbiran politik, namun masih terdapat kekangan yang perlu

mereka hadapi. Di dalam PRK Batu Sapi, walaupun persaingan parti itu nampak ketara tetapi

dengan berbekalkan praktik ‘hegemoni’ di dalam segala urusan jentera yang dikuasai oleh BN,

parti pembangkang dijangka akan terkesan walaupun dalam skala yang kecil. Berkenaan dengan

parti pembangkang, PKR menurunkan calon pada PRU 2004 tetapi gagal untuk mendapatkan

27 Strom., p. 278. 28 Muguntan Vanar, PBS candidate for Barisan at Batu Sapi by-election, The Sun Daily, 19 October 2010. 29 BN likely to retain Chinese candidate in Batu Sapi, says Pairin, The Star, 17 October 2010. 30 Linda BN candidate for Batu Sapi, The Borneo Post, 25 October 2010. 31 Joseph Sipalan, BN perlu siasat punca ‘majlis Batu Sapi dipulau’, Malaysiakini, 25 October 2010.

Page 28: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

28

kerusi tersebut. Dan pada 2008, menurut Ketua PKR Batu Sapi Hassnar Ebrahim, PKR

diamanahkan untuk mendapatkan kerusi tersebut tetapi pada saat-saat terakhir, pencalonan PKR

di dalam PRU tersebut dibatalkan dimana Yusuf Sheikh Ahmad dari PKR yang sepatutnya berada

pada waktu pencalonan telah ditahan oleh polis cawangan khas (special branch SB).32 Yusuf telah

ditahan dan disoal siasat sehinggalah tempoh pencalonan berakhir dan Edmund secara tidak

langsung diumumkan sebagai pemenang untuk kerusi tersebut. Persaingan parti diantara BN dan

PKR bukan hanya terdapat di dalam PRK sahaja tetapi ia telah lama ada semenjak dari kerusi

tersebut diwujudkan.

Tambahan pula penerimaan masyarakat tempatan terhadap parti pembangkang yang tidak

memberangsangkan akan menyebabkan PKR sukar untuk bergerak dan ini akan memberikan

keyakinan yang utuh kepada BN untuk menggerakkan segala jenis jentera yang mereka ada. Akhir

sekali, status quo telah dikekalkan dimana parti komponen PR bersetuju untuk memberi laluan

kepada PKR untuk bertanding di dalam PRK tersebut. Ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim

mengumumkan Ansari Abdullah mewakili PKR untuk menentang calon BN. Seperti mana

kekangan yang dihadapi oleh BN, PKR juga berhadapan dengan perkara yang sama apabila para

penyokong PKR menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap calon pilihan PR. Mereka

berhujah bahawa Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini adalah calon yang lebih sesuai.33

Di dalam isu ini, Ansari telah terbukti mempunyai prestasi bertanding di dalam pilihan raya

berbandin Ahmad Thamrin. Pada PRU 2008, Ansari telah bertanding di kerusi parlimen Tuara dan

kerusi DUN Sulaman tetapi telah ditewaskan dalam kedua-dua kerusi tersebut. Walaupun tewas,

tetapi beliau masih mampu untuk meraih undi. Berdasarkan rekod beliau di dalam dunia politik,

Ansari telah bersama dengan PKR semenjak tahun 1999 dan beliau adalah seorang peguam yang

mempunyai firma guaman sendiri yang dikenali sebagai Ansari&Co. Di peringkat parti, Ansari

dilantik sebagai Ketua PKR untuk kawasan Tuaran. Walaupun keputusan untuk mengangkat

Ansari sebagai calon telah diputuskan di peringkat tertinggi tetapi di peringkat akar umbi, suara

ketidakpuasan hati terhadap beliau tidak dapat dielakkan dan ini dikhuatiri akan menjadi

pemangkin terhadap ketidaksatuan penyokong akar umbi di dalam usaha untuk menggerakkan

jentera.

Disimpulkan bahawa calon BN Linda Tsen mempunyai kekuatan tambahan terutama sekali

berkenaan dengan status beliau sebagai orang yang paling rapat dengan mendiang Edmund. Pada

PRK Permatang Pauh 2008, PKR juga melakukan strategi yang serupa dimana Wan Azizah

memberikan laluan kepada suaminya Anwar untuk bertanding dan juga sebagai salah satu alasan

politik untuk memberikan ruang kepada Anwar untuk memasuki gelanggang politik peringkat

nasional agar Anwar dapat mengemudi dan memacu gerakan kepembangkangan dalam konteks

yang lebih besar. Malah Anwar juga meraih undi yang lebih besar berbanding dengan apa yang

diperolehi oleh Wan Azizah dalam PRK Permatang Pauh tersebut.

Dengan ini, ia dapat dihujahkan bahawa menempatkan seseorang yang mempunyai

hubungan yang rapat ke atas sesuatu kerusi yang dipertandingkan itu adalah sebahagian daripada

strategi pilihan raya dan berkemungkinan parti komponen BN juga mempunyai kecenderungan

untuk mempraktikkan perkara yang sama apabila Linda Tsen dicalonkan untuk mempertahankan

kerusi suaminya. Titik persamaan itu agak jelas diantara BN dan PKR cuma di dalam konteks PRK

Batu Sapi, calon PKR bukanlah dari landasan hubungan persaudaraan.

32 PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon, Malaysiakini, 12 October 2010. 33 Ruben Sario, Batu Sapi: Pakatan’s candidate is lawyer Ansari Abdullah, The Star, 24 October 2010.

Page 29: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

29

Persaingan Parti Dalam Isu Nasional dan Tempatan

Kebanyakan isu-isu yang wujud di dalam PRK yang diadakan sebelum ini telah diberikan

perhatian yang meluas. Saintis politik pula berhujah bahawa persaingan isu itu berkait rapat

dengan bagaimana parti politik menggunakan isu-isu polisi di dalam persaingan pilihan raya.34 Isu

itu ditakrifkan sebagai satu permasalahan yang boleh membangkitkan perdebatan dan ia juga

mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan masyarakat sekeliling, ia boleh menjadi umum dan

juga spesifik. Strom (1989) melihat bahawa persaingan itu adalah satu bentuk konflik

berkepentingan di mana ia berfungsi sebagai satu tiang permainan politik.35 Secara tidak langsung,

konflik politik adalah satu manifestasi terhadap isu-isu yang berbangkit dan isu-isu tersebut

berpotensi untuk dipolitikkan oleh parti yang bersaing rapat demi untuk mendapatkan undi. Di

Batu Sapi, proses mempolitikkan isu juga berlaku. Oleh itu, kajian ini juga berhujah bahawa isu-

isu yang terdapat di dalam PRK ini diklasifikasikan sebagai satu alat penentu yang kritikal untuk

pemangkin pergerakan parti-parti politik yang bertanding semasa tempoh berkempen. Secara tidak

langsung, isu ini juga akan membuatkan persaingan parti itu lebih menarik untuk dianalisis dengan

lebih dalam melalui perspektif sains sosial.

Dalam konteks Batu Sapi, di antara isu-isu yang menjadi perhatian adalah konsep ‘1

Malaysia’ yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak. Sesetengah pengkaji

mungkin menjangkakan bahawa jikalau BN dapat mengharungi PRK tersebut, itu membuktikan

bahawa masyarakat ataupun pengundi telah bersetuju dengan konsep 1 Malaysia tersebut. Dan

jikalau pengundi berkecenderungan untuk memilih parti pembangkang, itu memberikan satu

andaian bahawa konsep tersebut tidak melebihi daripada satu slogan kosong dimana polisi-polisi

yang dijanjikan tidak memberi keuntungan secara langsung kepada masyarakat.

Seperti ujian yang telah berlangsung dalam PRK pasca-2008 sebelum ini, konsep 1

Malaysia berkemungkinan tidak diterima dengan baik oleh pengundi berdasarkan margin undian

yang diperolehi oleh parti pembangkang. Tetapi di Batu Sapi, konsep tersebut pertama kali

menjadi taruhan di negeri Sabah dan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kawasan pengundian

kategori separa-pendalaman. Jikalau rata-rata masyarakat Batu Sapi tidak dapat memahami

berkenaan dengan konsep yang dibawa oleh BN, kebarangkalian untuk mereka mengundi Linda

adalah bersumberkan ‘identifikasi parti’ ataupun pengenalan parti yang dijenamakan dan menjadi

pegangan umum semenjak sekian lama. Untuk mengukuhkan lagi hujah ini, seorang saintis politik

tempatan berpendapat bahawa masyarakat di Sabah sudah lama mempraktikkan konsep 1 Malaysia

sebelum wujudnya konsep tersebut.36 Ia diperdebatkan walaupun konsep 1 Malaysia tidak wujud

lagi tetapi dari segi praktiknya, ia sudah diamalkan oleh masyarakat tempatan yang berbilang etnik

dan ia juga menjamin kestabilan sosial dan pembinaan negara bangsa di samping bantuan

pembangunan yang disalurkan oleh BN.

Dari perspektif kepembangkangan, Batu Sapi adalah satu landasan yang kritikal bagi PR-

PKR untuk mengukur sejauh mana mereka mampu untuk meraih sokongan masyarakat tempatan.

Di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, beliau

mengatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri (TPM) Muhyiddin Yasin patut berasa segan

kerana Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan sumber semula jadi tetapi tetap menjadi

sebuah negeri yang miskin.37 Idris merujuk kepada negeri Sabah dan Terengganu, sebagai negeri

34 Isabelle Guinaudeau and Simon Persico, ‘What is Issue Competition? Conflict, Consensus and Issue Ownership in

Party Competition,’ Journal of Elections, Public Opinion and Parties, Vol. 24, No. 3, 2014, pp. 312-333. 35 Kaare Strom., p. 280. 36 Konsep 1 Malaysia diuji di Batu Sapi, Malaysiakini, 18 October 2010. 37 Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS, Malaysiakini, 25 October 2010.

Page 30: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

30

yang memiliki hasil minyak sepatutnya menjadi kaya tetapi berubah sebaliknya menjadi tidak

membangun. Parti pembangkang secara tidak langsung membangkitkan isu pembangunan yang

mundur di Sabah.

Di Batu Sapi, PR wajar untuk mengetahui bahawa adalah sukar bagi mereka untuk

merampas kerusi parlimen tersebut berdasarkan keputusan PRU 2008. Tetapi mereka tetap

konsisten membangkitkan beberapa isu pembangunan walaupun mereka mungkin sedia maklum

bahawa pengundi tetap tidak akan memangkah mereka. Pada waktu yang sama, PR cuba untuk

mengekalkan momentum PRU 2008 dalam konteks PRK. Seperti yang dihujahkan oleh seorang

saintis politik Bridget Welsh, isu-isu yang berbangkit berhubung terus secara konsisten dan juga

satu mesej yang sangat jelas dengan merujuk kepada PRK Batu Sapi.38 Berpaksikan agenda PR

yang dikenali sebagai ‘ubah’, usaha untuk mengekalkan momentumnnya mempunyai perbezaan

yang ketara berdasarkan konteks geografi yang berlainan. Di Semenanjung, pembangkang PR

dilihat mampu untuk menyampaikan mesej politik dengan memberikan satu justifikasi yang utuh,

tetapi usaha yang sama mungkin tidak dapat difahami di Sabah. Oleh itu, ini adalah satu gambaran

yang jelas bahawa BN akan mendapat keuntungan yang besar apabila masyarakat setempat

membangkitkan tanda soal mereka terhadap kemampuan PR untuk mempersembahkan prestasi

sosio-politik mereka di peringkat negeri.

Selain itu, aturcara yang mendapat perhatian luas adalah acara debat yang dijadualkan akan

berlangsung semasa tempoh berkempen. Perdebatan polisi itu menunjukkan satu bentuk

demokrasi matang dimana ia kerap kali diadakan di negara-negara membangun seperti di Amerika

Syarikat dan juga United Kingdom. Tetapi di Malaysia, debat terbuka untuk membincangkan

tentang kerelevenan sesuatu polisi itu memerlukan satu harga yang sangat mahal untuk dibayar.

Malang sekali, di Batu Sapi, tidak ada seorang calon yang tampil kehadapan. BN berpendapat

bahawa tiada keperluan untuk berdebat dengan calon SAPP iaitu Yong Teck Lee dan Yong pula

menegaskan bahawa beliau mengutamakan untuk berdebat dengan Ketua Umum PR Anwar

Ibrahim, dan bukan dengan calon PKR Ansari.39 Situasi itu bagaimanapun mengelirukan.

Pemerhati politik berpendapat situasi itu sebenarnya dijadikan ukuran untuk menarik penyokong

dari setiap parti masing-masing. Ini menimbulan satu persoalan yang serius di mana siapa yang

akan jadi pemenang jika acara debat tersebut dijalankan. Pada situasi yang berbeza, Anwar

mengkritik PM Najib berkenaan dengan cadangannya untuk membina menara Warisan di Kuala

Lumpur dengan jumlah RM5 bilion dan pada waktu yang sama tidak mampu untuk membaiki

jambatan yang rosak di Kampung Gas, Sandakan.40 Idea untuk membina menara tersebut

dimulakan oleh PM Najib di Parlimen sewaktu sesi membentangkan bajet negara. Anwar terus-

menerus mempersoalkan kerelevenan idea tersebut dengan merujuk kepada kebajikan di Batu Sapi

sebagai titik perbandingan.

Sebelum ini, calon PKR Ansari pernah terjatuh dari jambatan tersebut sewaktu program

berkempen dari rumah ke rumah dan oleh itu, Anwar mengambil insiden itu sebagai satu bahan

kempen dan peringatan terhadap apa yang dilakukan oleh BN di kawasan pengundian Batu Sapi.

Anwar juga berhujah bahawa PRK ini adalah satu landasan untuk masyarakat membawa

perubahan di Parlimen untuk membangkitkan segala isu yang BN dan SAPP mungkin tidak akan

membincangkan.41 Isu pembangunan di Batu Sapi diandaikan seperti tidak sesuai untuk diterjah

oleh PR kerana identifikasi parti di Batu Sapi sangat teguh dan kuat. PR juga bergerak sebagai satu

38 Bridget Welsh, Eight reasons why Pakatan lost, Malaysiakini, 5 November 2010. 39 Debat tak menjadi di Batu Sapi, Malaysiakini, 31 October 2010. 40 Jambatan usang pun tak terjaga, kata Anwar, Malaysiakini, 1 November 2010. 41 Ibid.

Page 31: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

31

jentera yang asing dan bukan sebagai satu kerajaan negeri seperti di Selangor, Pulau Pinang dan

sebagainya. Jadi ini amat sukar bagi masyarakat untuk menilai prestasi PR secara umum melainkan

mereka peka dengan maklumat semasa tentang pembangunan politik-ekonomi di negeri-negeri

yang dikawal oleh PR.

Dalam rangka politik Sabah, PR memerlukan waktu yang sangat panjang untuk

membolehkan mereka menghasilkan identifikasi parti versi mereka sendiri. Isu-isu yang berkaitan

dengan pembangunan sudah semestinya menjadi pemangkin terhadap kekuatan BN dan keupayaan

BN untuk mendapatkan dan menyalurkan dana untuk dibolehkan bergerak secara terancang demi

memastikan objektif politik pilihan raya itu tercapai. Jadi, sehangat mana sekalipun sesuatu isu

pembangunan itu, PR dikira sebagai bukan tandingan BN di dalam PRK ini. Disebabkan peranan

yang dimainkan oleh BN sebagai kerajaan negeri yang mendapat mandat penuh, ini akan

memudahkan lagi kerja mereka untuk mendapatkan undian di mana masyarakat tempatan akan

diberikan peluang secara langsung oleh BN untuk membuat tuntutan yang melibatkan

pembangunan dan dijangka bahawa perkongsian manfaat itu tidak mustahil. Dari aspek ini, BN

mampu bersaing dengan mudah dan sekaligus dapat mengekalkan status quo mereka di Batu Sapi.

Selain Itu, ada juga isu berbangkit yang melibatkan penularan slogan “Sabah Untuk Orang

Sabah” di kalangan masyarakat tempatan. BN menegaskan bahawa mereka yang

bertanggungjawab membangkitkan slogan itu adalah semata-mata mahu mengaut keuntungan

politik dan sokongan dan tidak berhadapan dengan realiti semasa.42 Slogan berbangkit itu secara

tidak langsung mempersoalkan semangat federalisme yang telah subur sejak sekian lama. Perkara

ini bukan sahaja berlaku di Sabah malah di Sarawak juga telah diperdebatkan isu seperti ini.

Segelintir masyarakat tempatan yang berpendapat adalah baik sekiranya jika Sabah atau Sarawak

keluar dari Persekutuan Malaysia. BN juga berpendapat bahawa mereka yang bertanggungjawab

terhadap isu tersebut tidak memahami sifat semulajadi Perlembagaan Persekutuan di mana Sabah

telah diposisikan dalam rangka Malaysia pada tahun 1963 dan tiada keperluan mutlak untuk

membangkitkan peruntukan Perlembagaan itu kerana dikhuatiri akan menyebabkan perpecahan

masyarakat.

Negeri Sabah juga dihujahkan sebagai satu landasan persaingan politik di atas beberapa

sebab. Pertama, kerajaan BN di peringkat persekutuan telah meletakkan UMNO di dalam rangka

politik tempatan demi untuk mengukuhkan kekuasaannya di negeri ufuk timur itu. Pengukuhan ini

dimanifestasikan dalam bentuk politik pilihan raya. Calon BN tempatan akan bertanding dan

dibantu oleh jentera BN dari Semenanjung. Kedua, kebanyakan ahli pembangkang yang

berkempen di dalam PRK Batu Sapi datang dari Semenanjung. Mereka diberikan tugas untuk

membantu jentera tempatan menggerakkan proses berkempen. Dalam erti kata lain, persaingan

parti di dalam PRK ini adalah satu kesinambungan persaingan parti yang berlaku di Semenanjung

cuma berbeza dari segi keadaan geografinya sahaja. PR sedar bahawa untuk memperhalusi imej

politiknya, mereka perlulah memperkukuhkan hubungannya dengan masyarakat tempatan.

Kemenangan BN di dalam PRK adalah satu isyarat yang jelas bahawa BN adalah komponen yang

“kalis peluru” di mana isu-isu nasional yang kritikal tidak memberikan impak yang besar ke atas

BN. Apabila BN sudah menjuarai isu pembangunan di Sabah terlebih dahulu, ini akan memberikan

kesan yang negatif terhadap PR dan persaingan parti itu akan menjadikan BN selangkah maju ke

hadapan berbanding PR di dalm usaha untuk meraih sokongan.

Persaingan Parti dan Strategi Pembangkang

42 Advocates of ‘Sabah for Sabahans’ not realistic: Rais, The Sun Daily, 2 November 2010.

Page 32: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

32

Kajian ini juga berhujah bahawa strategi PR didalam PRK Batu Sapi ini kurang berhasil dan tidak

efektif. Sudah menjadi satu kebiasaan umum apabila persaingan politik itu membuktikan bahawa

amalan demokrasi itu hidup. Walaupun sesetengah ilmuwan mengkategorikan sistem politik

Malaysia sebagai ‘separa-demokrasi’ tetapi berbekalkan amalan politik pilihan raya yang sebegitu

rupa walau terdapat beberapa kekangan masih kekal diteruskan. Pihak pembangkang diberikan

ruang demokrasi walaupun ruang tersebut tidak berbentuk sepenuhnya seperti pemahaman

demokrasi di negara Barat. Ini menunjukkan ada perbezaan yang sangat ketara dengan negara yang

mengamalkan corak pemerintahan ‘kuku besi’ sepenuhnya seperti contoh di China, Korea Utara

dan juga Vietnam dimana pilihan raya tidak diamalkan sebaliknya pentadbiran politik dikuasai

sepenuhnya oleh sebuah parti sahaja. Ini sekaligus menafikan peranan pilihan raya itu sebagai satu

agen perubahan yang diidamkan oleh rakyat. Seperti di Singapura, walaupun pilihan raya kerap

kali diadakan dan parti politik diberikan peluang untuk bertanding tetapi di penghujung hari hanya

satu parti sahaja yang akan mendominasi iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP). Proses politik yang

berlaku di Singapura tidak banyak berbeza dengan apa yang berlaku di Malaysia apabila BN terus

mendominasi setiap PRU di Malaysia dengan memperolehi mandat yang penuh dari rakyat. Tetapi

senario PRU 2008 membuktikan bahawa tesis “demokrasi satu parti” itu tidak kebal dan

berkemungkinan akan dimamah oleh zaman. Perubahan politik mula berlaku walaupun pada skala

yang kecil. Dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat atasan, pendidikan politik mula

dipandang serius lebih-lebih lagi dengan kemunculan dunia globalisasi yang menjadi pemangkin

utama terhadap aktiviti-aktiviti harian rakyat dan pembabitan mereka dengan teknologi media

sosial yang semakin dibanjiri tidak kira peringkat umur.

PRK Batu Sapi mencatatkan kekalahan kedua buat PR terutamanya PKR selepas PRK

Hulu Selangor di Selangor. Berdasarkan undi yang diperolehi Ansari, ia menunjukkan bahawa PR

masih lagi jauh jikalau hendak dibandingkan dengan prestasi BN. Kekalahan tersebut

diterjemahkan dengan kemenangan BN apabila Linda Tsen berjaya meningkatkan jumlah undian

yang pernah diperolehi suaminya. Dalam konteks Semenanjung, mobilisasi jentera PR digerakkan

dengan penuh rapi dimana mereka dilihat berjaya untuk memainkan beberapa isu nasional yang

berkepentingan ramai. Oleh itu, tidak hairan lah jika mereka mampu untuk mengekalkan status

quo mereka dalam beberapa PRK yang ditandingi termasuk PRK Sibu, Sarawak. Pada awalnya,

apabila kerusi Batu Sapi diumumkan kosong, telah dijangkakan bahawa PKR adalah parti yang

sesuai di kalangan parti komponen PR yang lain. Asas ini diterima pakai dengan merujuk kepada

pembabitan PKR dalam PRU 2004. Masalah dalaman PR bermula apabila barisan kepimpinan PR

dipanggil untuk menghadiri mesyuarat di Hotel Sanbay, Sandakan dan tetapi PR Sabah tidak hadir

seperti yang dijadualkan.43 Masalah ini mendorong kepada satu andaian sama ada kerusi Batu Sapi

ini adalah berteraskan persetujuan sebulat suara atau pun tidak di dalam rangka PR. Bridget Welsh

berhujah bahawa BN telah bersedia untuk dua PRK (Batu Sapi dan Galas) yang dijalankan

serentak dan proses berkempen telah bermula awal dan pembangkan PR tidak tersusun rapi.44

Hujah tersebut secara tidak langsung merujuk kepada masalah pembahagian fokus yang

dihadapi oleh PR dimana kedua-dua PRK itu adalah amat penting sekali untuk mereka menangi,

terutama sekali di Galas, Kelantan. Walaupun persaingan parti di Kelantan didominasi oleh

kerajaan PAS semenjak tahun 1990 tetapi masih ada segelintir kawasan pengundian yang kekal di

bawah taklukan BN terutama sekali seperti kerusi parlimen luar bandar Gua Musang. Oleh itu,

jentera kerajaan PAS memainkan peranan yang sangat signifikan untuk memastikan kelangsungan

PAS di dalam PRK Galas. Kekalahan PAS di Galas membawa kepada beberapa impak terhadap

43 Pakatan meeting fizzles out, The Sun Daily, 18 October 2010. 44 Bridget Welsh, Eight reasons why Pakatan lost, p. 1.

Page 33: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

33

keutuhan PR secara umum. Pertama, kemenangan BN di Galas membuktikan secara teori dan

praktikal bahawa BN mempunyai jentera yang sangat besar apabila dibantu oleh jentera di

peringkat persekutuan. Kedua, kekalahan PAS di Galas mengisyaratkan bahawa PAS gagal untuk

mengekalkan status quo kerusi tersebut dan ini akan memberikan satu ruang kepada BN untuk

menyerang corak pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan. Walaupun PRK Galas diadakan di

gelandang PAS sendiri tetapi BN telah terbukti lebih jauh mengatasi PAS dari sudut strategi proses

berkempen itu.

Berbalik kepada Batu Sapi, akar umbi pembangkang tempatan sangat bergantung kepada

barisan kepimpinan PR di Semenanjung dan ini dikhuatiri akan mengakibatkan kesukaran kepada

PR untuk mengukuhkan jaringan politik tempatannya. Berbeza dengan PBS dimana ia dibantu

sepenuhnya oleh BN di peringkat kerajaan negeri. Menurut Anwar Ibrahim, beliau mengakui

bahawa Batu Sapi adalah satu ujian yang sangat berat buat PR dan jentera parti mesti berkerja

keras.45 Mengetahui bahawa peluang untuk menang di Batu Sapi adalah malap

walaubagaimanapun PR tetap memberikan satu tandingan yang sengit demi untuk mengelakkan

BN dari menang tanpa bertanding. Setidak-tidaknya ini akan membuat kerajaan negeri untuk

mengumumkan pelbagai projek pembangunan demi untuk menaik taraf kehidupan pengundi Batu

Sapi. Seperti contoh, PKR telah dilaporkan berkempen di Kampung Bahagia dimana mereka

mengadakan sesi perjumpaan dengan pengundi.46

Kunjungan tersebut adalah sebahagian strategi mereka untuk memperkenalkan calon

kepada pengundi. Di atas alasan kekurangan aspek kepimpinan tempatan terutama sekali pada

calon PKR telah jelas menampakkan keseriusannya. Realitinya, Batu Sapi adalah konteks

pengundian yang sangat berbeza dengan Semenanjung di mana parti pembangkang bebas untuk

bergerak berbekalkan dengan kubu politik yang teguh dan penyokong yang ramai dan juga gelagat

pengundi di Semenanjung yang beralih arah kepada parti pembangkang. Walaubagaimanapun,

kehadiran pemimpin nasional PR di Batu Sapi tidak menghasilkan keputusan yang

memberangsangkan.47 Menurut rancangal awal PR, PRK tersebut adalah penting demi untuk

mengekalkan momentum perubahan politik sepertimana yang berlaku dalam PRK Sibu.48

Ternyata percaturan politik PR adalah silap jika dibandingkan dengan prestasi jentera dan

kemenangan yang diraih oleh BN.

Parti pembangkang, terutama sekali PKR adalah parti yang paling terkesan sekali semasa

perjalanan PRK Batu Sapi tersebut kerana tempoh berkempen PRK itu berjalan serentak dengan

proses pemilihan parti yang berlangsung serentak di seluruh negara.49 Ia dihujahkan bahawa

pemilihan parti PKR berlangsung dengan sengit dan terdedah dengan serangan politik dan

sebagainya. Maka ini telah melambatkan lagi prestasi PKR untuk bersaing dengan jentera BN.

Kekangan tersebut terbukti apabila calon untuk jawatan Timbalan Presiden PKR Zaid Ibrahim

menggesa supaya proses pemilihan parti itu ditangguhkan kerana berlaku ketidaktelusan terhadap

proses tersebut.50 Berikutan itu, PKR terpaksa menghadapi pembahagian fokus dimana mereka

perlu berkempen untuk PRK dan juga berhadapan dengan krisis dalaman parti yang melibatkan

peringkat bawahan sehingga ke peringkat atasan.

45 Hafiz Yatim: Anwar: ujian berat di Batu Sapi, cerah di Galas, Malaysiakini, 26 October 2010. 46 Batu Sapi candidates begin wooing voters, The Sun Daily, 27 October 2010. 47 Bridget Welsh, Ibid, p. 1. 48 Batu Sapi: This is a bellwether battle, says Anwar, Malaysia Today, 30 October 2010. 49 Junaidi Awang Besar and Others, ‘Pengaruh Populariti Calon, Sentimen Nasional dan Politik Pembangunan

dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi, Sabah,’ Geografia, Vol. 8, Issue 8, 2012, p. 23-34. 50 Mustaffa desak gantung JPP, tangguh pemilihan PKR, Malaysiakini, 4 November 2010.

Page 34: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

34

Seperti yang dinyatakan oleh pemerhati politik, proses berkempen di Batu Sapi

menekankan satu gambaran kerjasama yang rapuh buat Pakatan Rakyat.51 Mobilisasi jentera PKR

mencatatkan prestasi walaupun pada waktu yang sama ia terpalit dengan krisis yang berlaku di

dalam pemilihan parti. DAP pula bersifat agak sederhana berkenaan dengan corak kempennya dan

bergantung sepenuhnya ke atas kehadiran Lim Kit Siang sebagai pemimpin tertinggi DAP dan

juga Lim Guan Eng di atas kapasitinya sebagai seorang Ketua Menteri Pulau Pinang apabila

kelibat mereka dilihat di bandar semasa proses berkempen. Dan PAS, kehadiran mereka

digambarkan sebagai kurang signifikan di mana pengundi separa pendalaman di Batu Sapi

mungkin masih belum bersedia untuk menerima parti yang berideologikan keagamaan dan juga

satu kesukaran bagi PAS kerana kebanyakan jentera mereka perlu memberikan tumpuan yang

kritikal terhadap PRK Galas.

Persaingan Parti dan Kempen Strategi BN

Di dalam kerangka rejim ‘authoritarian’, parti yang mendominasi sistem politik secara

lazimnya adalah selangkah kehadapan daripada parti pembangkang. Walaupun pilihan raya

dijalankan mengikut permintaan Perlembagaan tetapi dari segi proses dan perjalanannya adalah

tertaluk kepada corak dan gaya rejim yang memegang kuasa politik. Perubahan politik itu tidak

dapat dielakkan terutama sekali apabila berlaku tsunami pilihan raya pada PRU 2008 dan ini

bergantung sejauh mana politik kepembangkangan itu mampu untuk menghasilkan momentum

perubahannya yang tersendiri. Bila dan bagaimana BN menjalankan proses berkempen itu bukan

lah satu persoalan mutlak yang perlu diberikan perhatian. Penjelasan teoretikal juga sudah

mencakupi segala jenis persoalan jika ia membabitkan persaingan parti dalam konteks PRU dan

juga PRK. Berkenaan dengan jaringan dan perhubungan politik BN di Sabah seperti jentera pilihan

raya, dana, media dan sebagainya sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti yang berbentuk

‘empirikal’ yang menunjukkan bahawa BN secara pastinya akan meraih kemenangan di dalam

PRK Batu Sapi.

Dengan tercatatnya kemenangan BN, ia boleh diandaikan bahawa polisi, konsep, dan tema

1 Malaysia yang diperkenalkan oleh BN telah disambut baik oleh masyarakat Batu Sapi. Jikalau

kurangnya pemahaman mereka terhadap konsep tersebut, kemungkinan yang tinggi untuk mereka

memilih BN juga boleh disebabkan oleh identifikasi parti yang sangat tebal. Menjadi kerajaan

negeri, seperti BN di Sabah, adalah satu faedah politik yang mereka raikan dan juga kestabilan

kepartian yang dijamin bergantung kepada aras perubahan politik semasa itu. Selaku Ketua

Menteri Sabah dari BN, Musa Aman telah dilantik sebagai pengarah PRK Batu Sapi. Razali

Ibrahim dari UMNO menegaskan bahawa keputusan untuk melantik Musa itu adalah satu

pendekatan baru yang mampu untuk membekalkan hasil kemenangan kepada BN.52 Secara

umumnya, ketua menteri itu dikenali ramai dan mempunyai satu imej yang tersendiri dan juga

seseorang yang mampu untuk meraih majoriti ‘konfiden’ di dalam DUN dikalangan ahli partinya

sebelum dibolehkan untuk membentuk kerajaan.

Berbekalkan perspektif ini, BN dengan terperincinya dapat memahami segala kehendak

masyarakat tempatan dan di samping itu dapat mengemudi jentera di peringkat akar umbi. Kunci

kepada kejayaan mobilisasi Musa ini dihujahkan dengan adanya bantuan politik secara besar-

besaran dari peringkat nasional. Mobilisasi jentera BN ini juga sinonim dengan gaya politik

51 Joseph Sipalan, ‘P185 Batu Sapi, Sabah (October 26-November 4, 2010),’ in Democracy At Stake? Examining 16

By-Elections in Malaysia, 2008-2011, ed. Wong Chin Huat and Soon Li Tsin (Petaling Jaya: SIRD, 2012), p. 180. 52 Lantik Musa pendekatan baru pilihan raya BN, Malaysiakini, 18 October 2010.

Page 35: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

35

pembangunan yang sering kali menjadi perbualan awam pada setiap pilihan raya yang diadakan.

Hujah ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Timbalan Presiden PBS Maximus Ongkil yang

menyatakan bahawa satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk pembangunan rakyat.53

Bermakna jikalau BN mempunyai kelebihan dengan hanya satu undi sekalipun, mereka tetap akan

dikira sebagai pemenang menurut sistem pilihan raya Malaysia yang dikenali sebagai ‘first-past-

the-post’. Amat mustahil, sama ada BN ataupun parti pembangkang, untuk mensia-siakan undi

tersebut kerana ia berupaya menghasilkan satu natijah politik yang sangat besar. Di atas keupayaan

dan juga prestasi pentadbiran Najib selaku seorang PM, pembangkang PR sering kali dituding jari

kerana tidak berupaya merealisasikan agenda pembangunan setempat.

Permasalahan politik-ekonomi ini sangat jelas dan ketara kerana ia melibatkan polisi dasar

yang diterajui oleh kerajaan BN sendiri, contohnya seperti kewujudan Model Ekonomi Baru

(MEB). Secara tidak langsung, telah berlaku pertembungan dan perdebatan polisi dimana BN

merujuk kepada pencapaian pembangunannya dan pembangkang merujuk kepada manfaat polisi

yang terhasil dari kerajaan negerinya seperti di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Masing-masing cenderung untuk memberikan satu justifikasi yang teguh berkaitan dengan dasar

dan polisi politik-ekonomi.

Selain itu, proses berkempen BN telah diperkasakan lagi dengan adanya bantuan dari parti

komponennya seperti Parti Demokrasi Liberal (LDP). LDP adalah parti politik tempatan yang

didominasi oleh etnik Cina dan ia menyertai BN pada tahun 1990 selepas mengalami kekalahan

yang teruk dalam PRU 1990. Semenjak itu, LDP bergerak seiring dengan parti komponen BN

yang lain. Dan tidaklah memeranjatkan bahawa LDP terbabit secara langsung didalam proses

berkempen PRK Batu Sapi. V.K. Liew, Presiden LDP, juga telah menyeru orang ramai supaya

memberikan undi kepada BN dan Liew juga menggariskan beberapa sebab untuk tidak mengundi

parti pembangkang.54 Diantaranya ialah parti pembangkang PR menggunakan PRK untuk

mengukur populariti mereka dan perkara tersebut disampaikan oleh Liew di hadapan ribuan

pengundi masyarakat Cina. Berbekalkan dengan jentera pilihan raya yang teguh, BN juga tidak

asing dengan strategi rapat umum iaitu ceramah politik di mana segala agenda pembangunan

materialistik dan juga isu-isu yang berbangkit boleh disampaikan secara langsung kepada

masyarakat. Dalam kawasan pengundian Batu Sapi, masyarakat Cina adalah yang kedua terbesar

selepas Bumiputera, dengan ini diandaikan bahawa LDP berkemungkinan mampu untuk menawan

pengundi Cina berdasarkan presiden partinya yang berketurunan etnik Cina. Selain itu, LDP juga

menggambarkan beberapa kelemahan parti pembangkang di dalam konteks politik Sabah.

Di dalam konteks persaingan parti, ia dihujahkan bahawa parti yang mempunyai kekuatan

dari segi strategi pembangunan mampu untuk meraih undian yang agak signifikan. Masyarakat

Batu Sapi juga menyaksikan pelbagai jenis janji politik pembangunan apabila TPM Muhyiddin

Yasin mengumumkan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk membina masjid baru di Batu Sapi.55

Muhyiddin menegaskan bahawa hanya BN mampu untuk menwarkan perkara tersebut dan bukan

parti pembangkang yang hanya berjanji bulan dan bintang, menurutnya. Gambaran ini jelas

dimana teori persaingan parti menunjukkan BN mempunyai kelebihan yang berlipat ganda

berbanding dengan parti pembangkang yang tidak mempunyai sumber yang mencukupi dari segi

dana, kewangan parti, dan sebagainya.

BN sekali lagi membuat kejutan. Selaku seorang yang memegang portfolio sebagai

Menteri pendidikan, Muhyiddin telah meluluskan permintaan masyarakat tempatan untuk

53 Setiap undi akan direbut di Batu Sapi: Ongkili, Malaysiakini, 28 October 2010. 54 LDP rayu pengundi Cina pada BN, Malaysiakini, 29 October 2010. 55 Muhyiddin announces RM5m allocation for new mosque in Batu Sapi, The Sun Daily, 30 October 2010.

Page 36: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

36

pembinaan sebuah sekolah yang menelan perbelanjaan sebanyak RM30 hingga RM40 juta dan

rancangan tersebut telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). Gelagat

jentera BN tersebut menguatkan lagi satu andaian bahawa proses politik pembangunan itu

melengkapkan lagi teori persaingan parti, sekurang-kurangnya di dalam konteks PRK Batu Sapi.

Ditambah pula dengan kelulusan yang diberi oleh PM Najib untuk peruntukkan sebanyak RM16

juta untuk melaksanakan projek peluasan Jalan Sibuga bermula pada tahun hadapan.56 Selain itu,

Timbalan Ketua Menteri Sabah Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa pengundi di DUN

Sekong membuat aduan berkenaan dengan kesesakan lalu lintas dan untuk menyelesaikan masalah

itu, kerajaan negeri telah menghubungi PM Najib dan rancangan untuk menyelesaikan masalah itu

diluluskan dengan serta-merta. Teori persaingan parti memberikan satu impak yang besar terhadap

PR dimana mereka telah dikekang dari segi strategi pembangunan. Sebagai satu gerakan

kepembangkangan yang sangat asing sekali di bumi Sabah, PR memerlukan waktu yang sangat

lama dari segi persiapan jentera dan itu semua bergantung kepada tahap kesediaan masyarakat

untuk berubah dan mewujudkan satu perubahan sosial atau tsunami politik. Pada PRU 2008,

Samsudin Yahya dari UMNO menawan DUN Sekong dengan menewaskan Nahalan Damsal dari

PKR. Demi untuk mengekalkan pengundi di kerusi Sekong itu daripada berlakunya peralihan

terhadap parti pembangkang maka kerajaan BN telah memperuntukkan RM80 ribu untuk Projek

Perumahan Rakyat (PPR) yang dijangkakan akan siap dalam dua tahun akan datang.57

Musa Aman juga merancang untuk memberi peruntukan sebanyak RM380 juta untuk

projek siaran komunikasi dimana masyarakat boleh menerima siaran radio dan televisyen.58

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Centre for Strategic Engagement (CENSE), BN

dijangka akan memenangi PRK tersebut dengan margin yang sangat rendah dan laporan tersebut

dikeluarkan berasaskan sentimen semasa pengundi.59 Ini jelas membuktikan bahawa politik

pembangunan BN adalah sangat teratur dan kebal. Dengan beberapa isu yang dibincangkan, telah

menguatkan lagi kedudukan teori persaingan parti itu di mana BN akan sentiasa selangkah maju

ke hadapan berbanding lawannya. Situasi ini dijangka akan berterusan untuk jangka waktu yang

sangat panjang sekurang-kurangnya di dalam konteks politik Sabah.

Persaingan Parti dan Campurtangan SAPP

Dalam PRK Batu Sapi, parti pembangkang PR (PKR) terpaksa menghadapi persaingan tiga-

penjuru. Hujah yang ingin dikemukakan adalah campurtangan luar secara tidak langsung akan

menggugat kestabilan persaingan parti diantara BN dan juga PR. SAPP adalah satu parti

pembangkang tempatan di Sabah. Kemasukan SAPP di dalam PRK tersebut menguatkan lagi

rintangan PKR untuk merebut kerusi Batu Sapi. Berdasarkan keputusan PRK tersebut, PKR telah

menewaskan SAP dari segi undian yang diperolehi dimana Ansari berjaya meraih sebanyak 3,414

undi manakala Yong Teck Lee dari SAPP hanya mampu memperolehi sebanyak 2,031 undi.

Dengan itu, PKR menewaskan SAPP dengan margin sebanyak 1,383 undi. Sekurang-

kurangnya itu adalah satu pencapaian yang agak baik bagi PKR walaupun ditewaskan oleh BN.

PRK Batu Sapi ini juga mempersembahkan dua siri persaingan parti iaitu diantara PR-PKR dan

BN, dan juga PR-PKR dan SAPP. Margin yang diperolehi PKR juga agak signifikan dan ini

memberikan beberapa isyarat, pertama, margin tersebut menandakan bahawa PKR juga

mempunyai pangkalan sokongan di Batu Sapi. Walaupun bertanding di dalam kawasan

56 Batu Sapi: PM lulus 16j besar jalan Sibuga, Malaysiakini, 1 November 2010. 57 Junaidi Awang Besar, Ibid, p.1. 58 Joseph Sipalan, ‘P185 Batu Sapi, Sabah,’ p. 177. 59 Joseph Sipalan, BN diramal menang, PKR mampu ketepi SAPP, Malaysiakini, 2 Nov 2010.

Page 37: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

37

pengundian separa pendalaman, tetapi PKR masih juga mampu untuk mencapai margin lebih dari

seribu undi. Kedua, dan jika bukan kerana campurtangan SAPP, kemungkinan untuk PKR

mengalahkan BN itu ada. Aplikasi teori persaingan parti di dalam untuk memahami hubungan

yang penuh krisis di antara PKR dan SAPP adalah sangat kritikal. Wujudnya titik persaingan ini

apabila Presiden SAPP Yong Teck Lee mengumumkan untuk bertanding di dalam PRK tersebut.60

Selepas SAPP mendedahkan niatnya untuk meletakkan calon mereka, telah dilaporkan oleh media

bahawa beberapa pemimpin tertinggi PR dari Semenanjung berhubung dengan Yong demi untuk

mencari kejernihan dan persefahaman dan juga untuk mengelakkan persaingan tiga-penjuru.61

Parti pembangkang PR berpendapat bahawa PRK itu adalah sesuai jika pertandingan diadakan

antara satu sama satu dan meminta untuk SAPP berundur diri dari bertanding. Malang sekali SAPP

tidak bersetuju untuk berbuat demikian dan menegaskan bahawa tiada apa-apa yang akan berubah.

Kenyataan SAPP tersebut mencadangkan bahawa persaingan tiga-penjuru tidak dapat dielakkan.

Kedua-dua parti, PKR dan SAPP, menyimpulkan bahawa mereka tidak akan berkempen untuk

melawan antara satu sama lain melainkan dengan tujuan untuk menjatuhkan BN.62

Pencapaian kata sepakat tersebut jelas memberikan BN satu kelebihan di mana PRK itu

bakal menyaksikan perpecahan undi yang sangat ketara. Ironinya, pertandingan tiga-penjuru ini

akan mewujudkan satu kekeliruan untuk pengundi. Para pengundi tidak diberikan pilihan yang

jelas berkenaan parti mana yang akan diundi oleh mereka. Secara automatiknya, parti

pembangkang telah terbahagi kepada dua iaitu PKR dan SAPP. Dan Jikalau kedua-dua parti ini

berkempen dan mengeksploitasi isu-isu di atas landasan politik yang sama, ini akan

mengakibatkan kekeliruan yang mendalam untuk pengundi. Di dalam situasi berbangkit ini, Yong

menjelaskan bahawa PRK Batu Sapi ini akan menjadi satu “titik rujukan” untuk perbincangan

masa depan parti pembangkang.63 Beliau juga menyimpulkan bahawa pembabitan dua parti

pembangkang yang berbeza di dalam PRK ini akan menghasilkan satu implikasi politik,

contohnya, jika PKR dan SAPP kalah di dalam PRK tersebut, sekurang-kurangnya mereka mampu

untuk mengurangkan undi yang bakal diperolehi BN dan masyarakat dapat menyaksikan secara

langsung bahawa wujudnya satu keperluan yang mendesak untuk mempunyai pakatan

pembangkang.64

Pada saat terakhir sebelum proses pembuangan undi dijalankan, Yong Teck Lee

diumumkan sebagai calon SAPP. Sewaktu pengumuman tersebut, Yong dengan jelas menegaskan

bahawa Sabah memerlukan pemimpin yang mampu untuk membawa pulang autonomi tempatan

ataupun hak untuk berkerajaan sendiri kerana rakyat Sabah berhak untuk mendapatkannya.65

Ironinya, apa yang dituntut oleh SAPP adalah sama seperti apa yang diperjuangkan oleh PR. Ini

mempamerkan dua blok pembangkang yang berbeza tetapi mempunyai satu matlamat yang sama.

Impak daripada ini akan mengakibatkan halangan yang nyata terhadap pengundi untuk membuat

pilihan secara langsung. Oleh itu, aplikasi teori persaingan parti ini dapat menafsir dengan lebih

jelas berkenaan dengan fenomena yang berlaku diantara PKR dan SAPP.

Bagi PKR, mereka tersilap melakukan perhitungan di mana mereka sangka mereka mampu

untuk mengekalkan hubungan pilihan raya dengan SAPP tetapi perkara yang tidak diingini

sebaliknya berlaku. Menurut Presiden PKR Wan Azizah, beliau menganggap SAPP sebagai parti

60 Ruben Sario, SAPP to contest for Batu Sapi, The Sun Daily, 16 October 2010. 61 Bid for straight fight deal, The Borneo Post, 20 October 2010. 62 Batu Sapi by-election: Three-way fight as SAPP, PKR fail to agree, The Star, 21 October 2010. 63 Both PKR and SAPP in fray, The Borneo Post, 22 October 2010. 64 PKR and SUPP refuse to budge, The Star, 22 October 2010. 65 ‘Taiko’ Yong Teck Lee calon SAPP di Batu Sapi, Malaysiakini, 23 October 2010.

Page 38: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

38

pengacau di dalam PRK Batu Sapi.66 Dengan itu, PKR bertindak dengan meminta pengundi untuk

memangkah parti pembangkang PR dimana mereka adalah “pembangkang” yang sebenar,

bukannya SAPP. Pengundi juga dimaklumkan bahawa hanya yang PR mampu untuk membawa

suara kegelisahan mereka ke dalam Parlimen. Keputusan PRK tersebut telah menempatkan PKR

sebagai nombor dua dan sekaligus menewaskan SAPP berdasarkan undi yang diperolehi.

Penganalisis politik berhujah bahawa prestasi Yong yang teruk itu menandakan retorik beliau

berkenaan dengan autonomi untuk Sabah telah gagal untuk meraih sokongan yang padu

dikalangan pengundi.67

KESIMPULAN

Kesimpulannya, PRU 2008 telah mewujudkan satu andaian yang kuat bahawa Malaysia sedang

menuju ke arah sistem “dua parti”. Walaupun BN berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti

mudah di Parlimen tetapi parti pembangkang telah berjaya meraih undi popular mengatasi BN. Di

dalam kes PRK Batu Sapi, teori persaingan parti memberikan beberapa kesan yang signifikan, di

mana Strom (1989) mendapati bahawa kesan persaingan parti boleh dikenal pasti melalui tiga

peringkat iaitu (1) peringkat individu, (2) peringkat organisasi, dan (3) kesan keseluruhan.

Keputusan PRK Batu Sapi telah memberikan satu gambaran dan isyarat yang sangat jelas bahawa

pembangkang PR-PKR memerlukan satu tempoh waktu yang sangat lama dan persiapan yang rapi

untuk menembusi kubu kuat BN di dalam konteks Sabah. Teori persaingan parti ini dapat

merumuskan dengan dengan jelas sejauh mana kemampuan dan prestasi parti yang bertanding

melalui beberapa faktor seperti calon, isu semasa berkempen, jentera pilihan raya BN, strategi parti

pembangkang dan juga campurtangan SAPP. Walaupun PR memenangi beberapa siri PRK

sebelum ini yang telah diadakan tetapi PRK Batu Sapi ini telah terbukti bahawa BN mempunyai

kekuatan dan daya tarikan yang tersendiri. Walaupun ruang dan proses demokrasi itu wujud tetapi

ia diterjemahkan di dalam bentuk yang berbeza dan tidak kekal statik sepanjang masa. Gelagat

mengundi seakan-akan tidak mempunyai satu kayu ukur yang tepat kerana ia sentiasa berpaksikan

kepada prestasi parti yang bertanding. Dengan ini, diharap bahawa teori persaingan parti ini dapat

dikembangkan sepenuhnya dan diuji di dalam PRU 2013.

66 PKR regards SAPP as spoiler in Batu Sapi by-election, The Borneo Post, 27 October, 2010. 67 Farish A. Noor, ‘BN Regains Ground in Malaysia,’ p. 2.

Page 39: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

39

KERJASAMA POLITIK PAS DENGAN BUKAN ISLAM : KAJIAN

TERHADAP KELAB PENYOKONG PAS (KPP) DAN DEWAN

HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP)

Mohd Izani Mohd Zain

Abstract

In its constitution, which clearly dictates that only Muslims are allowed to become PAS

members has turned it into a very exclusive political party. However, in order to

enhance the ability of the party which is gaining ground in political rivalry in the

country, PAS has no choice but to cooperate with non-Muslims. This is because without

the support of non-Muslims, PAS will only remain as a party of the Malays and not able

to dominate Malaysian politics. This will jeopardise its political survival. In this case,

PAS has teamed up with non-Muslims through several coalitions such as the Chinese

Consultative Council (CCC) in the 80s and continued to do so with the establishment

of the Secretariat for Chinese Community Affairs in the early 90s. The party’s

cooperation with non-Muslims became more prominent with the establishment of Kelab

Penyokong PAS (KPP) in 2004, which was later upgraded to Dewan Himpunan

Penyokong PAS (DHPP) in 2010. Through this partnership, PAS has gathered

significant support from non-Muslims and ultimately, the party has fielded a non-

Muslim candidate in the General Election (GE). This, in turn has made the party’s

relationship pattern with non-Muslims as something of major interest which needs to

be studied and looked into. This paper will explain the contributing factors that

encourage this cooperation with non-Muslims, as well as discuss the cooperation in the

context of the establishment of both the KPP and DHPP. It will also touch on issues and

challenges of these alliances.

Keywords: multi-ethnic support, PAS, politic of negotiation

PENGENALAN

PAS mempunyai hubungan yang unik dan kompleks dengan bukan Islam. Secara asasnya, kedudukan

dan hubungan antara PAS dengan masyarakat bukan Islam boleh dilihat dari sudut keahlian parti itu.

Mengikut Fasal 11 dalam Perlembagaan PAS, ahli PAS disyaratkan mestilah beragama Islam selain

mempunyai kewarganegaraan Malaysia dan mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS,

peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa. Dalam konteks ini, adalah

jelas menunjukkan bahawa kesemua ahli PAS adalah mereka yang beragama Islam. Syarat keahlian ini

menjadikan PAS bersifat eksklusif apabila hanya terbuka untuk mereka yang beragama Islam. Sifat

keahlian PAS yang eksklusif ini telah membentuk jatidiri PAS selain dasar perjuangannya. PAS

mempunyai komitmen yang tinggi untuk menubuhkan sebuah negara Islam di mana syariat Islam

Page 40: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

40

menjadi aqidah negara, perlembagaan dan perundangan negara, dan segala nizam (sistem) yang ada

dalam negara. Meskipun mempunyai matlamat menegakkan negara Islam di Malaysia, PAS mahu

memperjuangkannya mengikut kerangka demokrasi.

Pada masa yang sama, keahlian PAS juga bersifat inklusif apabia ia terbuka untuk semua kaum

dan keturunan asalkan mereka beragama Islam. Ini bermakna ahli PAS boleh terdiri daripada mereka

yang berketurunan sama ada Melayu, Cina, India dan sebagainya dengan syarat beragama Islam. Ciri ini

menggambarkan PAS adalah sebuah parti yang bersifat universal walaupun dari satu sudut, bersifat

eksklusif apabila hanya menerima keahlian mereka yang beragama Islam sahaja. Walau bagaimanapun,

PAS masih dilihat sebagai sebuah parti orang Melayu kerana menerima sokongan terbanyak daripada

Melayu berbanding Cina dan India. Ini boleh dilihat melalui sokongan PAS daripada kawasan yang

majoriti Melayu seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali

menjelaskan hal ini seperti berikut:

Dari sudut PAS sendiri, oleh kerana appeal masyarakat kita lebih kepada masyarakat Melayu pada

awalnya, jadi tempat masyarakat Melayu dominan, maka di situlah tempat suburnya PAS. Jadi negeri2

Pantai Timur terutamanya, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Peraki.

Kedudukan PAS yang dilihat sebagai parti Melayu ada asasnya kerana ahli mereka yang berketurunan

Melayu itu beragama Islam. Menurut Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, definisi Melayu

itu disandarkan kepada mereka yang beragama Islam. Justeru, keahlian PAS yang majoritinya

berketurunan Melayu menggambarkan keahlian mereka yang beragama Islam. Tidak dinafikan,

pendirian PAS mensyaratkan ahli mereka mesti beragama Islam telah menimbulkan persoalan

bagaimanakah posisi dan hubungan parti itu dengan bukan Islam. Apakah pendirian tersebut membawa

maksud bahawa PAS terpisah dengan bukan Islam dan tidak memerlukan sokongan mereka bagi tujuan

politik mereka? Atau PAS sebenarnya memerlukan sokongan bukan Islam di sebalik mengehadkan

keahliannya kepada orang Islam sahaja. Perkembangan politik PAS menunjukkan bahawa parti itu

masih memerlukan sokongan bukan Islam dan ini boleh dilihat sama ada melalui kerjasama politik intra

atau inter parti dengan kumpulan tersebut. Artikel ini akan menjelaskan faktor yang mendorong

kerjasama tersebut dan memberi fokus kepada perbincangan kerjasama PAS dengan bukan Islam dalam

konteks intra parti, iaitu penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Himpunan Penyokong

PAS (DHPP). Ini termasuk isu dan cabaran yang dikenalpasti sepanjang kerjasama tersebut.

FAKTOR KERJASAMA POLITIK PAS DENGAN BUKAN ISLAM

Beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi dan mendorong PAS untuk bekerjasama dengan

bukan Islam. Faktor pertama adalah keperluan PAS untuk meningkatkan tahap dalam persaingan politik

di negara. PAS menyedari hakikat bahawa untuk menguasai politik Malaysia, parti itu perlu

mendapatkan sokongan bukan Melayu/Islam. Ini kerana walaupun PAS memiliki kekuatan yang sama

dengan UMNO dalam konteks jumlah kerusi parlimen misalnya, UMNO tetap mempunyai kelebihan

untuk memenangi pilihan raya kerana parti itu mendapat kerjasama dengan bukan Melayu/Islam, iaitu

melalui MCA dan MIC. Ahli Parlimen Parit yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf

Rawa menjelaskan kepentingan sokongan bukan Melayu kepada PAS seperti berikut:

Dia simple je, selagi mana orang Cina tak sokong PAS, jangan mimpi le…tak boleh jadi powerful…

PAS akan sentiasa terpenjara dengan linkungan Melayu dia yang semakin terhimpitii.

Page 41: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

41

Kenyataan Mujahid jelas menunjukkan bahawa PAS tidak boleh selama-lamanya bergantung

kepada sokongan Melayu dan Islam sahaja, sebaliknya parti itu perlu mengambil sikap terbuka untuk

bekerjasama dengan kumpulan bukan Melayu/Islam jika mahu menguasai politik Melaysia. Kesedaran

ini telah membuka minda PAS untuk bersikap realistik; iaitu memahami kedudukan masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum seterusnya mengadakan kerjasama dengan bukan Melayu/Islam. Selain

desakan untuk meningkatkan tahap persaingan politik, kerjasama PAS dengan bukan Islam bertitik tolak

daripada faktor dakwah Islam. Dalam hal ini, Islam yang menjadi teras perjuangan parti itu telah

mendesak PAS untuk mendekati bukan Melayu/Islam, lebih-lebih lagi, Islam adalah agama universal

dan membawa rahmat kepada semua tidak kira latar belakang agama dan keturunan mereka. Kerjasama

dengan bukan Islam memberikan peluang kepada PAS untuk berdakwah dan memperkenalkan Islam

dengan lebih dekat dan efektif. Mesej dakwah ini tidak semestinya ia dapat mengislamkan bukan Islam

tetapi apa yang lebih penting ia akan membuka laluan kepada mereka untuk mengenal hakikat dan

kebenaran Islam. Ini sekaligus akan dapat mengubah dan memperbaiki persepsi bukan Islam terhadap

Islam yang dilihat oleh beberapa pihak sebagai agama yang tidak toleran dan menganjurkan

permusuhan.

Kerjasama politik PAS dengan bukan Islam juga berpunca daripada usaha parti itu untuk

mendapatkan sokongan mereka terhadap konsep Negara Islam yang diperjuangkan. PAS percaya

sokongan bukan Islam tidak hanya penting untuk memenangi pilihan raya ia bersifat jangka pendek,

sebaliknya bagi mencapai matlamat jangka panjang untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia.

Justeru, PAS melihat sokongan bukan Islam ini amat kritikal kerana tanpa penerimaan mereka terhadap

konsep Negara Islam, cita-cita PAS sukar untuk direalisasikan. Kesimpulannya, ketiga-tiga faktor ini,

iaitu meningkatkan tahap persaingan politik, menyebarkan dakwah Islam dan mendapatkan sokongan

Negara Islam telah mendorong PAS untuk mengadakan kerjasama dengan bukan Islam di negara.

KERJASAMA PAS DALAM KELAB PENYOKONG PAS (KPP)

PAS pernah mempunyai pengalaman kerjasama politik intra parti dengan kumpulan bukan Islam

melalui Chinese Consultative Council atau CCC yang ditubuhkan menjelang Pilihan Raya Umum 1986.

Walau bagaimanapun, kerjasama tersebut tidak bertahan lama apabila PAS kalah teruk dalam pilihan

raya tersebutiii yang membawa kepada pembubaran CCC daripada Jawatankuasa Kecil dalam PASiv.

Keputusan ini telah menyebabkan sebahagian ahli parti meletakkan kesalahan kepada CCC. Mereka

berpendapat kerjasama PAS dengan CCC telah mengakibatkan parti kehilangan undi dan kepercayaan

daripada pengundi Melayu. Kenyataan Mujahid Yusuf Rawa seperti berikut:

Kalah dalam pilihan raya 1986, mereka (ahli PAS) menyalahkan CCC sebab orang Melayu lari kerana

mereka melihat Cina menyokong PAS dan Orang Melayu pula tidak mahuv.

Pada masa yang sama, pendekatan PAS yang mahu mencitrakan perjuangannya yang sejagat dan

universal serta tidak lagi terkongkong dalam kerangka politik Melayu masih belum diterima secara baik

oleh penyokong PAS dan pengundi pada ketika itu. Perkembangan ini juga memberi kesan kepada

kepimpinan tertinggi PAS ketika itu apabila ia mendesak Yang Dipetua PAS, Yusuf Rawa untuk

meletakkan jawatan. Yusuf Rawa bertegas untuk berundur kerana langkah kerjasama dengan bukan

Page 42: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

42

Melayu/Islam yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa PAS telah dipertikai oleh jawatankuasa yang

sama. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati kepimpinannyavi. Selepas

kegagalan CCC, PAS telah menjalin semula bentuk kerjasama politik dengan kumpulan bukan Islam

secara berstruktur selepas peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim. Gerakan reformasi pada ketika itu telah

memunculkan satu politik baharu, iaitu politik yang tidak lagi bersandarkan kepada sentimen perkauman

telah membuka ruang dan peluang kepada PAS untuk mendekati kumpulan bukan Islam khususnya

Cina. PAS yang selama ini memperjuangkan isu demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia telah

menarik perhatian dan minat sebahagian masyarakat Cina untuk menyokong mereka. Untuk

menampung sokongan tersebut, PAS telah menubuhkan Urusetia Hal Ehwal Masyarakat Cina

(UHEMC) pada Mei tahun 1999vii, iaitu jauh lebih awal daripada Kelab Penyokong PAS tahun 2004

dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tahun 2010. Urusetia tersebut ditubuhkan bertitik tolak

daripada faktor dakwah yang bertujuan memberi penerangan tentang Islam di kalangan masyarakat

Cina. Bagi PAS, Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada semua; iaitu bukan hanya untuk

kesejahteraan umat Islam tetapi juga golongan bukan Islam.

Pada masa yang sama, penubuhan UHEMC juga bertujuan menjelaskan konsep Negara Islam

yang diperjuangkan oleh PAS agar ia tidak terus disalahertikan. Kumpulan bukan Islam perlu diberikan

kefahaman bahawa konsep negara Islam oleh PAS sesuai dilaksanakan dalam konteks masyarakat

berbilang agama serta kaum di negara dan ia sama sekali tidak menjejas dan menganiaya hak mereka.

Hal ini penting kerana PAS mahu sokongan kumpulan bukan Islam ini bukan untuk manfaat jangka

masa pendek, iaitu memenangi pilihan raya, sebaliknya untuk jangka panjang; iaitu menjayakan

penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia pada masa hadapanviii. Presiden PAS, Fadzil Mohd Noor

ketika berucap merasmikan UHEMC di Taman Melewar percaya penubuhan urusetia ini berupaya

menarik lagi sokongan kumpulan bukan Islam apabila mereka diberikan pengetahuan dan kefahaman

sebenar terhadap Islam dan perjuangan PAS yang sebenar.

UHEMC digerakkan oleh beberapa individu Cina Muslim; iaitu mereka yang beragama Islam

tetapi bukan berketurunan Melayu. Ia diketuai oleh Anuar Tanix, iaitu bekas Timbalan Ketua Pemuda

Gerakan Malaysia dan memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu pada ketika itu.

Anwar dibantu oleh Kamal Koh yang dilantik sebagai Setiausaha Urusetia. Kamal merupakan aktivis

PAS sejak tahun 1985 dan memegang beberapa jawatan penting parti di peringkat cawangan, lajnah

dan negeri. Jawatan yang dipegang oleh Kamal Koh adalah Ketua Cawangan Wangsa Maju tahun 1986,

Ahli Lajnah PAS Pusat (Hubungan Dalam Negeri) tahun 1989 dan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS

Wilayah Persekutuan (Kebajikan dan Sosial)x. Strategi UHEMC banyak tertumpu kepada usaha

memberi penerangan kepada orang Cina khususnya melalui penerbitan. Menurut Kamal, kaum Cina

memerlukan proses pendidikan dan penerangan tentang Islam dan ini boleh dijayakan dengan

memperbanyakkan bahan bacaan tentang Islam dalam Bahasa Cina selain Bahasa Inggeris. Ini kerana

kebanyakan orang Cina tidak bersedia mendalami Islam menerusi Bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi

generasi lama yang tidak belajar di universiti tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak pandai membaca

bahan bacaan berbahasa Melayu. Selain itu, buku-buku yang membincangkan tentang dasar Islam dan

hubungan Islam dengan golongan bukan Islam turut diterjemahkan bagi mmempelbagai bahan bacaan.

Kamal menjelaskan hal ini seperti berikut:

Kita sedar masyarakat Cina suka mengkaji sesuatu hal. Oleh itu, mereka perlu banyak membaca

bahan tentang Islam. Jadi peranan bahagian penerbitan ialah untuk menerbitkan buku terjemahan

mengenai Islam dalam Bahasa Cina. Dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat Cina juga, bahan

bacaan penting. Kita cuba cari bahan yang sesuai untuk masyarakat Cina. Menerbitkan buku yang

diterjemahkan ke dalam Bahasa Cina ini saya rasa perlu disegerakan. Tajuk-tajuk buku saya sendiri

Page 43: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

43

yang pilih. Antara buku yang sedang dalam perancangan untuk diterbitkan ialah Hak Asasi Manusia

dalam Islam: Satu Perbandingan, karangan Ustaz Md Akhir Yacob dan Cara Hidup Islam, karangan Al-

Maududi dan Ma’alim Fittoriq (Liku-liku di Jalanan), karya Syed Qutbxi. Apa yang jelas, melalui siri

penerangan dan penerbitan, kaum Cina dapat diperkenalkan dengan gambaran Islam yang sebenar dan

memungkinkan tanggapan negatif selama ini dapat dirungkaikan. Selain itu, penerangan ini juga penting

untuk menjelaskan hakikat PAS sebagai sebuah parti yang tidak ekstrem dan kolotxii. Sebagai sebuah

parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, tanggapan terhadap Islam itu sendiri amat

penting diperbetulkan kerana jika Islam dipandang negatif, maka persepsi terhadap PAS juga negatif.

Kerjasama PAS dengan kumpulan bukan Islam melangkah ke tahap yang lebih tinggi apabila

Pengerusi Urusetia Hal Ehwal Masyarakat Cina, Anuar Tan telah dipilih sebagai calon PAS untuk

bertanding di kawasan Dun Undangan Negeri (DUN), Kota Lama (N.8) di Kota Bharu dalam Pilihan

Raya Umum 1999. Dalam pilihan raya itu, Anuar berjaya menewaskan calon BN, iaitu Leong Su Siong

dengan majoriti tipis sebanyak 445 undixiii. Anuar memperolehi 8,470 undi manakala Leong Su Siong

sekadar 8,025 undi. Kemenangan Anuar dalam pilihan raya dilihat amat signifikan dalam konteks

kerjasama PAS dengan kumpulan bukan Islam kerana beliau adalah calon PAS bukan Melayu pertama

yang bertanding dalam sejarah pilihan rayaxiv. Ini juga menggambarkan keyakinan dan pengiktirafan

PAS terhadap calon bukan Melayu dalam sama-sama memperjuangkan kedudukannya dalam konteks

demokrasi dan pilihan raya di negara. Kemenangan Anuar Tan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) telah memudahkan usaha PAS menarik sokongan bukan Islam khususnya di Kelantanxv. Anuar

dibantu oleh beberapa individu bukan Islam seperti Hu Pang Chawxvi yang dilantik sebagai Ahli Majlis

Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dari tahun 1999 hingga 2004xvii. Apa yang pasti, penubuhan Urusetia

Hal Ehwal Masyarakat Cina telah menjadi platform dan wadah penting bagi PAS dalam mempergiatkan

hubungannya dengan bukan Islam.

TIndakan DAP menarik diri daripada Barisan Alternatif pada 3 Ogos 2001 telah menimbulkan

persoalan tentang masa depan hubungan PAS dengan kumpulan bukan Islam. Walau bagaimanapun,

PAS membuktikan tanpa DAP, parti itu masih berminat untuk meneruskan kerjasama dengan bukan

Islam tetapi melalui pendekatan dalaman atau intra parti dengan menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

Usaha mengumpulkan penyokong PAS di kalangan bukan Islam telah berjalan sejak penubuhan

Urusetia Hal Ehwal Masyarakat Cina pada 1999. Pada tahun 2001, usaha tersebut dipergiatkan lagi oleh

Pemuda PAS melalui Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Mujahid Yusuf Rawa dengan mengadakan

dialog dan perbincangan dengan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong).

Jelas Mujahid, dialog ini sebagai usaha memecah tembok hubungan PAS dengan bukan Islam/Melayu.

Pada tahun 2004, iaitu menjelang Pilihan Raya Umum ke 11, Kelab Penyokong PAS (KPP) telah

ditubuhkan bertujuan menggapai dan mengumpulkan sokongan bukan Islamxviii. Kelab ini juga diminta

unutk mendekati orang Cina dan juga DAPxix. KPP telah dirasmikan oleh Pemangku Presiden, Tuan

Guru Abdul Hadi Awang di Taman Melewar. Hu Pang Chaw telah dilantik menjadi pengerusi kelab

tersebut. Pada peringkat awal penubuhan KPP, penerimaan bukan Islam khususnya Cina masih

terbatas. Sewaktu majlis pelancaran, Hu Pang Chaw mendakwa tidak lebih daripada lima orang kaum

Cina yang menghadirkan diri kerana masih wujud rasa takut untuk menyokong PAS pada waktu itu.

Penubuhan KPP tidak dapat memberi impak kepada pencapaian PAS dalam Pilihan Raya Umum 2004.

PAS gagal mempertahan kemenangan besarnya dalam Pilihan Raya Umum 1999 apabila hanya

memenangi enam kerusi parlimenxx berbanding 27 kerusi pada Pilihan Raya Umum 2004xxi. PAS juga

sekadar menawan 36 kerusi DUN berbanding 98 kerusi pada tahun 1999xxii. Menurut Hu Pang Chaw,

faktor usia KPP yang masih baharu tidak dapat membantu kempen PAS dalam pilihan raya secara

efektif. Beliau turut mengakui faktor Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) yang dilihat tokoh yang

Page 44: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

44

bersih (mendapat jolokan Mr. Clean) dari BN banyak mempengaruhi pengundi pada ketika itu untuk

menyokong kerajaan. Selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum 2004, KPP telah mempergiatkan

aktiviti melalui sesi dialog dan perbincangan kecil-kecilan dengan Persatuan-persatuan Cina, para

wartawan dan kumpulan akademik. Menurut Mujahid, dialog itu bertujuan meneruskan usaha

memperbaiki persepsi terhadap aspirasi dan perjuangan PAS. Tegas beliau, PAS bukanlah parti rasis

sebaliknya membuka pintu kepada semua pihak, iaitu selari dengan Islam yang menggambarkan

kesejagatan falsafah perjuangan PAS itu sendiri.

Usaha yang sama turut dilakukan apabila sekumpulan masyarakat Cina telah dibawa ke Kelantan

dan berdialog dengan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Natijahnya, mereka percaya

bahawa PAS adalah sebuah parti yang harmoni, mengamalkan pendekatan yang mesra terhadap bukan

Islam dan ini terbukti apabila mereka melihat sendiri dalam lawatan di Kelantanxxiii. Mereka juga

melihat Islam yang dibawa oleh PAS sebenarnya adalah Islam yang sederhana dan bukan seperti yang

digembar-gemburkan selama ini. Hu Pang Chaw menjelaskan hal ini seperti berikut:Pada tahun 2004,

kita bawa masyarakat Cina ke Kelantan. Dialog dengan Tok Guru Nik Aziz. Turun padang, bercakap

dengan masyarakat tempatan, dan pergi tokong. Mereka dapat satu gambaran bagaimana Kelantan

perintah dan melayani masyarakat Cina atau bukan Melayu. Ada orang MCA bila balik marah kepada

MCA, kamu semua tipu, kita tengok orang Cina duduk di Kelantan hidup bahagia. Kerajaan tidak

pernah tindas dan mereka suka. Orang MCA marah balik kepada pimpinan MCAxxiv.

PAS telah melancarkan slogan PAS For All atau PAS Untuk Semuaxxv pada 11 September 2007

sebagai kempen meningkatkan lagi sokongan bukan Islam/Melayu. Ini sekaligus menjayakan hasrat

PAS menjadi sebuah parti yang inklusif dan terbuka kepada semua kaum. Tarikh pelancaran 11

September 2007 sengaja dipilih kerana memperingati tragedi 11 September 2001 yang menyaksikan

Pusat Dagangan Dunia di New York (World Trade Center-WTC) musnah diserang pengganas.

Menurut Hu Pang Chaw, tarikh itu dipilih bagi membuktikan bahawa Islam bukanlah agama yang

patut ditakuti dan digeruni, tetapi agama yang dihormati dan diterima oleh semuaxxvi. KPP pada ketika

itu turut melancarkan buletin berbahasa Cina, iaitu Ren Min Shi Shi yang bermaksud Buletin Semasa

Rakyat. Buletin ini memaparkan aktiviti PAS khususnya yang melibatkan kaum Cina selain berita

Kerajaan Negeri Kelantan. Di peringkat awal, buletin ini diedar secara percuma dan dicetak sebanyak

3,000 naskhah sahaja.

Atas sambutan yang menggalakkan, jumlah pengeluaran buletin ditingkatkan kepada 50,000

naskhah yang juga diedarkan secara percuma. Walau bagaimanapun, jangka hayat buletin tersebut

tidak dapat bertahan lama apabila ia dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewaktu

diedarkan di Muktamar Tahunan PAS 2007 di Kedah kerana tidak mendapat permit. Penerbitan buletin

juga tidak dapat diteruskan atas faktor kewanganxxvii. Hu Pang Chaw mengakui adalah sesuatu yang

malang apabila buletin tersebut terpaksa dihentikan kerana ia sememangnya berkesan bagi kaum Cina

dalam mendekati dan memahami PAS. Tidak dinafikan pada peringkat awal, kerjasama PAS dengan

bukan Islam tertumpu kepada kaum Cina. Walau bagaimanapun, penglibatan kaum India mulai wujud

selepas berlakunya peristiwa Hindu Rights Action Force (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) atau lebih

dikenali sebagai HINDRAFxxviii. Menurut Mujahid, apabila berlaku HINDRAF, penyokong kaum India

mulai menyokong dan menyertai KPP. Pengiktirafan PAS kepada bukan Islam/Melayu khususnya

kaum India terserlah apabila Kumutha a/p Rahman telah bertanding atas tiket PAS di (N.40) DUN

Tiram dalam Pilihan Raya Umum 2008. Walau bagaimanapun, beliau tewas kepada calon BN,

Maulizan bin Bujang apabila sekadar mendapat 8,827 undi berbanding Maulizan sebanyak 17,005 undi

dengan majoriti 8,178 undixxix. Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menilai

pencalonan Kumutha sebagai bukti PAS turut memberi tempat kepada penyokong bukan Islam untuk

Page 45: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

45

turut mewakili parti itu sekaligus bersedia untuk semua kaumxxx. Jelas beliau lagi, pemilihan Kumutha

juga menunjukkan PAS membuka ruang kepada wanita walaupun beliau hanya dari Kelab Penyokong

PAS.

Sepanjang penubuhan KPP, ia telah berjaya menganjurkan dua konvensyen yang dapat

menghimpunkan perwakilan terdiri daripada penyokong bukan Islam/Melayu PAS. Konvenyen

pertama telah diadakan di Pulau Pinang yang bertemakan ’Kerajaan Berkebajikan Untuk Semua’ dan

dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa. Konvensyen kedua pula telah diadakan pada

bulan Mei 2009 di Kompleks Pejabat Tanah Kelang dengan tema ’Stay United, Brave The Challenger’

dan dirasmikan oleh Mursyidul ’Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam konvensyen kedua,

beberapa resolusi telah dapat dicapai, antaranya adalah menstrukturkan semula kepimpinan KPP,

mengemaskan data keahlian dan memperkukuhkan KPP untuk dipertingkatkan peranannya dalam

PAS.

KERJASAMA PAS DALAM DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP)

Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 telah membuka lembaran baharu dalam sejarah pilihan raya

apabila pakatan pembangkang telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima negeri, iaitu Kelantan,

Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perakxxxi. Mereka juga dapat menambah jumlah kerusi parlimen

kepada 82 berbanding hanya 19xxxii dalam Pilihan Raya Umum 2004. Selepas setahun berlangsungnya

Pilihan Raya Umum 2008, sambutan dan sokongan terhadap KPP semakin baik. Menurut Mujahid,

ahli KPP telah mencecah seramai 20,000 ahli. Seiring dengan resolusi Konvensyen KPP, PAS telah

bersetuju atas cadangan menaiktaraf KPP dan untuk itu, tiga pilihan telah disediakan untuk

menstrukturkan semula kelab tersebut termasuk menentukan keahlian penyokong bukan Islam dalam

parti.

Tiga pilihan tersebut adalah pertama; menyerapkan ahli KPP menjadi ahli parti, kedua;

mengekalkan entiti KPP sedia ada dan ketiga; menubuhkan Dewan sebagai satu sayap baharu untuk

keahlian bukan Islam. Pilihan ini dibincangkan dalam kertas kerja bertajuk ’Keahlian Bukan Islam

dalam Organisasi PAS’ yang dibentangkan oleh Mujahid sendiri selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan

Nasional dalam retreat parti di Langkawi pada Disember 2008xxxiii. Kesemua pilihan telah

dibincangkan secara mendalam dan akhirnya pilihan menubuhkan Dewan sebagai satu sayap baharu

untuk keahlian bukan Islam dipilih sebagai struktur baharu KPP. Kenyataan Mujahid menjelaskan

situasi ini seperti di bawah:

Dicadangkan melalui tiga option yang saya bagi kepada parti. Pertama, kekalkan Kelab Penyokong

PAS. Tetapi ia di bawah Lajnah sahaja. Kecil sahaja. Kedua, buka keahlian kepada non-muslim dan

mereka jadi ahli penuh. Yang ini sensitif lah. Ini kerana syarat nak jadi ahli PAS tu mesti beragama

Islam. Ketiga, tubuhkan satu sayap khas untuk non muslim. Dan mereka jadi ahli sayap ituxxxiv.

Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa PAS mengiktiraf peranan yang telah dilaksanakan oleh

penyokong bukan Islam dengan menyediakan platform yang lebih besar. Apabila keputusan tersebut

telah dicapai untuk menubuhkan sayap baharu, usaha menyediakan aturan dan peraturan telah

dimulakan. Ini kerana sebelum sayap baharu itu dilancarkan, perlu ada undang-undang dan peraturan

agar ada keabsahannya dari segi perlembagaan. Allahyarham Hassan Shukri telah dilantik sebagai

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan beliau dibantu oleh Hanipa Maidin, Asmuni Awi dan Dr.

Page 46: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

46

Mahfodz Mohamed. Pada 10 Januari 2010, Mesyuarat AJK Pusat telah meluluskan draf Aturan dan

Peraturan dan sekaligus menandakan kejayaan proses penyerapan KPP kepada Dewan Himpunan

Penyokong PAS (PAS)xxxv. Akhirnya pada 23 Mei 2010, DHPP telah dilancarkan oleh Presiden PAS,

Abdul Hadi Awang bertempat di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang. Kewujudan

DHPP dilihat sebagai satu peningkatan terhadap usaha PAS dalam kerjasama dengan bukan

Islam/Melayu. DHPP diletakkan harapan yang amat tinggi sebagai contoh perpaduan yang kukuh di

kalangan ahlinya dan membuktikan bahawa PAS mampu menyatukan semua kaum di negara melalui

sayap terbaharu ituxxxvi.

Meskipun DHPP adalah sayap baharu PAS selain Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan

Pemuda, ahli dewan tersebut masih belum boleh menjadi ahli PAS kerana syarat keahlian, iaitu seorang

Islam belum lagi dipinda dalam Perlembagaan PAS. Fasal 11 Perlembagaan PAS menyatakan syarat

untuk menjadi ahli PAS mestilah seorang Islam selain memiliki kewarganegaraan Malaysia dan ’akil

baligh mengikut Hukum Syara’. Walau bagaimanapun, ahli DHPP sebenarnya masih terikat dengan

Aturan dan Peraturan kerana mereka telah mengangkat Ikrar Taat Setia, iaitu untuk menjunjung dasar

parti dan mentaati prinsip perjuangan, menghormati keputusan-keputusan kepimpinan parti dan

kepimpinan dewan, melaksanakan maksud perpaduan dalam parti dan dalam negara, menghormati

segala peratutan dan peraturan dewan sebagai panduan dan memastikan ahli dewan menjaga nama baik

PAS dan perjuangannyaxxxvii. Ini bermakna, seseorang ahli DHPP mempunyai tanggungjawab yang sama

seperti ahli PAS.

Dalam Pilihan Raya Umum 2013, PAS telah meletakkan tiga calon daripada DHPP bertanding

menggunakan tiket parti, iaitu Hu Pang Chaw di P.148 Parlimen Ayer Hitam, Kumutha a/p Rahman di

DUN Tiram dan Wong Chee Chew di DUN Asahan. Menurut Mujahid, ini adalah pencapaian terbesar

PAS dalam kerjasamanya dengan kumpulan bukan Islam/Melayu kerana ahli DHPP telah mendapat

kepercayaan parti untuk bertanding dalam pilihan rayaxxxviii. Jika Pilihan Raya Umum 2008, PAS hanya

meletakkan seorang calon sahaja bukan Islam tetapi jumlah itu bertambah kepada tiga orang dalam

Pilihan Raya Umum 2013. Meskipun ketiga-tiga calon tersebut kalah dengan pencabar masing-masing,

ia dianggap satu pencapaian kepada calon PAS yang terdiri daripada bukan Islam/Melayuxxxix. Kumutha

yang sebelumnya telah bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2008 telah berjaya mengurangkan

majoriti BN sebanyak 735 undi pada Pilihan Raya Umum 2013.

KESIMPULAN

Secara keselurannya, PAS telah meletakkan asas dan memperlihatkan kemajuan dalam kerjasama

dengan bukan Islam melalui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Himpunan

Penyokong PAS (DHPP). Keputusan PAS menaiktaraf KPP kepada DHPP menggambarkan

pengiktirafan terhadap kedudukan dan peranan bukan Islam dalam parti. Ia juga menunjukkan bahawa

sokongan bukan Islam kepada PAS semakin bertambah dan signifikan. Tindakan PAS meletakkan calon

bukan Islam dalam pilihan raya dilihat sebagai pencapaian terbesar parti itu dalam kerjasama dan

hubungannya dengan bukan Islam. Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS bukan sebuah parti yang

eksklusif untuk orang Islam sahaja tetapi turut memberi ruang kepada bukan Islam. Sekaligus ia

memberi imej dan reputasi yang baik kepada PAS sebagai sebuah parti politik yang dinamik.

Di sebalik pencapaian yang dibincangkan sebelum ini, kerjasama PAS dengan bukan Islam tidak

terlepas daripada isu dan cabaran. Ia telah membuka polemik dan wacana terhadap masa depan

kerjasama PAS dengan bukan Islam. Antara isu yang menjadi hambatan kepada kerjasama tersebut

adalah pertama, status dan keahlian bukan Islam dalam PAS dan kedua, tahap penyertaan politik

Page 47: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

47

mereka. Tidak dinafikan isu keahlian bukan Islam adalah isu utama yang seringkali menimbulkan

persoalan tentang kedudukan mereka dalam PAS. Sejak PAS mendapat sokongan bukan Islam melalui

penubuhan Kelab Penyokong PAS dan Dewan Himpunan Penyokong PAS, isu kedudukan dan keahlian

bukan dalam parti timbul. Dalam hal ini, PAS banyak kali mengumumkan untuk mengkaji kedudukan

bukan Islam yang menyokong mereka namun kekangan perundangan, iaitu Perlembagaan PAS yang

mensyaratkan ahli PAS mesti beragama Islam menghalang bukan Islam untuk diserap sebagai ahli

penuh parti. Justeru, untuk menerima penyokong bukan islam sebagai ahli, PAS perlu meminda

perlembagaannya terlebih dahulu. Atas alasan yang sama juga, sewaktu PAS diberi pilihan untuk

menaiktaraf KPP, parti itu tidak dapat menyerap masuk penyokong bukan Islam sebagai ahli PAS

sebaliknya sekadar mewujudkan sebuah lagi platform yang lebih besar, iaitu DHPP.

Penerimaan penyokong bukan Islam sebagai ahli penuh bukan sahaja bertentangan dengan

Perlembagaan PAS, tetapi turut dikritik oleh beberapa ahli PAS kerana ia akan menjadikan ahli PAS

sedia ada tidak mempunyai perbezaan dengan ahli bukan Islam. Terdapat juga pandangan yang lebih

diplomatik untuk membuka keahlian penuh untuk bukan Islam tetapi mengehadkan jawatan Presiden

dan Timbalan Presiden hanya boleh dipegang oleh orang Islam. Namun cadangan tersebut tidak

mendapat perhatian parti. Selain itu, terdapat pandangan alternatif, iaitu untuk menjadikan penyokong

bukan Islam sebagai ahli bersekutu dan ia pernah dibawa serta dibincangkan di Muktamar PAS Menurut

Mujahid, penyokong bukan Islam boleh dilantik sebagai ahli bersekutu untuk permulaan dan PAS akan

melihat perkembangannyaxl. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut akan hanya melihat penyokong

bukan Islam sebagai ahli kelas kedua dalam parti dan ini adalah satu penghinaan kepada merekaxli.

Mengulas akan hal ini, Mustafa Ali berkata, ”Jika kita menerima orang bukan Islam sebagai ahli

bersekutu sahaja, ini bermakna kita meletakkan mereka sebagai ahli kelas kedua. Jika begitu, lebih baik

tidak payah”xlii. Dengan nada yang hampir sama, Allahyarham Azizan Abdul Razak berpendapat isu

ahli bersekutu tidak perlu diperbincangkan atau diutamakan, sebaliknya PAS hendaklah memaksimakan

sokongan umat Islam terhadap PASxliii.

Polemik di atas jelas menunjukkan bahawa PAS masih belum dapat menyelesaikan isu keahlian

bukan Islam dengan lebih tegas. Ini seterusnya menimbulkan dilema di kalangan PAS dan juga

penyokong bukan Islam. Menurut Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, PAS masih belum bersedia

menerima bukan Islam sebagai ahli mereka. Jelas beliau, PAS mungkin boleh menerima bukan Islam

sebagai ahli dalam tempoh 20 tahun daripada sekarangxliv. Namun apa yang lebih penting bagi PAS

sekarang adalah menyediakan ruang yang lebih besar untuk DHPP bergerak dan memberi sumbangan.

Selain isu keahlian, peranan dan penyertaan bukan Islam dalam PAS masih lagi jauh daripada yang

dihasratkan. Menurut Mujahid, beliau mencadangkan agar setiap negeri meletakkan seorang calon

bukan Islam dalam pilihan rayaxlv. Walau bagaimanapun, dalam Pilihan Raya Umum 2013, hanya dua

negeri sahaja yang meletakan calon bukan Islam, iaitu Johor dan Melaka. Pada masa yang sama, beliau

turut meletakkan sasaran agar ahli DHPP diberikan jawatan dalam peringkat kampung, majlis daerah

dan jawatan-jawatan lain yang dirasakan perlu. Hanya dengan cara ini, penyokong bukan Islam akan

dapat memainkan peranan secara lebih efektif dan lebih penting, PAS tidak perlu lagi hanya bergantung

kepada DAP dan PKR.

Kesimpulannya, PAS telah mempunyai sejarah kerjasama dengan bukan Islam yang baik melalui

penubuhan KPP dan DHPP. Walau bagaimanapun, PAS perlu memastikan tahap kerjasama politik intra

parti ini sentiasa dipertingkatkan lagi dan tidak boleh jumud atau statik di takuk yang sama. Kejayaan

momentum menubuhkan KPP dan DHPP dengan menarik sokongan bukan Islam perlu dikekal dan

dipergiat. Pada masa yang sama, PAS perlu mengambil perhatian dengan lebih serius tentang isu dan

cabaran seperti yang diketengahkan dalam tulisan ini seperti keahlian bukan Islam dan peranan serta

Page 48: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

48

tahap penyertaan politik mereka dalam PAS. Jika PAS gagal menguruskan kerjasama dengan bukan

Islam ini dengan baik, tidak mustahil parti itu boleh kehilangan sokongan pada masa akan datang,

khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Page 49: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

49

PERLAKSANAAN PILIHAN RAYA DALAM PERLEMBAGAAN: SATU ANALISIS

KRITIKAL

Muhamad Fathi Yusuf, Mazlan Ali

Abdul Latif Ibrahim, Mohd. Al Ikhsan Ghazali

Abstrak

Every functioning democracy must have essential institutions that maintain its electoral system.

The constituent elements of electoral system in Malaysia are supported by the Federal Constitution

as well as Acts of Parliament. This article elaborates selective aspects of constitutional safeguard

of the democratic elections in Malaysia. It begins with a study on the political right especially on

the freedom to form political party and to allow the parties to freely involve in the electoral

process. It also discuss basic structure of democratic institution of the government that

necessitates the conduct of election and the constitutional design that shapes the electoral system.

Therefore a special aspect namely on the frequency of the election is specially chosen for further

discussion. The next issues are on the establishment of independent and credible election

management body and the right to vote which is clearly supported by the Federal Constitution.

The article also discusses on the right to media and delimitation of electoral boundary in the

constitutional framework. The Federal Constitution clearly provides the basic structure of

electoral system and the democratic organisations connected to elections. The constitutional

framework plays a vital role to establish the political institutions, to protect the rights of people

and to confer duties on the government

Keywords: Federal Constitution, election, democracy

PENGENALAN

Perlaksanaan pilihan raya dalam sistem demokrasi memerlukan kepada badan pengendali pilihan

raya yang adil, berwibawa dan bebas. Badan pengendali pilihan raya merupakan pihak yang paling

penting dalam mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil. Secara umumnya peranan pengendali

pilihan raya meliputi soal menyediakan daftar pemilih, menguruskan proses persempadanan

pilihan raya, menjalankan proses pencalonan dan pengundian, memantau perjalanan kempen

pilihan raya dan memastikan proses pilihan raya berjaya menterjemahkan hasrat rakyat melalui

keputusan pilihan raya yang telus.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyediakan asas kukuh kepada penubuhan sebuah

badan pengendali pilihan raya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Perkara 113

menyatakan peranan asasi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk ‘menjalankan pilihan raya ke Dewan

Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri dan menyediakan dan menyemak daftar pemilih bagi

pilihan raya itu’xlvi. Suruhanjaya Pilihan Raya juga boleh mengendalikan pilihan raya lain, jika

dikehendaki oleh undang-undang.xlvii Selain itu Suruhanjaya Pilihan Raya juga berperanan untuk

‘mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri-negeri kepada bahagian pilihan raya dan

mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu’. Jadual Ketiga belas

menyediakan panduan bagi proses persempadanan pilihan raya.

Page 50: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

50

Selain tu Suruhanjaya Pilihan Raya juga mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang

tertakluk kepada kelulusan Yang di-Pertuan Agongxlviii atau YDPA, serta pengesahan Parlimen.xlix

Selain itu Suruhanjaya Pilihan Raya juga mempunyai kuasa quasi-judicial apabila ia menjalankan

proses pendengaran ketika semakan daftar pemilih.l Kuasa-kuasa ini diberikan kepada

Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memudahkan badan ini menjalankan tugas seperti yang dituntut

oleh Perlembagaan.

Memandangkan Perlembagaan merupakan dokumen terpenting yang bukan sahaja

mewujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya bahkan menyediakan garis kasar perlaksanaan tugasnya,

maka kajian mendalam terhadap peruntukan Perlembagaan berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya

amat kritikal. Kajian ini dapat memberikan penilaian yang menyeluruh terhadap tapak asas

Suruhanjaya Pilihan Raya serta mencari ruang untuk meningkatkan keberkesanan pengendalian

pilihan raya. Oleh itu, tinjauan ringkas ini juga akan mengemukakan beberapa saranan dari sudut

kefahaman perlembagaan dan juga penambahbaikan jika dirasakan perlu.

Untuk tujuan di atas, penelitian kepada beberapa peruntukan perlembagaan yang relevan

dibuat dengan merujuk kepada hasrat penggubal melalui Laporan Suruhanjaya Reid, serta

perkembangan sezaman yang mempengaruhi penggubalan perlembagaan. Rujukan kepada

keperluan semasa dan faktor budaya setempat juga diambil kira. Selain itu, penelitian kepada

undang-undang yang berkaitan dengan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya juga ditinjau. Kes-kes

berkaitan yang berkaitan dengan tafsiran peruntukan perlembagaan juga dirujuk bagi

mengukuhkan hujah.

HAK DAN KEDUDUKAN PARTI POLITIK

Parti politik memainkan peranan dalam proses demokrasi berpilihan raya. Perlembagaan yang

menyokong demokrasi perlu menjamin hak untuk menubuhkan, menyertai dan terlibat dalam parti

politik, serta hak parti politik untuk terlibat dalam sistem pilihan raya. Perkara 10(1)(c)

Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk menubuhkan persatuan, tetapi Fasal (2)(c)

Perkara 10 memberikan kuasa kepada Parlimen menurut undang-undang untuk menetapkan

sekatan sebagaimana yang perlu dan patut demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-

mana bahagiannya, ketenteraman awam atau moral.

Dalam kes Dr Mohd Nasir bin Hashim lwn Menteri Dalam Negeri Malaysia,li mahkamah

berpendapat bahawa sekatan yang dibuat oleh Parlimen di bawah Perkara 10(2) mestilah sekatan

yang munasabah. Dalam kes ini mahkamah memutuskan bahawa Menteri tidak berhak untuk

menolak permohonan pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM) atas alasan keselamatan nasional

kerana tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa isu keselamatan negara perlu

ditimbulkan. Pandangan Menteri yang berasaskan maklumat yang disediakan oleh polis

kepadanya tidak boleh dianggap sebagai alasan yang kukuh.

Sekatan dan kawalan ke atas pertubuhan di Malaysia termasuklah parti politik

kebanyakannya adalah di bawah Akta Pertubuhan 1966. Akta ini menggantikan Ordinan

Pertubuhan 1949 yang diperkenalkan oleh British untuk menghadapi aktiviti Komunis dan kongsi

gelap. Akta ini memberikan kuasa yang amat luas kepada Menterilii untuk mengawal pertubuhan.

Pada dasarnya semua pertubuhan adalah haram melainkan jika ia didaftarkan di bawah akti ini.

Page 51: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

51

Bahkan seksyen 41(1)(c) dan (d) memperuntukkan bahawa sesebuah persatuan boleh menjadi

haram jika cawangannya tidak sah.

Walau pun peranan parti politik amat signifikan dalam proses pilihan raya, kerangka

perlembagaan dan undang-undang pilihan raya di Malaysia tidak memberikan sokongan yang

memadai untuk menjamin hak dan perkembangannya. Pada dasarnya undang-undang pilihan raya

yang wujud lebih menumpukan ‘pemilihan calon’ berbanding ‘pemilihan parti’. Hakikat ini boleh

dilihat di dalam akta-akta dan peraturan-peraturan pilihan raya. Bahkan Perlembagaan Persekutuan

tidak menyediakan hak khusus untuk menubuhkan dan menyertai parti politik, sebaliknya hak

berkenaan wujud melalui peruntukan umum berkaitan hak berpersatuan.liii Selain itu undang-

undang berkaitan pemberitahuan keputusan pilihan rayaliv dan penggunaan simbol dalam kertas

undilv merujuk kepada calon, bukannya kepada parti politik. Cara pelantikan Perdana Menteri,lvi

dan agihan anggota Dewan Rakyatlvii juga tidak merujuk kepada parti politik. Peranan parti politik

hanya disebut secara jelas dalam peruntukan undang-undang yang baru berkaitan penubuhan

pasukan penguat kuasa.lviii Selain itu, peranan penting parti politik sebagai platform calon-calon

pilihan raya tiada dalam akta tetapi hanya disebutkan dalam peraturan-peraturan pilihan raya yang

dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.lix

Di Malaysia, parti politik mempunyai peranan yang besar dan mempunyai organisasi

sehingga di peringkat paling bawah serta beroperasi secara sepenuhnya walau pun di luar musim

kempen pilihan raya. Oleh yang demikian, parti politik wajar mendapat pengiktirafan oleh

Perlembagaan dan undang-undang pilihan raya. Hak untuk menubuhkan dan menyertai parti, serta

hak parti untuk menyertai pilihan raya sepatutnya dijamin oleh Perlembagaan. Selain itu, parti

politik tidak sepatutnya seperti pertubuhan biasa lain yang berada di bawah Akta Pertubuhan dan

Pendaftar Pertubuhan. Parti-parti politik perlu mempunyai undang-undang kawalan sendiri dan

diletakkan di bawah kawal selia Suruhanjaya Pilihan Raya sahaja. Bahkan perlu juga

dipertimbangkan peraturan yang memberikan hak kepada parti ke atas sesebuah kerusi yang

dimenangi. Ini bermakna jika terdapat anggota Dewan yang melompat parti, kerusi itu kekal milik

parti dan anggota dewan itu hilang kelayakannya sebagai anggota dewan. Walau bagai mana pun,

kaedah ini—yang pernah dikuatkuasakannya, dan kemudiannya didapati bercanggah dengan

Perlembagaan—hanya wajar diperkenalkan jika terdapat fakta yang jelas bahawa pengundi lebih

terpengaruh dengan parti berbanding calon dalam membuat pilihan semasa mengundi.lx

Buat masa ini dalam konteks penyertaan pilihan raya, parti-parti politik di Malaysia

tertakluk kepada dua pihak berkuasa iaitu Pendaftar Pertubuhan dan juga Suruhanjaya Pilihan

Raya. Badan-badan ini kadang-kala tidak memberikan hak yang sewajarnya kepada parti-parti

politik untuk terlibat dalam proses demokrasi sebagaimana yang boleh dilihat dalam sikap

berhubung dengan penubuhan parti baru,lxi dan hak dalam penggunaan logo parti dalam pilihan

raya.lxii Tambahan pula definisi ‘parti politik’ dalam Akta Pertubuhan 1966 dan undang-undang

pilihan raya adalah berbeza di mana di bawah peraturan pilihan raya misalnya, sesebuah

pertubuhan berdaftar hanya diiktiraf sebagai pertubuhan politik jika Suruhanjaya Pilihan Raya

berpuas hati bahawa ia berperanan untuk tujuan politik.

PENETAPAN TARIKH PILIHAN RAYA

Pilihan raya yang berkesan, bebas dan adil perlu dilaksanakan secara berkala dan mengikut kadar

kekerapan yang munasabah—iaitu selang masa antara satu pilihan raya umum dengan yang

Page 52: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

52

berikutnya tidak boleh terlalu lama dan tidak boleh juga terlalu kerap. Bagi sistem demokrasi

berparlimen seperti Malaysia, tempoh sesuatu pilihan raya dengan yang lain tidak seragam kerana

ia bergantung kepada tarikh pembubaran Parlimen. Menurut Perlembagaan, jangka masa sesebuah

Parlimen mesti tidak melebihi lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama,lxiii tetapi YDPA boleh

membubarkannya lebih awal atas nasihat Perdana Menteri.lxiv Namun YDPA tetap mempunyai

prerogatif untuk menangguhkan persetujuannya membubarkan Parlimen.lxv Sebagaimana yang

dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid, YDPA boleh dalam kes kritikal untuk membuat

keputusannya demi kebaikan negara.lxvi Permohonan untuk pembubaran boleh berlaku dalam dua

situasi iaitu pertamanya melalui keadaan biasa apabila Perdana Menteri ingin membubarkannya

sebelum tamat tempoh lima tahun. Keduanya, apabila Perdana Menteri hilang sokongan majoriti

dari Ahli Dewan Rakyat. Dalam kedua-dua situasi YDPA mempunyai kuasa sama ada mahu

membubarkannya atau tidak.lxvii

Isu relevan yang sering dikaitkan dengan pembubaran Parlimen ialah berhubung dengan

teka-teki tarikh pilihan raya. Tidak dinafikan bahawa sistem demokrasi berparlimen, seperti mana-

mana sistem lain mempunyai baik dan buruknya. Namun keadaan yang memaksa rakyat berteka-

teki tentang tarikh pilihan raya, menjadi bahan kritikan banyak pihak. Ada yang menimbulkan

masalah kesukaran untuk membuat persediaan awal bagi melancong ke dalam dan luar negara.

Biasanya waktu cuti persekolahan adalah waktu yang sesuai untuk membawa keluarga bercuti.

Bahkan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat juga sedikit terganggu dalam membuat

perancangan organisasi masing-masing memandangkan mereka juga perlu sesuaikan dengan

tarikh pilihan raya bagi memastikan setiap ahli organisasi dapat menjalankan kewajipan mengundi

bila tiba masanya. Pihak sekolah pula terpaksa berhati-hati dalam merancang program yang besar

kerana ia mungkin bertembung dengan perjalanan pilihan raya yang tentunya melibatkan sekolah

sebagai pusat mengundi dan sebahagian guru-guru yang bertugas sebagai petugas pilihan raya.

Terdapat juga pandangan bahawa ketidaktentuan ini juga boleh memberi kesan kepada

pertumbuhan ekonomi negara. Kita semua tahu bahawa kestabilan politik adalah faktor penting

dalam mewujudkan iklim pelaburan yang memberangsangkan. Tempoh ketidakpastian yang

kadang-kadang berpanjangan sehingga tempoh dua tahun menyebabkan sebahagian pelabur

menangguhkan pelaburan bagi menunggu keputusan pilihan raya. Ini kerana, suasana seperti

keadaan hung parliament iaitu tatkala tiada pihak yang dapat mendapat sokongan majoriti,

umpamanya boleh mencetuskan kecelaruan politik.

Selain itu, ramai juga yang melihat bahawa keistimewaan pemimpin parti pemerintah

untuk menentukan tarikh pilihan raya juga satu bentuk ketidakadilan. Parti pemerintah lebih

beruntung kerana dapat memilih tempoh dianggap paling berpotensi untuk menang. Keadaan ini

adalah salah satu faktor yang mewujudkan pertandingan di atas padang yang tidak sama.

Dari sudut budaya berpolitik, suasana ketidaktentuan ini menjadikan parti-parti politik

perlu sentiasa berada pada kedudukan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan

diadakan bila-bila masa sahaja. Iklim politik menjadi sentiasa panas. Setiap parti sentiasa cuba

untuk meraih sokongan. Berpolitik secara berpanjangan ini merugikan rakyat. Tugas hakiki ahli

politik adalah untuk berkhidmat, bukannya untuk berkempen. Tapi kini trend berbeza berlaku.

Mereka sentiasa berfikir untuk berlawan, sehingga suhu politik sentiasa panas. Setiap isu dijadikan

modal politik, walau ia terlalu kecil. Masa untuk berfikir tentang kebajikan rakyat, memaju

ekonomi dan membangunkan potensi rakyat semakin kecil. Jentera parti sentiasa berada pada ‘gear

Page 53: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

53

lima’ untuk berdepan dengan pilihan raya. Bahkan, platform dan program kerajaan juga digunakan

untuk meraih sokongan kepada parti.

Realiti yang disebutkan di atas, menimbulkan beberapa cadangan alternatif untuk

mengatasi kekurangan yang ada dalam sistem Westminster yang diamalkan sekarang. Terdapat

beberapa pilihan bagi melaksanakan cadangan ini, iaitu pertamanya dengan melarang pembubaran

dalam tempoh empat tahun pertama penggal Parlimen. Cadangan ini adalah seperti yang

dikemukakan oleh pandangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Ini bermakna spekulasi masih

wujud namun terhad kepada tempoh setahun.

Namun adalah lebih elok jika tarikh pilihan raya ditentukan secara lebih tepat. Contohnya

dengan menentukan bahawa Parlimen hanya dibubarkan pada tarikh 20 April tiap-tiap lima tahun

dan pilihan raya umum boleh dilakukan dalam tempoh 60 hari selepas itu. Misalannya, pada tarikh

20 April 2017, Parlimen akan bubar, diikuti berikutnya pada 20 April 2022, 20 April 2027, 20

April 2032 dan seterusnya. Dengan ini, pihak SPR boleh memilih tarikh yang sesuai sewaktu cuti

persekolahan pertengahan tahun sebagai hari pengundian. Dengan ini tarikh pilihan raya dapat

dijangka lebih awal dan dapat menghapuskan spekulasi yang sepatutnya tidak diperlukan dalam

sistem politik kita. Cuti persekolahan pertengahan tahun yang biasanya jatuh sekitar awal Jun perlu

dipilih berbanding cuti di akhir tahun bagi mengelakkan gangguan perjalanan pilihan raya akibat

keadaan cuaca musim tengkujuh.

Perlaksanaan cadangan begini tidak akan menjejaskan kestabilan politik negara. Jika

ditinjau amalan di negara-negara lain, penentuan awal tarikh pilihan raya sebenarnya tidak

mendatangkan masalah. Bahkan kebanyakan negara, sama ada negara maju atau negara

membangun kini memaklumkan tarikh pilihan raya umum mereka terlebih awal. Di Amerika

Syarikat, pilihan raya Presiden diadakan mengikut jadual tetap iaitu pada bulan November tiap-

tiap empat tahun. Pilihan raya terhampir akan diadakan pada 6 November 2012 nanti. Selepas itu

pilihan raya Presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada November 2016, November 2020 dan

seterusnya. Memang terdapat perbezaan antara sistem berparlimen seperti Malaysia dengan sistem

di Amerika Syarikat yang mempunyai pemisahan kuasa yang nyata antara badan pentadbiran dan

perundangannya. Namun, dalam soal mencari penyelesaian terbaik ini kita tidak boleh

terkongkong dengan sempadan sistem. Jika sesuai kita boleh melakukan percampuran sistem. Soal

implikasi dan perincian teknikal adalah soal yang boleh diuruskan jika ada kemahuan politik.

Perlembagaan bukanlah satu dokumen yang kaku dan beku. Ia dokumen yang ‘hidup’ dan boleh

disesuaikan dengan perkembangan semasa. Terpulanglah kepada pihak beramanah untuk

menggerakkan perubahan ini.lxviii

PENUBUHAN PENGENDALI PILIHAN RAYA

Ketulenan dan keberkesanan pilihan raya dalam sistem demokrasi amat bergantung kepada

kebebasan pengendali pilihan raya. Di Malaysia, pengendali pilihan raya utama ialah Suruhanjaya

Pilihan Raya (SPR). Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tentang penubuhan

Suruhanjaya Pilihan Raya, seperti berikut:

(1) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada

seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.

Page 54: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

54

(2) Pada melantik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong

hendaklah mengambil perhatian tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya

Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

Kaedah pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam perlembagaan begitu signifikan dan

menunjukkan betapa perlunya soal integriti, kebebasan dan kewibawaan diambil berat. Penelitian

ini berasaskan empat faktor. Pertamanya, pelantikannya melibatkan dua pihak utama iaitu Yang

di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja. Kedua-duanya adalah badan penaung yang dihormati dan

berkecuali. Kedua-dua badan yang berwibawa ini perlu diberi ruang yang sewajarnya untuk

melaksanakan peranan menjamin kewibawaan SPR.

Kedua, walau pun secara umumnya Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana

Menteri,lxix namun di sini perana Perdana Menteri tidak disebut secara nyata, tidak seperti

peruntukan perlembagaan berkenaan urusan lain seperti pelantikan Ketua Hakim Negara.

Ketiadaan ini menunjukkan perlunya Perdana Menteri mengurangkan pengaruhnya dalam

pelantikan Suruhanjaya Pilihan Raya pada tahap yang serendah yang mungkin. Ia juga

menunjukkan peranan aktif Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Suruhanjaya Pilihan Raya

yang bebas dan adil.

Ketiga, terdapat syarat jelas bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya perlu ‘mendapat kepercayaan

awam’. Kepercayaan awam hanya boleh dicapai jika Suruhanjaya Pilihan Raya bukan sahaja

benar-benar adil dan bebas, bahkan ia juga mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan

reputasinya bagi memastikan ia sentiasa kelihatan adil dan bebas. Seterusnya keempat, terdapat

hasrat jelas penggubal Perlembagaan yang mahukan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi badan

yang sangat berwibawa. Laporan Suruhanjaya Reidlxx menyebut: “Kami menganggap bahawa

adalah amat penting Suruhanjaya ini menjadi bebas dan simbang secara mutlak. Oleh itu kami

menyarankan agar Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi badan tetap yang dianggotai oleh ahli-ahli

yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar dan yang terdiri dari mereka yang mendapat

kepercayaan sepenuhnya dari semua parti-parti dalam sistem demokrasi dan semua masyarakat.”

Empat faktor di atas perlu diberikan perhatian serius bagi kerajaan dalam membuat

pelantikan anggota SPR. Ia juga perlu menjadi panduan terpenting bagi anggota Suruhanjaya

Pilihan Raya agar mereka sentiasa memastikan tindakan mereka bebas dari pengaruh atau tekanan

politik.

HAK MENGUNDI DAN PERANAN SPR

Dalam sistem demokrasi yang sihat, peranan kerajaan bukan sahaja menyediakan peluang untuk

rakyat terlibat dalam sistem pilihan raya, bahkan kerajaan perlu bertindak secara proaktif bagi

menggalakkan rakyat terlibat secara langsung dalam proses demokrasi. Penglibatan yang paling

asas ialah dengan mengundi. Oleh itu peranan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam menjalankan

kempen daftar pemilih sebenarnya amat penting.

Page 55: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

55

Suasana kempen pendaftaran pengundi menjelang pilihan raya sebelum Merdeka pada

tahun 1955 dan Pilihan Raya Umum Pertama 1959 menunjukkan bahawa kempen yang

menyeluruh, bersistematik dan bersungguh-sungguh dapat meluaskan hak dan peluang demokratik

rakyat. Pemerintah waktu itu menubuhkan badan khas yang terdiri daripada Ketua Pegawai

Pendaftaran, timbalannya untuk negeri-negeri serta pegawai-pegawai pendaftaran di setiap

kawasan. Kempen pendaftaran berjalan selama 74 hari secara aktif sehingga berjaya mendaftarkan

seramai 1,280,000 pengundi daripada keseluruhan 5,698,200 penduduk waktu itu.lxxi Menjelang

Pilihan Raya Umum 1959 pula, kerajaan melantik 2,500 petugas khas untuk mengunjungi rumah-

rumah seluruh negara bagi pendaftaran pemilih.lxxii

Peruntukan Perlembagaan Malaysia memberikan hak yang jelas kepada rakyat untuk

mengundi,lxxiii serta peranan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menguruskan daftar pemilih.lxxiv

Namun demikian Perlembagaan tidak menyebut secara nyata tentang kewajipan Suruhanjaya

Pilihan Raya untuk menyediakan hak mengundi kepada rakyat. Walau bagaimana pun ketiadaan

ini tidak bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya boleh berlepas tangan dengan tidak mengambil berat

soal pendidikan pengundi dan tidak berusaha secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh untuk

mendaftarkan pengundi. Hakikatnya, ini adalah sebahagian tugas mana-mana badan pengendali

pilihan raya dalam sesebuah negara demokrasi yang berwibawa.

Dalam hal ini, pihak mahkamah sepatutnya mengambil peluang daripada kes Yazid Sufaat

[2009]lxxv untuk memperjelaskan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi menyediakan hak

demokratik rakyat melalui peluang untuk mengundi dalam pilihan raya. Dalam kes ini 22 orang

tahanan ISA mendakwa bahawa mereka telah dinafikan hak untuk mengundi. Mereka telah

memaklumkan hasrat mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membuang undi menjelang

Pilihan Raya Umum 2004. Namun demikian hasrat mereka tidak dipedulikan dengan alasan

bahawa mereka tidak boleh keluar dari tahanan kerana bercanggah dengan Akta Keselamatan

Dalam Negeri. Mereka juga tidak diberikan hak sebagai ‘pengundi tidak hadir’ berdasarkan

peraturan berkaitan, walau pun Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa untuk berbuat

demikian. Mahkamah dalam kes ini Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan permohonan

mereka dengan alasan bahawa mereka gagal untuk melakukan tindakan perlu bagi membolehkan

mereka dapat mengundi dalam pilihan raya umum itu.

Kes di atas menunjukkan keperluan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan

dengan hak mengundi ini dinilai semula dari sudut tafsiran dan kandungannya. Perlu difikirkan

kewajaran untuk memasukkan kewajipan pihak berkuasa untuk menyediakan hak pengundi

kepada warganegara Malaysia. Demikian juga dengan pendidikan pengundi. Hari ini Suruhanjaya

Pilihan Raya telah melaksanakan perananya yang positif dari sudut memudahkan dan

mempercepatkan proses pendaftaran. Terdapat juga jabatan khas yang menguruskan soal

pendidikan pengundi. Namun begitu masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu

dilaksanakan dari sudut pendidikan pengundi di peringkat akar umbi serta kepada belia yang

menghampiri umur kelayakan mengundi.

PERSEMPADANAN DAN BIDANG KUASA SPR

Dalam sistem first-past-the-post (FPTP), persempadanan pilihan raya merupakan isu yang sangat

kritikal dan kontroversi. Persempadanan pilihan raya amat mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Page 56: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

56

Oleh itu soal siapa yang memiliki bidang kuasa untuk menentukan sempadan pilihan raya perlu

diberikan perhatian yang serius.

Pada prinsipnya, persempadanan pilihan raya perlu dilakukan secara profesional, adil dan

telus. Pihak yang bertanggungjawab juga perlu mengambil kira konsep persamaan nilai undi.

Penyelewengan seperti agihan tidak seimbang (malapportionment) dan gerrymandering perlu

dielakkan. Selain itu, proses persempadanan juga perlu dilakukan pada kekerapan yang munasabah

dengan mengambil kira kepesatan perubahan di sesuatu kawasan.

Dari sudut bidang kuasa persempadanan pilihan raya di peringkat Parlimen, proses

persempadanan boleh dibahagiakan kepada tiga peringkat, iaitu:

1. Penentuan bilangan keseluruhan kerusi Parlimen.

2. Pembahagian kerusi Parlimen kepada setiap negeri

3. Membuat sempadan

Sejak Merdeka hingga sekarang, kuasa untuk proses pertama berada di tangan Parlimen.

Bagi proses kedua, pada asalnya ia dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya berdasarkan Perkara

113, namun pada tahun 1973, peranan ini telah berpindah kepada Parlimen.lxxvi Memandangkan

kedua-dua proses yang asas ini berada di bawah Parlimen, timbul persoalan tentang siapa

sebenarnya yang boleh menentukan hala tuju persempadanan ini. Dalam sistem Parlimen di

Malaysia, walau pun pihak pembangkang mempunyai ruang untuk bersuara dan menyatakan

bantahan, namun akhirnya keputusan tetap terletak kepada pihak yang mendominasi keputusan

Parlimen, iaitu parti kerajaan. Perlu diingat, proses yang pertama dan kedua ini amat penting bagi

mengelakkan berlakunya agihan tidak seimbang antara negeri seperti agihan antara jumlah kerusi

untuk Sarawak dan jumlah kerusi untuk Selangor dengan mengambil kira jumlah pemilih atau

jumlah penduduk.

Bagi proses ketiga pula, terdapat persoalan yang besar dari sudut pihak yang sebenar yang

melakukan persempadanan dan mempunyai hak membuat kata putus berkaitan dengannya. Jika

dilihat secara umum, pihak yang berkuasa untuk menyemak sempadan tentunya SPR.lxxvii Pada

asalnya Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membuat sempadan dan mewartakannya tanpa perlu

melalui Perdana Menteri dan Parlimen. Namun begitu, pada 1962 Jadual Ketigabelas telah dipinda

bagi mewajibkan usul Suruhanjaya Pilihan Raya dihantar kepada Perdana Menteri untuk

pengubahsuaianlxxviii dan mewajibkan kelulusan Parlimen untuk setiap cadangan

persempadananlxxix. Kedua-dua syarat ini menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya kehilangan

taringnya dalam persempadanan pilihan raya. Kelulusan Parlimen tentunya mustahil diperoleh jika

tanpa restu pihak yang menguasainya.

Walau bagaimana pun, selaku badan bebas, Suruhanjaya Pilihan Raya seharusnya punya

wibawa untuk mengemukakan cadangan persempadanan sendiri tanpa mengikut telunjuk mana-

mana pihak. Tiada sebarang peruntukan undang-undang yang meminta Suruhanjaya Pilihan Raya

untuk berbincang dengan Perdana Menteri atau mana-mana pihak yang berkepentingan dalam

proses persempadanan. Ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan tugasnya

secara berasingan tanpa melibatkan pihak badan eksekutif. Sebagai tambahan peranan kuasa

Perdana Menteri di sini hanyalah untuk melakukan pengubahsuaian (modification) bukannya

Page 57: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

57

pindaan (amendment). Penggunaan istilah ‘modification’ menunjukkan bahawa perubahan yang

boleh dilakukan oleh Perdana Menteri adalah terhad dan mesti mempunyai justifikasi yang jelas.

Hakikatnya Suruhanjaya Pilihan Raya masih mempunyai kebebasan untuk membuat

persempadanan secara bebas, telus dan tidak berpihak.

Perpindahan bidang kuasa persempadanan pilihan raya adalah satu episod malang dalam

perkembangan amalan demokrasi di Malaysia. Ia juga menyentuh tentang tahap wibawa

Suruhanjaya Pilihan Raya yang dipertikaikan oleh sebahagian masyarakat. Kita mungkin dapat

memahami hakikat ini jika kita meninjau kembali pengalaman kepimpinan Suruhanjaya Pilihan

Raya di bawah teraju Mustapha Al-Bakri yang bebas dan berwibawa, serta pertembungannya

dengan penguasa sehingga membawa kepada usaha-usaha tertinggi untuk menyisihkannya.

Ketegasan beliau terserlah seperti yang dicatatkan dalam laporan persempadanan yang

mengandungi penegasan:

“When doing this, the Commission did not refer the proposed boundaries to the federal or

state Governments for comment as it is believed that the actual delimitation of electoral boundaries

is a matter which must be carried out by the Commission without reference to any outside body

other than the two officer appointed to advise the Commission under art. 115(2) of the

Constitution.” lxxx

Isu bidang kuasa ini amat penting kerana ia menjadi tapak kepada proses persempadanan

pilihan raya. Perubahan ke arah mewujudkan persempadanan yang bersih dari elemen

penyelewengan tidak akan berlaku tanpa pindaan Perlembagaan. Suruhanjaya Pilihan Raya perlu

diberikan kembali kuasa untuk menentukan jumlah kerusi setiap negeri dan membuat sempadan

tanpa perlu merujuk kepada Perdana Menteri. Persempadanan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya

Pilihan Raya juga tidak perlu mendapat kelulusan Parlimen, tetapi memadai dengan perkenan dari

YDPA dan pewartaan.

KEMPEN POLITIK DAN KAWALAN MEDIA

Hak rakyat untuk terlibat dalam penubuhan kerajaan melalui pilihan raya meliputi hak untuk

mengundi berasaskan prinsip pemilihan yang bebas dan bermaklumat. lxxxi Pengendali pilihan raya

sepatutnya turut berperanan untuk memberikan ruang yang adil dan mencukupi untuk calon dan

parti yang bertanding bagi menyampaikan mesej mereka. Dalam keadaan rakyat banyak

bergantung kepada media massa, maka hak yang sama rata dari sudut akses kepada media turut

perlu dijamin kepada semua parti politik.

Pilihan raya yang berkesan hanya boleh dicapai jika pengundi dapat melaksanakan hak

demokratik mereka melalui persekitaran yang menjamin bahawa hasil pilihan raya benar-benar

menggambarkan hasrat sebenar rakyat. Hasrat sebenar dan tulen hanya dapat diterjemahkan jika

para pengundi diberikan hak mereka untuk mendapatkan maklumat secara telus dan terbuka.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada dasarnya memberikan jaminan hak politik yang

termasuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun serta berpersatuan melalui Perkara 10. Walau

bagaimana pun, hak ini tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dibenarkan oleh Perlembagaan

yang memberikan kuasa kepada pihak tertentu untuk membuat pengecualian tanpa mensyaratkan

Page 58: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

58

bahawa sekatan itu perlulah yang ‘munasabah’. Isu ini diulas oleh Yang Arif HMA Edgar Joseph

Jr dalam kes Pendakwa raya lwn Pung Chen Choon,lxxxii yang menyebut:

“Di India, Perlembagaan India mensyaratkan sekatan itu, walau pun dalam had yang

ditetapkan, mestilah ‘munasabah’ – dan oleh itu mahkamah mempunyai peranan untuk membuat

keputusan berkaitan kemunasabahan. Tetapi, di Malaysia, apabila pelanggaran hak kebebasan

bersuara dan bercakap didakwa, ruang penilaian mahkamah adalah terhad kepada persoalan sama

ada undang-undang yang dipertikaikan itu berada dalam orbit sekatan yang dibenarkan atau

tidak.”lxxxiii

Walau bagaimana pun dalam beberapa keputusan mahkamah yang lebih terkini, mahkamah

mengambil pendekatan yang lebih realistik dan tepat apabila ia tetap menganggap soal

kemunasabahan tetap perlu dinilai oleh mahkamah walau pun ia tidak disebut secara nyata di

dalam peruntukan Perlembagaan. Hal ini diserlahkan oleh Yang Amat Arif HMR Gopal Sri Ram

dalam kes Dr Mohd Nasir bin Hashim v Menteri Dalam Negeri Malaysia,lxxxiv yang menyatakan:

“... saya memutuskan bahawa sekatan yang boleh dilakukan oleh Parlimen melalui Perkara 10(2)

mestilah sekatan yang munasabah. Dengan kata lain, perkataan ‘munasabah’ mesti dibaca dalam

sub-klausa Perkara 10(1)... Mahkamah tidak boleh membenarkan sekatan keatas hak-hak yang

diberikan oleh Perkara 10 yang menyebabkan hak-hak itu hanya menjadi ilusi. Dengan lain

perkataan, Parlimen hanya boleh menguatkuasakan sekatan yang secara munasabahnya perlu.”lxxxv

Berhubung dengan kempen pilihan raya, sekatan yang paling ketara adalah melalui

undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin

Cetak dan Penerbitan 1984. Walau pun wujud hasrat kerajaan untuk memansuhkan atau meminda

akta-akta ini, namun hingga kini ia masih lagi mencengkam kebebasan rakyat dan masih dianggap

perlu bagi sebahagian pemimpin dan penyokong kerajaan yang memerintah. Ruang penyampaian

maklumat melalui media baru seperti media sosial Facebook dan Twitter serta portal berita

internet memberikan ruang alternatif untuk menyampaikan maklumat. Namun begitu ia tetap boleh

disekat melalui undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di samping

capaiannya bergantung kepada rangkaian Internet dan peranti yang diperlukan. Sekatan-sekatan

ini menyebabkan parti-parti politik tidak dapat memanfaatkan media secara adil dalam persaingan

politik dalam negara.

Masalah utama kawalan ke atas media dalam konteks ialah apabila kuasa kawalan itu tidak

diserahkan kepada pihak yang berkecuali tetapi sebaliknya diletakkan di tangan pemimpin politik.

Menurut undang-undang kebanyakan kuasa kawalan diserahkan kepada Menteri. Dengan kuasa

ini Menteri biasanya akan bertindak menyebelahi kepentingan parti kerajaan dengan mengehadkan

ruang kepada parti lawan. Misalnya dalam pemberian permit penerbitan di bawah Akta Mesin

Cetak dan Penerbitan, pihak pembangkang atau kelompok yang agak kritikal dengan dasar

kerajaan mengalami kesulitan untuk mendapatkan permit,lxxxvi melainkan jika pihak pembangkang

diberikan permit sekali pun, ia hanyalah dalam bentuk permit penerbitan dalaman berserta dengan

kongkongan seperti edaran untuk ahli sahaja,lxxxvii keperluan untuk menghantar Salinan kepada

Menteri, sekatan ke atas kandungan dan sebagainya.lxxxviii Keperluan untuk memperbaharui permit

setiap tahun pula kerap kali digunakan untuk mengugut dan mengganggu kelancaran

penerbitannya.lxxxix Keadaan ini menjadikan media mereka gagal menjadi saingan berkesan kepada

media arus perdana yang kebanyakannya mesra parti pemerintah.

Page 59: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

59

Sekatan yang berlaku ini bukan sahaja melibatkan parti atau pertubuhan yang tidak selari

dengan parti pemerintah, bahkan juga dialami oleh kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti yang

berbeza. Kerajaan negeri Kelantan misalnya pernah memohon untuk mengendalikan stesen radio

dan televisyen sendiri pada awal 1990-an. Namun hasrat itu terpaksa dipendam begitu sahaja

akibat sekatan kerajaan persekutuan.xc

Sekatan perundangan ini juga menyebabkan pemilikan media bertumpu kepada pihak yang

menyebelahi pemerintah. Selain daripada peluang untuk memanfaatkan media awam melalui

Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penyiaran dan lain-lain, parti pemerintah juga

mendapat manfaat melalui penguasaan media swasta utama melalui penguasaan kepentingan

dalam perniagaan. Syarikat-syarikat media gergasi utama seperti Media Prima Bhd, Huaren

Management Sdn Bhd, Sin Chew Media Corporation Bhd, Utusan (M) Sdn Bhd, Astro Holding

Sdn Bhd and Berjaya Group Bhd mempunyai hubungan yang rapat dengan parti pemerintah.xci

Kawalan media tidak seimbang ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya liputan yang berat

sebelah, bahkan juga menyebabkan berlaku gangguan ke atas industri media apabila wujud campur

tangan dalam memilih ketua pengarang dan jawatan-jawatan lain. Bahkan ketika parti

pembangkang atau pihak yang kritikal terhadap kerajaan mengalami kesukaran untuk mendapat

permit penerbitan akhbar seperti Harian Purnama, Malaysiakini (print version) and Utusan

Rakyat, badan yang mesra parti kerajaan seperti Perkasa dapat kelulusan menerbit dengan begitu

mudah.xcii

Dalam tempoh kempen pilihan raya, radio dan televisyen kerajaan biasanya

memperuntukkan tempoh masa tertentu untuk setiap parti yang bertanding mengemukakan

manifesto pilihan raya mereka. Namun begitu, ruang ini memberikan kesan yang amat terhad

kerana ia kurang menarik perhatian penonton dan pendengar. Keadaan ini berlaku memandangkan

masa yang diberikan terlalu sedikit, dan ia disiarkan di luar waktu puncak. Tambahan pula siaran

rakaman yang sekejap ini biasanya dibayangi dengan iklan meriah oleh parti pemerintah di kaca

televisyen. Kaedah penyampaiannya juga biasanya agak mendatar dan membosankan.

Oleh kerana peluang menggunakan media tidak seimbang, maka adalah wajar bagi pihak

berkuasa untuk meneliti kembali tahap sekatan yang dibuat selama ini. Pilihan raya memerlukan

pengendali yang bebas serta berkecuali. Kedudukan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai badan

pengurus pilihan raya wajar dimanfaatkan untuk mengawal dan memantau penguasaan dan

penggunaan media terutamanya yang berkaitan dengan kempen pilihan raya. Dalam tempoh

kempen pilihan raya misalnya, Suruhanjaya Pilihan Raya sewajarnya diberikan kuasa untuk

menetapkan agihan ruang yang adil dan seimbang.

KESIMPULAN

Ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan telah menyediakan tapak yang baik untuk pengendalian

pilihan raya yang bebas dan adil. Namun demikian, pindaan-pindaan yang berlaku selepas

Merdeka telah menghakis sebahagian dari ruang kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk

melaksanakan peranannya. Bagi mengatasi masalah ini, terdapat beberapa peruntukan dalam

Perlembagaan yang perlu dipinda bagi memperkasa peranan SPR. Walau bagaimana pun, di

sebalik kekangan yang wujud itu, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mempunyai keyakinan diri

untuk bertindak tanpa terlalu terikat dengan kehendak pemerintah. Kewibawaan Suruhanjaya

Pilihan Raya sebagai badan tertinggi yang memartabatkan sistem demokrasi perlu ditampilkan.

Page 60: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

60

Dengan cara ini mudah-mudahan kehendak dan suara rakyat dapat benar-benar diterjemahkan

melalui sistem pilihan raya yang adil, bebas dan berkesan.

Page 61: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

61

POLA PENGUNDIAN PILIHAN RAYA UMUM PARLIMEN 2013

Di SARAWAK

Siti Noranizahhafizah Boyman

Jayum Anak Jawan

Nor Azlan Hadi Yaacob

ABSTRACT

This paper will discuss about the electoral patterns in Sarawak in relation to the 13th general

election held on 5 May 2013. Currently, Sarawak is often a permanent deposit for the ruling party,

Barisan Nasional (BN) in the electoral process in Malaysia. This paper will examine the electoral

patterns according to the electoral constituency in Sarawak to explore the voting changes, and

explains why it is happened such or otherwise. A brief comparison is done to see the parliamentary

electoral voting patterns in 2008 and 2013 and to determine if there is any change from any

direction. Last but not least, this paper discusses Sarawak's political implications following a

voting pattern in the 2013 elections to ethnic relations in Sarawak as well as in Malaysia in general.

Keywords: electoral behaviour, Sarawak, parliamentary election

PENGENALAN

Sarawak telah menjadi salah sebuah negeri penyelamat kepada Parti Barisan Nasional (BN) selain

Sabah kerana menyumbang 30 kerusi parlimen yang dimenangi oleh BN Sarawak pada pilihan

raya parlimen 2008 (atau PRU ke-12) dan 25 kerusi parlimen pada pilihan raya parlimen 2013

(atau PRU ke-13). Walaupun jumlah itu telah menurun sedikit berbanding pilihan raya lalu, iaitu

pada 2008 (PRU ke-12), namun Sarawak tetap menjadi perhatian kerana kerusi yang

disumbangkannya telah menjadikan kedudukan BN pusat lebih stabil dan kukuh terutamanya pada

kedua-dua pilihan raya parlimen itu.

Berdasarkan prestasinya pada pilihan raya yang lepas, Sarawak boleh dianggap sebagai

salah sebuah negeri yang masih menjadi kubu kuat BN dan sehingga pilihan raya lalu, iaitu pada

2013, negeri tersebut masih sukar ditembusi dengan signifikan oleh pihak lawan. Namun

kedudukan sebagai kubu kuat BN itu telah berubah sedikit demi sedikit dan ini bermula pada dari

pilihan raya negeri pada 2006 (PRN 2006). Perubahan kecil ini berterusan pada pilihan raya

parlimen 2008, pilihan raya negeri 2011 dan pilihan raya parlimen 2013. Pada PRU 2013,

Page 62: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

62

perubahan agak besar berlaku apabila enam kerusi jatuh kepada pihak lawan, dan kesemuanya dari

kawasan majoriti pengundi Cina dan kawasan-kawasan bandar. Keputusan-keputusan tersebut

menunjukkan bahawa terdapat perubahan dan pengurangan undi atau sokongan kepada BN negeri.

Dalam pada perkara ini berlaku, pihak lawan BN negeri menerima sokongan dan sekaligus

meningkatkan semangat mereka terutamanya Democratic Action Party (DAP) yang menerima

majoriti kerusi yang jatuh dari tangan BN negeri dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang

mendapat suntikan semangat kerana ini merupakan sokongan legislatif yang berupa pembaptisa

parti itu di negeri berkenaan setelah lama mencuba nasib politiknya di negeri berkenaan.

Oleh itu, apakah Sarawak masih boleh dianggap sebagai simpanan tetap BN selepas PRU

2013? Ini adalah satu daripada soalan yang cuba dijawab oleh kertas ini. Selain itu, kertas ini juga

akan memaparkan pola pengundian mengikut kawasan di Sarawak bagi meninjau arah perubahan

jika ada dan cuba menerangkan kenapa ia berlaku atau sebaliknya. Bagi tujuan ini, pola

pengundian PRU 2008 dan 2013 akan dibandingkan sebagai petunjuk perubahan sekiranya ada.

Akhir sekali, kertas ini juga akan membincangkan implikasi politik Sarawak ekoran pola

pengundian PRU 2013 kepada politik hubungan etnik di Sarawak dan juga di Malaysia umumnya.

KEPUTUSAN PRU 2013

Pada PRU 2013, hanya kerusi parlimen sahaja yang dipertandingkan di Sarawak kerana kerusi

DUN diadakan secara berasingan. Jadual 1 adalah perbandingan keputusan PRU 2008 dan 2013.

Jadual 1 turut menyenaraikan parti-parti politik yang bertanding pada PRU 2013 dan parti tersebut

ialah BN, Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) PKR, DAP, Parti Reformasi Negeri (STAR), Parti

Pekerja Sarawak (SWP) dan Bebas. Perubahan pada parti yang bertanding pada PRU 2013 ialah

kehilangan parti lama dan kemunculan parti baharu seperti Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)

tidak bertanding kerana telah diharamkan tetapi kehilangan parti itu telah digantikan dengan

kehadiran parti baharu seperti STAR dan SWP (Theborneopost, 8 Ogos 2013).

Jadual 1

Keputusan Pilihan Raya Parlimen, Sarawak

PARTI PRU 2008 PRU 2013

Tanding Menang Tanding Menang

BN 31 30 31 25

PAS 1 0 5 0

PKR 12 0 15 1

DAP 7 1 11 5

SNAP 3 0 - -

STAR - - 7 0

Page 63: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

63

SWP - - 6 0

Bebas 12 0 9 0

JUMLAH - 31 - 31

Sumber: Diubah suai daripada SPR (2009) & SPR (2013)

Berdasarkan jadual di atas, BN Sarawak memenangi dan menyumbangkan 25 kerusi

parlimen PRU 2013. Jumlah ini menurun sebanyak lima kerusi berbanding jumlah yang dimenangi

dan disumbangkannya pada PRU 2008. BN hilang lima kerusi parlimen pada PRU 2013 apabila

tiga kawasan parlimen berjaya ditawan oleh DAP iaitu kawasan Stampin (P.196), Sarikei (P.208)

dan Lanang (P.211). Dua lagi kawasan parlimen yang turut dimenangi oleh pembangkang ialah

kawasan Miri (P219) yang dimenangi oleh PKR dan Sibu (P212) yang berjaya dipertahankan oleh

DAP yang telah dimenanginya pada pilihan raya kecil parlimen bagi kawasan Sibu pada 2010.

Manakala Bandar Kuching (P195) kekal milik DAP.

Pemerhatian umum juga mendapati bahawa pada PRU 2013, semua kerusi parlimen

dipertandingkan dan ini berbeza pada beberapa parlimen yang lalu yang menyaksikan beberapa

kerusi telah dimenangi oleh BN tanpa bertanding.

Pada PRU 2013, terdapat parti yang baharu ditubuhkan dan masuk bertanding bagi pertama

kali bertanding di Sarawak seperti SWP (dikatakan sebagai parti anak beranak kerana tiga ahli

keluarganya bertanding di PRU 2013 iaitu Larry Sng (anak cheehua) di Lubok Antu, Datuk Sng

Chee Hua (bapa Larry) di Selangau dan George Lagong (bapa saudara Larry) di Hulu Rajang).

Ada di antara pihak yang mendakwa bahawa kelahiran dan kehadiran SWP pada pilihan raya 2013

lebih berupa suatu misi balas dendam berikutan pemecatan Larry Sng daripada Parti Rakyat

Sarawak (PRS). Oleh itu SWP hanya bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh PRS

seperti di kawasan Sri Aman (P202), Lubok Antu (P203), Julau (P209), Kanowit (P210), Selangau

(P214) dan Hulu Rajang (P216) (SPR, 2013). Namun, semua kawasan parlimen tersebut

dimenangi oleh PRS pada 2013.

Selain itu, 2013 juga menyaksikan cabaran dari calon bebas yang menawarkan diri kerana

tidak dipilih semula oleh parti asalnya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Datuk Tiki Lafe

bertanding atas tiket bebas di Mas Gading (P192) kerana kecewa tidak dipilih sebagai calon

selepas dipecat daripada Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) (Astroawani, 15 Julai 2013).

Selain itu, kemunculan veteran Donald Lawan menarik perhatian kerana beliau adalah bekas

ADUN Bukit Begunan, sudah 17 tahun tidak bertanding selepas kali terakhir tewas kepada calon

BN, Mong Dagang, ketika bertanding atas tiket Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit

Begunan pada 1996. Sebelum itu, pada Pilihan Raya DUN 1991, Lawan yang bertanding atas tiket

BN mengalahkan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) ketika itu parti pembangkang di

peringkat negeri, Datuk Seri Daniel Tajem (Bharian, 8 Ogos 2013). Pada pilihan raya 2013,

Donald Lawan bertanding atas tiket bebas di Sri Aman (P202) dalam pertandingan empat penjuru

melawan calon dari BN-PRS, SWP dan PKR. Selain itu, situasi yang menarik berlaku di kawasan

Baram (P220) yang melibatkan pertandingan tiga penjuru antara tiga ahli sekeluarga iaitu Anyi

Page 64: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

64

Ngau dari BN yang dicabar Roland Engan (anak saudaranya) yang bertanding atas tiket PKR dan

Patrick Sibat Sujang (abang ipar) yang bertanding sebagai calon bebas (SPR, 2013). Dalam

pertandingan di Baram, Anyi Ngau menang mengalahkan semua saudaranya.

Bahagian selanjutnya membincangkan pola pengundian di Sarawak dengan meninjau kawasan-

kawasan BN telah kalah dan di mana parti tersebut telah mengalami penurunan jumlah undi yang

dipungut oleh calonnya. Analisis juga akan menerangkan perkara-perkara yang menyebabkan

situasi tersebut berlaku.

POLA PENGUNDIAN PADA PRU 2013

Bahagian ini membincangkan trend pengundian mengikut kawasan di Sarawak. Kajian ini

meninjau kawasan-kawasan dimana BN negeri telah kalah kepada lawannya dan yang mengalami

penurunan jumlah undi. Perbandingan secara ringkas dilakukan untuk melihat pola pengundian di

kawasan-kawasan yang dipertandingkan pada PRU 2008 dan 2013. Analisis juga menerangkan

perkara-perkara yang mungkin menyebabkan situasi tersebut berlaku.

a) Kawasan BN Kalah pada PRU 2013

Pada PRU 2013, enam kawasan parlimen berjaya rampas oleh pembangkang. Dua kawasan

berjaya dipertahankan oleh DAP iaitu Bandar Kuching (P195) dan Sibu (P212). Kemudian, DAP

menambahkan jumlah kerusi parlimennya apabila parti tersebut turut menang di tiga lagi kawasan,

iaitu di Stampin (P196), Sarikei (P208) dan Lanang (P211). Manakala satu lagi kawasan iaitu Miri

(P219) berjaya dirampas oleh PKR. Keenam-enam kawasan parlimen yang berjaya ditawan oleh

ikatan pembangkang iaitu PR (Pakatan Rakyat) adalah kawasan bandar dan kawasan majoriti

pengundi Cina.

Page 65: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

65

Jadual 2

Kawasan BN Kalah di Sarawak pada PRU 2013

P195BandarKuching

P196Stampin

P208Sarikei

P211Lanang

P212Sibu

P219 Miri

BN 10491 22993 13758 17983 23967 24917

Pembangkang 30133 41663 14263 26613 26808 26909

Undi Majoriti 19642 18670 505 8630 2841 1992

0

5000

10000

15000

20000

25000

30000

35000

40000

45000

Jum

la U

nd

i

Sumber: Diubah suai daripada SPR (2013)

Keenam-enam kawasan parlimen tersebut akan dianalisis satu persatu berdasarkan Jadual

2 yang menunjukkan kawasan BN kalah dan undi majoriti yang diperolehi oleh pembangkang pada

PRU 2013. Kawasan parlimen bandar Kuching (P195) nampak semakin kukuh dalam genggaman

DAP apabila parti tersebut mendapat jumlah undi majoriti sebanyak 19642 berbanding jumlah

yang diperolehi parti itu pada PRU 2008. Ini merupakan peningkatan undi sebanyak 97.3 peratus

(SPR, 2009). Di antara enam kawasan yang berjaya ditawan oleh pembangkang, Bandar Kuching

merupakan kawasan yang mendapat undi majoriti yang terbanyak. Jika dilihat dari segi komposisi

pengundi pula, pengundi majoriti di Bandar Kuching adalah pengundi Cina yang mewakili 90

peratus dari sejumlah pengundi berdaftar di kawasan tersebut. Dari segi calon, pada PRU 2013 BN

diwakili oleh Tan Kai dan DAP diwakili oleh penyandangnya Chong Chieng Jen yang merupakan

pemimpin utama DAP di peringkat negeri Sarawak. Selain itu, parlimen Bandar Kuching ini telah

ditawan oleh DAP sejak PRU ke-11 pada tahun 2004 dan berjaya dikekalkan dalam dua pilihan

raya parlimen berturut-turut, iaitu pada 2008 dan 2013 (Pmo, 2013). Kawasan parlimen Bandar

Kuching ini telah pun dikategorikan sebagai kawasan “hitam” oleh BN kerana ia telah menjadi

kubu kuat DAP dan diramalkan sukar untuk dirampas semula daripada DAP.

Kawasan parlimen Stampin (P196) adalah kawasan kedua yang berjaya dirampas oleh

DAP daripada BN dengan undi majoriti yang begitu besar iaitu 18670 undi berbanding 3070 undi

pada PRU 2008. Ini mewakili peningkatan lebih kurang enam kali ganda dari undi majoriti

sebelum ini. Pada PRU 2013 DAP diwakili oleh seorang calon baru dan muda iaitu Julian Tan

Kok Ping yang terlibat dalam perniagaan dan mempunyai Sarjana dalam bidang Sains

Kejuruteraan (UTAR) (Dapsarawak, 8 Ogos 2013). Manakala BN diwakili oleh veteran politik

dan pemimpin utama SUPP, iaitu Yong Khoon Seng yang pada ketika itu beliau adalah Timbalan

Page 66: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

66

Menteri Kerja Raya persekutuan, telah menang empat penggal di kawasan tersebut. Kekalahan ini

boleh dijangkakan kerana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011, kerusi Dewan Undangan Negeri

(DUN) di bawah kawasan parlimen Stampin iaitu Batu Lintang, Batu Kawah dan Kota Sentosa

telah jatuh ke tangan DAP dan PKR dengan majoriti yang agak besar (Pmo, 2013). Selain itu,

calon BN Yong Khoon Seng juga dilihat seorang yang sudah terlalu lama menyandang kerusi

parlimen itu dan pengundi dikatakan mahukan perubahan atau muka baharu.

Berikutnya ialah kawasan parlimen Sarikei (P208) dimana DAP telah berjaya

merampasnya daripada BN dengan undi majoriti yang agak tipis, iaitu sebanyak 505. DAP telah

diwakili oleh Wong Ling Biu dan BN diwakili oleh Ding Kuong Hiing. Namun, sebelum pilihan

raya berlangsung, ramai sudah menjangkakan bahawa calon BN akan berhadapan dengan peluang

yang amat sukar untuk melawan tentangan musuh tradisinya DAP kerana pada PRU 2008 Ding

Kuong Hiing telah memenangi kawasan tersebut dengan hanya mendapat undi majoriti yang amat

kecil iaitu sebanyak 51 undi.

Kawasan parlimen Lanang (P211), satu lagi kawasan bandar di Sibu, telah juga berjaya

ditawan oleh DAP dengan undi majoriti yang agak tinggi iaitu sebanyak 8630 undi berbanding

pada PRU 2008 dimana parti tersebut telah memperolehi undi sebanyak 4864. Pada pilihan raya

2013, DAP telah diwakili oleh Alice Lau Kiong Yieng dan BN diwakili oleh penyandang kerusi

berkenaan, iaitu Tiong Thai King, yang telah menjadi wakil rakyat kawasan tersebut selama empat

penggal berturut-turut. Umum berpandangan dan ramai berkata bahawa Tiong Thai King juga

terpalit sebagai salah seorang “Datuk dan ahli parlimen” yang mendapat manfaat daripada Ketua

Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Sarawak Report pada Februari 2012 melaporkan beliau terlibat dalam kes mahkamah yang berkaitan pencerobohan tanah adat di kampung Sungai Pelugau di

kawasan beliau sendiri (Sarawakreport, 2013). Mahkamah telah mengesahkan bahawa tanah tersebut memang tanah adat dan tidak patut diceroboh.

Kawasan kelima untuk dibahaskan ialah kawasan parlimen Sibu (P212) yang kekal di

tangan DAP pada PRU 2013 apabila calon parti tersebut telah menang dan memperolehi undi

majoriti sebanyak 2841 lebih rendah daripada undi majoriti diperolehi pada PRU 2008 iaitu 3235.

Pada 16 Mei 2010 Pilihan Raya Kecil (PRK) telah diadakan kerana kematian penyandangnya,

Datuk Robert Lau Hoi Chew (Timbalan Menteri Pengangkutan), dari BN-SUPP. Pada PRK

tersebut calon BN Robert Lau Hui Yew telah ditewaskan oleh DAP dengan undi majoriti 398 undi

(Pmo, 2013). Pemerhatian menunjukkan bahawa kekalahan SUPP pada PRK tersebut adalah

kerana sentimen pengundi yang sudah mulai tidak suka kepada parti tersebut. Menurut Presiden

SUPP, “Lebih 50 peratus pengundi berasa tidak senang dengan SUPP, sudah pasti kami perlu turun

ke akar umbi untuk mengetahui puncanya” (Bharian, 2013) Keadaan ini boleh menjadi punca

kepada kegagalan BN (SUPP) merampas parlimen Sibu daripada DAP pada PRU 2013. Selain itu,

dikatakan juga SUPP mengabaikan kawasan penempatan kaum Iban, masalah seperti ketiadaan

bekalan air dan elektrik, jalan raya yang tidak sempurna atau tiada langsung dan perkara seumpama

ini tidak diambil berat sedangkan itu adalah keperluan asas kepada masyarakat (Bharian, 2013).

Maka perkara-perkara ini boleh menjadi punca kepada kegagalan BN merampas semula kawasan

ini daripada DAP pada PRU 2013.

Akhir sekali, kawasan parlimen Miri (P219) juga berjaya dirampas oleh PKR dengan undi

majoriti sebanyak 1992. Kawasan parlimen ini berada di bawah BN sejak PRU 1990 dengan Datuk

Peter Chin Fah Kui sebagai ahli parlimen di situ sehingga PRU 2008. Pada PRU 2013, Peter Chin,

Page 67: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

67

Pengerusi SUPP mengundur diri dan memberi laluan kepada setiausaha politiknya Sebastian Ting

Chiew Yew. PKR pula di wakili oleh Michael Teo Yu Keng. Beliau telah mula bekerja keras dan

mendekati rakyat selepas Pilihan Raya Negeri 2011 lagi (Pkrparlimen219miri, 2013). Kawasan

Miri ini sudah dijangka akan berlaku persaingan sengit antara BN-SUPP dan pembangkang PKR.

Walau bagaimanapun, keputusan memihak kepada PKR. Antara isu yang dikaitkan dengan

kekalahan BN-SUPP di Miri ialah isu rumah setinggan, isu tidak suka Ketua Menteri, masalah air

kotor, masalah jalan raya dan bekalan elektrik (Wargamarhaen, 2013).

Bahagian seterusnya, akan meninjau pula kawasan-kawasan yang mengalami penurunan

undi di Sarawak pada PRU 2013 di samping menjelaskan sebab-sebab penurunan tersebut berlaku.

b) Kawasan Mengalami Penurunan Undi pada PRU 2013

Daripada 25 kerusi yang dimenangi oleh BN di Sarawak pada PRU 2013, ada tujuh kawasan telah

mengalami penuruan undi majoritinya. Jadual 3 menunjukkan kawasan yang dimenangi oleh BN

tetapi mengalami penurunan undi majoriti pada PRU 2013.

Jadual 3

Kawasan mengalami Penurunun Undi Majoriti, 2013

P192 Mas Gading

P199 Serian

P204 Betong

P209 Julau

P217 Bintulu

P220 Baram

P222 Lawas

PRU12 8551 13427 11709 7584 14965 4044 7792

PRU13 2156 13151 10887 5955 7433 194 6030

0

2000

4000

6000

8000

10000

12000

14000

16000

Jum

lah

Un

di

Maj

ori

ti

Diubah suai daripada SPR (2009) & SPR (2013)

Merujuk kepada Jadual 3, kawasan parlimen Mas Gading (P192) adalah salah satu kawasan yang

dimenangi oleh BN tetapi mengalami penurunan undi sebanyak 6395 atau 74.8 peratus pada PRU

2013. Kawasan ini adalah kawasan majoriti Bidayuh dimana pengundi dari komuniti ini terdiri

dari 78.7 peratus dari pengundi di kawasan tersebut. Penurunan undi yang diperolehi BN dikaitkan

dengan pencalonan bebas Tiki Lafe, penyandang kerusi parlimen yang telah bertanding atas tiket

bebas (Astroawani, 2013). Beliau telah mendapat undi sebanyak 6109. Menurut bekas Naib

Presiden SPDP, Datuk Sylvester Entri Muran: “Tiki berhak diberi peluang mempertahankan

Page 68: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

68

kedudukannya di sana… rakyat kawasan Parlimen Mas Gading mengakui kebolehan wakil rakyat

mereka dalam usaha membawa pembangunan melalui sokongan yang digambarkan hasil

kemenangan beberapa penggal lalu” (Freemalaysiatoday, 2013). Oleh itu, perkara ini adalah salah

satu punca yang menyebabkan penurunan undi majoriti bagi BN di Mas Gading sebanyak lebih

kurang 74.8 peratus.

Seterusnya, kawasan parlimen Serian (P199) juga mengalami penurunan undi majoriti

walaupun hanya 276 undi atau 2.06 peratus sahaja pada PRU 2013. Pengundi majoriti di kawasan

ini juga dari masyarakat Bidayuh dimana pengundi mereka adalah setinggi 83.21 peratus dari

keselurh pengundi di kawasan ini. BN diwakili oleh Richard Riot Anak Jaem, yang pernah dilantik

sebagai Timbalan Menteri Luar pada tahun 2008 dan kini Menteri Sumber Manusia pada 2013

dari SUPP yang telah berjaya mengekalkan kedudukannya selama lima penggal berturu-turut di

kawasan tersebut (Kln, 2013 & Sinarharian, 2013). Manakala DAP diwakili oleh Edward Anak

Andrew Luwak yang sebelum ini merupakan ahli SUPP yang telah dibuang parti kerana

menentang BN (newsarawaktribune, 2013). Sebelum berlangsung, Richard Riot ada memberi

kenyataan bahawa “Saya percaya isu luar kawasan atau isu nasional yang dibawa pihak

pembangkang tidak akan mempengaruhi trend pengundi di Serian. Kita tidak terlalu yakin tetapi

optimis BN akan kekal menjadi pilihan penduduk di Serian” (Theborneopost, 2013). Selain itu,

pada Pilihan Raya Negeri 2011 yang lepas, dua kawasan DUN dalam dalam parlimen Serian iaitu

Tebedu dan Kedup dimenangi oleh BN yang diwakili parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),

tulang belakang BN Negeri di Sarawak. Perkara-perkara ini memberi keyakinan dapat

mengekalkan kemenangan BN walaupun mengalami sedikit penurunan undi majoriti.

Kawasan parlimen Betong (P204) satu lagi kawasan yang dimenangi BN-PBB dengan

penurunan undi sebanyak 822 undi atau 7.02 peratus pada PRU 2013. Pengundi majoriti di

kawasan ini adalah Iban dengan jumlah sebanyak 52.4 peratus. Untuk kawasan Betong, calon BN

menang melalui penyandangnya iaitu Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar pada 2008, yang telah menjadi ahli parlimen kawasan tersebut sejak PRU 1982 iaitu selama

tujuh penggal berturut-turut (Mysarawak, 2013). Manakala PKR pula diwakili oleh Cecilia Siti

Una yang merupakan Timbalan Ketua Wanita PKR Negeri Sarawak dan pernah menjadi pengarah

pilihan raya di Layar pada 2011 (Thestar, 2013). Douglas Uggah kekal di kawasannya selama

tujuh penggal kerana dikatakan beliau sering turun padang untuk bertemu dan mendengar

permasalahan yang diutarakan oleh masyarakat di kawasan berkenaan (Utusan, 2013). Beliau juga

mendapat sokongan padu daripada tiga ADUN yang berada di bawah kawasannya iaitu ADUN

Layar, Bukit Saban dan Saribas (Sarawakupdate, 2013).

Kawasan parlimen Julau (P209) juga mencatatkan penurunan undi sebanyak 21.5 peratus

atau 1629 undi majoriti pada PRU 2013. Kawasan parlimen ini mempunyai majoriti pengundi Iban

dimana pengundi dari komuniti ini terdiri daripada 92.8 peratus dari keseluruhan pengundi di

kawasan ini. Pada PRU 2013, BN diwakili oleh Joseph Salang Anak Gandum dari PRS yang pada

ketika itu adalah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan Persekutuan. Joseph

Salang berjaya mempertahankan kerusinya yang beliau telah menangi selama tiga penggal

berturut-turut sebelum ini. Beliau telah ditentang oleh Wong Anak Judat bekas Naib Presiden

SPDP, sengketa yang wujud telah menyebabkan beliau bertanding menggunakan tiket SWP untuk

menentang Joseph. Manakala PKR pula diwakili oleh Wong Hong Yu. Adalah dilaporkan bahawa

Wong anak Judat dan Joseph Salang ada krisis salah faham berkaitan pemindahan wang RM3 juta

Page 69: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

69

ke atas jalan yang masih dalam kajian perunding (Freemalaysiatoday, 2013). Selain itu, Wong

anak Judat juga dilaporkan mendakwa bahawa Joseph Salang adalah orang luar, menurutnya, “dari

Bintangor yang terletak bersebelahan dan bukan anak jati Julau. Oleh itu, mengikut dakwaan

Wong seterusnya, Joseph Salang tidak akan mengambil berat sangat tentang masa depan Julau dan

pengundinya” (Bm.malaysia-chronicle, 2013). Krisis dan status Joseph Salang yang bukan anak

jati Julau ini yang menyebabkan Wong Anak Judat menentang Joseph Salang. Perkara-perkara

tersebut sedikit sebanyak telah mengurangkan undi majoriti yang diperolehi oleh BN di kawasan

berkenaan.

Pada PRU 2013, kawasan parlimen Bintulu (P217) telah menyaksikan penurunan prestasi

calon dan parti SPDP yang agak ketara kerana calon SPDP di situ telah menang dengan penurunan

undi majoriti sebanyak 7532 undi iaitu 50.3 peratus. BN diwakili oleh Timbalan Presiden SPDP,

Tiong King Sing yang telah menjadi ahli parlimen kawasan Bintulu itu selama tiga penggal

berturut-turut. Penyokong SPDP dilaporkan berkata bahawa pemilihan Tiong untuk bertanding di

situ dan menang kemudiannya adalah amat relevan kerana khidmat serta pengalamannya masih

diperlukan oleh penduduk Bintulu. Tambahan, beliau dikatakan telah banyak membawa

pembangunan untuk kawasan Bintulu selama beliau menjadi ahli parlimen kawasan trersebut

untuk tiga penggal, dan beliau juga dilaporkan sebagai seorang ahli parlimen yang bersifat “mesra

rakyat” (Utusansarawak, 2013). Manakala calon DAP yang menentang beliau ialah John Brian

Anthony yang juga tidak kurang popular sebagai ikon agensi bukan kerajaan. Beliau sebelum ini

bertanding pada PRN 2006 tetapi tewas tipis kepada calon BN di DUN Kemena (N60) dan pada

PRN 2011 beliau juga tewas kepada calon BN di kawasan Meluan (N42) (Pmo, 2013). Sekiranya

sebelum ini kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan putih maka kini mungkin telah bertukar

kepada kelabu kerana dapat dilihat sokongan kepada DAP yang semakin meningkat. Justeru BN

perlu lebih berwaspada pada yang seterusnya yang terdekat ialah PRN dan PRU ke-14 akan datang.

Di kawasan parlimen Baram (P220), BN hanya menang tipis dengan undi majoriti yang

menurun sebanyak 95.2 peratus apabila calon parti pemerintah mendapat undi majoriti sebanyak

194 undi sahaja pada PRU 2013. Kawasan parlimen ini adalah kawasan campuran dengan

pengundi terbanyak terdiri dari pengundi dari masyarakat Orang Ulu sebanyak 42.24 peratus, Iban

38.98 peratus, Cina 6.25 peratus dan Melayu dan Lain 2.0 peratus. Anyi Ngau, bekas Pegawai

Daerah Limbang telah dipilih sebagai calon BN menggantikan penyandangnya Datuk Jacob

Dungau Sagan. Pertandingan di Baram melibatkan pertandingan tiga penjuru antara tiga

sekeluarga iaitu Anyi Ngau calon dari BN yang dicabar oleh Roland Engan (anak saudaranya)

yang mewakili PKR dan Patrick Sibat Sujang (abang ipar) yang bertanding sebagai calon bebas

(SPR, 2013). Persaingan sengit adalah antara Anyi Ngau dan Roland Engan dan kerusi tersebut

telah dimenangi oleh Anyi dengan undi majoriti tipis, iaitu sebanyak 194. Roland dilaporkan telah

membuat aduan di Tribunal Rakyat bahawa ada pusat mengundi di kawasan parlimen Baram yang

hanya dibuka tiga jam sahaja tanpa dimaklumkan terlebih dahulu (Malaysiakini, 25 September

2013). Jika dahulu kawasan ini dikategorikan sebagai kelabu, maka selepas PRU 2013 ia adalah

di bawah kategori hitam dan BN perlu lebih berjaga-jaga kerana ada kemungkinan besar kawasan

ini sukar diramalkan sebagai mudah dipertahankan oleh BN pada akan datang.

Kawasan parlimen Lawas (P222) juga merupakan kawasan yang mengalami penurunan

undi majoriti kepada 1762 undi atau 22.6 peratus pada PRU 2013. Kawasan parlimen ini

mempunyai pengundi majoriti Orang Ulu yang terdiri daripada 51.26 peratus, Melayu 31.53

peratus, Cina 8.21 peratus, Iban 3.15 peratus dan Lain-lain sebanyak 0.25 peratus. Di kawasan ini,

Page 70: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

70

BN diwakili oleh Henry Sum Agong dari PBB dan beliau merupakan penyandang kawasan

parlimen ini. Beliau ditentang oleh Baru Langub, seorang doktor gigi yang juga Timbalan

Pengerusi DAP cawangan Tasik Biru dan Alirahman bin Kamseh yang bertanding di bawah

lambang STAR (Dapsarawak, 10 September 2013). BN menang di kawasan ini kerana sokongan

orang Melayu yang takut kehilangan bantuan subsidi kerana kebanyakan mereka adalah nelayan.

Kawasan ini boleh dikategorikan sebagai kawasan putih kelabu kerana jika dibandingkan pada

PRU 2008, sokongan pengundi Lawas kepada DAP meningkat lebih 50 peratus.

Bahagian selanjutnya akan menerangkan implikasi-implikasi pola pengundian di Sarawak pada

PRU 2013.

IMPLIKASI

Pengkajian ke atas pola pengundian di Sarawak pada PRU 2013 menunjukkan terdapat beberapa

penemuan utama. Pertama, perubahan pola pengundian jelas ditunjukkan di beberapa kawasan di

negeri ini. Walaupun perubahan ini sedikit dari segi bilangan kerusi dan berdasarkan perubahan

undi di kawasan-kawasan tertentu, tetapi ianya sangat signifikan berdasarkan peranan Sarawak

sebagai “ayam tambatan” kepada BN. Perubahan ini dapat dilihat dari segi jumlah kawasan yang

berjaya diambil oleh pembangkang semakin meningkat dan penurunan undi majoriti di banyak

kawasan berbanding PRU 2008.

Kedua, berasaskan keputusan dan undi diperolehi parti-parti dari Semenanjung, maka

dapat disimpulkan bahawa pengundi Sarawak mula berjinak dengan parti politik dari atau yang

berpusat di semenanjung seperti DAP dan khasnya PKR yang baharu sahaja menceburi diri dalam

pilihan raya di Sarawak. Justeru, hujah sebelum ini yang menyatakan bahawa hanya parti tempatan

sahaja mampu menambat hati pengundi Sarawak sudah menjadi kurang relevan lagi khasnya pada

dan selepas PRU ke-13 yang telah diadakan pada 2013. Berdasarkan keputusan PRU 2013,

penguasaan beberapa kerusi yang sebelum ini dikuasai parti politik tempatan di Sarawak tetapi

kini beralih kepada DAP dan PKR. Kedua-dua parti politik ini adalah berpusat di Semenanjung

dan diketuai oleh orang Semenanjung. Sokongan kepada DAP dan PKR ini telah mula meningkat

dengan jelas pada PRN 2006, PRN 2011 dan PRU 2013 berbanding yang terdahulu enam kerusi

dimenangi oleh DAP, satu PKR. (Pmo, 10 September 2013).

Ketiga, pemerhatian dan analisis mendapati bahawa kesepakatan parti politik yang

bertanding pada PRU 2013 adalah lebih baik. Ini adalah kali pertama semua kerusi yang

dipertandingkan di Sarawak ditandingi dan tiada seorang calon yang menang tanpa bertanding

pada kali ini. Pakatan Rakyat (PR) telah membahagikan kerusi-kerusi di antara mereka dengan

kerjasama yang baik dimana PKR bertanding di 15 kawasan, DAP 11 kawasan dan PAS lima

kawasan. PR yang menentang BN cuba mengelakkan bertanding sesama mereka, tetapi cuba

menegakkan “satu lawan satu” dengan BN.

Ke-empat, tahap politik hubungan etnik di Sarawak agak berbeza dengan hubungan politik

dan etnik di Semenanjung. Perbezaan ini dapat dilihat kerana keunikan Sarawak dari segi

komposisi penduduk, sejarah berpolitik, kebudayaan, kepercayaan dan pembangunan

sosioekonomi. Oleh itu, politik hubungan etnik yang lebih baik dari Semenanjung masih mewarnai

politik Sarawak kerana parti-parti politik masih berasaskan etnik tetapi mereka tidak terlalu rasis

dalam perjuangan dan bertanding dalam keadaan yang terkawal dan bersifat “gentleman” dalam

Page 71: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

71

berlawan. Walau bagaimanapun, ada masa proses politik dan kempen tegang kerana pembawaan

parti politik dan individu dari Semenanjung diikut-ikuti oleh sesetengah calon yang cuba menawan

perhatian dan undi.

Akhir sekali, apakah peranan Sarawak dalam menentukan kestabilan politik BN dan

mengukuhkan kedudukkannya apabila prestasinya semakin menurun berbanding PRU-PRU

sebelum ini. Menurut seorang sarjana dari Sarawak, Jayum anak Jawan, peranan penting Sabah

dan Sarawak sebagai “voice of reason” dan “keeper of moderation”. Beliau berpendapat berkata:

“adalah amat penting untuk Sabah dan Sarawak bersatu demi kestabilan politik Malaysia

yang dinamik dan berpotensi untuk sebarang perubahan. Peranan Sabah dan Sarawak

penting kerana dua negeri ini bersifat plural dan amat bergantung kepada kerjasama erat

antara etnik. Media merupakan satu alat yang amat penting dalam politik Malaysia kerana

media itu berkemampuan untuk membentuk persepsi masyarakat” (Wacana Pra PRU 13:

Siapa Jadi Pilihan yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara pada 17 Januari 2013).

Namun, peranan ini tidak pasti kekal sampai bila-bila kerana sejak PRN 2006, PRN 2011 dan

PRU 2013 telah berlaku perubahan peningkatan sokongan kepada PR hingga menyebabkan

kehilangan kawasan dan penurunan undi majoriti di Sarawak.

Dapat dirumuskan walaupun terdapat perubahan dalam pola pengundian di Sarawak pada

PRU 2013, isu–isu pembangunan masih lagi mendominasi suasana kempen-kempen . Maka dapat

dikatakan pola pengundian di Sarawak masih bergantung kepada sokongan faktor yang penting

iaitu faktor etnik dan isu asas yang mendasarinya ialah pembangunan dan kemajuan sosioekonomi

(Jayum Jawan 1984; 1987; 1991; 1993 & 2004 dan Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif & Mohd

Fuad Mat Jali, 2003). Boleh dikatakan faktor yang mempengaruhi pengundi di Sarawak adalah

berbeza dengan di Semenanjung (James Chin, 2003). Situasi ini berlaku kerana di kebanyakan

kawasan pedalaman, kerajaan yang memerintah masih belum menyelesaikan tanggungjawab

mereka dalam memenuhi keperluan-keperluan yang asas kepada rakyat. Walau bagaimanapun,

telah ada perubahan sedikit tentang isu-isu yang dijadikan modal sewaktu berkempen antaranya

seperti isu rasuah, masalah ekonomi, kos sara hidup, harga rumah, pemimpin yang terlalu lama,

kekurangan peluang pekerjaan dan pembangunan tidak terancang.

KESIMPULAN

Walaupun Sarawak dilihat masih menyumbang 25 daripada keseluruhan 31 kerusi parlimen pada

PRU 2013. Namun, beberapa kawasan telah mengalami penurunan undi majoriti. Hasil kajian

menunjukkan sokongan ini masih berkekalan kepada BN kerana masih didominasi dengan politik

pembangunan dan kemajuan sosioekonomi. Walau bagaimanapun, pada PRU 2013 telah berlaku

beberapa perubahan dan implikasi seperti peningkatan sokongan kepada DAP dan PKR,

penerimaan pengundi Sarawak kepada politik semenanjung, kesepakatan parti politik yang lebih

baik, tahap politik etnik yang lebih moderate dan peranan Sarawak sebagai “voice of reason” dan

“keeper of moderation”. Justeru, situasi yang berlaku pada PRU 2013, sedikit sebanyak akan

memberi kesan kepada pilihan raya akan datang seperti mana PRN 2011 memberi kesan kepada

PRU 2013.

Page 72: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

72

RUJUKAN

Buku dan Majalah

Ghazali Mayudin & Lee Kuok Tiung. (2008). Politik Cina dalam Pilihan Raya Dewan

Undangan Sarawak 2006 : Manifestasi protes daripada rakyat. Jebat, 35 (2008), 17-

32.

Jayum A. Jawan. (1984). Pilihan raya Sarawak 1983: Satu tinjauan. Ilmu Masyarakat 5, Jan-

Jun: 56-61.

___________. (1987). The Sarawak State Election of 1987: The Dayakism factor. Kuala

Lumpur: Maju Tulis.

___________. (1991). The ethnic factor in modern politics: The case of Sarawak, East

Malaysia. University of Hull: Centre for Southeast Asian Studies Monograph No.20.

___________. (1993). The Sarawak State General Election of 1991. Kajian Malaysia 11 (1),

Jun: 1-21.

___________. (2004). Ethnicity & electoral politics in Sarawak. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia.

James Chin. (2003). The Melanau-Malays schism erupts again: Sarawak at the poll. Dlm.

Francis K W Loh & Johan Saravanamuttu (pnyt.) New politics in Malaysia, hlm. 1-

24. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.

Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum ke-12. (2008). Dewan Masyarakat Edisi Khas, April:

1-16.

Kris Jitab & James Ritchie. (1992). Politik Pembangunan Taib Mahmud. Petaling Jaya:

Pelanduk Publications.

Rizal Yaakop & Ghazali Mayudin. (2008). Traditionalism And Electoral Politics In The Land

Of The Hornbills, Sarawak. Jebat, 35 (2008), 65-80.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2005). Laporan Pilihan Raya Umum 2004. Kuala

Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2009). Laporan Pilihan Raya Umum Ke-12. Kuala

Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2013). Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen.

Diperolehi dari http://resultpru13.spr.gov.my. Tarikh akses 15 Julai 2013.

Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif & Mohd Fuad Mat Jali. (2003). Pilihan Raya DUN

Sarawak: Satu analisis ekonomi politik. Jebat, 30 (2003), 23-41.

Nama Akhbar

Berita Harian Keluaran Khas, 06 Mei 2013, m/s 1-40. Keputusan PRU ke-13.

Page 73: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

73

Laman Web

Analisis PRU-13: BN Sarawak 'sik kelaka banyak' tetapi...

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=PilihanRaya20

13&furl&Rencana/20130504/rp_14/Analisis-PRU-13-BN-Sarawak-sik-kelaka-banyak-

tetapi. Tarikh akses 16 Ogos 2013.

BN’s Dirty Datuks and Wealthy YBs – Tiong Thai King

http://www.sarawakreport.org/2012/02/bns-dirty-datuks-and-wealthy-ybs-tiong-thai-

king/. Tarikh akses 10 September 2013.

BN kena segera bedah siasat punca calon SUPP tewas di Sibu

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Undiprotes__ubahangin_perludikaji/

pilihanraya/sibu/article_html. Tarikh akses 10 September 2013.

Calon-calon DAP Sarawak

http://ge.dapsarawak.com/p196.php. Tarikh akses 08 Ogos 2013.

Cowboy town’s peculiar politics

http://www.theborneopost.com/2013/05/04/cowboy-towns-peculiar-politics/. Tarikh

akses 10 September 2013.

DAP Sarawak Candidates

http://ge.dapsarawak.com/p222.php. Tarikh akses 10 September 2013.

Deputy Foreign Minister

http://www.kln.gov.my/web/guest/deputy02. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Dr Chan akui sentimen pengundi terhadap SUPP punca kekalahan

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DrChanakuisentimenpengunditerhadapSUP

Ppuncakekalahan/pilihanraya/sibu/article_html. Tarikh akses 10 September 2013.

GE13: PKR pick wants nothing but help fellow Betong folk

http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/04/13/GE13-PKR-pick-wants-

nothing-but-help-fellow-Betong-folk.aspx

GE13: Stampin incumbent’s winning chances questionable, says observer

http://www.thestar.com.my/News/Community/2013/04/15/GE13-Stampin-incumbents-

winning-chances-questionable-says-observer.aspx. Tarikh akses 08 Ogos 2013.

'Hanya 3 jam untuk penduduk Baram mengundi'

http://m.malaysiakini.com/news/241772. Tarikh akses 25 September 2013.

History Of STAR

http://reocities.com/capitolhill/congress/6332/about/history.htm#form. Tarikh akses 08

Ogos 2013.

Isu-Isu Bintulu

http://barisanpb.blogspot.com/p/isu-isu-bintulu.html?m=1. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Isu luar kawasan tidak jejas sokongan pengundi di Serian

http://www.theborneopost.com/2013/04/13/isu-luar-kawasan-tidak-jejas-sokongan-

pengundi-di-serian/. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Jaga-jaga dengan calon bebas

http://www.astroawani.com/news/show/jaga-jaga-dengan-calon-bebas-12617. Tarikh

akses 15 Julai 2013.

Joseph Salang, 'Orang Luar' Julau Yang Amat Disenangi

http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=26381:

joseph-salang-orang-luar-julau-yang-amat-disenangi&Itemid=2#. Tarikh akses 10

September 2013.

Page 74: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

74

Kenyataan Media - Isu Harga Rumah di Bintulu

http://pasbintulu.blogspot.com/2013/01/kenyataan-media-isu-harga-rumah-di.html?m=1.

Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Keputusan Pilihan Raya Umum - Mengikut Negeri

http://www2.pmo.gov.my/election/p_umum_neg.asp. Tarikh akses 10 September 2013.

Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen

http://resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KeputusanDR.php?kod=0480

0. Tarikh akses 15 Julai 2013. Keputusan PRU-13 Sabah: Petunjuk jelas pada BN Sabah

http://one-kotabelud.blogspot.com/2013/05/keputusan-pru-13-sabah-petunjuk-jelas.html.

Tarikh akses 01 Ogos 2013

Keputusan terkini parlimen

http://keputusan.spr.gov.my/#parlimen/13. Tarikh akses 15 September 2013.

Keputusan terkini parlimen-P195 Bandar Kuching

http://keputusan.spr.gov.my/#parlimen/13/P.195. Tarikh akses 15 September 2013.

Larry Sng elected Sarawak Workers’ Party president

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/28/larry-sng-elected-

sarawak-workers-party-president/. Tarikh akses 08 Ogos 2013.

Maklumat terperici pilihan raya kecil-Sibu

http://www2.pmo.gov.my/election/maklumat_kecil.asp?strTahun=2010&strDR=P212&st

rDUN=0000. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Menteri Sumber Manusia nafi miliki ijazah palsu

http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-sumber-manusia-nafi-miliki-ijazah-

palsu-1.176171. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Miri : Masalah jalan, parit, sampah rumitkan penduduk

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/12/miri-masalah-jalan-parit-sampah.html.

Tarikh akses 17 September 2013

P195 Bandar Kuching

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pg=keputusan/

sarawak_p195.htm. Tarikh akses 08 Ogos 2013.

P196 Stampin Sarawak

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pg=keputusan/saraw

ak_p196.htm. Tarikh akses 08 Ogos 2013.

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006

http://www2.pmo.gov.my/election/maklumat.asp?strTahun=2006&strDR=P217&strDUN

=N60. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011

http://www2.pmo.gov.my/election/maklumat.asp?strTahun=2011&strDR=P209&strDUN

=N42Tarikh akses 20 Ogos 2013.

PKR adamant on contesting in Miri

http://pkrparlimen219miri.blogspot.com/. Tarikh akses 10 September 2013.

PKR, SWP may face tough fight in Julau

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/30/pkr-swp-may-face-tough-

fight-in-julau/. Tarikh akses 10 September 2013.

PRS buktikan ramalan penganalisis politik meleset

http://www.utusansarawakonline.com/news/2790/PRS-buktikan-ramalan-penganalisis-

politik-meleset/.Tarikh akses 27 Julai 2013.

Page 75: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

75

PRU-13: Pencapaian BN Sabah

http://one-kotabelud.blogspot.com/2013/05/pru-13-pencapaian-bn-sabah.html. Tarikh

akses 24 Julai 2013.

PRU-13: Pembangkang Sabah bakal gigit jari

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=PilihanRaya20

13&furl&Rencana/20130422/rp_14/PRU-13-Pembangkang-Sabah-bakal-gigit-jari

Rakyat Bintulu terima baik pencalonan semula Tiong

http://www.utusansarawakonline.com/news/1470/Rakyat-Bintulu-terima-baik-

pencalonan-semula-Tiong/. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Sarawak Workers Party

http://sarawakworkersparty.blogspot.com/. Tarikh akses 08 Ogos 2013.

Semua ADUN di Parlimen Betong Sokong Uggah

http://www.sarawakupdate.com.my/2012/07/semua-adun-di-parlimen-betong-

sokong.html?m=1. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Senarai calon mengikut negeri

http://keputusan.spr.gov.my/#calon. Tarikh akses 01 September 2013. SNAP berakhir

http://www.theborneopost.com/2013/01/18/snap-berakhir/. Tarikh akses 8 Ogos 2013.

SUPP expels member for contesting against BN

http://www.newsarawaktribune.com/news/3323/SUPP-expels-member-for-contesting-

against-BN/. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Teoh Dapat Selesaikan Masalah Setinggan Miri

http://www.sarawakupdate.com.my/2013/04/teoh-dapat-selesaikan-masalah-

setinggan.html. Tarikh akses 17 September 2013.

The President

http://www.swp.org.my/the_president.php. Tarikh akses 08 Ogos 2013.

Tiada perang poster di Bumi Kenyalang

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TiadaperangposterdiBumiKenyalang/pilihan

raya/PRU13/Article/. Tarikh akses 08 Ogos 2013.

Tiki Lafe calon terbaik Parlimen Mas Gading

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/12/tiki-lafe-calon-terbaik-

parlimen-mas-gading/. Tarikh akses 18 September 2013.

Uggah kekalkan Parlimen Betong untuk penggal ketujuh

http://www.mysarawak.org/2013/05/06/uggah-kekalkan-parlimen-betong-untuk-penggal-

ketujuh.html. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Uggah peka masalah Betong

http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130502/px_79/Uggah-peka-masalah-

Betong. Tarikh akses 20 Ogos 2013.

Page 76: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

76

PRK KIMANIS: ANTARA IDENTIFIKASI PARTI DENGAN KELANGSUNGAN

POLITIK PEMBANGUNAN

Junaidi Awang Besar

Amer Saifude Ghazali

Abstract

The post-election general election (2018) sees 10 Elections, the last of which is the Kimanis

Parliamentary by-election, Sabah held on January 18, 2020 (Saturday). In the 2018 general

election, BN through its candidate Dato’ Seri Anifah Aman won in Kimanis by a majority of 156

votes. With the different political scenarios of the BN being the only opposition party nationally

and also in Sabah while PH-WARISAN dominates the Federal Government and the State

Government, it is the purpose of the writing of this article to study the influence of party

identification on political progress and political development voters’ consideration of the Kimanis

parliamentary by-election to make a political decision on the by-election. The writing of this article

uses primary data, which is the score sheet of the 2020 Parliamentary Assembly election while the

secondary data comes from printed materials as well as from online sources such as academic

books, journal articles, seminars, press reports and campaign materials. The findings show that

the majority of voters in Kimanis have chosen to maintain the BN status quo in this area with a

larger majority of 2,029 votes. This BN victory shows that the influence of party identification is

stronger than the political sentiment of development. Kimanis have long been the traditional sites

or strongholds of USNO and later turned to UMNO/BN. However, BN's victory was due to several

other factors such as competing candidate factors, a vigorous and systematic BN campaign

machinery, local issues that have been used to teach PH to develop smarter and faster and the

Sabah Provisional Pass (PSS) issue seen can threaten the people of Sabah.

Keywords:development politics, Kimanis by-election, political identity

PENGENALAN

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabah merupakan PKR yang ke-10 diadakan selepas

PRU 2018. PRK Parlimen Kimanis diadakan berikutan pembatalan keputusan PRU 2018 bagi

Parlimen Kimanis oleh Mahkamah Khas Pilihan Raya. Pada 2 Disember 2019, Mahkamah

Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya, yang menolak kemenangan Anifah

bagi kerusi Parlimen Kimanis pada PRU-14 (2018). Pada 16 Ogos 2019, Mahkamah Khas Pilihan

Raya menolak kemenangan Anifah pada PRU-14 kerana mendapati ada kertas undi tambahan yang

boleh menjejaskan keputusan pilihan raya, sekali gus membenarkan petisyen pilihan raya raya

dikemukakan bekas calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang. Hakim Lee

Heng Cheong membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat kesilapan pada semua kotak undi

yang mempunyai unsur manipulasi, termasuk kertas undi tambahan yang melanggar undang-

undang pemilihan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof

memaklumkan berlaku kekosongan kerusi Parlimen Kimanis bermula 10 Disember 2019 berikutan

penerimaan Perakuan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya

umum bagi parlimen itu, yang disandang Datuk Seri Anifah Aman pada 9 Mei 2018 adalah tidak

Page 77: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

77

sah dan terbatal. PRK Parlimen Kimanis dilihat sebagai PRK yang boleh menguji populariti PH

dan BN di bahagian Malaysia Timur terutamanya di bahagian Barat Sabah dan juga kerusi majoriti

Bumiputera Sabah setelah 8 PRK diadakan di Semenanjung Malaysia dan 1 PRK di bahagian timur

Sabah (kawasan majoriti etnik Cina). Sentimen politik Sabah juga berbeza berbanding sentimen

politik di Semenanjung Malaysia dimana politik Sabah lebih cenderung kepada sentimen

kewilayahan, kenegerian, kedaerahan, keetnikan, kesukuan di samping politik pembangunan dan

politik ‘lompat parti’ yang berleluasa demi kepentingan parti dan peribadi. Justeru adalah menjadi

tujuan penulisan artikel ini untuk mengkaji pengaruh identifikasi parti yang kental dengan

kelangsungan politik pembangunan terhadap pertimbangan pengundi pada PRK Parlimen Kimanis

untuk membuat keputusan politik pada PRK tersebut.

KAJIAN LEPAS: POLITIK PILIHAN RAYA DI SABAH

Senario politik Sabah amat menarik untuk dikaji kerana sejarah politikingnya adalah lebih kurang

sama mengikut era pemerintahan parti politik lokal di Sabah. Justeru, kajian-kajian lepas ini

merupakan rentetan kronologi politik Sabah yang menarik dan dinamik sejak pilihan raya negeri

Sabah 1976 hinggalah sekarang. Sualim Sanan (1980) dalam kajian ‘Pilihan Raya Umum Negeri

Sabah 1976: Satu Analisa’ mendapati rakyat menilai pembangunan sosioekonomi Sabah sejak

sebelum PRU 1976 justeru pembangunan dijadikan modal politik yang berkesan untuk meraih

undi dalam PRU tersebut. Mohamad Said Hinayat (1982) dalam kajian ‘BN dan Politik Sabah

Sekitar 1975-1982: Satu Kajian’ menjelaskan bahawa keterlibatan Kerajaan Persekutuan (BN)

dalam politik dan pemerintahan di Sabah mempunyai kesan dan pengaruh dalam menentukan

kemenangan serta pengekalan kuasa parti politik di Sabah.

Chee Kui Uin (1993) menjelaskan PBS merupakan parti berbilang kaum dan agama dan

bukannya menumpukan kepada kaum KadazanDusun dan agama Kristian sahaja sepertimana yang

ditohmahkan oleh parti pembangkang. Adsait Ahmad (1997) menjelaskan kepemimpinan Datuk

Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah pada era 1985-1990 adalah stabil dan gemilang namun

menjadi kontroversial ketika tahun 1990an kerana isu ‘Perkara 20’ tuntutan Sabah terhadap

Kerajaan Persekutuan dan isu kemasukan UMNO ke Sabah. Tay Shu Lan (1993) dalam kajian

“Tingkahlaku Pengundi Sabah: Satu Kajian Perbandingan di Kawasan DUN Api-Api dan

Sipitang” mendapati peratusan keluarmengundi adalah lebih tinggi di kawasan luar bandar

berbanding bandar. Pengaruh sosioekonomi mempunyai kesan yang sama terhadap tingkahlaku

pengundi kecuali jantina. Kriteria keperibadian calon menjadi satu pertimbangan yang penting

bagi pengundi di luar bandar.

Loh Kok-Wah, F. (1996) mendapati strategi BN membawa UMNO ke Sabah dan tindakan

Kerajaan Pusat (BN) memperbanyakkan projek pembangunan di Sabah telah mengukuhkan

sokongan rakyat kepada BN seterusnya menanam sentimen ‘politik pembangunan’ dalam

pemikiran politik pengundi di Sabah. Moten, A.R. (1999) mendapati sistem penggiliran Ketua

Menteri Sabah setiap 2 tahun bagi setiap parti komponen BN mengikut kaum merupakan strategi

berkesan BN untuk mengukuhkan perpaduan kaumseterusnya memperkuatkan hegemoni politik

BN di Sabah. Yahaya Ismail (1999) menjelaskan politik Sabah terus bergolak sejak merdeka

hingga sekarang dalam isu pertarungan hebat antara PBS dengan BN, isu penggiliran Ketua

Menteri, isu lompat parti dan kemunculan semula Datuk Harris Salleh bersama BERSEKUTU.

Lorince Jumip (2002) dalam kajian beliau di DUN Kuala Penyu dalam kawasan Parlimen

Beaufort, Sabah mendapati faktor kekalahan PBS dalam PRU diSabah ialah faktor calon,

Page 78: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

78

pengurusan parti, kewangan, pengundi hantu dan perpecahan undi. BN berprestasi baik dalam

pemerintahan di Sabah dengan melaksanakan projek pembangunan di Sabah iaitu 99 peratus

pengundi di DUN tersebut memperoleh tenaga elektrik manakala bekalan air 65 peratus. BN

mengotakan janji ketika berkempen dengan melaksanakan pembangunan kepada daerah dan

rakyat. Justeru, BN mempunyai peluang cerah untuk terus menang dalam PRU akan datang.

Rusman Motalib (2003) mendapati hubungan antara penyertaan politik dengan tahap

pembangunan ekonomi di Kota Kinabalu adalah tinggi. Siti Kasuma Kesrah (2003) dalam kajian

‘Kepimpinan Politik: Satu Kajian Kes di Kawasan DUN Klias, Beaufort, Sabah’ mendapati faktor

kepimpinan dan dominasi parti politik mendorong kepada kemenangan parti politik dalam pilihan

raya. Inidikuatkan lagi dengan faktor-faktor lain iaitu media, tahap pendidikan, pekerjaan, umur

dan strategi kempen. Faktor kepimpinan karismatik Datuk Lajim Ukim di DUN Klias

mengukuhkan dominasi politik UMNO/BN di kawasan tersebut. Mohd Husaini Mukhtar (2005)

dalam kajian ‘Perkembangan Politik Sabah 1963-2004’ mendapati senario politik Sabah bermula

ketika 1963 iaitu penubuhan Malaysia seterusnya kemasukan Sabah ke dalam Malaysia. Selepas

itu, berlaku konflik agama dan etnik seterusnya tuntutan ’20 Perkara’ hak-hak negeri Sabah

terhadap Kerajaan Persekutuan yang mencetuskan konflik antara Kerajaan Negeri dengan

Federalisme yang diamalkan Kerajaan Persekutuan.

Ansir Salim & Ajis Lepit 2008, dalam kajian “Senario Pilihan Raya ke-12 di Sabah: Antara

Calon atau Parti” mendapati pengundi masyarakat Islam menolak calon BN namun faktor politik

wang mampu mengubah keputusan kepada sebaliknya. Mat Zin Mat Kib & Worran Kabul (2008)

menyatakan kemenangan BN di Sabah menyebabkan BN Sabah menuntut beberapa perkara yang

dilihatmenguntungkan pihak Kerajaan Sabah kerana jumlah kerusi Parlimen Sabah yang

dimenangi BN dijadikan alasan bahawa Sabah menjadi penyelamat seterusnya ‘fix deposit’ kepada

BN pusat. Menurut W. Shawaluddin W. Hassan et al. (2008), penglibatan Pendatang AsingTanpa

Izin (PATI) dalam pilihan raya 2008 di Sabah turut memainkan peranan penting dalam

menjayakan kempen seperti memeriahkan hari penamaan calon, menampal poster. Persempadanan

bahagian pilihan raya di Sabah lebih bersifat etnik, justeru parti-parti yang bertanding perlu

meletakkan calon etnik mengikut majoriti etnik di kawasan tersebut (Fadilah Sarbi et al. 2008).

Zaini (2008) dalam artikel yang bertajuk “Nasionalisme dan Persoalan Identiti Politik di

Sempadan: Kajian Kes Komuniti Murut Bantul, Daerah Nabawan, Sabah” menjelaskan bahawa

dalam era maklumat hari ini, isu identiti negara dan keselamatan negara seolah-olah dipertaruhkan

dan sering dicabar dalam pelbagai cara. Proses globalisasi telah menimbulkan tahap keterbukaan

yang melampaui sempadan negara dan dengan itu mengakibatkan terjadinya identiti dan

keselamatan negara. Cendekiawan kontemporari seperti Robertson (1992), Giddens (1990) dan

Ohmae (1995) menegaskan bahawa fenomena globalisasi telah membangkitkan semacam

masyarakat dengan latar belakang sosio-budaya yang pelbagai. Apabila dunia menjadi terintegrasi,

nasionalisme dikatakan semakin menurun. Untuk menyangkal hujah ini, artikel ini bertujuan untuk

menganalisis perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat di kawasan sempadan Sabah

(Malaysia) dan Kalimantan Timur (Indonesia). Memberi tumpuan kepada masyarakat Murut di

sebuah kampung bernama Bantul di Nabawan, Sabah, penulis berjanji untuk menilai nilai-nilai,

norma dan identitas diri masyarakat terhadap nasionalisme di Malaysia. Dengan demikian, kajian

ini dilakukan dengan menumpukan dan meneliti tahap sosio-politik sejarah pembentukan identiti

etnik di Sabah melalui faktor kesan kasual dari peringkat awal sehingga kini. Kajian ini

menyimpulkan bahawa identiti etnik di sempadan, jika tidak dijaga dengan teliti kemungkinan

akan muncul sebagai ancaman politik kepada kestabilan negara.

Page 79: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

79

Rizal Zamani Idris et al. (2008) mendapati isu korupsi, kronisme dan nepotisme tidak

mempengaruhi sokongan pengundi terhadap parti politik dalam PRU 2008 di kawasan Tuaran dan

Kota Belud sebaliknya mereka lebih mementingkan pembangunan di kawasan mereka. Mustapa

Abd Talip et al. (2008) mendapati analisis reruang dengan menggunakan aplikasi GIS adalah

penting bagi melihat fenomena persempadanan geopolitik Sabah dalam memberi impak kepada

pembangunan yang menyeluruh di Sabah. Pertambahan peruntukan kewangan oleh Kerajaan

Persekutuan kepada Kerajaan Negeri perlu ditambah di Sabah untuk memangkin pembangunan

seterusnya mengekalkan negeri Sabah sebagai ‘fix deposit’ BN dalam setiap pilihan raya (Wee

2008). Faktor ‘Semenanjung’ iaitu faktor personaliti Anwar dan tsunami politik hanya memberi

kesan yang minimum kepada keputusan PRU 2008 di Sabah (Arnold Puyok 2008).

Menurut Kitingan & Ongkili (1989) dan Ongkili (2003) isu utama pilihan raya sepanjang

25 tahun terdahulu (1963-1986) negeri Sabah ialah isu perkauman dan agama. Justeru,

latarbelakang kaum dan agama seseorang calon akan memberi kesan yang besar kepada

kemenangan dan kekalahan mereka di sesuatu kawasan. Menjelang kemasukan UMNO dalam BN

pada tahun 1987 di Sabah telah menyemarakkan isu pembangunan dan menjadi tema utama dalam

pilihan raya. Kini, selepas lebih 20 tahun, tema pembangunan masih lagi diguna pakai oleh BN

dalam pilihan raya umum di Sabah. Chin, J., Puyok, A. (2010) mendapati BN terus kukuh di Sabah

walaupun penangan ‘tsunami politik’ melanda PRU 2008 disebabkan faktor kenegerian dan lokasi

geografi iaitu ketersampaian yang terhad seterusnya mengukuhkan sentimen ‘politik

pembangunan’ yang menjadi tunjang kempen BN.

Danny (2011) menyatakan politik Sabah tetap masih kuat dipengaruhi politik

pembangunan dan menjadi ‘fix deposit’ atau simpanan tetap bagi BN. Suasana ini mungkin akan

terus berlaku untuk satu tempoh tertentu pada masa depan, khususnya di kawasan luar bandar.

Zaini et al. (2011) melalui kajian beliau dalam PRK Batu Sapi mendapati unsur politik

pembangunan terus menjadi pertimbangan utama pilihan politik pengundi di kawasan tersebut dan

mereka sudah selesa dengan pemerintahan gaya BN justeru mereka terus mengekalkan hegemoni

politik BN di kawasan Pantai Timur Sabah tersebut. Chiok (2011) dalam kajian 16 PRK Malaysia

pasca PRU 2008 untuk kajian kes di Batu Sapi mendapati kekuatan jentera parti, penyokong setia

dan kuat, BN sebagai parti pemerintah di Sabah serta undi simpati terhadap ahli parlimen sebelum

ini yang juga suami kepada calon BN yang bertanding dalam PRK ini telah menjadi faktor

pemangkin kemenangan selesa BN di kawasan tersebut. Arnold Puyok & Tony Paridi Bagang

(2011) dalam kajian politik PKR di Sabah menyarankan PKR perlu ‘menstruktur’ semula parti di

Sabah agar ia dilihat dapat membela hak rakyat Sabah seterusnya bersifat ‘kenegerian’ Sabah agar

ia dapat diterima seterusnya dapat menyaingi parti-parti lokal seperti PBS, UPKO, PDS dan PBRS.

Selanjutnya, berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan oleh Junaidi et al. (2012a

& 2012b) yang berkaitan dengan PRK Parlimen Batu Sapi, Sabah mendapati bahawa pola

pengundian di negeri ini menunjukkan pengundi Bumiputera Islam lebih cenderung dipengaruhi

oleh sentimen politik pembangunan, berbeza pula dengan pengundi Cina yang cenderung kepada

PKR yang bergantung kepada sentimen politik mahupun kepada SAPP yang popular sebagai bekas

Ketua Menteri Sabah yang telah memperjuangkan isu kenegerian dengan slogan “Sabah untuk

rakyat Sabah”. Secara realitinya dapat dilihat bahawa sentimen politik pembangunan ini masih

lagi menjadi pertimbangan pengundian dalam kalangan pengundi di Batu Sapi.

Mohd Noor dan Md. Saffie (2019) dalam artikel yang bertajuk “Pencapaian Barisan

Nasional Di Kawasan Parlimen dan DUN Majoriti Pengundi Kaum Cina di Negeri Sabah: Satu

Analisis Perbandingan PRU-13 dan PRU-14” membincangkan dan menganalisis pencapaian BN

di kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai majoriti pengundi kaum Cina

Page 80: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

80

di negeri Sabah dalam PRU-13 dan PRU-14. Sebelum PRU 2008, kedudukan BN adalah kukuh di

semua kawasan Parlimen dan DUN majoriti kaum Cina di negeri Sabah. Kesemua kawasan

parlimen dan DUN majoriti kaum Cina dikuasai oleh BN dengan kukuh, tetapi mulai PRU 2008

dan PRU 2013, keadaan telah berubah. Dalam PRU 2008, sokongan pengundi kaum Cina terhadap

BN mula menurun. Walaupun pihak DAP hanya berjaya memenangi satu kawasan Parlimen dan

satu kawasan DUN dalam PRU 2008, tetapi sokongan pengundi terhadap BN telah menurun.

Dalam PRU-13, Mei 2013 sokongan kepada pembangkang khususnya DAP telah meningkat. Dua

buah kawasan Parlimen iaitu P. 172 Kota Kinabalu dan P. 186 Sandakan telah dimenangi oleh

calon DAP, manakala empat kawasan DUN iaitu N. 14 Likas, N. 16 Luyang, N. 19 Kepayan dan

N. 57 Sri Tanjong telah dikuasai oleh DAP. Sebuah kerusi DUN majoriti pengundi kaum Cina

juga dikuasai oleh PKR, iaitu N.15 Api­Api. Parti-parti pembangkang menguasai tujuh kerusi

kesemuanya di kawasan majoriti kaum Cina, iaitu dua buah kawasan Parlimen dan lima kawasan

DUN.

Objektif kajian ini adalah bagi melihat kedudukan BN di kawasan majoriti pengundi kaum

Cina dalam PRU ke­-14, iaitu sama ada mengalami perubahan dengan apa yang dicapai dalam dua

pilihan raya lepas (PRU 2008 dan 2013), kedudukan yang terkini parti komponen BN di kawasan

majoriti kaum Cina melalui PRU ke14 serta apakah faktor yang dapat menjelaskan kenapa berlaku

sedemikian. Hasil kajian ini merumuskan bahawa terdapat perubahan besar pengundi kaum Cina,

khususnya di kawasan majoriti pengundi kaum Cina, sama ada di kawasan DUN atau kawasan

Parlimen. Semua kawasan pengundi kaum Cina gagal dikuasai oleh calon BN, sebaliknya dikuasai

oleh DAP atau parti politik dalam kerjasama Pakatan Harapan (PH). Majoriti yang diperoleh calon

DAP adalah sangat besar. Sokongan yang sangat lemah diperoleh oleh calon BN. Trend yang

berlaku di Sabah ini adalah sama dengan apa yang berlaku di negeri Persekutuan Tanah Melayu

dan Sarawak. Kedudukan negeri Sabah sebagai ‘simpanan tetap’ bagi BN sudah tidak lagi wujud.

Sekali gus perubahan politik yang berlaku di Sabah ini menyumbang kepada perubahan yang

berlaku dalam pembentukan kerajaan pusat. Dengan maklumat dan hasil penemuan kajian ini, parti

politik yang berkaitan, khususnya BN yang sekian lama berkuasa di negeri Sabah dapat

menggunakannya dalam menganalisis kedudukan dan strategi serta perancangan bagi kepentingan

dalam PRU akan datang.

METOD DAN KAWASAN KAJIAN

Bagi metod kajian, antara kaedah pengumpulan data primer ialah menggunakan pemerhatian di

lapangan (data kualitatif) dan data score sheet keputusan PRK Parlimen Kimanis (data kuantitatif).

Pemerhatian di lapangan dilakukan dengan memerhati suasana kempen PRK yang merangkumi

perang poster, banner, bunting dan billboard; sesi ceramah pada waktu malam; sesi walkabout

calon yang bertanding; dan meninjau reaksi pengundi terhadap situasi, kaedah dan intipati isu

kempen. Kaedah pemerhatian di lapangan adalah penting bagi melihat perubahan landskap budaya

politik masyarakat setempat, keadaan fizikal ruang atau kawasan yang relevan untuk menyokong

seterusnya mengukuhkan hasil kajian. Rujukan data score sheet keputusan PRK Parlimen Kimanis

pula merujuk kepada penelitian terhadap keputusan PRK Kimanis dari segi saluran mengundi dan

akhirnya daerah mengundi. Penelitian terhadap data score sheet keputusan PRK mengikut saluran

dan daerah mengundi adalah penting bagi melihat data keputusan undi secara lebih detail dan tepat

berdasarkan angka bernombor bagi membuat justifikasi atau alasan sebab musabab keputusan

berdasarkan angka bersifat sedemikian.

Page 81: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

81

Data sekunder melibatkan pengumpulan maklumat yang telah direkodkan dengan baik

dalam bentuk rakaman bertulis. Dalam kajian ini, pengumpulan data sekunder diperoleh dengan

melakukan penyelidikan ke perpustakaan. Segala kajian lepas dan data-data daripada sumber

kedua iaitu buku, jurnal, latihan ilmiah/kertas projek/disertasi/tesis serta kertas kerja

persidangan/simposium/seminar dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan gambaran yang

berkaitan dengan penyelidikan sesuatu kajian. Di samping itu, pengkaji juga mendapatkan

maklumat dari media-media elektronik seperti melayari laman sesawang/internet, blog, media

sosial (facebook, twitter dan email) bagi mendapatkan maklumat tambahan seperti laporan

penyelidikan, kertas kerja dan artikel jurnal.

Bagi penganalisisan data pula melibatkan adunan antara maklumat kualitatif berdasarkan

pemerhatian di lapangan, data score sheet keputusan PRK Parlimen Kimanis serta analisis

maklumat sekunder dilakukan bagi bahan-bahan bercetak dan atas talian (internet).

Kimanis mempunyai keunikan tersendiri kerana pentadbirannya terletak dalam dua daerah

berbeza, Beaufort serta Papar, dan dalam tempoh beberapa minggu ini kawasan parlimen itu bakal

menjadi tumpuan negara berikutan akan berlangsungnya pilihan raya kecil (PRK). Parlimen

Kimanis merangkumi pekan Kimanis dan Bongawan yang terletak di sebelah selatan daerah Papar,

manakala kawasan Membakut dalam kawasan pedalaman Beaufort (Lihat Rajah 1). Pada masa

sekarang, kawasan pekan Kimanis dan Bongawan lazimnya berurusan di Pejabat Daerah Papar,

manakala kawasan pekan Membakut menjalankan urusan di Pejabat Daerah Beaufort. Berikutan

ketiadaan pusat pentadbiran sendiri, maka pada PRK kali ini, Dewan Datuk Seri Panglima Haji

Mohd Dun Banir di Beaufort akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat

penjumlahan rasmi undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari

2020, manakala penamaan calon pada 4 Januari 2020 dan pengundian awal pada 14 Januari 2020.

Susulan PRK itu, suasana di kawasan ini berbeza daripada rutin pekan itu yang sebelum ini hanya

dikunjungi penduduk setempat dan persinggahan bagi pengguna jalan raya yang melalui jalan

utama antara Beaufort ke Kota Kinabalu. PRK di kawasan parlimen itu diadakan selepas

Mahkamah Persekutuan pada 1 Disember 2019 mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya

Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman,

yang ketika itu bertanding atas tiket BN, bagi kerusi itu. Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu

pada 16 Ogos 2019 memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan

terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan

raya.

Page 82: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

82

Rajah 1: Peta kawasan DUN dan Daerah Mengundi dalam Parlimen Kimanis, Sabah

Sumber: SPR 2019

Mengenai kawasan Parlimen Kimanis, dari segi geografi, kawasan itu terletak antara

kawasan pesisir pantai dan di kaki Banjaran Crocker yang sedikit sebanyak menyumbang

pendapatan kepada segelintir penduduknya yang menanam tembikai di kawasan berpasir,

manakala di kawasan berhampiran Banjaran Crocker, ada yang mengerjakan sawah padi. Terdapat

juga penduduk di kawasan Kimanis menjadikan penangkapan ikan bilis dan udang di laut

berhampiran sebagai punca pendapatan dengan menjual hasil berkenaan di tepi jalan antara

Kimanis ke Papar. Kekayaan sumber alam dimiliki dari pantai berpasir bagi penanaman tembikai

sehingga ke kawasan bukit untuk tanaman komoditi seperti getah dan sawit, semuanya digerakkan

menjadi nadi ekonomi Kimanis. Malah, pembangunan ekonomi di kawasan yang turut terkenal

dengan senyuman manis serta keramahan rakyat pelbagai kaum dan budaya itu terus dipacu

dengan projek Terminal Minyak dan Gas Sabah, mercu tanda ikonik sektor perindustrian negeri.

Limpahan pembangunan minyak dan gas di Kimanis juga menjadi pemangkin kepada

perkembangan pekan baharu serta pusat perniagaan selain menjadi platform menyediakan lebih

banyak peluang pekerjaan untuk penduduk setempat. PRK Parlimen Kimanis sudah tentu dapat

menambah pendapatan kepada penduduk setempat yang mengusahakan pelbagai perniagaan serta

menjual hasil laut itu, namun tumpuan sudah tentu terarah kepada keputusan pilihan raya kecil itu.

Terdapat 29,664 pemilih berdaftar di kawasan parlimen berkenaan. Mereka terdiri daripada

14,800 lelaki dan 14,864 wanita, dengan DUN Bongawan mempunyai 16,273 pengundi dan DUN

Membakut 13,391 pemilih. Persaingan pada PRK 2020 di kawasan ini adalah antara Parti Warisan

Sabah (Warisan) mewakili parti pemerintah dengan pembangkang, UMNO-BN. Bagi Warisan

yang diwakili Datuk Karim Bujang selaku Ketua Bahagian Warisan Kimanis, keputusan pada PRK

ini menjadi kayu pengukur kepada prestasi kerajaan negeri Sabah baharu yang diterajui Warisan

di bawah pimpinan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang hampir memasuki dua

Page 83: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

83

tahun pemerintahan. Bagi Barisan Nasional (BN) pula yang meletakkan Ketua UMNO Bahagian

Kimanis Datuk Mohamad Alamin, keputusan pada PRK Parlimen Kimanis penting bagi menguji

sokongan rakyat kepada parti itu di Sabah khususnya kepada UMNO selepas lapan wakil

rakyatnya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketika ini, Parlimen Kimanis

mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bongawan diwakili Dr Daud

Yusof daripada Warisan dan Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Bersatu) bagi DUN Membakut. Bagi

Karim, kemenangan pada PRK Parlimen Kimanis ini penting bagi meneruskan perjuangan

politiknya menerusi Warisan. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan

selama lima penggal dari 1990 hingga 2013 selain pernah menjawat jawatan kanan dalam Kabinet

Sabah sebagai pembantu menteri. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Karim kalah dengan

majoriti 156 undi kepada bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang ketika itu bertanding

atas tiket BN.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Keputusan PRK Parlimen Kimanis, Sabah

Bagi PRK Parlimen Kimanis, Sabah, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen

Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 47, pada Pilihan Raya Kecil

(PRK) kawasan itu dengan majoriti 2,029 undi. Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan oleh

Pegawai Pengurus PRK, Jupery Etok di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di sini jam

9.29 malam, Mohamad diisytihar pemenang dengan memperoleh 12,706 undi. Suruhanjaya

Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi pada 79.92 peratus dengan 320 undi

ditolak. Mohamad menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang,

66, yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu itu. Jumlah pemilih di kawasan

ini ialah 29,664 orang. PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan

Anifah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos 2019 bahawa

kemenangannya di Parlimen Kimanis pada PRU-14 tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada

kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya. Karim memfailkan petisyen

pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah. Bagi keputusan PRU-13 (2013), Datuk

Anifah Aman mendapat 13,754 undi iaitu menang dengan majoriti 5,723 undi, Jaafar Ismail (PKR

– 8,031 undi), calon STAR (240 undi) dan calon SAPP (650 undi). Seterusnya pada PRU-14

(2018), Datuk Anifah Aman mendapat 11,942 undi iaitu menang dengan majoriti 156 undi, Datuk

Karim Bujang (WARISAN – 11,786 undi) dan Jaafar Ismail (Parti Harapan Rakyat Sabah – 1,300

undi). Jumlah pemilih di kawasan ini ialah 29,618 orang.

Identifikasi Parti Yang Kental vs Kelangsungan Politik Pembangunan Dalam PRK Parlimen

Kimanis, Sabah

i) Identifikasi parti yang kental

Sejak pasca kemerdekaan lagi, keamanan dan keharmonian kehidupan masyarakat di

Malaysia ini terbentuk daripada kepelbagaian agama, budaya, etnik dan kaum adalah disebabkan

adanya sikap toleransi antara agama dan toleransi antara kaum. Melalui amalan toleransi ini akan

menyumbangkan suasana politik yang aman dan toleransi antara parti. Sikap ini akan mewujudkan

Page 84: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

84

masyarakat yang lebih aman harmoni dalam mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di

negara ini.

Walau bagaimanapun, sentimen kepartian yang kental dalam masyarakat Malaysia pada

hari ini masih menebal sehingga matlamat untuk mewujudkan toleransi antara parti terbantut.

Namun demikian, terdapat juga antara mereka mengamalkan sikap toleransi antara agama

walaupun ada had tertentu dalam meraikannya. Masyarakat pada hari ini, tidak sepatutnya lagi

menjadi pengamal politik yang memihak hanya fokus kepada satu blok dan set pemikiran yang

tertumpu kepada sesuatu perkara khususnya parti yang hanya memperjuangkan kepentingan kaum

sahaja.

Selain itu, sikap bersederhana bagi setiap individu yang menyatakan sokongan kepada parti

yang disokongi mereka mestilah menjadi dasar dalam melahirkan sikap toleransi antara parti. Hal

ini demikian bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang aman harmoni yang terdiri daripada

pelbagai agama, kaum, budaya, bangsa dan akhir sekali pelbagai ideologi politik.

Parti politik ditakrifkan sebagai persatuan atau organisasi yang dianjurkan sama ada oleh

individu atau kumpulan tertentu. Organisasi atau persatuan ini bermatlamat untuk meletakkan

anggotanya di pejabat kerajaan atau kabinet kerajaan bertujuan untuk melaksanakan dasar politik

(Marume et al. 2016). Parti politik ialah satu kumpulan manusia yang bersetuju terhadap prinsip

yang membolehkan mereka untuk berkhidmat kepada negara.

Dalam siri pilihan raya, setiap parti akan meletakkan calon yang terbaik bagi memastikan

calon tersebut dipilih oleh majoriti pengundi. Dalam pada itu, setiap parti politik sama ada

pembangkang atau parti kerajaan pusat berusaha keras untuk memperkenalkan calon parti mereka

melalui kempen pilihan raya. Bagi pengundi pula, mereka mempunyai kriteria calon yang mereka

akan pilih. Oleh hal yang demikian, setiap parti politik yang bertanding akan dinilai dan diteliti

oleh pengundi sebelum mereka memuktamadkan keputusan.

Parti politik yang memiliki pemimpin yang mengutamakan rakyat mampu mengukuhkan

kedudukan parti. Dalam konteks ini, rakyat bukan sahaja diberikan keutamaan oleh kerajaan,

malah dalam setiap hal terutamanya dalam mengimplementasi sebarang polisi atau peraturan,

kerajaan atau pemerintah mestilah mengambil kira setiap aspek rakyat supaya mereka tidak

terbeban dengan penetapan yang telah dilakukan oleh kerajaan. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan

juga tidak sepatutnya melaksanakan sesuatu dasar yang mendatangkan kebaikan yang sedikit tetapi

menimbulkan kemudaratan yang besar.

Lazimnya dalam pilihan raya, pengundi akan mengundi parti atau calon yang mampu

memperjuangkan kepentingan mereka dengan berpandukan maklumat tentang isu dasar dan polisi

parti yang bertanding. Seterusnya, mereka akan melakukan perbandingan secara logik bagi

memilih parti yang memaksimumkan kepentingan dan keuntungan yang lebih baik kepada mereka.

Teknologi maklumat serba canggih pada masa kini membolehkan semua pengguna mencapai

pelbagai sumber maklumat politik tidak kira lapisan umur. Capaian kepada maklumat secara tidak

langsung telah membuka peluang untuk responden menentukan pemilihan sesebuah parti secara

bijak dan berhemah.

Pengundi juga menyokong parti pilihannya walaupun terdapat dalam kalangan ahli

keluarga, saudara-mara dan keluarga yang berlainan ideologi. Bukan itu sahaja, responden

memilih parti yang sama setiap kali pilihan raya diadakan tanpa menghiraukan isu yang

berbangkit. Buktinya, Butler dan Stokes (1974) berpendapat bahawa aspek kepentingan pengundi

berperanan dalam mengukuhkan dan menentukan identifikasi parti. Hal ini demikian kerana

pengundi telah yakin terhadap sesebuah parti akan memenuhi keperluan dan kepentingan mereka,

maka ia akan mengundi parti itu tanpa menghiraukan isu yang dibangkitkan.

Page 85: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

85

Identifikasi parti yang kental bermaksud seseorang menyokong parti politik kerana

ideologi atau fahamannya yang kuat terhadap sesuatu parti politik, di samping disebabkan oleh

pengaruh kekeluargaan dan pengaruh sumber maklumat dan mendapat faedah daripada parti yang

disokong. Identifikasi yang kental ini juga dibentuk daripada persepsi terhadap sesuatu isu yang

membentuk sentimen dalam diri seseorang itu seterusnya membentuk identiti seorang penyokong

parti politik yang setia, fanatik, totok, tegar dan taksub. Pengundi sedemikian agak sukar untuk

berubah dan sukar untuk menerima pandangan yang berbeza dengannya, sehinggakan pandangan

dan parti dia sahaja yang betul, yang lain semuanya salah. Dalam konteks di Kimanis, sebahagian

besar pengundi masih setia dan patuh menyokong BN disebabkan faktor jasa dan budi BN terhadap

mereka sejak sekian lamanya serta mereka percaya dan yakin dengan pengalaman dan kemampuan

BN untuk membantu rakyat di kawasan tersebut. Meskipun BN tidak lagi menjadi kerajaan pusat

dan kerajaan negeri Sabah namun mereka tetap memberi harapan kepada BN untuk mendesak

kerajaan baru yang ada untuk membawa pembangunan yang lebih rancak di kawasan mereka

selepas PRK.

Identifikasi parti yang kental yang menyebabkan BN berjaya mengekalkan kemenangan

dalam PRK Parlimen Kimanis dapat dilihat kepada faktor kemenangan BN dalam PRK tersebut.

faktor pertama kemenangan BN dalam PRK tersebut ialah pemilihan calon yang bertanding.

Pemilihan Datuk Mohamad Alamin sebagai calon yang mewakili BN pada PRK Kimanis adalah

tepat berdasarkan kepada pengalaman beliau, personaliti dan juga wakil calon parti lawan. Beliau

antara nama-nama yang sememangnya dikenali ramai dalam kalangan penduduk Parlimen

Kimanis terutamanya bagi pengundi di DUN Bongawan. Ini kerana, beliau pernah memenangi

kerusi DUN Bongawan pada PRU-13 dengan majoriti 3,392. Pemilihan beliau juga sedikit

sebanyak memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat kembali sokongan pengikut-pengikut

Karim Bujang yang pada asalnya adalah pengundi BN. Dengan perwatakannya yang peramah dan

mudah didekati oleh rakyat berjaya menawan hati pengundi di Parlimen Kimanis.

Faktor kedua ialah fenomena BOSSKU oleh Najib Razak Fenomena bossku yang dibawa

oleh Datuk Seri Najib (DSN) tidak lagi boleh dipandang rendah oleh pihak lawan. Dengan status

mantan perdana menteri, banyak isu-isu, cadangan, soal pengurusan pentadbiran kerajaan,

pengurusan ekonomi negara dan sebagainya diulas oleh beliau dengan teperinci dan berjaya

menarik keyakinan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Beliau juga berjaya menawan hati

golongan muda melalui media sosial, kempen, lawatan turun padang mendekati rakyat dengan

menjelaskan isu-isu semasa yang terjadi dalam Malaysia. Jika dilihat perkembangan fenomena ini,

ianya bermula ketika PRK Cameron Highland pada 26 Jan 2019 yang mana menyaksikan

kemenangan BN pada PRK tersebut, seterusnya PRK Semenyih (2 Mac), PRK Rantau (13 April),

PRK Tanjung Piai (16 Nov) dan PRK Kimanis (18 Jan 2020). Ini jelas membuktikan bahawa,

sentimen yang dibawa dan kelebihan yang ada pada seorang mantan perdana menteri seperti mana

Tun M, telah berjaya mempengaruhi pengundi pada pilihan raya tersebut.

Faktor ketiga ialah pembentukan Muafakat Nasional (MN). Pembentukan satu gagasan

kerjasama parti-parti politik di Malaysia antaranya PAS dan BN pada 14 September 2019 telah

berjaya membentuk satu permuafakatan dalam mengharungi pilihan raya. Jalinan kerjasama secara

terbuka ini telah membuahkan hasil pada PRK Tanjung Piai menyaksikan kemenangan besar BN

dengan majoriti 15,086 undi seterusnya menawan kembali kerusi parlimen tersebut. Sokongan

padu dari parti-parti politik dibawah nama Muafakat Nasional ini sekali gus telah memberi

gambaran positif dan menampakkan hasil dengan kemenangan di Kimanis ini dan adalah tidak

mustahil, parti-parti politik seperti STAR, PBS dan PBRS akan berada dibawah payung Muafakat

Nasional pada PRU-15 kelak.

Page 86: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

86

Faktor keempat ialah pergerakan jentera parti. Pergerakan jentera parti juga adalah

penyumbang kepada kemenangan sesuatu parti yang bertanding. Pada PRK kali ini, boleh

dikatakan hampir semua pemimpin tertinggi parti BN, PAS, PBS dan STAR turun ke lapangan

untuk berkempen. Ia sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada rakyat akan kesungguhan parti

untuk memenangi PRK pada kali ini. Sepertimana berlaku ketika Pakatan Harapan menjadi

pembangkang, hampir kesemua kepimpinan utama parti komponen dalam PH turun padang

mendekati rakyat dalam meraih sokongan. Dengan kesungguhan yang ditonjolkan telah

membuahkan hasil pada pada PRU-14 yang lalu. Sebaliknya berbeza pada PRK kali ini, hanya

segelintir kepimpinan PH turun di lapangan.

Faktor kelima ialah olahan isu-isu semasa dalam kempen pilihan raya dan ‘bounce ball’

isu. Antara isu-isu yang menjadi bahan kempen oleh BN pada PRK kali ini ialah seperti isu Pas

Sementara Sabah (PSS), kredibiliti SPR dalam mengadakan PRK sehingga memperuntukkan satu

jumlah perbelanjaan yang besar, isu keperibadian calon lawan iaitu Karim Bujang yang keluar dari

BN, isu kedudukan ekonomi negara, masalah harga kelapa sawit, isu lanjutan konsesi tol PLUS,

manifesto PH dan sebagainya. Dalam pada BN cuba meyakinkan rakyat dengan isu-isu yang

dibangkitkan, wujudnya satu serangan psikologi menyasarkan mantan perdana menteri dengan

penyiaran klip audio berkaitan 1MDB. Hakikatnya rakyat mula bosan dengan isu tersebut yang

tidak berkesudahan dan hanya timbul setiap kali berlakunya PRK, sepertimana berlakunya pada

PRK Parlimen Tanjung Piai. Kesudahannya, isu-isu seperti ini diibaratkan sebagai ‘bounce ball’

yang mana hanya memakan diri sendiri. Sebaliknya rakyat mengharapkan satu perubahan dari

sudut ekonomi, peningkatan sara hidup dan pembangunan di kawasan mereka.

Seterusnya, antara faktor yang menjadi punca kekalahan parti WARISAN pada PRK

Parlimen Kimanis ialah isu Pas Sementara Sabah (PSS). Isu ini menjadi punca kekalahan parti

WARISAN dan rakyat menganggap berlakunya Projek IC 2.0 sepertimana berlakunya ketika

pemerintahan Perdana Menteri ke-4. Sehingga hari-hari akhir tarikh pengundian, Kerajaan Pusat

dibawah PH gagal menjelaskan secara teperinci berkenaan isu ini. Sebaliknya pihak lawan terus

menjadikan bahan kempen dengan mengemukakan bukti-bukti dan agenda berkenaan pelaksanaan

PSS ini.

Faktor kedua ialah calon yang dipilih. Pemilihan Karim Bujang sebagai calon pada asasnya

hanya bersandarkan kepada kesungguhan beliau dalam memastikan keputusan PRU-14 yang lalu

dibatalkan dan diadakan semula pilihan raya. Sebaliknya beliau tidak berjaya mengekang

pengaruh lawan ketika memenangi kerusi DUN Bongawan pada PRU-12 menggunakan tiket BN.

Tatkala pihak lawan membangkitkan isu beliau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh

Pengerusi SPR untuk mengadakan PRK, kempen beliau hanya banyak menyerang kehadiran Najib

Razak di Kimanis.

Faktor ketiga ialah isu pengurusan pentadbiran negara. Tatkala parti WARISAN adalah

antara parti komponen dalam PH, isu-isu berkenaan pentadbiran negara dan manifesto PH sedikit

sebanyak memberi tempias dan menjejaskan sokongan pengundi kepada WARISAN. Rakyat juga

telah memberikan isyarat bahawa, aspek pengurusan pentadbiran dan ekonomi bukan hanya

tertumpu kepada Kimanis semata-mata, sebaliknya kestabilan politik, ekonomi dan kewangan

memberi kesan kepada Malaysia secara keseluruhan sekiranya tidak ditangani secara bijak.

Faktor keempat ialah kredibiliti SPR dalam mengadakan PRK. BN telah berjaya

meyakinkan rakyat Kimanis bahawa PRK ini diadakan secara tidak adil dan membelakangi konsep

ketelusan dimana SPR dibawah kerajaan hari ini bersikap tidak profesional. Pelantikan Pengerusi

SPR dalam kalangan orang politik juga menggambarkan kredibiliti SPR sebenar.

Page 87: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

87

Faktor kelima ialah isu berkaitan Ketua Menteri Sabah. Isu ini dibangkitkan dalam kempen

PRK oleh BN berkenaan penyelewengan oleh Ketua Menteri ketika beliau memegang portfolio

sebagai Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Isu ini menyebabkan kepimpinan beliau

dipertikaikan.

ii) Kelangsungan politik pembangunan

Pembangunan dapat dilakukan melalui projek pembangunan yang memberi faedah secara

tidak langsung kepada rakyat. Sebagai contoh dengan meningkatkan pendapatan rakyat dan

meningkatkan peluang pekerjaan, menyediakan peluang perniagaan kepada rakyat serta mengubah

ekonomi rakyat dan juga pelbagai lagi faedah yang bakal diterima oleh rakyat sekiranya

pembangunan berada di kawasan mereka. Politik pembangunan merupakan aspek penting dalam

kemajuan sosioekonomi sesuatu kawasan, terutamanya di kawasan yang masih belum membangun

di pedalaman. Dalam bahasa mudahnya, dengan pembangunan akan menjadi laba dan keuntungan

kepada sokongan politik terutama parti pemerintah.

Kebaikan pembangunan ini diterima jika pembangunan dibangunkan dalam kawasan

mereka. Hal ini demikian kerana pembangunan menggalakkan kehidupan rakyat merealisasikan

potensi, membina keyakinan serta menjamin kehidupan rakyat yang lebih berkualiti. Bukan itu

sahaja, keadaan ini mampu membebaskan rakyat daripada kemiskinan serta penindasan politik,

ekonomi dan sosial.

Sepertimana kita sedia maklum bahawa parti politik yang menguasai kerajaan sama ada

kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan mempunyai kelebihan untuk melaksanakan

pembangunan fizikal dan spiritual kerana parti politik tersebut mempunyai kuasa, jentera

pelaksana/jabatan dalam kerajaan dan dana/kewangan untuk melaksanakan sesuatu projek

pembangunan. Keputusan PRK Parlimen Kimanis menunjukkan bahawa majoriti pengundi di

kawasan tersebut terus menyokong BN meskipun BN telah tidak menjadi kerajaan pusat dan

kerajaan negeri. Ini menunjukkan bahawa mereka terus setia dengan parti yang mereka sokong

selama ini disebabkan faktor sudah lama atau terbiasa atau selesa dan berbangga dengan parti yang

mereka sokong tersebut. Meskipun BN sudah tidak menjadi kerajaan namun harapan mereka

terhadap BN adalah tinggi agar BN dapat menjadi sekat dan imbang pada peringkat negeri dan

negara seterusnya menjadi pendesak kepada kerajaan baru untuk terus melaksanakan program atau

projek pembangunan di kawasan mereka. Kemenangan BN dalam PRK Parlimen Kimanis

menunjukkan bahawa identifikasi parti yang kental mengatasi kelangsungan politik pembangunan.

Pengundi BN pada PRU 2018 terus mengundi calon BN pada PRK 2020 meskipun BN sudah tidak

menjadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Jika pengundi BN mengutamakan politik

pembangunan, sepatutnya mereka mengundi calon WARISAN-PH yang menguasai Kerajaan

Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa, dana/peruntukan kewangan dan jentera

kerajaan untuk melaksanakan pembangunan fizikal di kawasan mereka.

POLA PENGUNDIAN

Dari segi pola pengundian, kebanyakan undi saluran muda memihak kepada calon BN yang

meletak calon BN yang lebih muda (47 tahun) berbanding calon WARISAN (66 tahun). BN juga

menang di kawasan yang mempunyai tahap pembangunan yang lebih rendah seperti di Daerah

Mengundi Batu Enam, Kabang, Kimanis Mandahan, Kuala Pus, Bongawan Estate, Binsulok,

Lumat, Mawao dan Sinuka mereka memberi isyarat sebagai ‘protes’ iaitu inginkan pembangunan

Page 88: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

88

dilaksanakan terlebih dahulu kemudian baharulah undi akan diberi kepada pihak yang berjaya

menunaikan janji pembangunan di kawasan mereka. WARISAN hanya menang bagi undi pos dan

undi awal serta di kawasan Daerah Mengundi Gadong, Simpangan dan Membakut (Lihat Jadual

1).

Jadual 1:

Keputusan PRK Parlimen Kimanis 2020 Mengikut Kawasan Daerah Mengundi

Bil. Daerah Mengundi BN WARISAN Undi

yang

diterima

Majoriti Undi

rosak

Undi pos 13 21 52 -8 2

Undi awal 2 6 8 -4 0

1. Batu Enam 1,062 787 1,849 275 27

2. Kabang 664 402 1,066 262 20

3. Gadong 318 339 657 -21 5

4. Bongawan 795 733 1,528 62 12

5. Kimanis Mandahan 563 339 902 224 22

6. Kimanis Estate 914 854 1,768 60 26

7. Simpangan 513 519 1,032 -6 10

8. Kuala Pus 453 293 746 160 12

9. Bongawan Estate 324 197 521 127 5

10. Seladan 1,407 1,329 2,736 78 22

11. Binsulok 664 506 1,170 158 23

12. Pimping 1,263 1,218 2,481 45 34

13. Brunei 778 673 1,451 105 37

14. Bandau 813 793 1,606 20 15

15. Membakut 365 405 770 -40 16

16. Lumat 425 308 733 117 14

17. Mawao 729 542 1,271 187 10

18. Sinuka 325 203 528 122 5

19. Dindong 216 150 366 66 3

JUMLAH 12,706 10,677 23,383 2,029 320

Sumber: SPR 2020

IMPLIKASI PRK PARLIMEN KIMANIS, SABAH

Secara keseluruhannya, Pilihan Raya Kecil (PRK) di sesuatu kawasan adalah bersifat ‘lokal’ atau

‘tempatan’ serta berfokus, justeru ia tidak dapat menggambarkan senario keseluruhan politik bagi

kawasan yang lebih besar atau dalam bahasa mudah ialah politik nasional. Setiap kawasan

mempunyai senario atau persekitaran yang berbeza mengikut ruang dan masa. Setiap kawasan juga

mempunyai isu atau masalah dan keperluan sosioekonomi yang berbeza. Tambahan pula, ilmu

politik pilihan raya bersifat dinamik dan sukar diramal dengan tepat. Ini kerana sokongan atau

pendirian politik individu bersifat terlalu ‘peribadi’ dan sukar dikongsi dengan orang lain

terutamanya dengan orang atau pihak yang tidak dikenali. Keputusan PRK Parlimen Kimanis

dipengaruhi oleh kadar keluar mengundi secara keseluruhan, peranan pengundi setempat/in-situ

Page 89: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

89

dan pengundi perantau dan motif atau tujuan PRK diadakan. Kadar keluar mengundi secara

keseluruhan yang rendah pada PRK berbanding PRU memberi kelebihan kepada BN untuk

menambahkan sokongan atau menawan semula sesuatu kawasan yang mereka tewas. BN juga

mendapat sokongan kuat daripada pengundi setempat yang mempunyai sentimen kesetiaan

terhadap identifikasi kepartian yang tinggi berbanding pengundi perantau yang bersifat dinamik

serta bersifat ‘tunggu dan lihat’ yang majoritinya menyokong PH.

PRK juga hanyalah medan untuk memilih wakil rakyat yang bersifat setempat dan lebih

dapat menarik minat pengundi setempat untuk keluar mengundi, berbanding PRU yang bukan

hanya sekadar memilih wakil rakyat malahan bertujuan untuk memilih sama ada Kerajaan Negeri

mahupun Kerajaan Persekutuan yang sepastinya memberi impak besar kepada pembentukan dan

pelaksanaan dasar pada peringkat negeri dan persekutuan. Oleh itu, PRK tidak boleh dijadikan

petunjuk yang muktamad terhadap keputusan PRU akan datang. Ini kerana setiap kawasan pilihan

raya mempunyai isu atau masalah yang tersendiri serta berbeza budaya politik pengundinya.

Keputusan sesuatu pilihan raya juga bergantung kepada segmen pengundi seperti pengundi tua,

pengundi muda, pengundi setempat/menetap/in-situ, pengundi perantau, pengundi atas pagar,

pengundi kakitangan swasta, pengundi kakitangan kerajaan dan sebagainya. Lazimnya pada masa

kini, pengundi tua, pengundi setempat/menetap/in-situ, pengundi kakitangan kerajaan dan

pengundi etnik Melayu lebih cenderung menyokong BN; manakala pengundi muda, pengundi

perantau, pengundi kakitangan swasta dan pengundi etnik Cina lebih cenderung mengundi PH.

Kebiasaannya juga pada setiap PRK, pengundi perantau agar sukar untuk pulang mengundi

kerana masalah kos, kesibukan bekerja, penat memandu dan PRK hanya untuk memilih wakil

rakyat bukannya melibatkan pertukaran Kerajaan oleh itu PRK tidak penting bagi pengundi

perantau. Oleh itu, pengundi menetap akan turun mengundi seperti biasa dan ini memberi

kelebihan kepada BN untuk memenangi sesuatu PRK. Ini kerana pengundi menetap lebih merasai

kehidupan di kawasan mereka, faktor kenang jasa BN yang membawa pembangunan di kawasan

mereka, yakin terhadap pengalaman dan kecekapan jentera BN dan kebiasaannya BN akan

mengemukakan calon yang terbaik dalam sesuatu PRK seperti calon tempatan, berpengalaman

dalam berpolitik serta sebagai wakil rakyat, lebih dikenali, lebih mesra rakyat, lebih turun padang,

lebih memahami masalah serta kehendak rakyat dan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh

berhubung dengan rakyat (best engagement) dan sebagainya.

Malahan juga dalam tempoh beberapa bulan atau beberapa tahun daripada PRK menuju

PRU, pelbagai kemungkinan isu semasa, strategi politik dan stail kepimpinan yang akan berlaku

yang boleh mengubah keadaan atau sokongan, bersesuaian dengan ciri-ciri ilmu politik pilihan

raya itu sendiri yang bersifat seni, dinamik dan tiada yang mustahil bergantung kepada strategi

parti politik dan pemimpin masing-masing. Sebagai contohnya, ketika PRK DUN Ijok, Selangor

pada tahun 2007, majoriti kemenangan BN menewaskan PKR meningkat dari 1,649 undi (PRU

2004) kepada 1,850 undi (PRK 2007), sebaliknya BN tewas kepada PKR pada PRU 2008 kepada

1,920 undi, bahkan BN buat pertama kalinya tewas pada peringkat DUN Selangor seterusnya BN

menjadi pembangkang di DUN Selangor hinggalah sekarang (PRU 2018-2020). Begitu juga

dengan PRK DUN Pengkalan Pasir, Kelantan, pada PRU 2004 PAS hanya menang dengan majoriti

56 undi, namun tewas kepada BN pada PRK 2005 dengan majoriti 134 undi, sebaliknya BN tewas

kembali kepada PAS pada PRU 2008 dengan majoriti 2,348 undi. Begitu juga dengan PRK Sungai

Besar pada 2016, pada PRU 2013 BN menang dengan hanya 399 undi, kemudian pada PRK 2016

BN menang dengan majoriti lebih besar iaitu 9,191 undi akibat pertandingan 3 penjuru

(perpecahan parti pembangkang antara PH dan PAS), sebaliknya pada PRU 2018 BN tewas pula

kepada calon PKR/BERSATU dengan majoriti tipis 714 undi.

Page 90: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

90

Ini semua disebabkan peratusan keluar mengundi pada PRU lebih tinggi berbanding PRK

kerana pengundi perantau pulang mengundi serta isu nasional lebih mendominasi pemikiran

pengundi untuk membuat keputusan bagi mengundi dalam PRU serta tujuan mengundi PRU

adalah lebih besar dan penting iaitu untuk memilih Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

yang akan menentukan dasar pemerintahan dalam masa 5 tahun penggal pemerintahan. Antara sela

masa PRK 2016 hingga PRU 2018 iaitu dalam tempoh 2 tahun, PH telah berjaya membuat strategi

politik yang berkesan seterusnya berjaya menawan Putrajaya dengan menetapkan penggunaan 1

logo sahaja untuk menentang BN dan PAS dalam PRU 2018, bersetuju dan membuat ketetapan

untuk melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri jika PH berjaya mengambil alih

Putrajaya, melancarkan manifesto bersama PH, menyelesaikan pembahagian kerusi untuk PRU-

14 serta berjaya menyelesaikan program Jelajah PH di seluruh negara untuk menerangkan

kerosakan yang telah dibuat oleh BN dan Dato’ Seri Najib terhadap negara serta menghujahkan

program pembangunan negara jika diberi peluang untuk memerintah Malaysia.

Dalam konteks PRK Parlimen Kimanis, jika dilihat kepada perbandingan antara PRU 2018

dengan PRK 2020 yang beza dari segi selang masanya hanyalah setahun lapan bulan boleh dilihat

kepada Jadual 2 berikut.

Jadual 2:

Perbandingan data keputusan PRU 2018 dengan PRK 2020 bagi Parlimen Kimanis

Perkara PRU 2018 PRK 2020

Jumlah pemilih 29,618 29,664

Peratus keluar mengundi 86.20% 79.92%

Undi BN 11,942 12,706

Undi WARISAN 11,786 10,677

Majoriti kemenangan BN 156 2,029

Undi rosak 385 320

Sumber: SPR 2018 & 2020

Jika dilihat kepada Jadual 2, peratus keluar mengundi antara PRU 2018 dengan PRK 2020

berkurang sebanyak 6.28%, namun undi BN bertambah sebanyak 764 undi. Pertambahan undi BN

tersebut antaranya disebabkan peralihan undi kepada BN daripada calon Parti Harapan Rakyat

Sabah (HARAPAN) dan sebahagian undi WARISAN yang tidak berpuas hati dengan calon dan

juga prestasi pembangunan di kawasan tersebut. Pengurangan undi WARISAN daripada 11,786

undi kepada 10,677 undi disebabkan peratus keluar mengundi yang menurun kerana pengundi

perantau yang pro WARISAN tidak pulang mengundi di samping peralihan undi WARISAN

kepada BN disebabkan undi protes terhadap tahap pembangunan di kawasan tersebut dan terhadap

calon. Namun undi rosak berkurang sebanyak 65 undi.

Secara keseluruhannya, PRK Parlimen Kimanis ini memperlihatkan peri pentingya

peranan pihak berkuasa dalam menunaikan janji pilihan raya, pentingnya suara dan harapan rakyat

didengari serta diselesaikan permasalahan mereka terutamanya isu ekonomi dan perpaduan,

pengurusan isu dan krisis yang berkesan dan bijaksana, kesiapsiagaan parti politik dalam

memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing di samping dapat memberi motivasi kepada

kepimpinan parti untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi hati pengundi dalam menuju PRU-15

akan datang.

Page 91: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

91

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, majoriti pengundi di Kimanis memilih untuk mengekalkan status quo BN

di kawasan ini dengan majoriti yang lebih besar iaitu 2,029 undi. Kemenangan BN ini

menunjukkan bahawa pengaruh identifikasi parti lebih kuat berbanding sentimen politik

pembangunan. Kemenangan BN dalam PRK Parlimen Kimanis menunjukkan bahawa identifikasi

parti yang kental mengatasi kelangsungan politik pembangunan. Pengundi BN pada PRU 2018

terus mengundi calon BN pada PRK 2020 meskipun BN sudah tidak menjadi Kerajaan Negeri dan

Kerajaan Persekutuan. Jika pengundi BN mengutamakan politik pembangunan, sepatutnya mereka

mengundi calon WARISAN-PH yang menguasai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang

mempunyai kuasa, dana/peruntukan kewangan dan jentera kerajaan untuk melaksanakan

pembangunan fizikal di kawasan mereka. Kimanis sejak dahulunya adalah kawasan tradisi atau

kubu kuat USNO yang kemudiannya beralih kepada UMNO/BN. Namun kemenangan BN

disebabkan oleh beberapa lagi faktor lain iaitu faktor calon yang bertanding, jentera kempen BN

yang bersungguh-sungguh dan bersistematik, isu setempat yang dijadikan pengajaran kepada PH

untuk membangunkan Kimanis dengan lebih kental dan cepat dan isu Pas Sementara Sabah (PSS)

yang dilihat boleh mengancam rakyat Sabah.

RUJUKAN

Abdul Manap Mahmud (2008) Isu-isu Sains dan Teknologi dalam Pilihan Raya Umum ke 12 di

Sabah. Dlm Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline.

Prosiding seminar politik Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca pilihan raya ke-12.

Sabah: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Adsait Ahmad (1997) Kepemimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dalam Politik Sabah

1984-1994. Latihan Ilmiah. Bangi: Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Kemasyarakatan

dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ansir Salim & Ajis Lepit (2008) Senario Pilihan raya ke-12 di Sabah: Antara Calon atau Parti.

Dlm Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline.

Prosiding seminar politik Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca pilihan raya ke-12.

Sabah: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Arnold Puyok & Tony Paridi Bagang (2011) Parti Keadilan Rakyat‟s (PKR) Foray into Sabah

Politics: One Step Forward in 2004 and Two Steps Backwards in 2010. Conference On

Elections And Democracy In Malaysia. Department of Politics and International Relations,

Faculty of Social Sciences, Universiti Malaysia Sarawak. 9-10 November.

Arnold Puyok (2008) The 2008 Malaysian General Elections in Sabah: Looking Beyond teh

“Peninsular Factor”. Dlm Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul

Kadir Rosline. Prosiding seminar politik Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca

pilihan raya ke-12. Sabah: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi

MARA.

Asrhab Jan (2003) Politik Komuniti Bajau dalam Politik Sabah. Latihan Ilmiah. Bangi: Program

Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Basri Jalie (1987) Politik Etnik di Sabah: Satu Kajian Terhadap Hubungan Parti-Parti Politik dan

Kesannya Terhadap Kestabilan Sosiopolitik Sabah. Latihan Ilmiah. Bangi: Jabatan Sains

Page 92: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

92

Politik, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Butler, D. & Stoke, D. (1974) Political Change in Britain: Basis of Electoral Choice. Springer.

Chee Kui Uin@Chee Kui Jin (1993) Politik Berbilang Kaum: Satu Analisis Terhadap PBS.

Latihan Ilmiah. Bangi: Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan

Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chin, J., Puyok, A. (2010) Going Against the Tide: Sabah and the 2008 Malaysian General

Election. Asian Politics and Policy. 2(2): 219-235.

Chiok Phaik Fern (2011) Repositioning of Opposition Front and Ruling Coalition in the Aftermath

of Malaysian General Election 2008: A Study on the By-Election Results and the Political

Issues Involved. Conference On Elections And Democracy In Malaysia. Department of

Politics and International Relations, Faculty of Social Sciences, Universiti Malaysia

Sarawak. 9-10 November.

Danny Wong Tze Ken (2011) Pilihan Raya Umum Ke-12 di Sabah: Beberapa Pemerhatian. Dlm

Pilihan raya umum Malaysia ke-12: isu dan pola pengundian. Pnyt. Joseph M. Fernando,

Zulkanain Abdul Rahman & Suffian Mansor. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Fadilah Sarbi, Mustafa Abd. Talip & Zainal Ajamain (2008) Pengaplikasian Konsep

Gerrymandering dalam Penentuan Persempadanan Pilihan Raya DUN Sabah dalam PRU

12. Dlm Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline.

Prosiding seminar politik Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca pilihan raya ke-12.

Sabah: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Fauziah Datuk Hj. Mohd Din (1987) Perhubungan Negeri dengan Persekutuan: Satu Kajian Politik

Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Latihan Ilmiah. Bangi: Jabatan Sains Politik, Fakulti

Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Novel Lyndon (2012) Pengaruh populariti calon,

sentimen nasional dan politik pembangunan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu

Sapi, Sabah. Geografia Online: Malaysian Journal Of Society and Space. 8(8): 23-34.

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali & Mohd Fuad Mat Jali (2012a)

Pilihan Raya Kecil (PRK) P185 Batu Sapi, Sabah: antara populariti, sentimen dan realiti

dalam mempengaruhi pola pengundian. International Conference On Social Sciences And

Humanities (ICOSH) 2012. Anjuran dan tempat persidangan: Fakulti Sains Sosial

Dan Kemanusiaan (FSSK), UKM12-13 Disember.

Kitingan, J. G. & Ongkili, M. J. (1989) Sabah: 25 years later 1963-1988, Kota Kinabalu: IDS.

Lorince Jumip (2002) Pola Pengundian Pilihan Raya 1999: Kajian Prestasi dan Penerimaan Rakyat

Terhadap Pemerintahan BN di Kuala Penyu, Sabah. Latihan Ilmiah. Bangi: Program

Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marume, S.B.M, Chikasha A.S & Ndudzo (2016) Political Parties. IOSR Journal of Mechanical

and Civil Engineering. 13(4): 140-152.

Mat Zin Mat Kib & Worran Hj. Kabul (2008) Hubungan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur Pasca

Pilihan Raya Umum ke-12. Dlm Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib &

Abdul Kadir Rosline. Prosiding seminar politik Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca

pilihan raya ke-12. Sabah: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi

MARA.

Mohd Husaini Mukhtar (2005) Perkembangan Politik Sabah 1963-2004. Latihan Ilmiah. Bangi:

Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Page 93: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

93

Mohd Izzuddin Nazaruddin & Mohammad Agus Yusoff (2018) Pengaruh Pengundi Bumiputera

Terhadap Perubahan Politik di Sabah dan Sarawak dalam PRU 14. International

Conference on Social Sciences And Humanities (ICOSH-7) 2018. Tema: “Wisdom and

Culture in the ASEAN Region: Perpectives from the Social Sciences and Humanities”

“Akal Budi dan Kebudayaan di Rantau ASEAN: Perspektif Sains Sosial dan

Kemanusiaan”. Anjuran dan Tempat Persidangan: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

(FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Pada 12-15 November.

Mohd Noor Mat Yazid dan Md. Saffie Abd. Rahim (2019) Pencapaian Barisan Nasional Di

Kawasan Parlimen dan Dun Majoriti Pengundi Kaum Cina di Negeri sabah : Satu Analisis

Perbandingan PRU-13 dan PRU-14. Jurnal Kinabalu Khas.

Moten, A.R. (1999) The 1999 Sabah state elections in Malaysia: The coalition continues. Asian

Survey. 39(5):792-807.

Rizal Zamani Idris, Mohamad Shauki Mohd Radzi, Azizan Morshidi & Fauzie Sarjono (2008)

Persepsi Umum Pengundi Masyarakat Berkaitan Isu-Isu Kempen dan Pemilihan Calon

Pilihan Raya Umum Ke-12 di Sabah: Penelitian di Kota Belud dan Tuaran. Dlm Worran

Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline. Prosiding seminar

politik Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca pilihan raya ke-12. Sabah: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Rusman Motalib (2003) Penyertaan Politik: Kajian Kes Masyarakat Kota Kinabalu, Sabah.

Latihan Ilmiah. Bangi: Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Kasuma Kesrah (2003) Kepimpinan Politik: Satu Kajian Kes di Kawasan DUN Klias,

Beaufort, Sabah. Latihan Ilmiah. Bangi: Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sualim Sanan (1980) Pilihan Raya Umum Negeri Sabah 1976: Satu Analisa. Latihan Ilmiah.

Bangi: Jabatan Sains Politik, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Tay Shu Lan (1993) Tingkahlaku Pengundi Sabah: Satu Kajian Perbandingan di Kawasan DUN

Api-Api dan Sipitang. Latihan Ilmiah. Bangi: Jabatan Geografi, Fakulti Sains

Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

W. Shawaluddin W. Hassan, Zaini Othman & Md. Saffie Abd Rahim (2008) Pendatang Asing

Tanpa Izin (PATI) dan Pilihan Raya 2008 di Sabah. Dlm Worran Hj. Kabul, Shireen Haron, Mat

Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline. Prosiding seminar politik Malaysia: Landskap politik

Malaysia pasca pilihan raya ke-12. Sabah: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti

Teknologi MARA.

Wee Chong Hui (2008) Public Finance in Sabah: Voting for Development?. Dlm Worran Hj.

Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline. Prosiding seminar politik

Malaysia: Landskap politik Malaysia pasca pilihan raya ke-12. Sabah: Pusat Penerbitan

Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Yahaya Ismail (1999) Pilihan raya Sabah 1999: BN atau PBS?. Petaling Jaya: Usaha Teguh Sdn.

Bhd.

Zaini Othman, Sabihah Osman, W. Shawaluddin W. Hassan, Aliakbar Gulasan, Saat Awang

Damit (2011) Will Elections Make a Difference? The Case of the Batu Sapi By-Election.

Conference On Elections And Democracy In Malaysia. Department of Politics and

International Relations, Faculty of Social Sciences, Universiti Malaysia Sarawak. 9-10

November.

Page 94: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

94

Zaini Othman (2008) Nasionalisme dan Persoalan Identiti Politik di Sempadan: Kajian Kes

Komuniti Murut Bantul, Daerah Nabawan, Sabah. Vol 1. No 1.

Page 95: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

95

BUDAYA POLITIK INDONESIA PASCA ORDE BARU DI JAWA BARAT

Tati Rukminiyati

Hasanudin Daud

Abstract

This research attempts to understand the political culture that are attitude, belief,

emotion and political orientation values of the society toward political system

that refered to awareness and emotion of the society toward the politics and

governmental also the values of political freedom and the sovereignity of the era

of reformation in Indonesia, especially after the downfall of president Soeharto

(New Order). This research consentrates on the province of West Java, the

cities/regencies included in this research are Cianjur regency, Purwakarta

regency, Bogor city, Serang regency, Pandeglang regency, Tasikmalaya city,

Cirebon city, Indramayu regency, Subang regency and Bandung city.

Questionnaire and interview are used to collected data in this research. The

primary data were collected by questionnaire and interview while the secondary

data were obtained from the library. From the population (43 million people)

were taken 26 million respondents that must ever followed the general election.

The sample are elected by means of purposive sampling method, 950 respondents

were elected that consist of the groups of participant (302 respondents), subject

(357 respondents), and parochial (291 respondents) political culture. This results

of statistical test base on Likert Scale that the belief of the society toward the

politics and governmental influences the existence of democracy. While this

results of statistical test median extention base on X according groups of

education, age, and political culture have a significant relation to the political

freedom and the sovereignity. This research shows that at the beginning of the

reformation era in Indonesia in 1998, the belief of the society toward the politics

and governmental, the political freedom and the sovereignity began to appear,

that change the autocratic governmental system to the democratic. This changing

changed the attitude, belief, emotion and political orientation of the society of

West Java from autocratic to democratic. In the other words, there is a change in

political culture of the society of West Java and finally the concution of that the

political culture of the society of west java changed from the autocratic political

culture to democratic political culture However, this changing will keep

continuing based on the reformation demands.

Keywords: Indonesian politics, politic of culture, new order politics

2

Page 96: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

96

PENGENALAN

Kajian ini adalah mengenai budaya politik Indonesia mutakhir, tumpuan khusus dibuat ke atas

kawasan Jawa Barat dengan memberikan perhatian istimewa kepada perkembangan politik semasa

khususnya selepas reformasi politik pada tahun 1998. Perjuangan reformasi di Indonesia muncul

kerana perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan Order Baru di bawah kuasa

kepimpinan Presiden Soeharto selama 32 tahun berjalan tidak demokratik (autoriter). Perasaan

kecewa itu telah bermula pada tahun 1974-an terakumulasi hingga mencapai puncaknya pada

tahun 1998. Keadaan seperti ini boleh membentuk budaya politik masyarakat Indonesia menjadi

tidak demokratik/autokratik. Rakyat mula sedar dan menilai bahawa Kerajaan Order Baru selalu

menghadkan kesedaran dan perasaan terhadap politik dan pemerintahan serta nilai kebebasan

politik dan kedaulatan rakyat. Keadaan itu membuat rakyat mendesak Soeharto meletak jawatan

Presiden dan menggantikan dengan pemerintahan baru yang telus, bersih dan bertanggung jawab.

Sesungguhnya desakan ini nampaknya masih berterusan sehinggakan keinginan keras rakyat

terpenuhi iaitu merubah sistem politik autokratik kepada sistem politik demokratik dan merubah

pula budaya politik autokratik kepada budaya politik demokratik. Sejajar itu, di Jawa Barat

perasaan tidak puas hati daripada masyarakat ditandai oleh munculnya peristiwa yang terjadi pada

tanggal 15, 16, dan 17 Januari 1974 yang dikenali sebagai “Peristiwa Lima Belas Januari”

(“Malari”) bukanlah merupakan suatu peristiwa satu-satunya tetapi memiliki latar belakang dan

dimensi. Pada peristiwa ini, pengrosakan, pembakaran yang dipimpin oleh sekumpulan kecil

mahasiswa yang menggunakan emosi massa pelajar dan buruh, serta sebahagian masyarakat

merupakan suatu wujud daripada perasaan tidak puas hati kepada hasil-hasil yang telah dicapai

oleh Order Baru kerana masih terjadi penyelewengan sosial dalam masyarakat Indonesia.

Perkembangannya sehinggakan pada peristiwa reformasi 1998 yang menjadi punca rasa

tidak puas hati masyarakat, apabila terjadi peristiwa-peristiwa atau gerakan-gerakan politik lain di

peringkat nasional dan daerah-daerah (local) di wilayah Indonesia, masyarakat Jawa Barat

terutama para aktivis politik selalu terlibat di dalamnya. Para pengkaji budaya politik Indonesia

menumpukan pada konsep kekuasaan yang biasanya bertitik tolak daripada konsep kekuasaan

masyarakat Jawa. Konsep kekuasaan masyarakat Jawa bersifat konkrit, sumbernya homogen,

besarannya konstan dan tidak berhubungan dengan persoalan legitimasi (Anderson & James

Siegel, 1972: 2-8 ). Dalam memahami budaya politik Indonesia mutakhir, titik tolak perubahan

adalah permasalahan reformasi yang berlaku pada tahun 1998, dan sehubungan dengan itu,

Almond dan Sidney Verba mengatakan bahawa “berbicara tentang kebudayaan politik suatu

masyarakat adalah menunjuk kepada sistem politik yang diinternalisasikan/masuk ke dalam

kesedaran, perasaan dan penilaian masyarakatnya” (Simamora (ptj), 1984:15). Almond dan

Bingham Powell, Jr mengatakan bahawa budaya politik adalah suatu pola, sikap, orientasi dan

perasaan warga negara terhadap sistem dan komponen-komponen di kalangan sistem itu (Almond

and Bingham Powell, Jr., 1966: 50). Beberapa sarjana politik seperti James Scott menyebut budaya

politik Indonesia bersifat penaung-yang dinaungi/patronage (Gaffar, 1998: 109). Jackson dan

Lucian Pye menemukan bahawa stratifikasi sosial yang bersifat hirarki antara penaung dengan

yang dinaungi masih mempengaruhi masyarakat Indonesia terutama etnik Jawa (Jackson, 1978:

36). Sistem hubungan anak-bapak ini menentukan legitimasi suatu kuasa politik termasuk

wewenang jawatan birokrasi, ertinya adalah bahawa konsep tersebut merupakan salah satu sumber

legitimasi yang kuat di dalam masyarakat Indonesia (Gaffar dkk, 1990: 27). Sementara itu Harold

Crouch mengatakan bahawa politik Order Baru menggunakan model politik-birokratik sebagai

usaha untuk memperkuatkan kestabilan politik (Jurnal Ilmu Politik Nombor 2, 1987: 26-27).

Page 97: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

97

Dwight King pula mengatakan bahawa model amalan politik era Order baru adalah birokratik-

autokratik di mana kuasa tertinggi terletak pada struktur oligarki atau dikuasai tentera, kerajaan

mempengaruhi transformasi budaya politik dan menghadkan kepelbagaian ciri (Jurnal Ilmu Politik

Nombor 2, 1987: 22).

Kajian-kajian para sarjana itu sedikit banyak memberikan gambaran bahawa

kecenderungan budaya politik Indonesia adalah autokratik. Berbagai-bagai strategi kerajaan Order

Baru yang autokratik itu membuat reka bentuk Parlimen iaitu Majlis Permesyuaratan Rakyat

(MPR) sebagai institusi tertinggi negara dan Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR) sebagai

institusi tinggi negara menetapkan dasar awam yang memaksa rakyat untuk mengikuti kemahuan

pihak penguasa. Para penguasa berusaha mempertahankan kuasanya sedemikian rupa, dengan

menjadikan proses pengambilan pelapis-pelapis baru politik bagi mengisi jawatan politik/kerajaan

secara tertutup dan tidak telus, sehingga rakyat tidak berpeluang untuk bersaing dari segi politik.

Kerajaan berperanan untuk menentukan siapa yang akan menduduki jawatan politik atau

penamaan calon-calon untuk pilihan raya, dewan perundangan, perlantikan wakil-wakil rakyat

untuk jawatan politik mahupun menjadi ahli agensi awam melalui prosedur yang sangat rumit. Di

samping itu juga, kerajaan menerapkan konsep massa terapung (floating mass) yang semakin

menghadkan gerakan parti politik untuk membina pendukung di luar bandar (desa dan kampung)

atau peringkat bawahan (Suryadinata, 2002: 74). Sementara bagi Golkar, konsep massa terapung

membolehkannya menikmati kemudahan menggunakan jentera birokrasi untuk menjalankan

aktivitinya hingga ke peringkat luar bandar dan kelurahan (kampung), dengan itu ia boleh

menambah bilangan penyokongnya.

Satu lagi strategi kerajaan dalam mempertahankan kuasanya adalah menetapkan Pancasila

sebagai satu-satunya asas untuk parti politik dan menghapus asas spesifik parti seperti Islam atau

Nasionalis. Satu-satunya asas ini lebih mengurangkan kesempatan dan pergerakan parti politik

untuk mengetengahkan idea-idea parti dalam kempen pilihan raya. Meskipun media elektronik

mahupun cetak sudah cukup banyak tetapi secara umumnya ia hanya memuatkan maklumat sehala

iaitu daripada pihak berkuasa sahaja kerana pada dasarnya komunikasi politik antara kerajaan

dengan rakyat juga “terputus” sehingga menyebabkan rakyat tidak dapat menerima maklumat

politik secara transperen dan langsung. Sebaliknya rakyatpun tidak dapat menyampaikan

maklumat politik sebenar melalui media massa. Sementara, sebarang aktiviti rakyat secara

organisasi atau peribadi terutama aktiviti para aktivis yang bertentangan dengan kerajaan akan

menghadapi risiko besar iaitu diketepikan oleh kerajaan. Hal lain yang dibuat oleh kerajaan adalah

menyelenggarakan pendidikan politik melalui Penataran (pelajaran) P-4 (Pedoman Penghayatan

dan Pengamalan Pancasila). Pelajaran politik semacam ini sesungguhnya merupakan strategi

kerajaan untuk membolehkan rakyat memahami nilai-nilai politik sesuai dengan kehendak

kerajaan, dan ini lebih mengukuhkan kekuasaannya sehingga agen sosialisasi politik lain di luar

kerajaan seperti parti politik, kelompok berkepentingan dan media massa kelihatannya tidak

mempunyai peranan untuk itu.

Di samping itu, rakyat tidak diberi kesempatan memberikan masukan (inputs) dalam proses

menyusun dasar awam sehingga tidak mengakomodasi aspirasi atau kepentingan rakyat sebenar.

Demikian juga, kerajaan memiliki kuatkuasa penuh dalam menetapkan keputusan politik melalui

cara “musyawarah muafakat”. Bagaimanapun selama kerajaan Order Baru memerintah, telah

menyelenggarakan pilihan raya umum secara berkala dalam masa lima tahun sekali. Namun, sejak

pilihan raya umum tahun 1971 sehingga pilihan raya tahun 1997 sebagai penyelenggara pilihan

raya umum adalah pegawai kerajaan (kaki tangan kerajaan), sementara parti-parti politik hanya

Page 98: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

98

berperanan sebagai saksi yang seharusnya penyelenggara pilihan raya umum itu adalah suatu

institusi yang bebas.

Bertitik tolak dari apa yang dikatakan oleh sarjana/pengkaji budaya politik Indonesia bahawa

budaya politik Indonesia bersifat penaung yang dinaungi (Jackson,1978), politik-birokratik

(Harold Crouch dalam Jurnal Ilmu Politik Nombor 2, 1987: 26-27) dan menyusul terjadinya

reformasi maka dibuat permasalahan kajian berikut ini:

1. Apakah budaya politik yang terdahulu (dengan sifat-sifatnya) itu masih wujud?

2. Apakah masyarakat sudah memiliki perasaan dan kesedaran tentang politik dan

pemerintahan demokratik

3. Apakah masyarakat sudah memiliki perasaan dan kesedaran tentang kebebasan politik dan

kedaulatan rakyat sehingga terwujud budaya politik demokratik?

Bagi memberikan haluan pada penyelidikan ini dikemukakan andaian-andaian atau hipotesis

berikut:

1. Budaya Politik Indonesia yang lampau (dengan sifat-sifatnya) tidak berlaku

2. Kesedaran dan perasaan masyarakat terhadap politik dan pemerintahan berubah dari

autoriter kepada demokrasi

3. Kebebasan politik dan kedaulatan rakyat merubah budaya politik autokratik kepada budaya

politik demokratik.

METOD PENYELIDIKAN Penyelidikan ini menggunakan kaedah deskriptif yang dapat memberikan gambaran secara cermat

mengenai individu, keadaan, gejala atau kelompok tertentu di dalam masyarakat. Di samping itu

penelitian deskriptif juga dapat menggunakan data kualitatif mahupun kuantitatif (Kuntjaraningrat,

1977: 45; Singarimbun, 1984: 4; Lexy, 2000: 6; Sugiyono, 2001: 78). Penyelidikan ini

menggunakan kaedah analisis deskriptif, maknanya adalah suatu kajian eksplorasi bagi mendapati

pengertian yang lebih baik tentang sesuatu gejala dengan mengidentifikasi ciri-ciri umum gejala,

sifat khusus dari setiap sub bahagian gejala dan sifat yang menonjol daripada setiap sub bahagian

gejala, menurut gambaran peratus distribusi (Widjaja, 1982: 234). Widjaja pula menjelaskan

bahawa analisis deskriptif mengandung pengamatan impersionistik atas klasifikasi sejumlah data

peratus dari seluruh pernyataan. Walaupun data telah diolah secara objektif, tetapi kebenarannya

belum dapat dihandalkan, oleh kerana itu dilakukan analisis inferensial disertai tingkat

kepercayaan (degree of confidence) terhadap kebenaran kesimpulan yang dibuat (Widjaja, 1982:

235). Analisis dikatakan inferensial, kerana kesimpulan dibuat secara tidak langsung dari

pengamatan interaksi kenyataan sebenar ke atas data yang telah dibuat secara sistematik.

Kemudian dibuat kesimpulan dari rumus statistik yang telah mentransformasikan data asli melalui

gred-gred tahapan sehingga tidak terlihat data aslinya.

Dengan demikian, analisis deskriptif yang dilakukan pada penyelidikan ini dijangka dapat

menggambarkan kesedaran (sikap dan kepercayaan) dan perasaan (harapan) masyarakat terhadap

pemerintahan dan politik, serta nilai kebebasan politik dan kedaulatan rakyat masyarakat Jawa

Barat. Untuk menguji kebenaran analisis deskriptif, maka dilakukan uji statistik dengan

menggunakan Kaedah Likert Skel dan Median Perluasan (Median Extention) dengan

menggunakan rumus Khi Kuasa Dua. Pengumpulan data primer dalam penyelidikan ini

menggunakan borang soal selidik yang mengandung soalan tentang kehidupan politik kerajaan

(superior political structure) mahupun kehidupan politik masyarakat (inferior political structure)

yang dibahagikan kepada responden untuk memperoleh data kuantitatif. Sementara, pengumpulan

data sekunder dikutip dari berbagai-bagai literatur iaitu buku teks, majalah-majalah antara lain

Page 99: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

99

Gatra, Forum, akhbar Kompas dan Pikiran Rakyat sehingga penyelidikan berakhir, media

elektronik daripada televisyen kerajaan mahupun swasta dan radio tentang pelbagai maklumat

politik dalam kehidupan politik kerajaan mahupun masyarakat.

Penetapan sampel penyelidikan dilakukan melalui dua tahapan, pertama menetapkan

wilayah penyelidikan berdasarkan pada kaedah stratified random sampling iaitu dipilih 26 buah

wilayah pentadbiran pembangunan di Jawa Barat. Daripada 26 buah wilayah itu, ditetapkan 10

buah kabupaten/kota (regency/municipality) iaitu Kota Bandung, Kabupaten Cianjur, Kabupaten

Purwakarta, Kota Bogor, Kabupaten Subang, Kabupaten Indramayu, Kabupaten Cirebon,

Kabupaten Tasikmalaya, Kabupaten Pandeglang dan Kabupaten Serang. Kedua, menetapkan

sampel orang/responden berdasarkan kaedah purposive sampling, dengan kriteria sampel mestilah

mereka yang pernah mengundi pada pilihan raya umum. Jumlah pengundi di provinsi Jawa Barat

adalah 26,344,147 (DPD Golkar Jawa Barat, 1999) Menurut Sugijono, populasi > 1,000,000 orang

adalah tidak terkira, dengan ketentuan bahawa jumlah kesalahan 1% adalah 664 orang, kesalahan

5 % adalah 349 orang dan kesalahan 10% adalah 272 orang (Sugiyono, 2001: 72).

Mengikuti Sugijono maka, pada penyelidikan ini telah ditetapkan sampel sejumlah 950

orang/responden, dibahagikan kepada kriteria (1) kumpulan peringkat pendidikan, (2) kumpulan

umur, dan (3) kumpulan budaya politik. Hal ini adalah untuk membuat penyelidikan ini lebih valid

dan mewakili seluruh wilayah penyelidikan kerana populasi bukan hanya orang-orang tetapi

mencakupi karakteristik/sifat yang dimilikinya (Sugiyono, 2001: 72). Daripada dimensi/aspek

kesedaran dan perasaan masyarakat terhadap politik dan pemerintahan, ada tiga alat ukur

(indikator) iaitu keperluan rakyat ikut serta dalam kegiatan parti politik, pemilihan pemimpin pada

pilihan raya, dan peranan elit parti, kerajaan, dan legislative, dan seterusnya karakteristik/sifat

responden sebagai instrument penyelidikan telah ditetapkan sejumlah 17 buah. Sementara itu

dimensi/aspek nilai kebebasan politik dan kedaulatan rakyat, ada lapan (8) alat ukur/indicator

iaitu, peranan parti sebagai organisasi politik, keikutsertan masyarakat mengikuti maklumat

politik, aktiviti aktivis, keikutsertaan masyarakat dalam pendidikan politik, pelaksanaan dasar

awam, penetapan keputusan, pemilihan pemimpin untuk jawatan politik, penyelenggaraan pilihan

raya umum. Seterusnya ditetapkan karakteristik/sifat responden sejumlah 27 buah.

Page 100: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

100

Jadual 1: Responden Pada Setiap Lokasi Kajian

Kota/Kabupat

en

Kumpulan Budaya Politik Jumlah

Peserta Subjek Parokia

l

Pandeglang

Serang

Bogor

Cianjur

Cirebon

Indramayu

Purwakarta

Subang

Tasikmalaya

Bandung

38

34

20

33

24

32

31

23

22

45

32

35

39

36

36

35

32

37

38

37

30

31

25

31

30

33

37

29

27

18

100

100

84

100

90

100

100

89

87

100

Jumlah 302 357 291

950

Sumber: Hasil Kaji selidik

PERKEMBANGAN BUDAYA POLITIK INDONESIA

Era revolusi kemerdekaan merupakan tempoh pengasasan demokrasi di Indonesia bagi

mengekalkan prinsip-prinsip dasar demokrasi seperti kebebasan politik dan kedaulatan politik

rakyat telah mulai wujud seperti penubuhan parti politik oleh rakyat melalu Maklumat Wakil

Presiden no X tahun 1945. Walaupun belum semua prinsip demokrasi wujud kerana konsentrasi

masih tertuju pada mempertahankan kemerdekaan. Era tahun 1950 sehingga 1959, Indonesia

melaksanakan sistem kerajaan berparlimen di mana kuasa presiden Soekarno beralih kepada

pengangkatan Perdana Menteri dan seringkali terjadi pergantian kabinet sebab koalisi dan

penentangan telah mengakibatkan kabinet jatuh serta ketidakstabilan politik berpanjangan dan

pembubaran konstituante. Akhirnya, presiden Soekarno mengisjtisarkan Dekrit Presiden 5 Julai

1959, iaitu kembali kepada UUD 1945. Setelah Dekrit Presiden 5 Julai 1959, presiden Soekarno

kembali memegang kuasa kerajaan, dan Indonesia mengistiyarkan demokrasi terpimpin sehingga

Presiden Soekarno berkuasa penuh ke atas institusi eksekutif, legislatif yang mengakibatkan

kebebasan politik dan kedaulatan rakyat tidak wujud, dan rakyat cenderung apati. Pada tahun 1965

terjadi Pemberontakan PKI (“G30S-PKI”) yang berusaha mengambil alih kuasa negara mendapat

penentangan rakyat Indonesia yang disokong oleh golongan tentera dan akhirnya kuasa Presiden

Soekarno berakhir pada tahun 1966.

Leftenan Jeneral Soeharto menggantikan presiden Soekarno melalui Surat Perintah 11 Mac.

Kerajaan presiden Soeharto pada awalnya mendapat sokongan kuat dari rakyat. Beliau menjadi

Page 101: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

101

tokoh sentral yang sangat berkuasa dengan membuat pelbagai peraturan di bidang politik, ekonomi

dan hokum yang mendapat sokongan kuat daripada militer dan Golongan Karya. Kepimpinan

presiden Soeharto semakin menunjukkan sifat autokratik sehingga mendapat penentangan dan

desakan yang sangat kuat dari rakyat terutama mahasiswa. Mereka mendesak presiden Soeharto

mengundurkan diri daripada jawatan presiden dan juga menuntut reformasi politik, ekonomi, dan

hukum. Atas desakan itu akhirnya Presiden Soeharto meletak jawatan Presiden. Timbalan Presiden

B. J. Habibie menggantikan Presiden Soeharto dan mulai terjadi perubahan besar di bidang politik,

ekonomi, undang-undang, dan media massa yang sebelumnya (era Order Baru) terkekang menjadi

semakin terbuka. Ramai orang menubuhkan parti politik, 48 buah parti politik yang sah telah

bertanding dalam pilihan raya umum 1999 yang dipercepat. Kerajaan mulai berorientasi pada

kepentingan rakyat dan media massa sangat bebas dan transperen. Ini menunjukkan bahawa

kesedaran dan perasaan rakyat terhadap politik dan pemerintahan serta kebebasan politik dan

kedaulatan rakyat mulai wujud. Bagaimanapun presiden B. J. Habibie tidak lama memerintah

kerana pada pilihan presiden 1999 beliau tidak turut bertanding.

Presiden K. H. Abdurrahmad menggantikan presiden B. J. Habibie dan Megawati

Soekarnoputri sebagai timbalan presiden. Beliau sering kali melakukan lawatan ke luar negara,

sehingga ramai orang berpendapat beliau kurang memperhatikan keadaan dalam negeri.

Keterlibatan beliau dalam kes iaitu Buloggate dan Bruneigate menghantar Presiden K. H.

Abdurrahman Wahid ke Sidang Istimewa MPR dan akhirnya MPR menurunkannya daripada

jawatan Presiden yang mengambil masa selama 21 bulan. Presiden Megawati Soekarnoputri

menggantikan presiden K. H. Abdurrahman Wahid dan Hamzah Haz sebagai timbalan presiden.

Terselenggara pilihan raya umum 2004, yang diselenggarakan oleh KPU sebagai institusi

independen, sejumlah 24 parti politik turut bertanding. Pada era presiden Megawati Soekarnoputri

dan presiden K. H. Abdurrahman Wahid terjadi tiga kali amandemen UUD 1945 diikuti

pembentukan undang-undang yang memperkukuh tegaknya demokrasi di Indonesia seperti

pemilihan presiden yang dipilih secara langsung oleh rakyat. Presiden Soesilo Bambang

Yudhoyono dan timbalan presiden Jusuf Kalla merupakan presiden pertama yang dipilih secara

langsung oleh rakyat menggantikan presiden Megawati Soekarnoputri/Hamzah Haz. Kerajaannya

menghadapi berbagai-bagai permasalahan seperti musibah bencana. Suasana politik masih

diwarnai demonstrasi di berbagai-bagai daerah di Indonesia mengenai pelbagai permasalahan

politik, ekonomi mahupun hukum yang mengecam kerajaan, dan pelbagai masalah di daerah-

daerah. Ekonomi makro nampak semakin kukuh, sementara ekonomi mikro menampakkan hasil

yang bererti. Secara umum keadaan politik cukup dapat dikendalikan dan menunjukkan suatu

suasana demokrasi partisipatif dan budaya politik demokratik.

KESEDARAN DAN PERASAAN MASYARAKAT TERHADAP POLITIK DAN

PEMERINTAHAN: ANALISIS STATISTIK

Pengukuran aspek kesedaran dan perasaan masyarakat terhadap politik dan pemerintahan

berdasarkan uji statistik skel Likert.

Hasil analisis data menunjukkan:

1. Peratus tingkat persetujuan terhadap rakyat ikut serta dalam kegiatan parti berorientasi pada

pembinaan politik adalah 92%, rakyat ikut serta dalam kegiatan parti berorientasi pembinaan sosial

Page 102: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

102

adalah 94%, rakyat ikut serta menjadi ahli parti adalah 82%, rakyat ikut serta menjadi pengerusi

parti iaitu 86%. Keempat-empat pernyataan terletak/ada pada daerah berpengaruh dalam

mewujudkan demokrasi.

2. Peratus tingkat persetujuan responden tentang calon pemimpin mengetahui secara pasti visi dan

misi parti adalah 94%, calon pemimpin mengetahui proses pemilihan pemimpin adalah 88%, calon

pemimpin mengetahui kewangan parti adalah 82%, calon pemimpin mengetahui proses penetapan

keputusan parti adalah 87%, calon pemimpin mengetahui watak pelapis parti 89%. Kelima-lima

peratus tingkat persetujuan responden terletak/ada pada daerah berpengaruh dalam mewujudkan

demokrasi.

3. Peratus tingkat persetujuan responden tentang elit parti menerima dan memperjuangkan aspirasi

rakyat adalah 96%, elit kerajaan menerima dan memperjuangkan aspirasi rakyat adalah 93%, elit

legislatif menerima dan memperjuangkan aspirasi rakyat 96%. Peratus tingkat persetujuan

responden tentang elit parti mengunjungi, mengumpul dan menyelesaikan permasalahan rakyat

adalah 93%, elit kerajaan mengunjungi, mengumpul dan menyelesaikan permasalahan adalah

94%, elit legislatif mengunjungi, mengumpul dan menyelesaikan permasalahan rakyat adalah

94%. Peratus tingkat persetujuan responden elit parti bergerak balas tehardap tuntutan rakyat

melalui media massa adalah 79%, elit kerajaan bergerak balas terhadap tuntutan rakyat melalui

media massa adalah 91%, dan elit legislatif bergerak balas terhadap tuntutan rakyat melalui media

massa adalah 91%. Kesembilan-sembilan peratus tingkat persetujuan responden terletak/ada pada

daerah berpengaruh dalam mewujudkan demokrasi.

KEBEBASAN POLITIK DAN KEDAULATAN RAKYAT

Aspek nilai kebebasan politik dan kedaulatan rakyat dibahagikan kepada kumpulan peringkat

pendidikan, kumpulan umur dan kumpulan budaya politik.

Pendapat Responden Kumpulan Peringkat Pendidikan Terhadap Kebebasan Politik dan

Kedaulatan Rakyat

Analisis data berdasarkan uji statistik median extention dengan rumus Khi Kuasa Dua ( 2) untuk

peringkat pendidikan, maka 950 responden dibahagikan kepada tiga kumpulan peringkat

pendidikan iaitu peringkat Pendidikan Tinggi/Universiti 190 orang, peringkat Sekolah Menengah

Atas (SMA) 475 orang dan di bawah SMA berjumlah 285 orang. Persepsi/tanggapan responden

kumpulan berpendidikan Universiti, SMA dan di bawah SMA (< SMA) terhadap kebebasan

politik dan kedaulatan rakyat dapat dilihat pada Jadual 2 Persepsi responden yang berpendidikan

PT/ Universiti untuk tinggi adalah 60%, untuk sedang 24%, dan untuk rendah 16%. Persepsi

responden yang berpendidikan SMA untuk tinggi 56%, untuk sedang 23%, dan untuk rendah 21%.

Persepsi responden yang berpendidikan di bawah SMA untuk tinggi 33%, untuk sedang 47%, dan

untuk rendah 20%.

Page 103: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

103

Jadual 2: Persepsi Responden Kumpulan Peringkat Pendikan

Terhadap Kebebasan Politik Dan Kedaulatan Rakyat

PERINGKAT

PENDIDIKAN

Persepsi/

Tanggap

an

Jumlah

Tinggi Sedang Rendah

PT/Universiti 114 46 30 190

SMA 267 112 96 475

<SMA 96 139 50 285

Jumlah 477 297 176 950

Hasil penghitungan jumlah jawapan daripada 950 responden mengenai lapan (8) aspek

kebebasan politik dan kedaulatan rakyat dengan transformasi data ke dalam persepsi tinggi, sedang

dan rendah sesuai dengan median jawapan responden iaitu nilai jawapan terendah + nilai jawapan

tertinggi : 2, hasilnya adalah (16 + 24) : 2 = 20. Ertinya, responden kumpulan peringkat pendidikan

PT/Universiti: 114 responden memberikan jawapan tinggi (di atas median), 46 responden

memberikan jawapan sedang (sama dengan median), dan 30 responden memberikan jawapan

rendah (di bawah median). Responden kumpulan peringkat pendidikan SMA: 267 responden

memberikan jawapan tinggi (di atas median), 139 responden memberikan jawapan sedang (sama

dengan median), dan 96 responden memberikan jawapan rendah (di bawah median). Responden

kumpulan peringkat pendidikan < SMA: 96 responden memberikan jawapan tinggi (di atas

median), 139 responden memberikan jawapan sedang (sama dengan median), dan 50 responden

memberikan jawapan rendah (di bawah median). Untuk mengetahui apakah jawapan responden

berada pada angka harapan terhadap kebebasan politik dan kedaulatan rakyat, maka hasil

perhitungannya dipaparkan pada Jadual 3

Page 104: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

104

Jadual 3: Jawapan Responden Berdasarkan Kumpulan

Peringkat Pendidikan Di Atas Dan Di Bawah Median

KUMPULAN

JUMLAH JAWAPAN

Pendidikan Pendidikan Pendidikan

PT/Universiti SMA <SMA

Jumlah yang menjawab

di atas

median 20

114

72

267

181,5

96

73

Jumlah yang menjawab

di bawah

median 20

30

72

96

181,5

50

73

Jadual 3, menunjukkan 114 responden berpendidikan PT/Universiti memberikan jawapan

di atas median dan 30 responden memberikan jawapan di bawah median, angka harapannya adalah

(114 + 30) : 2 = 72, 267 responden berpendidikan SMA, 181,5 responden memberikan jawapan di

atas median dan 96 responden yang memberikan jawapan di bawah median, angka harapannya

adalah (267 + 96) : 2 = 181,5, dan 96 responden berpendidikan di bawah SMA, 50 responden

memberikan jawapan di atas median dan 50 responden memberikan jawapan di bawah median,

angka harapannya adalah (96 + 50) : 2 = 73.

Kemudian hasil perhitungan itu dimasukkan ke dalam rumus Khi Kuasa Dua ( 2).

=

Keterangan

Fo = Jumlah kes dalam baris ke i dalam kolom j

Fh = Jumlah kes yang diharapkan pada Garis ke i dan kolom j

∑ = Penjumlahan semua sel

2

Σ (fo ij

– fh

ij)2 f

h

i

j

Page 105: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

105

Jadi :

(114 -72)2 (267 – 181,5)2 (96 – 73)2

2 = + + = 71.94

72 181,5 73

Hasil perhitungan didapat harga 2 hitung = 71,94 dibandingkan dengan 2 tajuk, dengan

= k – 1, dan (tingkat kesalahan) ditetapkan 0,01. K – 1 = 3 – 1 = 2. Dengan menggunakan tajuk

C, harga 2 tajuk ditemukan iaitu sebesar 9,21.

Ternyata 2 hitung lebih besar dari 2 tajuk (71,94 > 9,21). Kerana 2 hitung lebih besar dari

2 tajuk, maka Ho ditolak dan Ha diterima.

Kesimpulannya adalah terdapat perbezaan yang signifikan dalam menanggapi aspek-aspek

kebebasan politik dan kedaulatan rakyat antara kumpulan peringkat pendidikan responden

(PT/Universiti, SMA, di bawah SMA).atau ada hubungan yang signifikan antara peringkat

kumpulan peringkat pendidikan responden dalam menanggapi aspek-aspek kebebasan politik dan

kedaulatan rakyat.

Pendapat Responden Kumpulan Umur Terhadap Kebebasan Politik dan Kedaulatan

Rakyat

Analisis data berdasarkan uji statistik median extention dengan rumus Khi Kuasa Dua ( 2) untuk

kumpulan umur, maka 950 responden dibahagikan kepada dua kumpulan umur iaitu kumpulan

umur > 35 tahun sejumlah 502 orang responden, dan kumpulan umur < 35 tahun ( 35-17 tahun)

sejumlah 448 responden. Jadual 3 menunjukkan persepsi/tanggapan responden kumpulan umur

terhadap kebebasan politik dan kedaulatan rakyat iaitu persepsi responden kumpulan umur > 35

tahun untuk tinggi adalah 62%, untuk sedang 20%, dan untuk rendah 18%. Persepsi responden

kumpulan umur < 35 tahun (35-17 tahun) untuk tinggi 37%, untuk sedang 44%, dan untuk rendah

19%.

Σ

Page 106: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

106

Jadual 4: Persepsi Responden Kumpulan Umur

Terhadap Kebebasan Politik Dan Kedaulatan Rakyat

KUMPULA

N

UMUR

PERSEP

SI

JUMLA

H

Tinggi Sedang Rendah

> 35 311 100 91 502

< 35-17 166 197 85 448

Jumlah 477 297 176 950

Hasil penghitungan jumlah jawapan 950 responden responden tentang lapan (8) aspek

kebebasan politik dan kedaulatan rakyat dengan transformasi data ke dalam persepsi tinggi, sedang

dan rendah. Daripada kumpulan umur responden di atas 35 tahun (> 35 tahun): 311 responden

memberikan jawapan tinggi (di atas median), 100 responden memberikan jawapan sedang (sama

dengan median), dan 91 responden memberikan jawapan rendah (di bawah median). Daripada

kumpulan umur responden 17-35 tahun: 166 responden memberikan jawapan tinggi (di atas

median), 197 responden memberikan jawapan sedang (sama dengan median), dan 85 responden

memberikan jawapan rendah (di bawah median). Untuk mengetahui apakah jumlah jawapan

responden berada pada angka harapan terhadap kebebasan politik dan kedaulatan rakyat, maka

hasil penghitungan data dapat dilihat pada Jadual 4 berikut

Page 107: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

107

Jadual 5: Jawapan responden berdasarkan kumpulan umur

Terhadap kebebasan politik dan kedaulatan rakyat

Di bawah dan di atas median

KUMPULAN

JUMLAH JAWAPAN

>35 35-17

Jumlah yang menjawab

di atas

median 20

311

201

166

125,5

Jumlah yang menjawab

di bawah

median 20

91

201

85

125,5

Jadual 5 menunjukkan 311 responden kumpulan umur > 35 tahun memberikan jawapan di

atas median, dan 91 responden memberikan jawapan di bawah median, angka harapannya adalah

(311 + 91) : 2 = 201. Daripada responden kumpulan umur 17-35 tahun, 166 responden memberikan

jawapan di atas median dan 85 responden memberikan jawapan di bawah median, angka

harapannya adalah (166 + 85) : 2 = 125,5 responden memberikan jawapan di atas median dan 85

responden Seterusnya hasil penghitungan (Jadual 5. 22) dimasukkan ke dalam rumus Khi Kuasa

Dua ( 2)

2

Keterangan

Fo = Jumlah kes dalam baris ke i dalam kolom j

Fh = Jumlah kes yang diharapkan pada Garis ke i dan kolom j

(fo ij

– fh

ij)2 =

Σ f

h

i

j

Page 108: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

108

∑ = Penjumlahan semua sel

Jadi:

(311 – 201 )2 (166 – 125,5)2

2 = + = 73,25

201 125,5

Hasil perhitungan didapat harga 2 hitung = 73,25 dibandingkan dengan 2 tajuk, dengan

= k – 1, dan (tingkat kesalahan) ditetapkan 0,01. K – 1 = 3 – 1 = 2. Dengan menggunakan tajuk

C, harga 2 tajuk ditemukan iaitu sebesar 6,63.

Ternyata 2 hitung lebih besar dari 2 tajuk (73,25 > 6,63). Kerana 2 hitung lebih besar dari

2 tajuk, maka Ho ditolak dan Ha diterima.

Kesimpulannya adalah terdapat perbezaan yang signifikan dalam menanggapi aspek-

aspek kebebasan politik dan kedaulatan rakyat antara responden kumpulan peringkat umur (>35

tahun dan responden kumpulan umur < 35-17 tahun) atau ada hubungan yang signifikan antara

responden kumpulan umur dalam menanggapi aspek-aspek kebebasan politik dan kedaulatan

rakyat.

Pendapat Responden Kumpulan Budaya Politik Terhadap Kebebasan Politik dan

Kedaulatan Rakyat

Analisis data berdasarkan uji statistik median extention dengan rumus Khi Kuasa Dua ( 2) untuk

kumpulan budaya politik, maka 950 responden dibahagikan kepada tiga kumpulan budaya politik

iaitu kumpulan budaya politik peserta 302 responden, kumpulan budaya politik subjek 357

responden, dan kumpulan budaya politik parokial 291 responden. Persepsi/tanggapan responden

kumpulan budaya politik terhadap kebebasan politik dan kedaulatan rakyat dapat dilihat pada

Jadual 5 yang menunjukkan persepsi responden kumpulan budaya politik peserta untuk tinggi

adalah 93%, untuk sedang 5%, dan untuk rendah 2%. Persepsi responden kumpulan budaya politik

subjek untuk tinggi 42%, untuk sedang 47%, dan untuk rendah 11%. Persepsi responden kumpulan

budaya politik parokial untuk tinggi 16%, untuk sedang 39%, dan untuk rendah 45%.

Σ

Page 109: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

109

Jadual 6 : Persepsi Responden Kumpulan Budaya Politik

Terhadap Kebebasan Politik Dan Kedaulatan Rakyat

KUMPULAN

BUDAYA

POLITIK

PERSEPSI JUMLA

H

Tinggi Sedang Rendah

Peserta 280 16 6 302

Subjek 150 167 40 357

Parokial 46 114 131 291

Jumlah 477 297 176 950

Hasil penghitungan jumlah jawapan daripada 950 responden tentang lapan (8) aspek

kebebasan politik dan kedaulatan rakyat dengan transformasi data ke dalam persepsi tinggi, sedang

dan rendah. Responden kumpulan budaya politik peserta: 280 responden memberikan jawapan

tinggi (di atas median), 16 responden memberikan jawapan sedang (sama dengan median), dan 6

responden memberikan jawapan rendah (di bawah median). Daripada kumpulan budaya politik

subjek: 150 responden memberikan jawapan tinggi (di atas median), 167 responden memberikan

jawapan sedang (sama dengan median), dan 40 responden memberikan jawapan rendah (di bawah

median). Daripada responden kumpulan budaya politik parokial: 46 responden memberikan

jawapan tinggi (di atas median), 114 responden memberikan jawapan sedang (sama dengan

median), dan 131 responden memberikan jawapan rendah (di bawah median). Untuk mengetahui

apakah jawapan responden berada pada angka harapan terhadap kebebasan politik dan kedaulatan

rakyat, seterusnya akan dibuat perhitungan data.

Page 110: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

110

Jadual 7: Jawapan Responden Berdasarkan

Kumpulan Budaya Politik Terhadap Kebebasan Politik

Dan Kedaulatan Rakyat Di Atas Dan Di Bawah Median

KUMPULAN JUMLAH JAWAPAN

Peserta Subjek Parokial

Jumlah yang

menjawab

di atas

280 150 46

Median 20

143

95

88,5

Jumlah yang

menjawab

di bawah

6 40 131

median 20

143

95

88,5

Jadual 7 menunjukkan 280 responden kumpulan budaya politik peserta memberikan

jawapan di atas median, dan 6 responden memberikan jawapan di bawah median, angka

harapannya adalah (280 + 6) : 2 = 143. Daripada responden kumpulan budaya politik subjek, 150

responden memberikan jawapan di atas median dan 40 responden memberikan jawapan di bawah

median, angka harapannya adalah (150 + 40) : 2 = 95. Daripada responden kumpulan budaya

politik parokial, 46 responden memberikan jawapan di atas median dan 131 responden

memberikan jawapan di bawah median, angka harapannya adalah (46 + 131) : 2 = 88,5. Kemudian

hasil perhitungan (Jadual 7) dimasukkan ke dalam rumus Khi Kuasa Dua ( 2)

Jadi

Keterangan

Fo = Jumlah kes dalam baris ke i dalam kolom j

Fh = Jumlah kes yang diharapkan pada Garis ke i dan kolom j

∑ = Penjumlahan semua sel

(fo ij

– fh

ij)2

2 f

h

i

j

=

Σ

Page 111: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

111

Hasil perhitungan didapat harga 2 hitung = 144,08 dibandingkan dengan 2 tajuk, dengan

= k – 1, dan (tingkat kesalahan) ditetapkan 0,01. K – 1 = 3 – 1 = 2. Dengan menggunakan tajuk

C, harga 2 tajuk ditemukan iaitu sebesar 9,21. Ternyata 2 hitung lebih besar dari 2 tajuk

(144,08 > 9,21). Kerana 2 hitung lebih besar dari 2 tajuk, maka Ho ditolak dan Ha diterima.

Kesimpulannya adalah terdapat perbezaan yang signifikan dalam menanggapi aspek-aspek

kebebasan politik dan kedaulatan rakyat antara kumpulan budaya politik (peserta, subjek, dan

parokial) atau ada hubungan yang signifikan antara kumpulan budaya politik dalam menanggapi

aspek-aspek kebebasan politik dan kedaulatan rakyat.

KESIMPULAN

Kewajaran budaya politik demokrasi adalah salah satu unsur penting dalam perkembangan

demokrasi dan ukuran budaya politik demokrasi berupa kebebasan politik dan kedaulatan rakyat.

Kebebasan menjadi harapan setiap rakyat yang merdeka yakni dapat mengeluarkan pendapat yang

sesuai dengan hati nurani dan sebagai warganegara berhak untuk melakukan aktiviti kehidupan

seharian yang bebas daripada sebarang ketakutan dan ugutan. Sementara itu kedaulatan adalah

kuasa tertinggi ke atas hak individu yakni manusia berdaulat adalah manusia yang bebas daripada

campur tangan pihak lain, perbudakan dan penindasan dan yang menjaga kedaulatan ialah undang-

undang yang melindungi kepentingan bersama di antara warganegara atau warga bangsa.

Kajian ini memberikan sumbangan bagi menggambarkan kesedaran dan perasaan

masyarakat terhadap politik dan pemerintahan serta kebebasan politik dan kedaulatan rakyat di

kawasan penyelidikan. Ini perlu bagi membantu rakyat, para pengerusi parti politik, para ahli

Parlimen dan kakitangan kerajaan untuk mengubah nilai orientasi politiknya autokratik kepada

pola orientasi politik demokratik. Oleh itu, kajian ini membuktikan orientasi nilai-nilai politik

antara dua tempoh yang berbeza iaitu sebelum reformasi terutamanya Era Order Baru dan Era

Reformasi. Kini rakyat memantau dan menilai kesedaran dan perasaan masyarakat terhadap politik

dan pemerintahan serta kebebasan politik dan kedaulatan rakyat dengan memulakan Undang

Undang Dasar 1945 yang telah diamandemen dan pelbagai undang-undang serta amalan

kehidupan masyarakat secara demokrasi. Di Jawa Barat telah terjadi perubahan nilai orientasi

politik iaitu wujud orientasi politik demokrasi dalam kalangan rakyat di mana rakyat telah

mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman kepada kesedaran dan perasaan terhadap politik

dan pemerintahan serta kebebasan politik dan kedaulatan rakyat sehingga rakyat mengetahui hak

dan kewajipan sebagai warganegara yang berpengaruh. Nilai orientasi politik demokrasi atas dasar

amalan kesedaran dan perasaan terhadap politik dan pemerintahan telah mulai wujud, namun

belum secara sempurna bagi memenuhi matlamat perjuangan reformasi yang dicetuskan oleh

mahasiswa bersama-sama dengan pejuang reformasi lainnya di Indonesia. Perjuangan reformasi

masih dalam proses untuk mewujudkan sistem demokrasi sebenar selari dengan terbentuknya

budaya politik demokrasi.

Page 112: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

112

Rujukan

Albert Widjaja, 1982. Budaya Politik dan Pembangunan Ekonomi. Jakarta: LP3ES.

Alimuddin Tuwu (Ptj.), 1993. Sevilla Consuelo, G (et al), Pengantar Metode Penelitian, Jakarta,

UI Press.

Almond, Gabriel A. and Bingham Powell Jr., 1966. Comparative Politics: A Developmental

Approach. Boston, Toronto: Little Brown and Company.

Almond, Ga briel A dan Sidney Verba (Sahat Simamora, ptj), 1984. The CivicCulture. Jakarta:

Bina Aksara.

Anderson, Benedict R O’G, James Siegel, 1972. Culture and Politics in Indonesia. Ithaca New

York: Cornell University Press.

Aspinall, Edward, Herbert Feith (Ed), 1999. The Last Days of President Suharto. Australia:

Monash Asia Institute.

BPS, Jawa Barat Dalam Angka 2004/2005 Jawa Barat In Figures, 2005. BPS Propinsi Jawa Barat.

Bondan S. Gunawan, 2000. Indonesia Menggapai Demokrasi. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan.

Coveard, Keith, 1999. Suharto Indonesia’s Last Sultan. Singapore, Horizon Books.

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995. Gaya Dewan, Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Diamond, Larry & Sutoro Eko, 2003. Developing Democracy, Toward Consolidation.

Yogyakarta: IRE Press Yogyakarta.

Eep Saefulloh Fatah, 1998, 2000. Menuntaskan Perubahan, Catatan Politik 1988-1999. Jakarta:

Kronik Indonesia Baru.

Forrester, Geoff & R.J. May (Editors), 1998. The Fall of Soeharto. Bathurst: NSW 2795 Crawford

House Publishing.

Gaffar, Afan, 1992. Javanese Voters, A Case Study of Election under a Hegemonic Party System.

Yogyakarta: Gadjahmada University Press.

Politik Indonesia, Transisi Menuju Demokrasi. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Hill Hal, 1994. Indonesia New Order, The Dynamics of Socio Economic Tranformation. Australia:

Allen and Unwin, New South Wales.

Jackson, Karl J and Lucian W Pye, 1976. Political Power and Communication in Indonesia.

London, England: University of California Press, Ltd.

Page 113: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

113

Kavanagh, Dennis, 1982. Pergeseran-Pergeseran Politik dalam Masyarakat, Suatu Pendekatan

Kebudayaan Politik. Bandung: Iqr

Keller, Suzanne, 1984. Penguasa dan Kelompok Elit, Peranan Elit Penentu dalam Masyarakat

Modern. Jakarta: CV. Rajawali.

Laboratorium Ilmu Politik FISIP UI, 1998. Mengubur Sistem Politik. Jakarta: Mizan.

Leo Suryadinata, 1998. Intepreting Indonesian Politics. Singapore: Times Academic Press.

Lloyd, Grayson, Shannon Smith (Ed.), 2001. Indonesia Today, Challenges of History.Singapore:

Institute of Southeast Asian Studies.

Manning, Chris & Peter van Diermen, 1999. Indonesia in Transition, Social Aspects of

Reformasi and Crisis. Canberra, Australia: Institute of Southeast Asian Studies.

Masri Singarimbun, Sofian Effendi (penyunting), 1981. Metode Penelitian Survai. Jakarta:

LP3ES.

May Brian, 1998. Indonesia Tragedy. Singapore: Graham Barsh (PTE) Ltd.

Pye, Lucian W. and Sidmey Verba (Ed.), 1965. Political Culture and Political Development.

Princeton: Princeton University Press.

Schwarz, Adam, 1994. A Nation in Waiting, Indonesia in 1990-s. New South Wales, Australia:

Allen and Unwin.

Sugiyono, 2001. Metode Penelitian Bisnis. Bandung: CV Alfabeta

Statistika untuk Penelitian. Bandung CV Alfabeta

Winarno Surachmad, 1977. Dasar-Dasar Teknik Research. Bandung: CV. Tarsito

Vatikiotis, Michael RJ, 1993. The Rise Fall of New Order: Indonesian Politics Under Suharto.

London and New York: Routledge

Asosiasi Ilmu Politik (AIPI), Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), 1987, Jurnal Ilmu

Politik Nombor 2, PT. Gramedia, Jakarta

Journal Asian Survey, Volume XLII, July/August 2002.

Volume XXIX, Number 2 Second Quater, 2001

Tiga Undang-Undang Politik 1999, UU. No. 2 Th. 1999 tentang Partai Politik; UU No. 3 Th 1999

tentang Pemilihan Umum; UU. No. 4 Th.1999 tentang Susunan dan Kedudukan MPR, DPR,

DPRD.

Tim Redaksi Fokus Media (2003) Undang-Undang Politik 2003. Bandung: Fokus Media

Page 114: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

114

PILIHAN RAYA KECIL BALINGIAN: REFLEKSI KEKUATAN BN

Suffian Mansor

Jeniri Amir

Abstract

Political change in Sarawak, in early 2014 effects the Balingian population. Sarawak's political

changes were not as negative as Sarawak's political scenario as in 1980 ′s, but it was a result of the

change in the leadership of the Sarawak State Government. The seat of Balingian urges Pehin Sri

Abdul Taib Mahmud, Sarawak's chief minister, to vacate the Balingian state assembly seat (DUN),

which was appointed as the new State (TYT) of Sarawak. As TYT, Abdul Taib could not hold

office in politics. He will only hear advice from the chief minister in some matters relating to his

jurisdiction. The vacancy of the Balingian DUN provided space to another by-election (BY) held

in Malaysia after BY Kajang. The by-election saw the Barisan Nasional (BN) will fight a candidate

from the People's Justice Party (PKR). The one-opponent competition was not an intense

competition for BN to maintain the seat. It turned out they could maintain the seat comfortably

after almost a week of half campaigning.

Last but not least, this paper discusses Sarawak's political implications following a voting pattern

in the 2013 elections to ethnic relations in Sarawak as well as in Malaysia in general

Keywords: National Front, state election, Balingian by-election

PENGENALAN

DUN Balingian terletak dalam kawasan Parlimen Mukah. Mukah diwakili oleh Datuk Seri

Muhammad Leo Toyad. Sementara itu, satu lagi kerusi DUN dibawah parlimen ini ialah Dalat,

yang diwakili oleh Datuk Fatimah Abdullah. Jumlah pengundi di Balingian ialah 13, 366

orangyang terdiri daripada 51 peratus pengundi wanita. 68Sementara itu, seramai 133 daripada

junmlah keseluruhan pengundi ialah pengundi pos. Majoriti pengundi di Balingian terdiri daripada

etnik Melanau, manakala selebihnya ialah Cina dan Iban.

68The Borneo Post, 16 Mac 16 2014, h.4.

Page 115: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

115

Sumber: Diolah daripada data Berita Harian, 18 Mac 2014, h.10..

Secara umumnya DUN Balingian terdiri daripada dua kawasan berbeza, iaitu

sebahagiannya bandar dan sebahagian besarnya luar bandar.Bandar Mukah yang terletak di DUN

Balingian memberi kemudahan kepada penduduk sekitarnya untuk mendapat perkhidmatan

kerajaan dan menjalankan kehidupan seharian. Malahan, Mukah menjadi pusat pentadbiran bagi

Bahagian Mukah. Mukah menjadi pusat pertemuan penduduk untuk membeli barang keperluan.

Sebuah lapangan terbang kecil dibina bagi memudahkan lagi perhubungan dengan penduduk luar.

Cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadikan Mukah sebagai salah sebuah bandar

pendidikan di Sarawak. Selain perkhidmatan kerajaan seperti klinik, pejabat pos dan jabatan

pertanian, Mukah juga mempunyai kemudahan yang disediakan oleh pihak swasta. Beberapa bank

diwujudkan di bandar tersebut untuk memudahkan penduduk berurusan dalam hal kewangan.

Sementara kemudahan penginapan pula terdapat beberapa buah hotel telah dibina untuk

memacukan industri pelancongan di Mukah. Mukah mudah dihubungi oleh penduduk luar bandar

dengan adanya kemudahan jalan raya yang menghubungi beberapa kampung dan rumah panjang.

Sementara itu, bidang pekerjaan utama penduduk adalah pertanian dan menangkap ikan.

Dari sejarahnya lagi, Mukah terkenal dengan penanaman rumbia untuk perusahaan sagu.69 Namun

demikian, penanaman rumbia ini mula disulami dengan penanaman komersial lain seperti kelapa

sawit, getah, lada hitam dan koko. Padi juga menjadi sebahagian daripada tanaman yang penting

69Mukah menjadi salah satu kawasan perusahaan sagu yang menguntungkan di bawah

pemerintahan Brunei.Hal ini membawa kepada konflik antara Brunei dengan kerajaan Sarawak di

bawah Keluarga Brooke. Lihat S. Baring-Gould and C. A. Bampfylde, A History of Sarawak:

Under Two White Rajahs, 1839-1908, Kuala Lumpur: S. A. Majeed & Co. Sdn. Bhd., h.289.

Melayu/Melanau58%

Iban29%

Cina12%

Lain-lain1%

Graf 1 : Pecahan Pengundi Mengikut Kaum

Page 116: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

116

di Balingian. Penduduk juga menanam tanaman lain sebagai tanaman sampingan seperti pisang

dan limau. Selain tanaman, usaha kerajaan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi penduduk

membawa kepada aktiviti penternakan ayam, itik, kambing, biri-biri dan lembu. Selain itu ada juga

yang terlibat dalam aktiviti nelayan laut dalam. Oleh kerana Mukah menghadap Laut China

Selatan, maka mudahlah aktiviti penangkapan ikan di laut dalam dijalankan. Sehubungan dengan

aktiviti penanaman rumbia, maka muncul industri berkaitan dengan sagu seperti kilang pembuatan

tebaloi dan tepung sagu. 70Selain itu, terdapat juga kilang papan dan kilang aluminium.

PENAMAAN CALON PRK BALINGIAN

Persoalan, siapakah yang akan bertanding dalam PRK Balingin dibelenggu rahsia dan spekulasi.

Bagi BN, khususnyanya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diuntukkan kerusi tersebut

pelbagai nama telah muncul untuk bertanding dalam PRK tersebut. Seramai tujuh nama calon

yang berpotensi mewakili BN. Dengan adanya ramai calon ini agak sukar bagi BN menimbang

manakah satu calon terbaik. Ketujuh-tujuh nama ini mempunyai kelebihan tersendiri. Dengan

mengambil kata-kata Setiausaha Agung PBB Stephen Rundi dalam pilihan calon ini, beliau

berkata “[k]ami percaya dan yakin siapa sahaja dipilih beliau akan berupaya bekerja dengan

baik”.71 Dalam hal ini, apa yang penting dalam memilih calon BN ini adalah seseorang yang

boleh berkhidmat dengan masyarakat untuk membangunkan Balingian. Namun demikian, nama

calon BN ini menjadi teka-teki sehinga menimbulkan pelbagai kenyataan tentang calon tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa calon Balingin kemungkinan seorang yang muda.72 Dalam hal ini,

timbul nama Adrian Langi Dorhat, seorang jurutera yang berumur 34 tahun.73 Selain beliau

beberapa nama lagi disebut seperti:-

1. James Pieng, Timbalan Pengerusi PBB Balingian

2. Akit Sebli, Ahli jawatankuasa PBB Balingian/Bekas Setiausaha Tetap Kementerian

Pelancongan Negeri

3. Cr. Sulaiman Sahari, seorang usahawan

4. Sulaiman Hussaini, Pengarah Pembangunan Ekonomi Negeri Sarawak74

5. Dr Anthony Valentine Laiseh, bekas Timbalan Residen Mukah

6. Paul Druce, terlibat dalam industri carigali minyak75

Sebelum nama-nama ini berkumandang, terdapat teka-teki untuk menamakan beberapa calon

terkenal dan ternama seperti Datuk Seri Effendi Norwawi, Dato Sri Mahmud Abu Bekir dan Mufti

Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya. Namun demikian, Effendi dan Mahmud menafikan mereka

70 Yasir Abdul Rahman, Melanau Mukah: Satu Kajian Budaya, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1987, h.7. 71 Utusan Malaysia, 10 Februari 2014, h.13. 72The Borneo Post, 1 Mac 2014, h.6. 73Berita Harian, 7 Mac 2014, h.7. 74Berita Harian, 7 Mac 2014, h.7. 75Utusan Malaysia, 7 Mac 2014,

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140307/po_07/Adrian-Alfonsus-antara-calon-

pilihan-utama-Barisan-Nasional, akses 24 Jun 2014, jam 2.12 petang.

Page 117: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

117

dicalonkan, manakala Juanda hanya disebut-sebut sebagai calon berpotensi. Akhirnya, dua nama

calon dicadangkan ini hanya satu khabar angin yang cuba mensensaikan senario politik Sarawak.

Namun demikian, apa yang lebih penting lagi bagi BN ialah perjanjian mereka dengan penduduk

Balingian. Perjanjian yang dibuat dalam tahun 1970-an itu mengkehendaki jikalau calon DUN

ialah orang Islam, maka calon Parlimen hendaklah seorang Kristian sesuai dengan komposisi

penganut agama antara Islam dengan kristian yang hampir seimbang di kawasan berkenaan.

Begitu juga sebaliknya, jikalau DUN Balingin diwakili oleh calon Kristian, maka Parlimennya

hendaklah seorang Islam. Dalam senario politik sebelum ini, kedua-dua wakil adalah orang Islam

iaitu Abdul Taib bagi DUN Balingian dan Muhammad Leo sebagai ahli parlimen Mukah selepas

Dr Leo memeluk Islam.Tambahan daripada syarat asas ini, calon Balingian juga harus pandai

dalam bahasa Melanau Mukah dan memahami budaya masyarakat tersebut.76Hal ini demikian

kerana sebahagian besar pengundi di DUN tersebut ialah orang Melanau. Oleh itu, menjadi salah

satu kemestian calon mesti mempunyai kemahiran bertutur dan memahami budaya masyarakat

Melanau Mukah bagi memudahkannya berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pengundi.

Namun demikian, nama yang sering dipaparkan dalam dada akhbar sejak awal lagi ialah

Akit Sebli. Beliau sebagai salah seorang veteran politik dan mempunyai banyak pengalaman

dalam selok-belok hal ehwal penduduk Balingian. Nama beliau dicanangkan hampir setiap hari

untuk menjadi calon BN. Namun demikian, teka-teki siapa calon BN mengejutkan semua pihak

apabila tiada satupun nama disenaraikan sebelum ini menjadi calon. BN telah meneliti baik buruk

dalam hal pemilihan ini dan mengambil keputusan untuk mencari calon di luar parti dan

berpengalaman. Akhirnya, bekas Pegawai Daerah Dalat dipilih, iaitu Yussibnosh Balo sebagai

calon BN.77

Yussibnosh merupakan anak tempatan di Kampung Tellian Tengah, Mukah yang

beragama Kristian. Dengan kata lain, beliau ialah anak jati DUN Balingian. Beliau berkelulusan

sarjana muda pentadbiran awam dari Universiti Utara Malaysia. Selepas itu, beliau berkhidmat

sebagai kakitangan kerajaan Sarawak sehingga dilantik sebagai Pegawai Daerah Dalat. Sebelum

itu, beliau pernah menyandang jawatan Pegawai Tadbir Sarawak di Bau. Bapa kepada tujuh anak

ini agak terkejut dengan pemilihan ini tetapi bersedia memikul tanggungjawab yang diberi oleh

kepimpinan tertinggi BN. 78Beliau menambah bahawa “Saya mewarisi kawasan DUN Balingian

daripada seorang pemimpin agung (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) yang sudah terbukti

kecemerlangannya membawa pembangunan bukan sahaja di kawasan yang diwakilinya malah

mengubah seluruh Sarawak.”79

Bagi BN DUN Balingian bukannya kawasan panas bagi mereka. Malah, ia adalah kubu

kuat BN setiap pilihan raya. Sejak pilihan raya langsung pertama diadakan di Balingian, BN

nampaknya tiada tandingan. Penduduk tempatan memberi undi majoriti kepada calon BN (kecuali

76The Borneo Post, 8 March 2013, h.6. 77The Sunday Post, Mac 16, 2014, h.1. 78The Sunday Post, Mac 16, 2014, h.4. 79Berita Harian, 10 Mac 2014, h.10.

Page 118: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

118

pada pilihan raya 1970).80Malahan, calon popular pembangkang seperti Datuk Salleh Jaffarudin

juga gagal memenangani kerusi tersebut walaupun beliau merupakan orang kuat di

Balingian.81Walaupun kerusi DUN Balingian dianggap sebagai kubu kuat BN, tetapi Pakatan

Rakyat (PR) tidak memberi laluan mudah kepada BN untuk menang tanpa bertanding. Dalam hal

ini, PKR diberi tugas untuk melawan calon PBB. Mengikut sejarahnya, DUN Balingian tidak

pernah jatuh ke tangan pihak pembangkang mahupun calon Bebas. Manakala rekod PKR sejak

bertanding di Balingian pada tahun 2006 dan 2011 tidak menunjukkan sokongan yang

memberangsangkan. Calon PKR hanya mampu menaikkan undi mereka daripada 667 undi (2006)

kepada 871 (2011). Peningkatan sedikit ini tidak dapat memberi impak yang kuat untuk

menggoncang kekuatan BN. Namun demikian, PKR tetap mahu bertanding melawan PBB.

Malahan, salah seorang pemimpin mereka, iaitu Ketua PKR Lanang, George Chen melihat peluang

PKR cerah sekitar 30/70. Ramalan yang begitu yakin PKR ini cuba memberi semangat kepada

PKR untuk bekerja keras.82

Sementara itu nama calon PKR pula dirahsiakan sehingga kepada hari pengumuman dibuat

sebelum hari penamaan calon pada keeskokan harinya. PKR juga bermain teka-teki tentang nama

calon mereka. Pada awalnya nama Pengerusi PKR Cabang Nangka iaitu Abdul Raafidin Majidi

disebut sebagai calon PKR. Namun demikian Abdul Raafidin seorang peguam tidak memberi

sebarang ulasan tentang hal ini.83 Pada hari pengumuman dibuat maka bukan Abdul Raafidin yang

dipilih tetapi seorang peniaga berbangsa Melanau Islam, iaitu Abdul Jalil Bujang. Abdul Jalil

merupakan Setiausaha Cabang PKR Bintulu dan Ketua Cabang PKR Jepak. Beliau dikatakan

mempunyai pertalian kekeluargaan dengan penduduk di Balingian. Abdul Jalil pernah bertanding

di DUN Jepak dalam pilihan raya negeri 2011 tetapi tewas. Atas sebab itu calon PKR mendapat

kritikan sebagai calon kitaran semula. Dalam hal ini Muhyiddin menyatakan bahawa PKR tidak

ada kemampuan untuk menampilkan calon yang berkaliber.84 Namun demikian, Timbalan

Presiden PKR, Azmin Ali mempertahankan calon mereka. Dalam satu kenyataan, Azmin

menyatakan bahawa beliau cukup yakin akan kemampuan calon tersebut dalam pilihan raya itu

walaupun pernah kalah sebelum ini. 85Sehubungan dengan perjanjian antara BN dan penduduk

tempatan di Balingian, menampakkan bahawa PKR tidak melihat perjanjian itu satu kemestian

yang harus diikuti. Pemilihan seorang calon Melanau Islam ini membuktikan bahawa PKR cuba

memecah perjanjian BN dan penduduk tempatan.

PRK Balingian merupakan salah satu pilihan raya yang BN pasti menang, tetapi

kemenangan yang akan dicipta nanti bukannya satu kemenangan biasa. BN mahu kemenangan

80Dalam pilihan raya negeri 1970, calon BN (ketika itu Perikatan) mendapat undi 1555.

Manakala enam calon lain mendapat undi antara 231 sehingga 856 undi. Lihat Lampiran II

dalam Michael B. Leigh, The Rising Moon: Political Change in Sarawak, Kuala Lumpur: Antara

Book Company, 1988. 81Salleh bertanding melawan Abdul Taib dalam pilihan raya 2011 tetapi hanya mampu

mengurangkan majoriti Abdul Taib. 82The Sunday Post, March 16, 2014, h.4. 83The Borneo Post, 15 March2014, 2014, h.7. 84Berita Harian, 23 Mac 2014, h.12. 85The Borneo Post, 18 Mac 18, 2014, h.3.

Page 119: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

119

mereka nanti satu kemenangan dengan majoriti besar bagi memberi pengiktirafan kepada

kepemimpinan baharu negeri iaitu Tan Sri Adnen Satem. Majoriti besar yang dimenangi sebelum

ini harus dikekalkan atau lebih manis menambah majoriti yang ada.86 Dalam hal yang sama, BN

sedaya upaya mengalahkan PKR dengan kehilangan deposit.87Hal ini ditegaskan oleh Stephen

Rundi dan Datuk Amar Awang Tengah Bin Ali Hassan, dua orang pemimpin PBB.

PROSES KEMPEN PRK BALINGIAN

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa hari penamaan calon adalah pada 17 Mei 2014,

manakala hari mengundi adalah pada 24 Mei 2014. Dalam pilihan raya ini, BN bukannya berjuang

melawan PKR semata-mata, tetapi sedaya upaya menambat hati rakyat Balingian yang ketika itu

haus akan pembangunan. Walaupun Mukah telah mendapat tempias kemajuan daripada Abdul

Taib, tetapi masih ada lagi penduduk rasa terkilan akan janji BN sebelum ini yang belum

ditunaikan. Oleh itu, rakyat Balingian menuntut semula BN memenuhi janji-janji mereka sebelum

ini. Mengikut tinjauan daripada The Borneo Post di kawasan tersebut, isu penting dalam PRK ini

ialah isu pembangunan. Pembangunan ini juga adalah pemintaan daripada penduduk Balingian

berbanding isu-isu lain. Isu nasional dan soal tadbir urus kelihatan tidak begitu dominan dan

penting meskipun turut dimainkan oleh PKR. Akhbar ini menyenaraikan tujuh perkara yang perlu

diambil kira oleh calon-calon yang bertanding, iaitu:

1. Keperluan membina Sekolah Menengah di Balingian – Penduduk Balingian tidak

mempunyai sekolah menengah dan terpaksa menghantar anak mereka setiap hari ke Mukah

yang jaraknya adalah 32 kilometer. Penghantaran anak mereka ini akan menelan belanja

yang cukup banyak bagi penduduk Balingian.

2. Membaiki pulih sekolah rendah Kampung Tellian – sementara itu penduduk di Kampung

Tellian yang terletak di Mukah pula menyuarakan hasrat mereka untuk meminta agar

dibaiki pulih sekolah rendah di kampung tersebut kerana sekolah tersebut begitu daif dan

tidak selamat digunakan. Akibatnya sekolah ini ditutup dan anak-anak penduduk pula

terpaksa bersekolah di SK Mukah yang terletak 3 ilometer dari kampung tersebut.

3. Meminta jambatan dibina di Kampung Baru - Jambatan sedia ada telah berusia lebih

daripada 30 tahun dan berkenaan tidak dibaik pulih. Jambatan tersebut merupakan nadi

kepada pergerakan bagi penduduk di Kampung Masjid, Kampung Pulut, Kampung

Lintang, Kampung Baru dan Kampung Suyong. Akibat daripada tiada penyelengaraan

kepada jambatan ini, maka sesetengah penduduk tidak mahu menggunakan kenderaan

melalui jambatan tersebut kerana dikhuatiri akan roboh.

4. Lapangan terbang Mukah – Mukah dianggap sebagai pusat kepada Sarawak’s Corridor of

Renewable Energy (SCORE), tetapi lapangan terbang yang ada di Mukah merupakan

lapangan terbang kecil dan dibina zaman British lagi. Hanya kapal terbang 18 kerusi sahaja

mampu menggunakan landasan tersebut. Oleh itu lapangan terbang ini tidak sesuai untuk

86The Borneo Post, 8 Mac 2014, h.6. 87The Sunday Post, 16 Mac 1 2014, h.1.

Page 120: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

120

pembangunan SCORE. Manakala telah ada cadangan untuk membina lapangan terbang

baru tetapi masih belum ditunaikan lagi.

5. Stesen minyak – Bandar Mukah hanya terdapat dua stesen minyak. Salah satu stesen

minyaknya di pusat bandar berdekatan dengan sungai dan pasar ikan. Keadaan disitu agak

sibuk dengan kenderaan lalu-lalang yang diburukkan lagi dengan kenderaan terpaksa

berbaris panjang untuk mengisi minyak. Atas sebab itu penduduk meminta agar dibina

lebih banyak stesyen minyak.

6. Pembangunan Balingian – Kepesatan pembangunan di DUN Balingin banyak tertumpu di

Mukah sahaja. Kesannya pekan Balingian terus tertinggal dalam arus pembangunan.

Banyak kedai ditutup dan penduduk mencari kawasan lain untuk mencari rezeki dan

peluang peniagaan.

7. Bekalan air bersih dan elektrik- isu ini juga mendominasi penduduk di bandar Mukah.

Kualiti air saban hari semakin tidak baik. Terdapat aduan penduduk mengatakan bahawa

air berwarna kuning. Isu ini bertambah teruk lagi di kawasan luar bandar. Penduduk Iban

yang tinggal di sepanjang Sungai Balingian mengalami gangguan bekalan air dan terpaksa

menggunakan air telaga dan air hujan untuk kegunaan seharian. Tambah memburukkan

lagi keadaan, ada daripada mereka yang terpaksa menggunakan air keruh dari Sungai

Balingian. Selain bekalan air, penduduk Iban ini juga berharap pihak kerajaan dapat

membekalkan elektrik 24 jam sehari. Sebelum ini mereka terpaksa menggunakan penjana

kuasa untuk mendapat elektrik.88

Tinjauan the Borneo Post ini bersifat menyeluruh dan sesungguhnya menggambarkan isu utama

berkaitan dengan keperluan asas penduduk. Jikalau diperhaluskan lagi perkara 2, masyarakat Cina

di Kampung Penakup meminta agar kerajaan membaik pulih Sekolah Rendah Ek Hua.89

88The Sunday Post, Mac 9 2014, h.1 dan 5. 89The Borneo Post, Mac 25, 2014, h.4.

Page 121: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

121

Salah Satu Stesen Minyak di Mukah

Isu Jambatan di Balingian

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun berkempen di Balingian

telah menyatakan bahawa pemintaan rakyat ini harus dipenuhi. Oleh kerana beliau juga Menteri

Page 122: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

122

Pendidikan, maka beliau komited untuk menunaikan pemintaan pendidikan, iaitu membaik pulih

sekolah rendah di Mukah dan mendirikan sebuah sekolah menengah di Balingian.90Malahan,

Yussibnosh menyatakan harapan beliau untuk mengutamakan kemajuan pendidikan untuk

penduduk Balingian. Menurut beliau, pendidikan akan membantu menaikkan taraf hidup

penduduk Balingian.91Menurut Muhyiddin lagi, pihak kerajaan pusat bersetuju untuk memenuhi

hasrat dan pemintaan untuk membaik pulih sekolah rendah di Kampung Tellian dan membina

sebuah sekolah menengah di Balingian.92Dalam hal ini juga, Muhyiddin menyatakan bahawa

usaha untuk membina sekolah menengah dan membaiki sekolah rendah ini bukannya kerana

pilihan raya kecil, tetapi kerana pendidikan itu adalah penting.93Sementara itu, pemintaan

penduduk Cina Penakub juga dilayan dengan peruntukan untuk membaik pulih Sekolah Rendah

Ek Hua sebanyak RM150,000.94Selain itu, usaha juga digerakkan untuk menambah peluang

pekerjaan dan memajukan industri kecil di Balingian bagi menambah pendapatan penduduk

tempatan.95Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael

Manyin pula menyatakan pihak kerajaan akan membina semula jambatan Kampung Baru yang

menyambung Kampung Lintang. Jambatan kayu ini akan ditukar dengan jambatan konkrit.

Tambahan itu, Manyin menyatakan pembinaan jambatan ini telah diluluskan tahun lepas di bawah

pakej penggantian jambatan yang diselenggarakan oleh majlis kerajaan tempatan.

Dalam hal ini, Bendahari PKR negeri, iaitu Dr. Teo Yu Keng melihat usaha BN untuk

meraih sokongan dalam memberi bantuan pembangunan kepada penduduk Balingian sebagai

politik wang.96 Namun demikian, hal ini dinafikan oleh ADUN Bukit Kota dan Ahli Majlis

Tertinggi PBB Dr. Abdul Rahman Ismail yang melihat PKR cuba menggunakan isu itu untuk

mengutuk BN dengan alasan politik wang.97Sebaliknya, See Chee How melihat perkembangan

yang berlaku di Balingian menunjukkan pentingnya sistem dua parti. Kewujudan sistem ini

membawa keuntungan kepada rakyat dan menurutnya peruntukan yang diberi oleh kerajaan pusat

dan negeri adalah sama dengan peruntukan selama 50 tahun merdeka.98Hal seumpama ini

bukannya sesuatu yang baharu kerana sebelum ini pihak kerajaan telah memperuntukkan banyak

bantuan untuk membangunkan rakyat.99Sehubungan dengan itu Ketua Cabang PKR Betong,

Abang Zulkifli Abang Engkeh mengkritik tindakan kerajaan memberi bantuan kepada rakyat di

Balingian semasa pilihan raya. Dalam hal ini beliau berkata, “[k]enapa baharu sekarang mereka

90The Borneo Post, Mac 18, 2014, h.1. 91Berita Harian, 18 Mac 2014, h.10. 92The Borneo Post, Mac 18, 2014, h.1. 93The Star, 18 March 2014, h.S4. 94The Borneo Post, Mac 25, 2014, h.4. 95The Star, 18 Mac 2014, h.S4. 96The Borneo Post, Mac 25, 2014, h.3. 97Ibid. 98The Borneo Post, 27 Mac 2014, h.9. 99 Lihat Alli Kawi, It has beem worth the pain, Petaling Jaya: Golden Books Centre Sdn. Bhd.,

2009, h.215.

Page 123: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

123

mahu tunaikan janji mereka itu? Apabila PKR menentang mereka, secara automatik mereka

menunaikan janji dan ia merupakan satu kemenangan kepada PKR untuk membantu rakyat”.100

Selain isu yang dikemukakan oleh The Borneo Post, terdapat juga isu alam sekitar yang

agak merungsingkan mereka. Kewujudan Press Metal merupakan salah satu usaha kerajaan untuk

memajukan DUN Balingian tetapi kesan daripada kilang tersebut membawa kepada aduan

daripada penduduk akan asapnya yang mengganggu kesihatan dan menyebabkan tanaman mati

dan kesihatan para penduduk terjejas. Hal ini merupakan antara isu yang disuarakan oleh penduduk

tempatan. Namun demikian, Jabatan Alam Sekitar Negeri menyatakan bahawa kilang tersebut

tidak membawa masalah pencemaran sama ada udara, air ataupun bunyi. Malahan, mereka telah

melakukan pengawasan keatas kilang itu selang tiga bulan sekali. Sehubungan dengan itu, Ketua

Menteri Tan Sri Adenan Haji Satem menyatakan bahawa selain Jabatan Alam Sekitar, kilang ini

juga diaudit oleh pihak ketiga, iaitu Jururunding Konsultant. Beliau menambah, bahawa Jabatan

Kesihatan Negeri juga tidak menerima sebarang laporan kesihatan yang berkaitan dengan kilang

tersebut.101 Dalam kesimpulannya, Adenan menyatakan bahawa, “And tell your family. Tell the

whole people of Balingian. And for those of you who are voting in Balingian, go with your wives

and children and vote on March 29 against those who want you to lose your jobs, who are liars.”102

Perkara yang menarik berkaitan isu-isu pembangunan dalam kempen PRK ini ialah

terdapat pelbagai pemintaan daripada penduduk tempatan kepada pihak kerajaan. Sebelum ini,

penduduk Mukah meminta pelbagai projek berjuta-juta ringgit, tetapi lain pula di Kampung Teh.

Dalam sesi berjumpa pemimpin, mereka meminta kerajaan membeli kerusi-kerusi untuk majlis

keramaian di kampung mereka kerana menurut mereka, setiap kali majlis diadakan mereka

terpaksa meminjam kerusi dari gereja. Dalam hal ini, bagi majlis dihadiri oleh menteri tersebut

juga mereka terpaksa menggunakan kerusi daripada gereja.103Manakala isu Allah tidaklah

menonjol sangat dalam pilihan raya ini kerana mereka menyedari bahawa isu itu dianggap sensitif

dalam kalangan penduduk Kristian dan Islam yang telah mengalami kehidupan yang aman dan

harmoni sejak zaman-berzaman. Namun demikian, Adenan mengingatkan penduduk Balingian

bahawa isu Allah tidak menjadi masalah di Sarawak.104

Dalam usaha pihak BN cuba memenuhi tujuh permintaan penduduk Balingian, PKR

mengkritik BN kerana tidak memberi pembangunan sewajarnya kepada penduduk Balingian

walaupun diwakili oleh bekas Ketua Menteri sebelum ini. Dalam hal yang sama juga, Azmin

menyatakan bahawa “[i]f the ex-CM could not address this issue, how can this new Barisan

Nasional candidate solve the problem?”105Manakala Setiausaha PKR, Datuk Saifuddin Nasution

Ismail melihat penduduk di Balingian ialah mangsa kepada pembangunan yang tidak seimbang.

Oleh itu, beliau berharap dengan terpilihnya calon mereka, maka ia dapat menyuarakan tentang

100 Utusan Borneo, 22 Mac 2014, h.3. 101The Borneo Post, 27 Mac 2014, h.5. 102 Ibid. 103The Borneo Post, 25Mac 2014, h.4. 104The Borneo Post, 27 Mac 2014, h.5. 105The Star, 18 Mac 2014, h.S4.

Page 124: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

124

pembangunan di luar bandar.106 Kritikan dripada PKR ini menunjukkan satu tektik psikologi yang

cuba mendedahkan kelemahan BN. Sehubungan dengan isu pembangunan, PKR juga cuba

membawa isu bekalan air bersih dan impak pembangunan industri kepada alam sekitar di

Balingian. Isu ini dirujukkan pada kilang aluminium di Balingian, iaitu Press Metal.107Dalam

masa yang sama mereka cuba membawa isu jambatan di Kampung Baru dan Kampung

Suyong.108Selain itu PKR mereka cuba membawa isu kenaikan harga barang.109Dalam isu harga

barang ini BN nampaknya suba bersifat defense untuk menenangkan hati rakyat supaya tidak

terikut-ikut dengan rentak pembangkang. Dalam hal ini Muhyiddin berkata mereka bersetuju ada

beberapa harga barang naik, tetapi kerajaan sentiasa memastikan taraf hidup rakyat tidak akan

terjejas. Sehubungan itu, beliau mengaitkan usaha kerajaan memperuntukkan sebanyak RM46

bilion setiap tahun dalam bentuk subsidi.110Sementara itu, isu royalti minyak juga cuba

diketengahkan oleh PKR. Tambahan daripada itu, isu nasional juga cuba dibawa oleh oleh PKR,

termasuk isu rasuah.111Manakala rakan PKR, iaitu DAP pula membawa isu merendahkan tarif

elektrik di Sarawak. Kempen DAP ini mendapat reaksi daripada Menteri Muda Kemudahan Awam

(Bekalan Air), Datuk Sylvester Entrie Muran yang menganggap kempen ini sebagai satu kempen

politik sahaja dan tidak bertanggungjawab. Beliau menambah bahawa rancangan kempen DAP ini

bukan sahaja memberi kesan kepada lebih 4000 orang pekerja elektrik tersebut tetapi juga akan

memusnahkan rancangan pembangunan bagi Sarawak.112 Malahan, beliau menafikan usaha untuk

melantik pegawai dagang merupakan sebab kenaikan tarif elektrik di Sarawak.113

Dalam usah menarik pengundi di Balingian, kedua-dua pihak menggunakan pelbagai

kempen sama ada lawatan, poster, papan tanda dan ceramah. Bagi BN, usaha digerakkan dengan

membawa pemimpin pusat dan negeri untuk memberi penerangan terhadap perancangan kerajaan

untuk memajukan Balingian. Ada juga menteri yang turun untuk merasmikan pelbagai projek

pembangunan seperti pelancaran pembinaan bangunan Peryatim Mukah dan Sekolah Kebangsaan

Agama Mukah.114Sesi lawatan ini juga digambarkan dengan pelbagai nama seperti sesi meet-the-

people di Kampung Seberang, Mukah oleh Abang Johari,115 Kampung Judan yang dilakukan oleh

Awang Tengah dan di Kampung Teh yang dilakukan oleh ketua menteri sendiri.116Nama-nama

besar seperti Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri

Adnen Haji Satem, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Afdal,

Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Perancangan Sumber dan

Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pembangunan Wanita,

106Ibid. 107 Ibid. 108Ibid. 109The Sunday Post, 16 Mac 2014, h.4. 110The Borneo Post, 28 Mac 2014, h.3. 111The Borneo Post, 18 Mac 2014, h.3. 112The Borneo Post, 25 Mac 2014, h.5. 113The Star, Sarawak, 25 Mac 2014, h.S2. 114The Borneo Post, 27 Mac 2014, h.4. 115The Borneo Post,28 Mac 2014, h.3. 116The Borneo Post, 25 Mac 2014, h.3.

Page 125: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

125

Keluarga dan Kebajikan, Datuk Fatimah Abdullah merupakan antara pemimpin yang berkerja

keras untuk memberi penerangan kepada penduduk Balingian.

Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin pusat dan negeri ini juga mengadakan

pelbagai majlis bersama rakyat Balingian. Dalam masa yang sama, pemimpin Pakatan Rakyat (PR)

juga turun padang untuk membantu calon mereka. Nama-nama besar dan terkenal yang turun ke

Balingian ini termasuklah Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid

Ibrahim, Azmin Ali dan See Chew How. Namun demikian, beberapa pemimpin PR dihalang

masuk ke Sarawak termasuk Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua,

Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin

dan naib Pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.117Bukan setakat pemimpin PR

pusat yang dihalang masuk ke Sarawak malahan Leman Raja Lawak yang menyokong calon PKR

juga mengakui dirinya tersenarai dalam halangan memasuki Sarawak.118Hal ini membawa kepada

kemarahan pemimpin PR. Pelbagai kritikan dilemparkan kepada kepemimpinan negeri. Dari segi

kempen poster, agak kurang poster digantung di Balingian. Poster BN lebih menonjol, terutama di

Kampung Tellian. Bendera-bendera BN dipacak untuk menarik perhatian penduduk Balingian.

Sementara itu, di pintu masuk ke bandar Mukah dari jalan darat, PKR menggunakan tektik Ali

Biju di Saratok dengan memaparkan satu papan tanda gergasi yang memaparkan gambar

pemimpin-pemimpin PKR nasional dan beberapa wakil rakyat PKR negeri serta gambar calon

PKR Balingian. Terdapat satu lagi papan gergasi ini dipamerkan di sebelah kanan hotel Kingwood

Mukah. BN tidak mengalah dalam hal ini dan telah memacak papan tanda gergasi dengan paparan

wajah pemimpin pusat dan negeri.

117PKR leaders barred from Sarawak to ensure big majority in Balingian for Barisan, says analyst,

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pkr-leaders-barred-from-sarawak-to-

ensure-big-majority-in-balingian-for-bar, akses 3 Julai 2014, 12.47 dan The Borneo Post, March

28, 2014, h.8. 118Suara Keadilan, 1 April 2014, h.12.

Page 126: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

126

Poster Gergasi Calon Keadilan dan BN

Walaupun pihak PKR cuba memberi saingan sebaik mungkin, tetapi kedudukan BN masih

kuat dan kebal daripada sebarang serangan. Ada sebahagian penduduk juga tidak begitu puas hati

dengan prestasi BN dalam mengendali pembangunan di Balingian, tetapi mereka masih menaruh

kepercayaan penuh kepada BN untuk memimpin mereka. Oleh itu, cakap-cakap tidak senang

dengan BN tidaklah sampai membawa kepada mereka memilih pembangkang. Hal ini dibuktikan

dengan kejayaan besar calon BN. Rajah I dibawah menunjukkan keputusan akhir dalam PRK ini.

Rajah I : Keputusan Pilihan Raya Kecil Balingian

No. Calon Jumlah Undi

1. Yussibnosh Balo (BN) 8194

2. Abdul Jalil Bujang

(PKR)

1283

Majoriti 6911

Undi Rosak 146

Jikalau ditinjau daripada keputusan, jelas menunjukkan bahawa BN mendapat majoriti lebih besar

daripada sebelumnya.Dalam pilihan raya 2011, Abdul Taib hanya mendapat 5154 undi majoriti

sahaja. Tetapi Yussibnosh berjaya meraih majoriti sebanyak 6011, iaitu kenaikan sebanyak seribu

lebih undi. Manakala calon PKR walaupun kalah, tetapi mereka berjaya menambahkan undi 412

undi sahaja. Walaupun ada peningkatan, tetapi PKR masih lagi gagal menarik sokongan besar

daripada penduduk Balingian. Malahan, BN memenangi kesemua daerah mengundi di DUN

Balingian. Tambahan daripada itu pengundi Cina yang sebelum ini menunjukkan sokongan 50-50

kepada BN telah memberi sokongan kepada calon BN.Hal ini menggembirakan pemimpin BN

terutama pemimpin Cina BN seperti Pengerusi Sarawak United Peoples’Party (SUPP) cawangan

Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang berharap kejayaan PRK Balingian menarik sokongan

Page 127: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

127

pengundi Cina, menandakan pemulaan kembalinya sokongan masyarakat Cina kepada BN.119Hal

ini diakui juga oleh Adenan yang mengatakan, kembalinya pengundi Cina kepada BN.120Manakala

pemimpin BN yang lain seperti Fatimah melihat kejayaan ini sebagai pengiktirafan kepada

kejayaan bekas ketua menteri Abdul Taib dalam membangunkan Balingian dan juga pengiktirafan

kepada kepemimpinan Ketua Menteri baharu, iaitu Adenan.121

FAKTOR KEJAYAAN BN

Kejayaan BN memang telah dijangka. Sejarah seperti dijelaskan awal tadi, menyaksikan bahawa

Balingian memang milik BN.122 Tiada sesiapapun mampu mengalahkan BN di Balingian.

Walaupun ada suara-suara rungutan menyatakan rasa kurang senang kepada BN di Balingian, rasa

tidak puas hati ini memang ada dalam kalangan penduduk Balingian, tetapi mereka tidak sampai

sebagai protes untuk menjatuhkan BN. Bagi penduduk Balingian, apa yang mereka pilih ialah

parti. Mereka masih mempunyai harapan bahawa BN akan dapat memberi pembangunan kepada

mereka kerana sejak bertahun-tahun, BN sinonim dengan kerajaan dan pembangunan. Oleh itu,

mereka tidak mahu melawan kerajaan, tetapi harus sokong pemerintah.123 Jikalau melawan

kerajaan maknanya mereka akan ketinggalan dalam pembangunan. Dengan kata lain, seperti

pilihan raya yang lain, rakyat mendapat banyak janji pembangunan yang sukar ditolak oleh

pengundi. Hal ini mampu melenyapkan seketika rasa kurang puas hati penduduk.124 Selama ini,

BN telah banyak memberi peluang pembangunan kepada mereka. Sejak bertahun-tahun, Balingian

menerima tempias pembangunan dengan adanya kemudahan asas disediakan walaupun ada yang

tidak cukup. Malahan, penduduk lebih mudah bergerak dengan adanya pembangunan infrastruktur

jalan raya yang menghubungi mereka dengan bandar-bandar lain di Sarawak. Pihak kerajaan juga

berjanji untuk membina jalan raya pintas ke Bintulu (Kuala Serumpai ke Kuala Tatau).125

Pembinaan ini akan memendekkan perjalanan ke Bintulu, serta perhubungan ini memudahkan

mereka untuk bergerak dengan cepat. Malahan, penduduk Balingian dijanjikan dengan pembinaan

sebuah lapangan terbang baharu. Menurut Penghulu Penakub Cina, Tay Aik Seng, mengenai

pembangunan yang dilaksanakan oleh BN, “We will choose BN because we still need BN to help

us to rebuild our school [Ek Hua Primary School] Previously, I asked for a road to link our village

to Mukah and former Chief Minister did it for us. So we will continue to support this

government”.126

119The Star, Sarawak, 31 Mac 2014, h.S3. 120The Borneo Post, 1 April 2014, h.4. 121The Star, Sarawak, 31 Mac 2014, h.S3. 122 Lihat Almanak Keputusan Pilihan Raya Umum: Parlimen & Dewan Undangan negeri 1959-

1999, Shah Alam: Anzagain, 2004. 123 Abang Yusuf Puteh, Malay Politics and Perabangan, Kuching: Shobra Publications Sdn.

Bhd., 1999, h.23. 124 Ahmad Nidzamuddin Sulaiman dan Neilson Ilan Mersat, “Politik Sarawak: Satu Rumusan,”

dlm. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman (et. al.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994,

hlm. 218. 125The Borneo Post, 27 Mac 2014, h.1. 126The Borneo Post, 25 Mac 2014, h.4.

Page 128: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

128

Dalam hal yang sama, ADUN Telang Usan, Dennis Ngau menyatakan bahawa PKR tidak

akan dapat memberi pembangunan kepada penduduk Balingian.

What else can PKR offer or give to the people if they win the election? Can they do

better than what has been done by Barisan Nasional. Therefore, it is important for

people to exercise their rights and choose the right person to represent them . . .

They only talk big but at the end of the day, they can’t deliver as they are not sincere

and not sincere in helping the people.127

Dalam hal ini, Shafie Apdal menekankan bahawa BN memang membantu membangunkan

penduduk dengan dengan menaikkan taraf hidup penduduk dan kehidupan mereka. Dalam hal ini,

Shafie Apdal menyatakan, “[t]hey [pembangkang] are good at talking, stating that BN is bad and

that development in Mukah is lacking. They are only looking at BN shortcomings but failed to see

the benefits that BN had brought into Mukah.”128Apa yang menarik dalam PRK Balingian ini ialah

kempen BN sukar untuk dibezakan antara majlis kerajaan atau kempen politik. Hal ini dinyatakan

oleh Sharon Ling dalam kolum The Staryangmenyatakan,

Most events involving ministers or Barisan leaders have been government events,

organised by various ministries or deparments, yet these are used as platforms to

campaign. . . There is no difference between government functions and political

functions, as Barisan is seen to be the government rather than a political party.129

Kata-kata Sharon Ling ini jelas menunjukkan bahawa kempen BN membawa bersama agensi

kerajaan untuk membuktikan mereka penggerak kepada pembangunan. Berkaitan dengan hal ini

beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengumumkan

peruntukan RM 46 juta untuk membantu penduduk miskin terutama di Sarawak. Perkara ini

diumumkan oleh Datuk Seri Rohani Karim merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat.130

127The Borneo Post, 27 Mac 2014, h.6. 128The Borneo Post, 28 Mac 2014, h.7. 129The Star, Sarawak, 28 March 2014, h.S5. 130 Berita Harian, 29 mac 2014, h.13.

Page 129: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

129

Papan Tanda BN yang berkaitan dengan Pembangunan

Tanda-tanda BN sebagai agen pembangunan terserlah dalam pilihan raya kecil ini.

Pelbagai janji pembangunan telah diuar-uarkan oleh para pemimpin BN, termasuk pembinaan

sekolah yang dijanjikan oleh Muhyiddin sebelum ini. Selain itu, Muhyiddin tidak teragak-agak

bersetuju memenuhi pemintaan nelayan di Mukah untuk membina mesin pembuat ais berharga

RM450,000.131Tambahan daripada janji membina sekolah, Awang Tengah pula membayangkan

untuk menjadikan Mukah sebagai “Smart City” pada tahun 2020. Dalam hal ini, Awang Tengah

menyatakan Mukah akan lebih maju dengan kemudahan pendidikan tinggi. Pada hari ini, Mukah

telah mempunyai cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik dan Maktab Rendah

Sains Mara (MRSM). Bagi merealisasikan Mukah sebagai “Smart City”, akan dibina cawangan

Kolej Laila Taib dan cawangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).132Manakala Manyin

menyatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM230 juta untuk membina jalan

raya dari Kuala Serupai ke Kuala Tatau.133Walau bagaimanapun, pemimpin PKR iaitu See Chew

How cuba mempersoalkan jumlah perbelanjaan membina jalan raya tersebut. Beliau mahu pihak

kerajaan memaklumkan maklumat sebenar kos perbelanjaan pembinaan jalan raya tersebut. Walau

bagaimanapun, See menyokong usaha pembinaan jalan raya tersebut, tetapi bimbang akan kos

pembinaannya.134 Dalam hal ini, Adenan mengkritik pihak PKR yang menuduh Mukah tidak

131The Borneo Post, March 28, 2014, h.7. 132The Borneo Post, March 27, 2014, h.4. 133The Star, Sarawak, 28 March 2014, h.S6. 134 Ibid.

Page 130: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

130

membangun dengan berkata, “[t]hey (PKR) said there is no development in Mukah. They are

people with eyes but could not see, with ears but could not hear”.135

Selain itu, Menteri Pelancongan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan

program pembangunan kementeriannya ialah memperkasakan industri pelancongan di Mukah.

Pihak kerajaan telah menyediakan sebanyak RM3.5 bilion untuk membangunkan infrastruktur di

Mukah. 136Usaha ini dibuat dengan pelbagai cadangan seperti memanjangkan lagi kawasan Pesta

Kaul, menambah calet, membina tempat pertanyaan dan pusat kebudayaan di Lamin Dana, dan

memperbanyakan inap desa. Usaha yang akan digerakkan ini, bagi Abang Johari akan

menambahkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.137 Usaha ini juga dilihat sejajar

dengan pemintaan penduduk tempatan yang mahu peluang pekerjaan lebih kepada penduduk

Balingian. Usaha menarik sokongan penduduk Balingian diteruskan dengan menyelesaikan

masalah tanah di Balingian. Walaupun isu ini bukan isu utama, tetapi pihak BN bertindak pantas

untuk mengelak ia menjadi isu politik oleh pihak lawan. Menteri Perancangan Sumber dan Alam

Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyatakan bahawa pihak kerajaan telah

meluluskan geran tanah kepada 3261 orang di 41 buah Kampung di Mukah. 138Tambahmenggembirakan lagi penduduk Balingian ialah janji Adenan kepada mereka untuk

menukar status temporary occupation licences (TOL) kepada pemilikan tetap.139

Salah satu keistimewaan kerajaan Sarawak adalah ia mempunyai kuasa autonomi dalam

hal imigresen sesuai dengan Perjanjian 18 Perkara ketika Malaysia dibentuk pada tahun 1963.

Oleh itu, mereka boleh menghalang sesiapa sahaja dari luar Sarawak untuk masuk ke Sarawak.

Hal inilah menjadi satu cabaran kepada PR kerana parti-parti dalam PR adalah berpangkalan di

Semenanjung Malaysia .Hal ini juga membuatkan PR dianggap parti bukan Sarawak dan sekaligus

dianggap mencampuri urusan hal ehwal dalaman Sarawak. Berbalik kepada isu imigresen tadi

bahawa kerajaan negeri boleh menghalang mana-mana pemimpin PR masuk ke Sarawak dengan

cuba memberi alasan cukup menyakinkan seperti akan menganggu-gugat kestabilan dan keamanan

di Sarawak. Isu ini bukannya isu baharu dan pernah diguna pakai untuk menghalang sebarang

unsur yang boleh mengganggu keamanan di Sarawak. Hal ini menyebabkan pemimpin PKR

terkilan dengan tindakan kerajaan negeri. See Chew How menyatakan hal ini, “[i]t’s an eye-

opener, not only for Sarawakians and Malaysians, but the whole world watching this by-election

and how the BN government is abusing and misusing its power to dishonor the democratic process

of election in our parliamentary democracy.”140 Dalam hubungan ini, salah seorang pemimpin

PKR tempatan, iaitu Abang Zulkifli Abang Engkeh menyatakan bahawa kempen-kempen mereka

di Mukah tidak menyentuh soal sensitif berkaitan kaum ataupun agama. Dalam hal ini juga, beliau

berasa kecewa kerana terdapat halangan untuk memasuki sesetengah kampung oleh ketua

kampung dan ketua masyarakat. Dalam hal ini, Abang Zulkifli menyatakan “[t}his is really too

135The Borneo Post, March 26, 2014, h.1. 136The Borneo Post, 28 Mac 2014, h.7. 137The Star, Sarawak, 28 Mac 2014, h.S6. 138Ibid. 139 Ibid. 140The Borneo Post,28 Mac 2014, h.8.

Page 131: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

131

much. They are supposed to be apolitical. Village chiefs and community leaders are abusing their

power.”141

Manakala pemimpin pusat PKR juga melahirkan rasa kekecewaan mereka dengan tindakan

menyekat kemasukkan pemimpin PKR dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak. Setiausaha PKR,

Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa alasan yang diberi oleh kerajaan negeri

mengenai akan timbulnya huru-hara atau kacau bilau di Sarawak tidak pernah dibuktikan. Dalam

hal ini Saifuddin menyatakan tindakan kerajaan negeri ini sebagai bermotif politik dan berniat

jahat.142Beliau menambah bahawa BN Sarawak gentar terhadap pengaruh PKR di Sarawak apabila

melakukan tindakan menyekat pemimpin PKR ke Sarawak.143Tian Chua pula mempersoalkan

tindakan kerajaan negeri hanya menghalang pemimpin PKR sahaja masuk ke Sarawak. Bagi

beliau kerajaan negeri juga harus menghalang pemimpin UMNO untuk datang ke Sarawak. Salah

seorang lagi pemimpin PKR yang terkilan dengan tindakan kerajaan negeri ini adalah Zuraida

Kamarudin. Beliau menyatakan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini sebagai tidak

demokratik dan tidak profesional. Beliau senada dengan Saifuddin bahawa tindakan kerajaan

negeri menghalang pemimpin PKR masuk ke Sarawak sebagai takut kepada PKR.144Bagi Naib

Presiden PKR, N. Surendran tindakan kerajaan negeri itu sebagai melanggar Akta Imigresen dan

Perlembagaan. N. Surendran menyatakan bahawa menurut seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63,

kerajaan negeri tidak mempunyai hak menghalang mana-mana individu yang terlibat dalam

kegiatan politik yang sah.145

Namun demikian, beberapa orang pemimpin BN tampil untuk memberi sokongan kepada

tindakan menyekat pemimpin pembangkang ke Sarawak. Abang Johari dalam menyentuh soal ini

menyatakan “[w]e have had peace for a long time. The new CM wants to reject extremism (and)

we support his stand. Those who want to disturb the peace, leave Sarawak. Don’t come here

because we are peaceful people”.146 Dalam masa yang sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy

Jamaluddin menyatakan bahawa tindakan kerajaan negeri adalah wajar bagi membendung

kemasukan ekstremis agama dan kaum mengancam keamanan dan keharmonian rakyat Sarawak.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO menambah, “[i]nilah budaya yang harus dipertahankan

dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan negeri Sarawak bukanlah tindakan di luar batas undang-

undang dan adalah kuasa kerajaan negeri untuk berbuat demikian.”147 Manakala Ketua Pemuda

BN negeri, Datuk Fadillah Yusof memberi sokongan terhadap tindakan ini dengan menyatakan:

The immigration power given to Sarawak as agreed upon during the formation of

Malaysia is not meant to be misused but to ensure that the state’s stability amd

harmony are preserved. The Chief Minister’s decision is well-founded because

141The Borneo Post, 24Mac 2014, h.3. 142Suara Keadilan, 1 April 2014, h.12. 143Ibid. 144Ibid. 145Ibid. 146The Star, Sarawak, 28 Mac 2014, h.S4. 147Utusan Malaysia, 24 Mac 2014, h.7.

Page 132: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

132

they (etremists) are known to be involved in matters which could jeopardise our

harmony and stability.148

Kenyataan Fadillah ini menunjukkan bahawa sebagai ketua menteri, Adnen mempunyai

tanggungjawab yang besar untuk memastikan Sarawak dalam keadaan yang stabil dan aman.

Dengan kata lain, Adnen bertindak untuk menjaga Sarawak daripada sebarang elemen yang

merosakkan keharmonian dan kerukunan penduduk Sarawak yang telah lama terjalin.

Secara umumnya faktor-faktor di atas menunjukan bahawa BN memang tiada

tandingannya di Balingian. Agak sukar menggugat BN di Balingian.Rasa tidak puas hati penduduk

senang dilembutkan dengan ingatan bahawa BN mampu membawa pembangunan ke kawasan

mereka. Mereka yang memprotes terhadap BN hanya sedikit. Malahan, perkara diatas

menunjukkan bahawa apa-apa jua isu yang dibawa oleh pembangkang tidak akan dapat membawa

perubahan hati penduduk Balingian untuk beralih angin untuk mengundi selain daripada dacing.149

Tambahan pula, Balingian ialah kawasan separuh bandar yang mana pembangunan merupakan

perkara utama yang dituntut oleh penduduk.150 Justeru, bagi mereka, hanya BN mampu memberi

pembangunan. Rakyat akan lebih tertarik dengan janji BN daripada PR atau PKR dalam hal ini.

Malahan penduduk menjauhi kempen PKR dan PR disesetengah kawasan.Di Kampung Petanak

misalnya hanya 150 orang sahaja hadir pada ceramah PKR. Menurut Abang Zulkifli bahawa

penduduk kampung takut akan kehadiran polis di kawasan ceramah tersebut.151

KESIMPULAN

PRK Balingian mempunyai pengertian tersendiri bagi BN dan PR. Bagi BN, PRK ini tidaklah

satu perkara yang sukar untuk dimenangi. BN mahukan bukan sekadar menang, tetapi menang

besar. Mengapa hal ini penting kerana ia merupakan satu titik awal untuk memberi pengiktirafan

besar kepada ketua menteri baharu yang dilantik. Adenan memerlukan satu mandat penting untuk

tidak menjejaskan imejnya sebagai Ketua Menteri. Hal ini diperingkat negeri. Manakala BN pusat

pula mahukan kemenangan besar untuk membuktikan mereka lebih relevan daripada PR setelah

kalah dalam PRK Kajang. Pengurangan majoriti PKR di Kajang diimbangi dengan kemenangan

besar BN di Balingian memberi satu semangat baharu bagi BN untuk berdepan dengan masa

depannya yang sering dikatakan akan menemui jalan sukar pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun penduduk luar bandar ada yang tidak puas hati, tetapi tektik dan strategi BN tetap

berkesan dan ini gagal difahami oleh PR.

Bagi PR, PRK Balingian menunjukan bahawa mereka masih lagi gagal memenangi hati

budi pengundi luar bandar. Hal ini menunjukkan bahawa usaha mereka selama ini tidak lagi

membuahkan hasil. Malahan, strategi, kempen dan isu yang dibawa oleh mereka nampaknya hanya

148The Star, Sarawak, 28 Mac 2014, h.S4. 149 Syed Arabi Idid dan Safar Hasim, Pilihan Raya Umum: Satu Perspektif Komunikasi Politik,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, h.24. 150Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Suffian Mansor, Zulkarnain Abdul Rahman dan

Mohammad Redzuan Othman, “Memahami Keputusan PRN Sarawak 2011 dari Perspektif

Ruangan,” Sarjana, Jilid 28, Bil.2, Vol.28, Disember 2013, h.61. 151Utusan Borneo, 22 Mac 2014, h.3.

Page 133: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

133

didengar oleh sebahagian kecil penduduk luar bandar.PR memerlukan strategi baharu untuk

memikat hati pengundi luar bandar. Walaupun ada pengundi merajuk dengan BN, tetapi PR masih

gagal mengambil peluang itu. Bagi penduduk luar bandar, yang penting bagi mereka ialah survival

kehidupan mereka. Mereka tidak akan mengundi hanya kerana isu-isu rasuah, penyalahgunaan

kuasa mahupun kes-kes melibatkan ahli politik BN. Mereka masih melihat bahawa BN berupaya

membawa pembangunan kepada mereka. Dengan kata lain, PR gagal dalam memahami mentaliti

penduduk Sarawak dan pentingnya pembangunan kepada mereka. Sesiapa sahaja calon BN di

Sarawak, terutama di luar bandar, pengundi tidak akan memberi undi kepada PR dengan

sepenuhnya kerana mengundi BN bermakna mengundi pembangunan dan menjamin survival

mereka.

Page 134: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

134

PENGALAMAN PAS DALAM KERAJAAN CAMPURAN/BN DAN CABARANNYA

TERHADAP AGENDA PERPADUAN MELAYU PASCA PILIHAN RAYA UMUM 2008

Mohd Sabri Md Nor

Mohammad Redzuan Othman

Abstract

History proves that PAS had been along with UMNO in a mix of PAS-Alliance and Barisan

Nasional (BN) government from 1973 to 1977. The cooperation was clearly demonstrated, though

both parties were different political beliefs, but it was not impossible for UMNO and PAS to

cooperate in the interests of the Malays and Muslims in the country. However, political

cooperation was built in the event of a crisis involving the position of Menteri Besar, Datuk

Muhammad Nasir to cause both parties to re-elect their respective direction. Starting in 1978, PAS

returned to become ' tight enemy ' and ' traditional enemy ' to UMNO. Even since the year 1978,

there was a prompt and proposal that UMNO and PAS will ally again. However, the hope was yet

to be proven. This is because, it is not easy for PAS to express an agreement to cooperate again,

as PAS's experienced being removed with BN. Being removed from BN meant PAS felt that

whatever the proposal and the PAS went back to UMNO and BN as an intentional political trick

created to trap PAS. UMNO's action which expressed the readiness to collaborate with PAS,

especially after PRU-12 (2008) to defend the interests of Malay and Islam including the action of

UMNO who wanted to support the hudud which was the root of PAS's struggle to have opened a

new sheet to UMNO relations and PAS. Behind that, the actions of some PAS leaders showing the

commitment to negotiate with UMNO was a big challenge that the Islamic Party had to act. There

has been a split in the PAS with a member supporting efforts to befriend with UMNO and instead,

who wanted PAS to continue with PKR and DAP to strengthen the opposition coalition. Whatever

happens, the PAS is very careful and certainly does not want the event 1977 being repeated. The

experience of the PAS that has been kicked out of BN is still a long-lasting bad place for PAS.

Keywords: coalition of government, Malay unity, 2008 general election

PENGENALAN

Prestasi UMNO dan Parti Perikatan yang merudum pada PRU-3 (1969) telah membuka dimensi

baru kepada hubungan UMNO dengan PAS terutamanya semasa era pemerintahan Tun Abdul

Razak sebagai Perdana Menteri. Pada awal pemerintahan Tun Abdul Razak, tindakan mewujudkan

“permuafakatan nasional” yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk kompromi telah

berlaku bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga di luar UMNO sehingga berjaya menyerapkan

parti-parti lawan dalam lingkungan UMNO dengan mengasaskan Kerajaan Campuran.xciii Tun

Abdul Razak (Presiden UMNO) dan Mohd Asri Muda (Presiden PAS) mengambil langkah

muafakat antara UMNO dan PAS dengan mengadakan kerjasama melalui kerajaan campuran. Idea

Kerajaan Campuran PAS-Perikatan turut dilontarkan oleh Tun Abdul Razak melalui ucapan dasar

yang disampaikan dalam Mesyuarat Agung UMNO pada 29 Jun 1972. Gagasan tersebut bertitik

Page 135: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

135

tolak atas saranan pihak UMNO yang menegaskan perlunya sebuah kerajaan campuran. Tun Razak

menegaskan:

“Baru-baru ini ada ura-ura hendak mengadakan kerjasama di antara kita dengan parti PAS di Kelantan.

Saya telah tegaskan kita tidak menolak sebarang usaha ke arah ini demi kepentingan negara dan

kemajuan rakyat khasnya rakyat di negeri yang kurang maju seperti di Kelantan, Terengganu dan

Kedah”xciv

Pelawaan UMNO disambut positif oleh PAS sehingga Mesyuarat Agung Tahunan PAS

Kali Ke-18 telah meluluskan satu usul untuk memberi kuasa kepada Jawatankuasa Agung PAS

untuk mengadakan perundingan mengenai penubuhan kerajaan campuran di semua peringkat.xcv

Terdapat dua syarat yang ditetapkan kepada jawatankuasa tersebut bagi tujuan perundingan

dengan Perikatan. Pertamanya, tidak mengorbankan prinsip-prinsip PAS dan kedua, perlu

mengemukakan hasil perundingan tersebut kepada satu Muktamar Agung. Keputusan daripada

usul tersebut ialah 142 undi menyokong berbanding 50 undi membangkang dan 16 undi

berkecuali.xcvi

Tercapainya persefahaman politik antara parti UMNO dengan PAS telah melahirkan

Kerajaan Campuran PAS-Perikatan di semua peringkat. Perisytiharan dan perjanjian untuk

menubuhkan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan telah dibuat dan ditandatangani secara rasminya

di Pejabat Perdana Menteri pada 28 Disember 1972 oleh Tun Abdul Razak yang mewakili Parti

Perikatan dan Mohd Asri Muda yang mewakili PAS. Kerajaan Campuran PAS-Perikatan secara

rasminya diperkenalkan pada 1 Januari 1973. Kemudiannya menubuhkan Barisan Nasional (BN)

pada 1 Jun 1974. Lahirnya BN adalah merupakan kemuncak kepada strategi politik dalam tahun

1970-an. BN adalah jawapan kepada kemelut pada waktu itu bagi mencari konsensus terhadap

krisis yang berlaku dan dilihat sebagai percampuran ideologi Islam dan demokrasi liberal Melayu.

xcvii

Tindakan tersebut dilihat membuka lembaran baru dalam persada politik negara demi

menjamin kestabilan politik, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam

pemerintahan. Ternyata, dalam keadaan negara diancam oleh perpecahan dan untuk mencapai

perpaduan menjadi satu masalah besar, PAS telah mengetepikan ideologi parti dan sanggup duduk

semeja untuk bekerjasama dengan UMNO, walaupun dalam empat Pilihan Raya Umum

sebelumnya (1955, 1959, 1964 dan 1969), kedua-dua parti tersebut bertentangan, bermusuh-

musuhan dan bersaingan untuk mendapat kerusi.xcviii Kewujudan kerajaan campuran telah

memberikan suatu sumbangan yang amat tinggi nilainya dari segi hakikat perpaduan dan

keharmonian umat. Kemelut daripada persaingan politik dalam kalangan orang Melayu telah reda,

malah pemerintah mempunyai kesempatan yang cukup selesa untuk merancang dan membangun

negara setelah saingan politik yang selama ini saling bermusuhan telah berubah menjadi rakan dan

sama-sama bertanggungjawab membangunkan negara.

PENYERTAAN PAS DALAM KERAJAAN CAMPURAN

Kecenderungan PAS terhadap UMNO telah memudahkan PAS menyertai kerajaan campuran.

Alasan yang menyebabkan PAS bersetuju dengan pembentukan kerajaan campuran adalah

kompleks. PAS menyatakan tujuan penyertaannya ialah untuk mengadakan lebih banyak pengaruh

Islam dalam kerajaan dan untuk meningkatkan pembangunan dan kebajikan negara serta

meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan orang Melayu. Bagi negeri Kelantan, salah satu

tujuan penting mengadakan kerajaan campuran ialah untuk mendapat lebih banyak bantuan

Kerajaan Persekutuan bagi kemajuan ekonomi negeri. Dasar pro-Melayu Tun Razak dan suasana

Page 136: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

136

pemerintahan darurat membuatkan PAS tiada banyak pilihan melainkan menyertai perkongsian

dengan musuh politiknya walaupun tindakan tersebut telah mengubah rentak politik PAS dalam

arus perdana politik negara.xcix

Terdapat juga pertimbangan lain yang mempengaruhi PAS membuat keputusan menyertai

kerajaan campuran. Pertama, pergerakan PAS dilemahkan oleh Akta Hasutan dan Akta

Perlembagaan (pindaan) 1971 yang mengharamkan parti mengguna beberapa isu kempen yang

bercorak perkauman dan agama. Dalam suasana politik baru, PAS bimbangkan kuasanya yang

semakin merosot di Kelantan yang merupakan pangkalan politiknya dan bimbangkan anggotanya

di negeri-negeri utara akan berpaling tadah. Keduanya, PAS berhasrat untuk bersama-sama

berkuasa di peringkat Persekutuan. Ketiganya, terdapat krisis kepimpinan dalam PAS di Kelantan.

Keempatnya ialah Biro Siasatan Negara (BSN) mula menyiasat aktiviti Perbadanan Kemajuan

Ekonomi Negeri Kelantan (PKENK) pada tahun 1971 yang telah mendorong pemimpin PAS

supaya bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan.c

PAS DALAM KERAJAAN CAMPURAN/BN

Kerajaan campuran ini telah memberi makna yang besar kepada perpaduan dan kestabilan negara

dalam bentuk identiti yang baru. Kejayaan kerajaan campuran ialah kerana semua pihak yang

terlibat berdiri tegak dan tegas atas kepentingan rakyat dan negara semata-mata. Kerajaan

campuran adalah satu langkah ke hadapan bagi melaksanakan hasrat BN untuk menjamin

perpaduan rakyat serta kejayaan pembangunan ekonomi dan pembentukan masyarakat yang lebih

adil, makmur dan kuat.ci Tun Abdul Razak menganggap pembentukan kerajaan campuran sebagai

strategi penting kerajaan dalam usaha mengurangkan “main politik”, untuk mencapai perpaduan

orang Melayu dan menumpu seluruh tenaga untuk melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Setelah termetrai perjanjian kerajaan campuran, wakil daripada UMNO dibenarkan untuk

menyertai Kerajaan PAS Kelantan,cii pemimpin PAS diberi peluang memegang jawatan di

peringkat Pusat,ciii wakil daripada PAS dilantik sebagai Exco di negeri Kedah dan Terengganu,civ

serta negeri lain seperti Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Hasil tindakan tersebut, ketegangan

hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan dapat dikurangkan.

Dalam Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Mohd Asri Muda dalam Muktamar Agung

PAS Ke-19 pada 21 September 1973, beliau telah memberikan dua sebab kerjasama PAS dan

Perikatan perlu dilanjutkan sehingga kepada Pilihan Raya Umum berikutnya (1974). Pertamanya,

faedah yang sedang dan akan diperolehi oleh negara hasil daripada permulaan kerjasama politik

yang sedang wujud. Keduanya, kerana sesuai dengan cita-cita menuju kepada matlamat

perjuangan PAS yang akan dapat dicapai peringkat demi peringkat.cv Bagi UMNO, kejayaan

mengikat PAS untuk membentuk kerajaan campuran adalah berpaksikan kesedaran bahawa

penyatuan orang Melayu tidak semestinya bermakna penyatuan dalam UMNO. Mustahil untuk

menarik semua orang Melayu masuk ke dalam UMNO. Sebahagian orang Melayu masih juga

menyokong PAS. Penyatuan orang Melayu tidak dapat dicapai dan UMNO dilihat gagal

menyatukan orang Melayu. Kenyataan ini akhirnya diterima oleh pemimpin UMNO. Apabila

disedari UMNO tidak wujud kerana UMNO tetapi kerana orang Melayu, sikap pun mula bertukar.

Penukaran sikap inilah yang membolehkan kerjasama antara UMNO dan PAS iaitu antara orang

Melayu dengan orang Melayu. Penyatuan di dalam UMNO tidak tercapai, tetapi perpaduan dalam

kalangan orang Melayu sudah tercapai.cvi

Permuafakan ini akhirnya membawa PAS dan UMNO menghadapi PRU-4 (1974) secara

bersama dengan anggota-anggota lain dalam Perikatan (kemudiannya dikenali dengan Barisan

Nasional pada 1 Jun 1974) yang memaksa parti pemerintah menukar lambangnya daripada kapal

Page 137: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

137

layar kepada simbol dacing.cvii Kesan dari kerjasama antara UMNO dan PAS, pada PRU-4 (1974),

BN telah berjaya memenangi kesemua kerusi yang ditandingi sama ada kawasan DUN mahupun

Parlimen di Kelantan. Bahkan, kerjasama ini lebih memantapkan lagi kedudukan PAS di

Kelantan.cviii Pada masa sama, kerjasama UMNO dan BN bukan sahaja wujud di Kelantan, tetapi

juga dilakukan dengan parti Gerakan di Pulau Pinang, Parti Progresif Rakyat (PPP) di Perak dan

juga parti SUPP di Sarawak. Parti-parti ini yang sebelumnya bertindak sebagai parti pembangkang

akhirnya bersetuju untuk menerima dasar yang dijalankan oleh kerajaan pada waktu tersebut. Asas

kepada kerjasama ialah kejujuran dan keikhlasan dalam usaha untuk berbaik-baik dan berkhidmat

bersama-sama bagi membangun dan memajukan negara.cix

PENYINGKIRAN PAS DARIPADA BN

Tindakan PAS berjuang bersama-sama BN adalah kerana pujukan dan pengaruh kuat Tun Abdul

Razak terhadap Mohd Asri Muda, pemimpin PAS dan Menteri Besar Kelantan yang kemudiannya

diangkat menjadi Menteri di peringkat pusat. Selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, beliau

diganti oleh Tun Hussein Onn yang disifatkan tidak begitu toleran terhadap PAS.cx Tun Hussein

Onn nampaknya tidak mahu mengalah untuk memberi peranan penting kepada Mohd Asri Muda.

Lagipun sebahagian besar anggota PAS tidak berpuas hati dengan BN kerana cuba menyekat usaha

PAS untuk meluaskan agenda Islamnya. Setelah empat tahun berkongsi kuasa antara UMNO dan

PAS, garis-garis retak yang semakin membesar akhirnya bertukar menjadi belah. Disebabkan

krisis di peringkat negeri Kelantan dan keengganan PAS untuk menyokong Undang-Undang

Darurat menyebabkan ikatan kerjasama politik ini telah terlerai. Hal ini memandangkan

sebelumnya telah berlaku krisis politik di Kelantan berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar.

Bagi UMNO, tindakan PAS yang meluaskan pengaruh di kawasan Tanah Rancangan Felda dan

membuka cawangan PAS di cawangan UMNO yang telahpun wujud juga antara faktor yang

menyebabkan hubungan kedua-dua parti tersebut menjadi renggang. Krisis Menteri Besar

Kelantan merupakan kemuncak kepada ketegangan hubungan yang sebelumnya renggang.cxi

Krisis politik antara UMNO dan PAS di Kelantan berakar sejak tahun 1974 (PRU-4)

setelah Tun Abdul Razak telah menolak keputusan PAS menamakan Haji Wan Ismail bin Wan

Ibrahim sebagai Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya. Ketika itu PAS mahukan Haji Wan

Ismail sebagai Menteri Besar, tetapi UMNO dikatakan telah menyekat pencalonan tersebut.

UMNO mahukan Datuk Muhammad Nasir dan tidak mahu menerima sebarang calon lain.

Tindakan UMNO itu telah membuatkan PAS terpaksa bersetuju demi menjaga perpaduan dan

kepentingan BN. Walaupun dilihat lebih kepada masalah dalaman PAS, tetapi situasi tersebut

memperlihatkan persaingan antara UMNO dan PAS yang ketika itu masih lagi berada dalam BN.

Hal ini kerana, Datuk Muhammad Nasir dilihat sebagai calon Menteri Besar BN bukannya Menteri

Besar PAS dalam BN. Kes ini mendapat perhatian memandangkan inilah pertama kali satu

pergolakan berlaku untuk melancarkan gerakan penggulingan secara terbuka dengan sekumpulan

20 (ada juga laporan menyebut kumpulan 16) ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS Kelantan

telah dibentuk bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Muhammad Nasir meletak jawatan. Walaupun

tiada alasan yang jelas punca yang menyebabkan kumpulan 20 atau kumpulan 16 itu

memberontak, tetapi ada tanggapan yang mengatakan beliau juga turut menjadi sasaran undi tidak

percaya kerana dikatakan mempunyai pendirian sebagai “Menteri Besar BN dan bukannya Menteri

Besar PAS dalam BN”.cxii

Sebaliknya, Datuk Muhammad Nasir mendakwa rasa tidak puas hati timbul dalam

kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS berikutan tindakannya yang melancarkan

gerakan membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tindakan tersebut adalah, mengambil

Page 138: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

138

semula tanah balak seluas 350,000 ekar yang diberi kepada sebuah syarikat iaitu Syarikat

Timbermine. Rasa tidak puas hati tersebut memuncak setelah beliau membekukan kawasan kayu

balak seluas 240,000 ekar di sempadan Kelantan dengan Perak yang dipercayai mengandungi bijih

timah bermutu tinggi serta meminta mahkamah menyelesaikan kes Syarikat Tembakau. Tindakan

tersebut memberi kesan kepada banyak pihak dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Pada

masa sama, Datuk Muhammad Nasir berjaya meyakinkan rakyat Kelantan bahawa Kumpulan 20

yang hendak menggulingkan kerajaan pimpinannya terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang

berhasrat merebut kekayaan negeri Kelantan.

Tuduhan yang dikemukan oleh Datuk Muhammad Nasir telah disangkal oleh Mohd Asri

Muda termasuk menafi menjadi ‘dalang’ dalam isu tersebut dan menyifatkan tindakan Datuk

Muhammad Nasir melibatkan namanya dalam krisis politik Kelantan sebagai tidak adil dan tidak

munasabah. Pada masa sama, Mohd Asri Muda menyeru parti-parti dalam BN supaya bertenang

sambil menekankan bahawa krisis di Kelantan itu adalah soal urusan ‘rumahtangga’ PAS sendiri

dan akan diselesaikan tanpa penglibatan BN seluruhnya. Mohd Asri juga menegaskan bahawa

perkara tersebut seharusnya tidak dibawa ke peringkat BN. Hal ini memandangkan UMNO, MIC

dan MCA juga pernah mengalami krisis dalaman masing-masing tetapi tidak dibawa ke peringkat

itu.

Krisis politik tersebut telah meletakkan UMNO dalam keadaan serba salah. Jika ahli-ahli

UMNO menentang usul tidak percaya kepada pimpinan Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri

Besar Kelantan, hubungan UMNO dan PAS mungkin menjadi retak dan perpaduan BN akan

tergugat. Orang yang paling sukar ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang pada ketika itu

menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan. Laporan juga

menyebut Ku Li dikatakan telah terlibat secara langsung dalam usaha hendak menyelamatkan

kedudukan Datuk Muhammad Nasir sehingga Kumpulan 20 membuat dakwaan ada kalangan yang

tertentu dalam UMNO sanggup membelanjakan setengah juta ringgit untuk menyelamatkan Datuk

Muhammad Nasir. UMNO mengambil sikap tunggu dan lihat serta berkecuali dalam kes politik

Kelantan. UMNO berpendapat, mereka tidak perlu campurtangan memandangkan kes tersebut

merupakan masalah dalaman PAS walaupun kemungkinan UMNO merasakan inilah masanya

untuk mereka kembali berkuasa di Kelantan. Tindakan Majlis Tertinggi UMNO yang memanggil

mesyuarat untuk membincangkan krisis politik Kelantan adalah bagi menentukan pendirian

sebenar UMNO terutamanya 13 ADUN UMNO bagi menghadapi undi tidak percaya kepada

Menteri Besar, Datuk Muhammad Nasir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 15 dan

16 Oktober 1977.cxiii

Krisis politik di Kelantan telah berlarutan dan semakin kusut serta menampakkan

kesukaran untuk dinoktahkan dengan perlucutan jawatan Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri

Besar. Walaupun lebih kepada masalah dalaman PAS dan boleh meretakkan PAS, tetapi juga telah

menimbulkan satu konflik antara UMNO dan PAS kerana sokongan yang berterusan UMNO

kepada Datuk Muhammad Nasir. UMNO juga tidak menyatakan pendirian secara rasmi terhadap

mana-mana pihak walaupun umum mengetahui kedudukan Datuk Muhammad Nasir lebih dekat

dengan UMNO. Pendirian UMNO terhadap isu tersebut penting bagi menentukan hala tuju

kerjasama UMNO dan PAS.

Ternyata, krisis politik di Kelantan pada tahun 1970-an telah memendekkan hayat

kerjasama UMNO dengan PAS walaupun harapan ialah untuk kekal buat selama-lamanya.

Disebabkan oleh krisis tersebut, PAS akhirnya disingkirkan daripada BN kerana tidak menyokong

Rang Undang-Undang Perisytiharan Darurat.cxiv Sejak itu, PAS merasakan penyertaan parti

tersebut dalam kerajaan campuran bersama UMNO merupakan suatu kesilapan besar dan mustahil

Page 139: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

139

untuk PAS kembali lagi ke pangkuan UMNO pada masa hadapan. Pengalaman tersebut sungguh

memeritkan dan sukar dilupai oleh PAS. Situasi sedemikian juga menyebabkan persaingan PAS

dengan UMNO menjadi semakin sengit. Namun demikian, terdapat usaha yang dilakukan

terutamanya oleh UMNO serta ditambah pula dengan kesediaan individu-individu tertentu dalam

PAS untuk kembali menjalinkan kerjasama bagi kepentingan masyarakat Melayu dan Islam di

negara ini. Tindakan sedemikian telah menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat.

Politik kerajaan campuran tahun 1973 dan penyertaannya dalam BN tahun 1974 menjadi

gelombang yang bertiup kencang setelah PAS disingkirkan daripada BN. Gelombang tersebut

telah menghantar PAS kepada suatu pengalaman yang sangat getir dan amat pahit. Bagi PAS,

pengalaman tersebut sangat berharga yang membuatkan PAS benar-benar mengenali siapakah

UMNO sebenarnya. Apabila diadakan PRU-5 (1978), ternyata prestasi PAS merosot sekali

sehingga pengaruh PAS menjadi lemah dalam menghadapi lawannya UMNO. Pada masa sama,

parti itu terpaksa menghadapi perpecahan dari dalam kerana timbulnya pihak-pihak tertentu yang

tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti yang diterajui oleh Mohd Asri Muda.

PASCA PRU-12 (2008) DAN AGENDA PERPADUAN MELAYU

Kegagalan BN dalam PRU-12 (2008) untuk mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen selain

hilang penguasaan di beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan kegagalan

merampas kembali Kelantan daripada PAS telah membuka lembaran baru kepada perkembangan

politik Melayu.cxv Telah timbul isu orang Melayu lemah dan wujudnya perpecahan Melayu.

Rentetan itu, timbul pula isu perpaduan Melayu sebagai penyelesaian kepada isu tersebut.

Hubungan antara UMNO dan PAS menjadi polemik setelah UMNO berusaha untuk berbaik-baik

dengan PAS yang selama ini menjadi musuh utama. Pemimpin-pemimpin UMNO cuba

mempengaruhi beberapa pemimpin PAS untuk bergabung atas nama Melayu dan Islam. Ternyata,

tindakan UMNO dilihat tidak bersendirian setelah ada dalam kalangan pemimpin tertinggi PAS

memberikan komitmen untuk sedia bekerjasama dengan UMNO. Tindakan pemimpin PAS

tersebut bersandarkan kepada alasan perlunya kuasa untuk menegakkan Islam. Pada masa sama,

kerana bersangka baik terhadap UMNO dengan menerima alasan pemimpin UMNO yang mula

menampakkan sikap membela Melayu dan Islam.cxvi

Usaha untuk menarik PAS bersama-sama dengan UMNO dilakukan dengan mengadakan

beberapa perbincangan (muzakarah) antara pemimpin UMNO dan PAS.cxvii Tindakan UMNO

yang mahu mengadakan muzakarah dengan PAS bagi membincangkan perkongsian kuasa di

Selangor dan Perak dengan jawatan Menteri Besar ditawarkan kepada PAS selepas PRU-12

(2008)cxviii telah mengundang keraguan dalam kalangan parti-parti sekutu PAS yang lain seperti

PKR dan DAP dengan menganggap tindakan tersebut sebagai ‘umpan’ oleh UMNO.cxix Bermula

dengan wujudnya desas desus akan berlakunya kerjasama UMNO dan PAS, ternyata isu

pertemuan antara UMNO dan PAS untuk membincangkan isu perpaduan Melayu sememangnya

berlaku. Kedua-dua parti telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan isu perpaduan

Melayu. Walau bagaimanapun, pertemuan yang sepatutnya dirahsiakan kepada umum akhirnya

telah dibocorkan oleh Abdullah Badawi (Perdana Menteri) dengan menyatakan telah wujud tiga

pertemuan sulit antara UMNO dengan PAS bagi membincangan isu kerjasama.cxx

Bagi PAS, tindakan Abdulah Badawi yang mengumumkan bahawa pemimpin PAS telah

tiga kali menemui beliau dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan kedudukan beliau dalam

UMNO di tengah-tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menabur benih perpecahan di

dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat UMNO pada masa depan, menghilangkan

keyakinan dalam Pakatan Rakyat bagi menghalang Agenda Pasca Pilihan Raya 2008 dan

Page 140: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

140

menjarakkan semula PAS daripada sokongan masyarakat bukan Melayu.cxxi Sungguhpun tindakan

segelintir pemimpin tertinggi PAS yang bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO, komitmen

tersebut tidak mencerminkan persetujuan majoriti ahli dalam PAS sehingga wujud perbezaan

pandangan dalam menguruskan isu tersebut. Akibatnya, rakyat terutama pemimpin dan ahli PAS

yang tidak bersetuju dengan idea kerjasama ini mula mempersoalkan tindakan tersebut, sehingga

menimbulkan pergeseran dalam kalangan pemimpin PAS dan ahli-ahlinya. Pendedahan itu telah

menyebabkan hubungan PAS dengan sekutunya iaitu PKR dan DAP yang baru sahaja

menubuhkan Pakatan Rakyat menjadi renggang.cxxii

Golongan dalam PAS yang tidak menyetujui tindakan kerjasama itu beranggapan tindakan

UMNO adalah berniat untuk mecetuskan perpecahan dalaman PAS dan antara PAS dengan parti-

parti lain dalam PR. Tindakan UMNO ini juga ditafsirkan sebagai usaha menyekat kemaraan PAS

sebagai parti terulung untuk orang Islam yang termasuk orang Melayu.cxxiii Bagi yang tidak

bersetuju dengan tindakan UMNO, tindakan pemimpin UMNO sebenarnya bukan kerana Melayu

dan Islam sebaliknya kerana UMNO telah menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti

dua pertiga kerusi Parlimen. Alasan kepentingan Melayu dan Islam dicanang semata-mata kerana

UMNO hampir kehilangan kuasa. Tambahan pula, berdasarkan kepada senario yang berlaku

sebelum PRU-12 (2008), PAS telah menjadi sasaran serangan oleh UMNO terutamanya di

Kelantan. Tetapi, selepas pilihan raya, PAS dilihat oleh UMNO sebagai satu-satunya parti yang

boleh dijadikan sahabat. Pertemuan antara PAS dan UMNO berpaksikan usaha untuk membela

Melayu dan Islam. Nama-nama dalam PAS yang dikaitkan dengan pertemuan dengan UMNO

termasuklah kepimpinan tertinggi parti yang dikatakan selesa dengan hubungan UMNO-PAS

kerana tindakan tersebut dapat memberi peluang kepada isu Islam dipertegaskan berbanding

dengan PR yang mana dikatakan DAP agak ‘keras’ untuk menyokong isu-isu Islam yang

diketengahkan oleh PAS.cxxiv Pertemuan UMNO – PAS telah menimbulkan pelbagai persoalan

dalam kalangan pemimpin PR iaitu sejauhmanakah PAS setia kepada rakannya? Malah, dalam

kalangan pemimpin PAS sendiri telah wujud dua kem yang berbeza iaitu pihak yang bersetuju

dengan usaha PAS bekerjasama dengan UMNO yang diberi jolokan pro-UMNO dan pihak yang

tidak bersetuju yang digelar sebagai pro-Pakatan Rakyat. Keseluruhan organisasi PAS, isu

rundingan UMNO dan PAS telah memecahkan keutuhan parti.cxxv

Dalam PAS sendiri berlaku serangan-serangan di peringkat negeri khususnya di Selangor

antara Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dengan Hasan Ali yang merupakan Ahli Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Tuduhan berlegar di sekitar adanya rundingan tersembunyi

dengan UMNO dan keputusan-keputusan di bawah potfolio Hasan Ali dikatakan dipengaruhi oleh

kepentingan-kepentingan UMNO.cxxvi Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am PAS merupakan

orang yang paling tegas menolak sebarang kerjasama dan hubungan PAS dengan UMNO. Malah

dalam kemelut ini, Nik Abdul Aziz mendakwa adanya ‘UMNO dalam PAS’. Nik Abdul Aziz

misalnya sentiasa sedar bahawa UMNO akan sentiasa mendekati PAS apabila berada dalam

keadaan tersepit.cxxvii Tekanan isu ini semakin memuncak sehingga Nik Abdul Aziz memanggil

Mesyuarat Khas PAS Pusat untuk mencadangkan satu Muktamar Agung Khas bagi membuat

keputusan secara tegas tentang isu hubungan UMNO-PAS dan menegaskan komitmen PAS

terhadap PR.cxxviii Husam Musa yang pada ketika itu sebagai Naib Presiden PAS, menentang usaha

individu-individu tertentu dalam PAS yang berusaha menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Husam Musa memberikan amaran keras termasuklah memecat para pemimpin PAS yang cuba

untuk bekerjasama dengan UMNO. Semasa membentangkan kertas kerjanya di Ijtimak PAS

Selangor pada 17 Mei 2008 (Isnin), Husam Musa menyebut:

Page 141: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

141

“Kita akan menjadi ekor sepanjang masa jika menyertai UMNO walaupun dia sedang nazak

sekarang”. Tambah Husam Musa lagi “Tak kan selepas 40 tahun lebih kita lanyak UMNO, tiba-tiba

apabila dia nak mati kita nak hantar ambulan kat dia untuk diselamatkan”cxxix

Pada 23 Julai 2008, satu mesyuarat diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan

(JKR 10) di Kota Bharu dengan dihadiri oleh tujuh daripada 13 anggota Majlis Syura Ulama PAS.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz. Hasil daripada

mesyuarat tersebut, Majlis Syura Ulama membuat ketetapan untuk “menutup fail muzakarah dan

yang ada hanya muqabalah (pertemuan biasa)”. Hal ini memandangkan Muzakarah sudah menjadi

perkara yang mempunyai konotasi tersendiri dalam PAS dan PR sehingga dianggap perbincangan

ke arah perkongsian kuasa antara UMNO dengan PAS.cxxx Pada 31 Julai 2008, PAS telah mencapai

kata sepakat melalui mesyuarat bersama antara Jawatankuasa PAS Pusat dengan Majlis Syura

Ulama di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Presiden PAS, Abdul Hadi

Awang dengan ditemani oleh Setiausaha Agung (Kamarudin Jaffar) dan Ketua Muslimat (Nuridah

Salleh) mengeluarkan kenyataan berikut. Pertamanya, tidak akan ada kerjasama dengan UMNO

untuk membentuk kerajaan. Keduanya, pertemuan boleh dan akan dilakukan dengan sesiapa saja

tanpa mengira siapa mereka. Ketiga, PAS komited dengan Pakatan Rakyat (PR) dan akan bergiat

aktif dan positif untuk mempertahankannya.cxxxi

Komitmen PAS untuk terus bersama PR dan mengukuhkan hubungan dengan PKR dan

DAP telah disambut baik oleh Naib Presiden PAS iaitu Mohamad Sabu. Mohamad Sabu

berpendapat, kemenangan besar PAS dalam PRU-12 (2008) merupakan isyarat jelas daripada

rakyat yang mahukan PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP dalam PR bagi menggantikan

UMNO dan BN. Mandat yang diterima oleh PAS dalam pilihan raya itu merupakan mandat PAS

dalam PR. Ironinya, isu muzakarah telah memecahkan PAS dari dalam dan meragukan rakan-

rakan PAS dalam PR. Usaha ke arah kerjasama (muzakarah) UMNO dengan PAS telah kembali

meletakkan PAS dalam dua kumpulan yang berbeza. Jika sebelum ini wujudnya golongan Ulama

dan golongan profesional, kini timbul pula golongan Ulama dan golongan Erdogan (merujuk

kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan). Golongan Erdogan merupakan kumpulan

yang menentang rundingan dengan UMNO. Persaingan kedua-dua golongan ini semakin ketara

ketika Muktamar PAS Ke-54 yang diadakan pada 15, 16 dan 17 Ogos 2008 bertempat di Dewan

Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak.cxxxii

AGENDA PERPADUAN MELAYU MELALUI KERAJAAN PERPADUAN (UNITY

GOVERNMENT)

Menyedari tidak banyak pembaharuan dilakukan dalam amalan demokrasi, malah sikap yang

terlalu bermusuh dilihat semakin sebati. Justeru itu, usaha yang konkrit perlu dilakukan bagi

mencari titik persamaan untuk menyatukan seluruh parti-parti politik seperti idea penubuhan

kerajaan perpaduan (unity government). Konsep kerajaan perpaduan merupakan idea yang

diketengahkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Isu kerajaan perpaduan bermula selepas

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengajak semua parti-parti politik bersatu untuk sama-sama

menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dalam negara melalui satu kaedah pemerintahan yang

melibatkan semua pihak atau dinamakan unity government.cxxxiii

Isu kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS yang dicetuskan pada Muktamar Tahunan

Parti PAS 2009 adalah bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini dan

pembangunan orang Melayu termasuk menjaga hak kaum lain. Usaha ke arah perpaduan antara

UMNO dengan PAS yang dijelmakan atas pelbagai jenama seperti kerjasama, pertemuan,

muzakarah, muqabalah dan sebagainya seringkali kedengaran.cxxxiv Semuanya atas nama

Page 142: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

142

‘perpaduan Melayu’. Persepsi terhadap cadangan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan pada

peringkat awal masih belum jelas dan samar, sama ada melibatkan PR dan UMNO - BN atau hanya

melibatkan PAS dan UMNO. Kerajaan perpaduan juga ditafsir begitu negatif sehingga dikaitkan

dengan usaha PAS untuk bergabung dengan UMNO. Disebabkan oleh kekeliruan yang timbul,

Abdul Hadi Awang terpaksa menjelaskan secara mendalam dalam satu wawancara yang disiarkan

oleh akhbar Siasah keluaran ke-138 (1 hingga 7 Mac 2009). Dalam wawancara tersebut, Abdul

Hadi Awang menerangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan mengambil contoh Indonesia di

bawah bekas Presiden BJ Habibie. Jelas Abdul Hadi Awang, kerajaan perpaduan ini melibatkan

semua parti politik menjadi sebahagian kerajaan dan bukan hanya melibatkan UMNO dan PAS.

Wujudnya pelbagai persepsi dan tafsiran dalam kalangan penyokong PAS serta PR yang

berupa positif dan negatif sama ada bersandarkan hujah yang munasabah dan sebaliknya. Idea

tersebut turut dikecam oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Abdul Hadi Awang

sendiri mengakui ramai dalam kalangan penyokong serta pimpinan PAS sendiri tidak memahami

konsep kerajaan perpaduan yang dicadangkan.

“Apa yang saya rasa lucu, ada orang UMNO yang membangkang dan ada orang UMNO yang

bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS)

tidak tahu apa unity government. Barangkali kalau dia tahu bentuknya, saya rasa orang boleh terima.

Oleh kerana, ramai orang tidak faham, saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul”.cxxxv

Pada 21 April 2009, Idea kerajaan perpaduan ditarik balik oleh Abdul Hadi Awang kerana

wujud ketidakfahaman dalam kalangan ahli PAS sendiri dan menimbulkan pelbagai kekeliruan,

walaupun isu tersebut telah dibincangkan di peringkat pemimpin tertinggi PAS. Abdul Hadi

Awang kemudiannya mengusulkan kempen “PAS ganti UMNO” sebagai usaha parti Islam

tersebut untuk mengggantikan UMNO bagi menjadi wakil dan suara utama orang Melayu-Islam

yang tidak selari dengan cadangan kerjasama atau gabungan antara PAS dengan UMNO.cxxxvi

Selepas itu, Harakahdaily melaporkan pada 18 Jun 2009 kenyataan Harun Taib, Ketua Dewan

Ulama PAS yang menyebut kerajaan perpaduan tidak boleh berlaku jika hanya dengan UMNO.

Katanya:

“Kerajaan perpaduan ini bukan hanya PAS dengan UMNO sahaja, tidak timbul soal PAS-

UMNO.Semua parti-parti politik terlibat sama dengan PKR, DAP, MCA, MIC, UMNO dan parti-

parti di Sabah dan Sarawak baru jadi ‘perpaduan’.cxxxvii

Persepsi dalam kalangan penyokong PAS dan PR tentang kerajaan perpaduan ialah satu

kesinambungan rancangan untuk bermuzakarah dengan UMNO atas dasar menyatukan orang

Melayu. Hujah yang digunakan untuk menolak idea ini adalah dengan menyifatkan kerajaan

perpaduan merupakan suatu usaha untuk bersatu dengan UMNO dan BN serta kebimbangan PAS

akan hilang sokongan pengundi bukan Islam yang mengundi PAS dalam PRU-2008 lalu. Keadaan

ini berdasarkan kepada analisis keputusan pilihan raya, terbukti sokongan pengundi bukan Islam

merupakan faktor utama PAS berjaya memenangi banyak kerusi Parlimen dan DUN khususnya di

kawasan bandar.cxxxviii Hujah lain yang digunakan ialah kerajaan perpaduan hanya menguntungkan

UMNO dan BN yang mereka sifatkan sebagai memberi talian hayat kepada parti yang semakin

ditolak oleh rakyat dalam PRU-2008 seperti mana yang berlaku di era 1970-an ketika PAS

dibawah pimpinan Asri Muda.cxxxix Jawapan balas daripada penyokong Abdul Hadi Awang

tentang perdebatan yang mendakwa Abdul Hadi Awang cuba membawa PAS bersatu dengan

UMNO (menyertai BN) melalui idea kerajaan perpaduan ialah berhujah menyatakan sebarang

usaha untuk bersatu dengan mana-mana pihak itu tidak salah dalam Islam selagi mengikut lunas-

Page 143: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

143

lunas yang dibolehkan oleh syarak dengan mengemukakan pelbagai dalil termasuk dari al-Quran,

Sirah nabi dan sejarah Islam.cxl

Kerajaan perpaduan telah didefinisikan sebagai ‘perpaduan PAS-UMNO’ dengan kedua-

dua bergabung dalam satu pakatan politik disifatkan sebagai mengabaikan realiti kedudukan

UMNO yang bekerjasama dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN dan keduanya

terus dikatakan menjadi agenda PAS walaupun kenyataan demi kenyataan menafikannya dibuat

oleh pemimpin parti tersebut.cxli Sedangkan Abdul Hadi ketika melontarkan idea ini secara jelas

menekankan idea tersebut tidak berkait langsung dengan usaha melakukan kerjasama dengan

UMNO dan BN sepertimana yang pernah dilakukan pada era 1970-an dulu. PAS tidak akan

mengulangi peristiwa hitam masuk BN. Tambah Abdul Hadi:

“Kita diajar oleh Islam, kita tidak boleh disengat sebanyak dua kali dari satu lubang. Penyertaan kita

dalam BN satu sejarah yang hitam, yang pahit, yang tidak akan diulangi, insya-Allah”.cxlii

Pada 13 Jun 2010, PAS membuat penegasan untuk tidak akan melaksanakan sebarang

kerjasama dengan UMNO dan BN dalam pelbagai bentuk. Penegasan tersebut dibuat oleh Abdul

Hadi Awang ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan pada sidang media selepas

menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 di Pusat Tarbiyah

Islamiyah Kelantan (PUTIK). PAS telah menyifatkan sebarang kerjasama dengan UMNO akan

mendatangkan masalah dan tidak memberi manfaat.

KESIMPULAN

UMNO dan PAS telah membuktikan bahawa walaupun kedua-dua parti itu mempunyai jurang

fahaman politik yang berbeza, tetapi bukan mustahil untuk mencapai kerjasama dan persefahaman

terutamanya yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini. Hal ini terbukti dengan

pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan dan PAS pernah menjadi sebahagian daripada

komponen dalam BN. Sejak itu, hubungan antara kedua-dua parti itu juga sentiasa diselitkan

dengan cadangan terutamanya daripada UMNO ke arah perpaduan atau sekurang-kurangnya perlu

wujud kerjasama politik dengan PAS. Cabaran utama yang melingkari usaha UMNO tersebut ialah

PAS dilihat berhati-hati dalam menerima pelawaan UMNO memandangkan pengalaman PAS

pernah ditendang keluar daripada BN masih menjadi igauan buat PAS.

Selepas PRU-12 (2008), timbul isu perpaduan Melayu melalui kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan dipersepsikan sebagai usaha ke arah kerjasama politik antara UMNO/BN

dengan PAS tanpa melibatkan PKR dan DAP walaupun idea cadangan kerajaan perpaduan

melibatkan kerjasama parti kerajaan (BN) dan pembangkang (PR). Kejayaan Anwar yang

memimpin PR dengan memperoleh sebanyak 52 peratus undi popular semasa PRU-13 (2013) telah

memberikan tekanan kepada UMNO dan BN. Kegagalan UMNO dan BN untuk memperolehi

majoriti dua pertiga buat kali kedua dan ditambah dengan hanya memperolehi 48 peratus undi

popular telah membuka suasana baru kepada hubungan antara UMNO dan PKR. Selepas pilihan

raya tersebut, timbul pula isu rekonsiliasi nasional yang melibatkan UMNO/BN dengan PKR tanpa

melibatkan PAS dan DAP.

Ironinya, walaupun ada kalanya sukar untuk membentuk perpaduan politik Melayu, usaha

ke arah perpaduan politik dilihat sentiasa menjadi agenda parti-parti politik terutamanya parti

politik Melayu. Keazaman untuk mewujudkan permuafakatan dan kerjasama antara parti politik

sentiasa menjadi keutamaan dalam diri setiap pemimpin. Cuma, yang menjadi halangan ialah,

Page 144: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

144

sejauhmanakah pemimpin-pemimpin parti politik bersedia untuk mengetepikan soal kepentingan

peribadi dan prinsip sebaliknya menonjolkan sikap yang berjiwa besar.

Nota

i Temubual penulis bersama Mustafa Ali pada 17 Jun 2014. Beliau merupakan Setiausaha Agung PAS Pusat dan bekas

Pengarah Pilihan Raya PAS. ii Temubual Penulis bersama Mujahid Yusuf Rawa pada 24 Februari 2014. Beliau merupakan Ahli Parlimen Parit

Buntar dan Pengerusi Lajnah Hubungan Antara Kaum PAS. Mujahid juga anak kepada bekas Yang DiPertua Agung

PAS, Yusuf Rawa. iii PAS hanya memenangi sebuah kerusi parlimen di kawasan Pengkalan Chepa melalui Nik Arshad Abdullah. Dalam

pilihan raya itu, Nik Arshad telah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak iv Kamarudin Jaffar. 2000. Memperingati Yusuf Rawa. Kuala Lumpur: IKDAS Sdn. Bhd. Hlm: 202 v Temubual penulis bersama Mujahid Yusuf Rawa pada 24 Februari 2014. vi Mujahid Yusuf Rawa, 2010. Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme, Kuala Lumpur: The Malaysian

Insider Sdn. Bhd., hlm: 86. vii Peringatan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Kali Pertama, Sesi 1999-2000 pada 13 Jun 1999. viii Eksklusif. 21-27 Jun 1999. hlm. 3. ix Nama asal dan penuh Anuar Tan adalah Tan Teng Loon @ Anuar Tan b. Abdullah @ Anuar Tan. Sila rujuk Laporan

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 2002. x Eksklusif. 2-8 Ogos 1999, hlm: 18. xi Ibid, hlm. 18. xii Ibid, hlm.18. xiii Leong Su Siang memenangi kerusi Kota Lama dalam Pilihan Raya Umum 1995 dengan menewaskan calon

BERJASA, Mohd Yusoff@Yusof bin Haji Mojd Nor dengan majoriti 1676. Sila rujuk Laporan Pilihan Raya Umum

Malaysia 1995, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, 1997. xiv Menurut temubual pengkaji dengan Pengerusi Dewan Hubungan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw,

kemenangan PAS di Kota Lama banyak bergantung kepada keperibadian dan ketokohan Anuar Tan berbanding

penerimaan pengundi Cina terhadap dasar PAS. xv Anuar juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi membantu PAS mendekati kaum Cina. Sila

rujuk Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Kelai Kedua, Sesi 2001-2003 pada 15 Julai 2001. xvi Hu Pang Chaw merupakan bekas ahli MCA serta wartawan dan banyak membuat liputan terhadap Anuar. Menurut

beliau, tIndakan ini menimbulkan kemarahan MCA sehingga beliau ditukar ke Raub. Justeru, beliau telah meletakkan

jawatan sebagai wartawan dan bekerja sepenuh masa membantu Anuar sebagai ahli MPKB. xvii Menurut Hu Pang Chaw kepada pengkaji, usaha menarik sokongan kaum Cina dilakukan dengan mendekati para

peniaga melalui MKPB. xviii Buku Cenderamata Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 23 Mei 2010. xix Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Harian PAS Pusat Kali Ketiga, Tahun 2004-2005 pada 12 Mac 2005. xx Enam kerusi parlimen tersebut semuanya di Kelantan, iaitu Tumpat, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Rantau Panjang,

Kubang Kerian dan Pasir Putih. xxi Kegagalan itu juga mengakibatkan PAS kehilangan jawatan Ketua Pembangkang di parlimen dan jawatan tersebut

dipulangkan semula kepada wakil DAP, Lim Kit Siang. xxii PAS kehilangan Terengganu dan memerintah negeri itu selama satu penggal sahaja apabila hanya memenangi 4

kerusi negeri berbanding Barisan Nasional dengan 28 kerusi negeri. Terengganu menang di kawasan DUN Wakaf

Mempelam (Mohd Abdul Wahid Endut), Batu Buruk (Wan Abdul Mutalib Embung), Rhu Rendang (Datuk Seri Abdul

Hadi Awang) dan Manir (Datuk Harun Taib). xxiii Temubual pengkaji dengan Hu Pang Chaw pada 17 Mac 2014. xxiv Temubual pengkaji dengan Hu Pang Chaw pada 17 Mac 2014. xxv PAS For All atau PAS Untuk Semua adalah slogan yang terpilih dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh

Lajnah Perpaduan Nasional. Ia bertujuan mendapatkan satu logo dan lambang bagi memperomosikan PAS sebagai

parti yang mementingkan integrasi nasional. Slogan ini juga menjadi tema bagi Muktamar Tahunan PAS di Ipoh pada

tahun 2008. xxvi Temubual pengkaji dengan Hu Pang Chaw pada 17 Mac 2014.

Page 145: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

145

xxvii Menurut Hu Pang Chaw, buletin hanya sempat diterbitkan empat atau lima keluaran sahaja. xxviii HINDRAF adalah satu kumpulan gerakan gabungan didakwa daripada 30 organisasi bukan kerajaan yang

berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan mereka di dalam masyarakat pelbagai kaum

di Malaysia. xxix Laporan Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, hlm: 285. xxx Sila rujuk http://paslabuan.wordpress.com/2008/03/21/kumutha-dan-sejarah-pas-johor/ diakses

pada 12 Oktober 2014. xxxi Barisan Nasional berjaya mengambil alih pemerintahan negeri Perak apabila xxxii DAP memenangi 12 kerusi parlimen manakala PAS dan DAP masing-masing sekadar enam dan satu kerusi sahaja. xxxiii Buku Cenderamata Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 23 Mei 2010. xxxiv Temubual pengkaji bersama Mujahid Yusuf Rawa pada 24 Februari 2014. xxxv Buku Cenderamata Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 23 Mei 2010. xxxvi Buku Cenderamata Majlis Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 23 Mei 2010. xxxvii Sila rujuk teks Ikrar Taat Setia ahli DHPP. xxxviii Temubual pengkaji bersama Mujahid Yusuf Rawa pada 24 Februari 2014. xxxix Hu Pang Chaw memperolehi sebanyak 14,735 undi dan kalah kepada calon BN, Wee Ka Siong yang mendapat

22,045 undi. Wee Ka Siong menang dengan majoriti 7,310 undi. Manakala Kumutha a/p Rahman memperolehi undi

16,273 dan kalah kepada calon BN, Maulizan Bujang yang mendapat 23,716 undi. Maulizan menang dengan mejoriti

sebanyak 7,443 undi. Wong Chee Chew pula memperolehi undi sebanyak 4,400 undi dan kalah kepada calon BN,

Abdul Ghaffar bin Atan yang mendapat 8,257 undi. Abdul Gaffar menang dengan majoriti sebanyak 3,857 undi.

xl Siasah, 13-19 Julai 2008, hlm. 2. xli Peringatan Mesyuarat, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kali Ketujuh (1998-1999), 13 Disember 1998. xlii Ibid. xliii Peringatan Mesyuarat, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kali Ketujuh (1998-1999), 13 Disember 1998. xliv Temubual pengkaji dengan Pengerusi Dewan Hubungan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw pada 17 Mac

2014. xlv Temubual pengkaji dengan Mujahid Yusuf Rawa pada 24 Februari 2014.

xlvi Perkara 113(1)

xlvii Perkara 113(4)

xlviii Seksyen 15 & 16 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

xlix Seksyen 17 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

l Peraturan 17 Peraturan (Daftar Pemilih) Pilihan Raya 2002

li [2006] 6 MLJ 213

lii Seksyen 4 Akta Pertubuhan 1966

liii Perkara 10(1)(c)

liv Seksyen 13 Akta Pilihan Raya 1958

lv Seksyen 16 (2)(bb)

lvi Perkara 43(2)

lvii Perkara 45-54

Page 146: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

146

lviii Bahagian IVA Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.—Seksyen 27F

lix Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan (Pengendalian) Pilihan Raya

lx Rujuk Noordin Salleh v State Legislative Assembly, Kelantan [1993] 3 MLJ 344

lxi The Star Online, “Respect people’s rights, Suhakam tells ROS,” 23 Februari 2011,

<http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2011/2/23/nation/8117490>

lxii The Malaysian Insider, “EC says Parti Cinta cannot use logo in Sarawak polls,” 23 Mac,

2011, <http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ec-says-parti-cinta-cannot-use-

logo-in-sarawak-polls/>

lxiii Perkara 55(3)

lxiv Perkara 55(2)

lxv Perkara 40(2)

lxvi Paragraph 69, the Reid Commission Report.

lxvii Lihat Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin v Dato' Seri Dr Zambry bin Abdul

Kadir (Attorney General, intervener) [2010] 2 MLJ 285

lxviii Selangor state government planned to give advance notice for state election. Lihat The

Malaysian Insider, 30 Julai, 2010, “Selangor will give advance notice for state polls,”

<http://www.themalaysianinsider.com>

lxix Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

lxx Paragraf 71 Laporan Suruhanjaya Reid

lxxi Lihat Federation of Malaya (1955), Report on the First Election of Members to the

Legislative Council of the Federation of Malaya, Kuala Lumpur: Government Press.

lxxii Lihat Election Commission (1960) Report on Parliamentary and State Elections, 1959,

Kuala Lumpur: Government Press.

lxxiii Perkara 119

lxxiv Perkara 113

lxxv Lihat kes Yazid bin Sufaat & 21 Ors lwn. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia [2009] MLJU

734 dan rayuannya [Civil Appeal No: W-01-29-2006]

lxxvi Akta (Pindaan) Perlembagaan 1973 (Akta A206) serta Akta (Pindaan) Perlembagaan 1963

(Akta A26/1963)

lxxvii Perkara 113

Page 147: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

147

lxxviii Seksyen 9 Bahagian II, Jadual Ketigabelas

lxxix Seksyen 8 Bahagian II, Jadual Ketigabelas

lxxx Election Commission (1960) Report of the Election Commission on the Delimitation of

Parliamentary and State Constituencies under the provisions of the Constitution of the

Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Government Press.

lxxxi Perkara 21 of the Universal Declaration of Human Rights. Juga juga Perkara 25 of the

International Covenant on Civil and Political Rights.

lxxxii [1994] 1 MLJ 566

lxxxiii [1994] 1 MLJ 566 ms 575

lxxxiv [2006] 6 MLJ 213. Lihat juga Sivarasa Rasiah v Badan Peguam Malaysia & Anor [2010] 2

MLJ 333

lxxxv [2006] 6 MLJ 220-221

lxxxvi PAS melalui sebuah syarikat telah memohon untuk menerbitkan akhbar harian bernama

“Purnama” pada tahun 2000. Tetapi ditolak oleh kerajaan tanpa sebarang alasan. Lihat Bernama,

“Pas tunggu keputusan KDN sebelum terbit 'purnama'” 20 January, 2001; and Malaysiakini,

“Apa jadi dengan permohonan permit akhbar Purnama?” 25 March, 2003,

<http://update4.malaysiakini.com/letters/24973>; Lihat juga Malaysiakini, “Home Ministry

rejects 'Malaysiakini' print version,” 30 August, 2010,

<http://www.malaysiakini.com/news/141473>

lxxxvii Lihat Liew Ah Kim v Minister for Home Affairs, Malaysia [1992] 2 CLJ 1029

lxxxviii Lihat New Straits Times, “Harakah permit renewed on condition,” 15 July, 2010,

<http://www.nst.com.my/nst/articles/HomeMinistryrenewsHarakahpermit/Article/index_html>

lxxxix The Star Online, “Harakah to get another show cause letter,” 13 July, 2010,

<http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/13/nation/6651941&sec=nation>; The Star Online, “Anwar:

Harakah, Rocket, Suara Keadilan suspended,” 14 July, 2010,

<http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/14/nation/20100714183625&sec=nation>

xc Harakahdaily, “Demokrasi di Malaysia mengarut, berat sebelah-TGNA,” 16 September,

2010, <http://www.harakahdaily.net>

xci Untuk maklumat lanjut, lihat Mustafa K. Anuar, “Politics and the Media in Malaysia,” in Kasarinlan: Philippine

Journal of Third World Studies 2005 20 (1): 25-47 (University of the Philippines: Quezon City); and Gomez, Edmund

Terence. “Politics of the Media Business: The Press under Mahathir.” in Reflections: The Mahathir years, edited

by Bridget Welsh, 475-85. (Washington DC: Johns Hopkins University, 2004); Mustafa K. Anuar , “The Role of

Malaysia’s Mainstream Press in the 1999 General Election,” in New politics in Malaysia, edited by Francis Kok Wah

Loh and Johan Saravanamuttu, 53-65. (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2003). Lihat juga

<http://cijmalaysia.org/miniportal/2010/09/media-ownership/>

Page 148: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

148

xcii Malaysiakini, “Perkasa gets green light to launch own publication,” 3 Mac, 2010,

<http://www.malaysiakini.com/news/125600>

xciii Datuk Asri menceritakan selepas dua hari berlakunya Rusuhan Kaum 13 Mei 1969, beliau

dijemput oleh Tun Abdul Razak untuk membincangkan sesuatu mengenai masalah perpaduan,

survival dan masa depan bangsa Melayu. Pada saat itu juga, lahirlah idea untuk mewujudkan

kerjasama dalam bidang politik antara UMNO dengan PAS bagi tujuan menyatupadukan bangsa

Melayu. Lihat Mohd Asri Muda. Memoir Politik Asri. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

1993, hlm. 24. xciv Ucapan Dasar oleh Tun Abdul Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Jun 1972 yang bertajuk ‘Ke Arah Pengukuhan

Negara”. xcv Beberapa siri rundingan telah dilakukan oleh pihak PAS dengan wakil Perikatan. PAS diwakili

oleh Yang Dipertua Agung (Mohd Asri Muda), Timbalan Yang Dipertua Agung (Hj Hassan Adli

Arshad) dan Naib Yang Dipertua Agung merangkap Setiausaha Agung (Abu Bakar Hamzah). Haji

Hassan Adli Arshad hanya berkesempatan hadir dalam pertemuan awal iaitu pertemuan yang tidak

benar-benar bersifat perundingan, tetapi pertemuan yang sekadar menjenguk hati masing-masing

dan meninjau pendapat antara kedua-dua pihak. Petemuan-pertemuan yang seterusnya Haji Hassan

Adli tidak dapat menghadiri oleh kerana keadaan kesihatan dan keuzuran yang dihadapinya. Wakil

parti Perikatan pula diwakili oleh Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Lihat Ucapan Dasar yang disampaikan oleh Mohd Asri Muda, Pemangku Yang Dipertua Agung

PAS di dalam Muktamar Agung Khas PAS mengenai Kerajaan Campuran PAS-Perikatan yang

telah dilangsungkan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada Disember 1972. xcvi Lihat Kamaruzaman Haji Yusof. PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama (1982-2004), Tesis

Doktor Falsafah yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2013, hlm. 90. xcvii Subky Latif menyatakan pembentukan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan melibatkan

rundingan yang panjang antara Tun Razak dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang mewakili

Perikatan dengan PAS yang diwakili Datuk Asri Muda, Ustaz Hassan Adli dan Ustaz Abu Bakar

Hamzah. Rundingan awalnya berjalan sejak Peristiwa 13 Mei 1969 antara Tun Razak dan Datuk

Asri sahaja. Tun Razak ketika itu belum lagi menjadi Perdana Menteri dan hanya berkuasa sebagai

Pengarah MAGERAN yang dibentuk berikutan kejadian berdarah 13 Mei itu. Rundingan formal

antara kedua-dua pihak berlaku selepas Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Bagi PAS, keputusan

menyertai kerajaan campuran itu tidak dibuat oleh Datuk Asri saja. Perkara tersebut telah dibawa

ke dalam muktamar khas. Bukan semua ahli PAS bersetuju dengan cadangan itu. Namun begitu,

perhimpunan khas itu telah membuat keputusan dan menerima cadangan membentuk kerajaan

campuran tersebut. Setahun kemudian, PAS bersetuju bergabung dengan Perikatan dengan

persetujuan bahawa perikatan bertukar menjadi Barisan Nasional (BN) dan lambangnya bertukar

daripada kapal layar kepada dacing. Individu yang mencadangkan gambar dacing itu ialah Datuk

Asri dan yang mencipta bentuk simbol itu ialah Ghafar Baba. Lihat Subky Latif. Istimewa

Terkenang. Kuala Lumpur: Media Icon Sdn. Bhd, 2009, hlm.117-118. xcviii Lihat Mohd Asri Muda. Memoir Politik Asri, hlm. 24-25. xcix Lihat Syed Ahmad Hussein. Politik Muslim dan Demokrasi di Malaysia: Anjakan, Pertemuan

dan Landasan Baru Persaingan Politik. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2002,

hlm. 17. c Ibid., hlm. 17. ci Ucapan oleh Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO, Hotel Hilton pada 30 Jun 1973

yang bertajuk “Realiti Politik Masa Depan”, dlm. Wan Mohd Mahyiddin dan Nik Mustaffa Yusof.

Page 149: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

149

Amanat Presiden: Landasan Bagi Pembinaan Bangsa dan Negara. Jilid II. Shah Alam: Fajar Bakti

Sdn. Bhd. 1997, hlm. 146. cii Di Kelantan, PAS telah melantik dua orang ADUN dari UMNO menjadi Exco iaitu Muhammad

Idris dan Hussain Ahmad. Lihat Mohd Asri Muda. Memoir Politik Asri: Meniti Arus, hlm. 98. ciii Pemimpin PAS yang diberi jawatan di peringkat Pusat ialah Mohd Asri Muda sebagai Menteri

di Kementerian Tanah dan Galian dan Tugas-Tugas Khas. Tugas-Tugas Khas adalah berkaitan

dengan hal ehwal agama Islam. Selepas PRU-4 (1974), nama kementerian itu telah ditukar kepada

Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Mohd Asri Muda juga dilantik menjadi

Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam. Yusof Rawa dilantik menjadi

Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada 1973 dan Selepas PRU-4 (1974) dilantik menjadi Duta

Besar Malaysia ke Iran dan Turki. Abu Bakar Umar yang menjadi Exco Negeri Kedah pada tahun

1973 telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan selepas PRU-4 (1974). Hassan Adli telah

dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

kemudiannya dilantik menjadi Menteri Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Abu Bakar

Hamzah pula telah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan

Luar Bandar pada tahun 1974. Mustafa Ali yang menang pada PRU-4 (1974) di Kuala Terengganu

telah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan dan Perindustrian yang

kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains dan Teknologi. Zahari Awang dilantik

menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Kemudiannya bertukar kepada

jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kampung-Kampung Baru. Abdul

Wahab Yunus juga dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan. Lihat Mohd

Asri Muda. Memoir Politik Asri: Meniti Arus, hlm. 101-102. civ Kedah dan Terengganu merupakan negeri yang bukan diperintah oleh PAS tetapi kerjasama

yang telah dicapai mulai 1 Januri 1973 telah menyaksikan dua orang ADUN dari PAS dilantik

menjadi Exco. Di negeri Kedah ialah Abu Bakar Umar (Dato’) dan Ahmad Shukri. Di Terengganu

ialah Omar Shukri dan Kasssim Ahmad. Lihat Mohd Asri Muda. Memoir Politik Asri: Meniti Arus,

hlm. 98. cv Utusan Malaysia, 22 September 1973. cvi Lihat Mokhtar Petah. Dr. Mahathir dan Masa Depan Negara. Selangor: Tra-Tra Publishing &

Trading Co. 1982, hlm. 45. cvii Cadangan untuk menukarkan nama Perikatan kepada Barisan Nasional dikemukakan oleh

Mohd Asri Muda (Presiden PAS) dalam suatu persidangan Majlis Tertinggi Perikatan bagi

membincangkan perkara khusus untuk menghadapi pilihan Raya 1974. Cadangan tersebut adalah

bagi memberi wajah baru kepada Perikatan dan telah mendapat sambutan baik daripada semua

anggota komponen. Pada mesyuarat itu juga, Ghafar Baba yang menjadi pengerusi mesyuarat,

mengemukakan cadangan dan dipersetujui untuk menggantikan simbol lama iaitu ‘kapal layar’

kepada rupa baru iaitu ‘Dacing’. Bentuk rupanya dilukiskan oleh Ghafar Baba sendiri. Warna latar

belakangnya tetap sama dengan warna yang lama iaitu biru tua. Lihat Asri Bin Haji Muda. Memoir

Politik Asri: Meniti Arus. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. 1993, hlm. 97-98. cviii Pada PRU-4 (1974), PAS hanya mendapat tentangan dari Barisan Bebas Bersatu yang dikatuai

oleh Mohd Fakhrudin yang dipecat dari PAS kerana tidak senang dengan perjuangan PAS yang

menganggotai BN. Perjuangan Barisan Bebas Bersatu ini dinamakan Revolusi 14 Mac, sempena

penubuhan gerakan ini pada 14 Mac 1974. Revolusi 14 Mac bukanlah untuk menumbangkan PAS

tetapi sekadar ingin menumpaskan tokoh-tokoh PAS yang mengelilingi Asri Muda ketika itu

seperti Wan Ismail Ibrahim, Nik Mustapha Shafie, Zahari Awang dan Hussin Abdullah. Lihat

Rusli Bin Kamarudin. Perkembangan Politik PAS di Kelantan: Satu Tinjauan, dlm. Mohammad

Page 150: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

150

Agus Yusoff (peny). Perkembangan dan Perubahan Sosio-Politik Kelantan 1955 -1995, hlm. 138-

139. cix Ucapan oleh Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO, Hotel Hilton pada 30 Jun 1973

yang bertajuk “Realiti Politik Masa Depan”, dlm. Wan Mohd Mahyiddin dan Nik Mustaffa Yusof.

Amanat Presiden: Landasan Bagi Pembinaan Bangsa dan Negara. Jilid II, hlm.137. cx Lihat Syed Husin Ali. Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Buku

Harakah. 2008, hlm. 52-53. cxi Setelah gabungan mantap antara PAS dan UMNO yang berjaya memenangi semua kerusi yang

dipertandingkan pada PRU-4 (1974), timbul pula masalah baru iaitu perasaan tidak puas hati

sesetengah pemimpin PAS terhadap pelantikan Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar.

Pelantikan Muhammad Nasir merupakan pilihan Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri pada

ketika itu dan bukannya PAS Kelantan yang mahukan Wan Ismail Wan Ibrahim. Tindak tanduk

Datuk Muhammad Nasir yang mesra BN berbanding PAS dilihat sebagai Menteri Besar BN

bukannya PAS sedangkan PAS mempunyai kerusi majoriti di DUN. Akibatnya, wujud dua

kumpulan dalam PAS iaitu kumpulan Mohd Asri Muda dan kumpulan Datuk Muhammad Nasir.

Usaha menyingkirkan Datuk Muhammad Nasir dilakukan dengan wujudnya Kumpulan 20

(asalnya Kumpulan 16). Caranya dengan menggugurkan keahlian Datuk Muhammad Nasir

daripada PAS. Menyedari akan hakikat ini, Datuk Muhammad Nasir mula mengambil langkah

dengan mendedahkan kepincangan pentadbiran PAS yang terdahulu serta mengungkit isu balak.

Datuk Muhammad Nasir kemudiannya digulingkan daripada jawatan Menteri Besar melalui usul

undi tidak percaya oleh 20 ADUN dari PAS yang diketuai oleh Ishak Lufti Omar. Demontrasi

telah tercetus pada 19 Oktober 1977 yang dihadiri kira-kira 20 ribu rakyat Kelantan. Akibatnya,

darurat diisytiharkan di Kelantan dan PAS disingkirkan dari BN kerana enggan mematuhi whip

BN tentang Rang Undang-Undang Darurat. Lihat Rusli Bin Kamarudin. Perkembangan Politik

PAS di Kelantan: Satu Tinjauan, dlm. Mohammad Agus Yusoff (peny). Perkembangan dan

Perubahan Sosio-Politik Kelantan 1955 -1995, Bangi: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan

Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1995, hlm. 139-140. cxii Lihat Lotfi Ismail. Pertarungan Politik di Malaysia Jilid 3. Petaling Jaya: Karangkraf Sdn.

Bhd. 1978. hlm. 5. cxiii Akhirnya pada 15 Oktober 1977, Datuk Muhammad Nasir dilucutkan jawatan sebagai Menteri

Besar Kelantan setelah Dewan Undangan Negeri yang bersidang meluluskan undi tidak percaya

kepadanya. Kesemua 20 orang anggota PAS di dewan itu telah menyokong usul tersebut setelah

undi dijalankan. Manakala, 13 anggota UMNO dan seorang anggota MCA telah bangun dan

meninggalkan dewan itu. Turut sama meninggalkan dewan ialah Datuk Mohamad Nasir. Lihat

Lotfi Ismail. Pertarungan Politik di Malaysia, hlm. 186. cxiv Walau apapun istilah yang berkaitan dengan tindakan UMNO tersebut, PAS tetap mendakwa bahawa parti tersebut

disingkirkan daripada BN pada tahun 1977, bukannya PAS bertindak keluar daripada BN. Kenyataan ini juga diakui

oleh Nik Abdul Aziz dalam temubual dengan beliau pada 9 Oktober 2014 yang mendakwa PAS telah disingkirkan

daripada BN. cxvKeputusan PRU-12 (2008) telah menyaksikan PAS mencapai kemenangan yang sangat

cemerlang dengan mengekalkan pemerintahan di Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, diberi

kepercayaan untuk mengetuai pemerintahan di Perak, bersama membentuk kerajaan di Selangor

dan menyumbang kepada pemerintahan di Pulau Pinang serta memperkukuhkan kedudukan di

Terengganu. Benih-benih perjuangan juga mula bertapak dan berkembang pesat di Pahang, Johor,

Negeri Sembilan dan Perlis. Lihat Teks Ucapan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang semasa

Muktamar Tahunan PAS Ke-54 di Ipoh, Perak yang bertajuk ‘PAS untuk Semua’. cxvi Lihat Kamarudin Jaafar. Krisis Ketuanan Melayu, hlm. 17-18.

Page 151: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

151

cxvii Ibid., hlm. 16. cxviii Di Perak, keadaan kerusi DUN antara tiga parti iaitu PAS (lima kerusi), PKR (enam kerusi)

dan DAP (18 kerusi) jika digabungkan akan memberi kelebihan majoriti kepada ketiga-tiga parti

tersebut untuk membentuk kerajaan. Namun begitu, gabungan dengan DAP tidak termasuk dalam

persefahaman PAS dan PKR. PAS boleh mengambil satu lagi pilihan iaitu bergabung dengan

UMNO dan boleh memerintah Perak. Peluang-peluang inilah yang membentuk satu dilema kepada

PAS, apatah lagi setelah isu Melayu dikhuatiri menjadi ‘umpan’ UMNO untuk menarik PAS

memikirkan semula pendekatan strategiknya dalam perjalanannya ke persada kuasa. Lihat

Mujahid Yusof, Menuju PAS Baru, Kuala Lumpur: The Malaysia Insider Sdn. Bhd. 2011, hlm.

117. cxix UMNO Perak menawarkan kepada PAS cadangan menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang

jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam. Perak boleh

menjadi medan terbaik untuk UMNO dan PAS memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu

memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang

majoriti penduduknya adalah orang Melayu. Lihat www.utusan.com. 29 Julai 2008. cxx Lihat Berita Harian, 21 Julai 2008. cxxi Lihat Nik Aziz Nik Mat. Kemuncup Dalam Perjuangan. Petaling Jaya: Anbakri Publika Sdn.

Bhd. 2008, hlm. 68. cxxii Lihat Kamarudin Jaafar. Krisis Ketuanan Melayu, hlm. 16. cxxiii Ibid., hlm. 17. cxxiv Nasharudin Mat Isa (Bekas Timbalan Presiden PAS) adalah antara beberapa orang yang

dikaitkan dengan pertemuan dengan pemimpin UMNO. cxxv Pemimpin PAS yang pro-kerjasama dengan UMNO dikaitkan dengan Abdul Hadi Awang,

Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali, Hassan Ali, Harun Din dan Harun Taib. Manakala, yang pro-

PR dikaitkan dengan Nik Abdul Aziz, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Kamaruddin Jaafar,

Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Khalid Samad, Siti Mariah Mahmud dan Lo’ Lo’ Ghazali. Lihat Zaini

Hassan. Cuit: Dilema Melayu Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distubutors Sdn. Bhd.

2013, hlm. 123. cxxvi Lihat Mujahid Yusof, Menuju PAS Baru, hlm. 120. cxxvii Kenyataan ini berdasarkan kepada temuramah dengan Nik Abdul Aziz yang menyatakan

bahawa jika UMNO tersepit, PAS diajak untuk bersama dengan UMNO. Hal ini seperti yang

berlaku setelah PAS diajak sertai Kerajaan Campuran atas nama perpaduan. PAS masuk. Bila

UMNO kuat, PAS ditendang keluar sehingga PAS merasai penat jerih pengalaman tersebut. cxxviii Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sebenarnya mahukan penegasan dan komitmen PAS kepada kemelut

hubungan UMNO-PAS supaya isu tersebut tidak mengheret ahli dan kepimpinan PAS berpecah dalam menilai

keadaan yang PAS sedang lalui. Tidak dinafikan PAS mempunyai arah petanya sendiri bagi menuju persada kuasa

dan PAS mempunyai pilihannya sendiri sama ada mahu bersama UMNO atau PR atau bersendiri. Namun begitu,

secara realitinya, risiko mengambil pilihan selain PR terlalu tinggi pada saat harapan pengundi kepada PAS dalam

PRU-12 (2008) amatlah besar. Lebih penting daripada itu ialah kepimpinan PAS perlu melihat bahawa jika isu

hubungan UMNO-PAS ini tidak diselesaikan, ahli PAS akan terus berada dalam dilema dan perpecahan di peringkat

kepimpinan negeri dan bawahan akan terus melemahkan PAS. Lihat Mujahid Yusof, Menuju PAS Baru, hlm. 121. cxxix Lihat juga Zulkifli Sulong. Politik Baru Abad Ke-21: Perubahan ataupun Harapan Palsu,

hlm. 15. cxxx Ibid., hlm. 45. cxxxi Ibid., hlm. 51-52. cxxxii Presiden PAS, Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan

PAS Kali Ke-54 menyatakan, Perak menjadi tempat Muktamar adalah menandakan satu

penghormatan kepada tempat yang mana PAS memulakan langkah pertamanya. Di negeri inilah,

Page 152: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

152

tertubuhnya Hizbul Muslimin pada tahun 1948. Di sini jugalah pada tahun 1955, PAS mula

mengenal erti demokrasi pilihan raya setelah wakil rakyat pertama dari PAS iaitu Hj. Ahmad

Hussein yang bertanding di Krian telah dipilih menerusi Pilihan Raya Pertama untuk Kerusi Majlis

Undangan Persekutuan. Seterusnya, di negeri Perak jugalah Dewan Ulama PAS telah ditubuhkan

secara rasmi di Batu 20, Bagan Datoh pada tahun 1957. Lihat Ucapan Dasar Presiden PAS, Abdul

Hadi Awang semasa Muktamar PAS ke-54 di Ipoh, Perak yang bertajuk ‘PAS untuk Semua’. cxxxiii Unity Government (UG) adalah kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan

tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ada identiti,

ada syakhsiyyah dan ada kepelbagaian dan parti berhak untuk membangkang di mana UG ini

membolehkan orang dalam UMNO sendiri bangkang kerajaan. Lihat Hafiz Baqi (Peny).

Kontroversi: Kerajaan Perpaduan & 16 September, hlm. 11-12. cxxxiv PAS mahu menggunakan istilah “mukabalah” yang tidak menekankan penggabungan kuasa

tetapi lebih kepada mencari formula untuk kerjasama politik yang lebih bermoral serta menjaga

kepentingan Islam dan Melayu. cxxxv Lihat Hafiz Baqi. Kontroversi: Kerajaan Perpaduan & 16 September, hlm. 12. cxxxvi http://siasahdaily.blogspot.com. Isu Rundingan PAS-UMNO Timbul Lagi. 21 Mei 2011. cxxxvii http://siasahdaily.blogspot.com. Mengimbas Kembali ‘Kerajaan Perpaduan’. 15 Ogos 2013. cxxxviii Lihat Hafiz Baqi. Kontroversi: Kerajaan Perpaduan & 16 September, hlm. 41. cxxxix Ibid., hlm. 41. cxl Ibid., hlm. 42. cxli http://siasahdaily.blogspot.com. Mengimbas Kembali ‘Kerajaan Perpaduan’. 15 Ogos 2013. cxlii Petikan temubual dengan Hadi Awang dalam Kontroversi Kerajaan Perpaduan, hlm. 7. Lihat

Hafiz Baqi. Menganalisis Idea Presiden PAS, dlm. Kontroversi Kerajaan Perpaduan & 16

September, hlm. 42.

Rujukan

Hafiz Baqi (Peny). Kontroversi: Kerajaan Perpaduan & 16 September. Kuala Lumpur: Media

Icon Sdn. Bhd. 2009.

Kamaruzaman Haji Yusof. PAS Dalam Era Kepimpinan Ulama (1982-2004), Tesis Doktor

Falsafah Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 2013.

Lotfi Ismail. Pertarungan Politik di Malaysia Jilid 3. Petaling Jaya: Karangkraf Sdn. Bhd. 1978.

Mohammad Agus Yusoff (Penyunting). Perkembangan dan Perubahan Sosio-Politik Kelantan

1955 -1995. Bangi: Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan

Malaysia. 1995.

Mohd Asri Muda. Memoir Politik Asri. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 1993.

Mokhtar Petah. Dr. Mahathir dan Masa Depan Negara. Selangor: Tra-Tra Publishing & Trading

Co. 1982.

Mujahid Yusof. Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme. Kuala Lumpur: The Malaysia

Insider Sdn. Bhd. 2011.

Page 153: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

153

Nik Aziz Nik Mat. Kemuncup Dalam Perjuangan. Petaling Jaya: Anbakri Publika Sdn. Bhd. 2008.

Subky Latif. Istimewa Terkenang. Kuala Lumpur: Media Icon Sdn. Bhd, 2009.

Syed Ahmad Hussein. Politik Muslim dan Demokrasi di Malaysia: Anjakan, Pertemuan dan

Landasan Baru Persaingan Politik. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2002.

Syed Husin Ali. Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Buku Harakah. 2008.

Wan Mohd Mahyiddin dan Nik Mustaffa Yusof. Amanat Presiden: Landasan Bagi Pembinaan

Bangsa dan Negara. Jilid II. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1997.

Zaini Hassan. Cuit: Dilema Melayu Moden. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distubutors

Sdn. Bhd. 2013.

Zulkifli Sulong. Politik Baru Abad Ke-21: Perubahan ataupun Harapan Palsu. Kuala Lumpur:

The Malaysia Insider Sdn. Bhd. 2009.

Page 154: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

154

BIODATA PENULIS

Muhammad Asri Mohd Ali

Pensyarah Kanan.

Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik,

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

Universiti Malaya

Emel : [email protected]

Dr. Arif Aizuddin Azlan

Pensyarah Kanan

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

Universiti Teknologi Mara (UITM), Seremban

Emel : [email protected]

Dr Mohd. Izani Mohd. Zain

Profesor Madya

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Emel : [email protected]

Muhammad Fathi Yusof

Pensyarah Kanan

Fakulti Teknologi dan Informatik Razak

Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur

Emel : [email protected]

Siti Noranizahhafizah Boyman

Pensyarah Kanan

Fakulti Sains Kemanusian

Universiti Perguruan Sultan Idris

Emel : [email protected]

Page 155: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

155

Dr Junaidi Awang Besar

Pesnyarah Kanan

Fakulti Sains Kemanusian

Universiti Kebangsaan Malaysia

Emel : [email protected]

Tati Rukminiyati

Mantan Pelajar Kedoktoran

Jabatan Sejarah

Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Universiti Malaya

Dr. Sufian Mansur

Pensyarah Kanan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Emel : [email protected]

Mohd Sabri Md Nor

Pensyarah Kanan

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Emel : [email protected]

Page 156: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

156

NOTA UNTUK PENYUMBANG

Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya, jurnal terbitan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya

Universiti Malaya, merupakan jurnal multi-disiplin yang diterbitkan sekali setahun oleh Pusat

Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya. Sumbangan artikel yang berasaskan kajian asal

dalam bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial amat dialu-alukan.

Manuskrip

Tiga salinan naskah harus dihantar kepada Ketua Pengarang, Jurnal Demokrasi dan Pilihan

Raya, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Pejabat Dekan, Fakulti Sastera

dan Sains Sosial, Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia. Artikel juga boleh

dihantar dalam talian kepada [email protected]. Artikel yang diterima untuk penerbitan jurnal

ini tidak boleh dihantar untuk tujuan penerbitan di tempat-tempat lain. Manuskrip tidak akan

dikembalikan kepada penulis. Artikel-artikel yang tidak mematuhi format penulisan tidak akan

dipertimbangkan untuk penerbitan. Setiap pandangan dan ketepatan fakta dalam artikel yang

diterbitkan adalah tanggungjawab penulis.

Naskah yang dicetak: Artikel perlu ditaip jarak dua ruang pada setiap sisi dalam kertas berukuran

A4 dengan margin 2.5 cm pada semua sisi. Teks artikel harus dalam Times Roman, bersaiz

12. Artikel tersebut harus disertakan dengan halaman yang mengandungi judul nama penulis,

institusi penulis, nombor telefon dan fax, alamat e-mel dan tajuk kertas.

Bahasa: Artikel yang dihantar boleh ditulis samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Panjang: Artikel tidak kurang daripada 5,000 patah perkataan atau melebihi 8,000 patah

perkataan, termasuk nota dan rujukan.

Abstrak: Setiap artikel perlu disertai dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris bagi artikel Bahasa

Melayu dan abstrak Bahasa Melayu bagi artikel Bahasa Inggeris tidak lebih daripada 200 patah

perkataan berserta beberapa kata kunci.

Perenggan dan tajuk: Jumlah perenggan yang terlalu banyak harus dielakkan. Kebiasaan yang

diterima untuk tajuk adalah sebagai berikut:

INI ADALAH PERINGKAT PERTAMA TAJUK

Peringkat pertama tajuk harus ditaip dalam huruf besar dan di tebalkan. Peringkat pertama tajuk

harus tegak dan di baris berasingan. Baris teks pertama yang berikutnya juga harus selaras ke kiri.

Ini adalah peringkat kedua tajuk.

Peringkat kedua tajuk adalah menjajarkan sebelah kiri dalam satu garisan berasingan. Hanya huruf

pertama dan kata benda harus dalam huruf besar. Baris teks pertama yang berikut juga harus

selaras ke kiri.

Page 157: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

157

Ini adalah peringkat ketiga tajuk.

Peringkat ketiga tajuk harus dalam huruf condong dan selaras ke kiri. Teks berikutnya pada baris

yang sama.

NOTA DAN RUJUKAN

Nota dan rujukan perlu menggunakan Sistem Rujukan Harvard.

1. Nota Akhir: Sistem nota akhir di mana nombor ‘superscript’ diselitkan dalam teks dan dirujuk

dalam urutan numerik pada akhir artikel. Contoh:

Buku: Fukuyama, F 2006, The end of history and the last man, New York, Free Press.

Bab dalam buku: Mohd. Fuat Mat Jali dan Sabihah Osman, 2002, ‘Politik wilayah dan politik

nasional dalam pilihan raya umum 1999’, Dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt.),

Politik baru dalam pilihan raya umum, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, ms. 117-146.

Artikel Jurnal: Abbot, J 2001, ‘Vanquishing banquo’s ghost: The Anwar Ibrahim affair and its

impact on Malaysian politics’, Asian Studies Review, vol. 25, no. 3, pp. 285-308.

Tesis: Ahmad Zaki Abd. Latif, 2002, Pengaruh gerakan Islam Timur Tengah dalam perkembangan

pemikiran agama dan politik masyarakat Melayu, 1970-1998, Tesis Phd., Universiti Malaya.

Kertas Persidangan: Muhammad Nadzri Mohamed Noor dan Suhaimee Saahar, 2008,

‘Blogosphere: Ruang kontra hagemoni? Analisis terhadap blog politik Malaysia terpilih dalam

PRU 2008’, Seminar Politik Malaysia, 28-30 Oktober 2008, Universiti Teknologi Mara Sabah.

Penerbitan Kerajaan: Jabatan Perangkaan Malaysia 2001, Banci Penduduk dan Perumahan

Malaysia 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur.

Akhbar: Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009.

Komunikasi Peribadi: D. Wong 2008, pers. comm., 7 Aug. If in-text reference, it should appear

as: (D. Wong 2008, pers. comm., 7 Aug)

Dokumen Pejabat Kolonial Inggeris: MacGillivray to Secretary of State, 1 May 1955, CO

1030/211 (12).

2. Petikan dalam teks: Rujukan dalam teks hendaklah menggunakan Sistem Rujukan Harvard

(nama penulis, tarikh dan halaman). Contoh: (Fukuyama 2006, p. 56) atau (Fukuyama 2006).

3. Rujukan: Satu senarai lengkap rujukan yang digunakan harus disenaraikan pada akhir artikel

mengikut urutan abjad. Contoh:

Buku: Fukuyama, F 2006, The end of history and the last man, New York, Free Press.

Page 158: fass.um.edu.my UMCEDEL.pdf · DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Jilid Volume Bil. No. ISSN: 2232-1756 Januari-Disember

158

Bab dalam buku: Mohd. Fuat Mat Jali dan Sabihah Osman, 2002, ‘Politik wilayah dan politik

nasional dalam pilihan raya umum 1999’, Dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt.),

Politik baru dalam pilihan raya umum, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, ms. 117-146.

Artikel Jurnal: Abbot, J 2001, ‘Vanquishing banquo’s ghost: The Anwar Ibrahim affair and its

impact on Malaysian politics’, Asian Studies Review, vol. 25, no. 3, pp. 285-308.

Tesis: Ahmad Zaki Abd. Latif, 2002, Pengaruh gerakan Islam Timur Tengah dalam perkembangan

pemikiran agama dan politik masyarakat Melayu, 1970-1998, Tesis Phd., Universiti Malaya.

Kertas Persidangan: Muhammad Nadzri Mohamed Noor dan Suhaimee Saahar, 2008,

‘Blogosphere: Ruang kontra hagemoni? Analisis terhadap blog politik Malaysia terpilih dalam

PRU 2008’, Seminar Politik Malaysia, 28-30 Oktober 2008, Universiti Teknologi Mara Sabah.

Penerbitan Kerajaan: Jabatan Perangkaan Malaysia 2001, Banci Penduduk dan Perumahan

Malaysia 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur.

JADUAL DAN RAJAH

Jadual dan rajah harus berasingan daripada teks dan perlu sesuai dengan saiz mukasurat. Jadual

dan rajah harus diberi nombor mengikut urutan dan mengandungi keterangan yang jelas. Setiap

jadual dan harus diserahkan dalam helaian yang berasingan. Kedudukan anggaran jadual dan rajah

harus ditunjukkan dalam teks. Sumber jadual dan rajah harus dinyatakan.

OFFPRINTS

Setiap penulis yang artikel mereka diterbitkan akan menerima dua salinan artikel secara percuma.

ULASAN BUKU

Buku-buku untuk semakan semula harus dihantar kepada Ketua Pengarang.

HAK CIPTA

© Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

All rights reserved.

Permintaan kebenaran untuk mencetak semula artikel harus diajukan kepada Ketua Pengarang,

Jurnal Demokrasi dan Pilihan Raya, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya,

Pejabat Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur,

Malaysia.